Dec 17, 2014

4 KEPENTINGAN SARAPAN UNTUK KANAK-KANAK YANG ANDA TIDAK TAHU




4 KEPENTINGAN SARAPAN UNTUK KANAK-KANAK YANG ANDA TIDAK TAHU

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi ! Jangan tinggal sarapan pagi! Mesti sarapan pagi! Selalu dengan ayat macam itu kan tapi sejauh mana kita mengamalkannya??

Kebanyakan dari kita seringkali meninggalkan sarapan pagi sebab sibuk nak pergi kerja, tak sempat nak buat sarapan, tak perlu sarapan dan macam-macam lagi alasan.


“ istilah sarapan pagi dalam bahasa inggeris iaiti breakfast bermaksud berbuka puasa iaitu puasa yang bermula dari waktu makan malam pada malam sebelumnya sehingga waktu makan tengah hari hari berikutnya. Sarapan penting untuk memberikan tenaga melakukan aktiviti seharian”


Menurut Majlis Maklunat Pemakanan Antarabangsa (IFIC) di Washington, seseorang yang makan secara konsisten akan mendapat khasiat serat, kalsium, vitamin A, vitamin C, riboflavin, zink dan zat besi di samping jumlah kalori dan lemak makanan yang lebih sedikit berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan.



Apa kepentingan sarapan untuk anak-anak anda pula?? 


1. Kesihatan

Kebiasaannya kanak-kanak yang mengambil sarapan setiap hari akan lebih sihat dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak bersapan pagi. Sarapan akan membuatkan tubuh lebih cergas dan daya ketahanan badan yang lebih tinggi dan ini menyebabkan kanak-kanak ‘kurang ponteng' ke sekolah.


2. Makanan seimbang

Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya akan makan secara sihat sepanjang hari. Tabiat sarapan pagi mendorong mereka untuk mengamalkan makanan yang lengkap dengan segala nutrisi harian. Ini dapat mengelak mereka mengambil makanan ringan yang tidak bekhasiat.


3. Kanak-kanak lebih bijak

Kajian mendapati kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi, cenderung mendapat markah lebih tinggi dalam kelas, banyak terlibat dalam setiap aktiviti pembelajaran, dapat membaca dengan lebih lancar, cekap menjawab soalan matematik dan kurang tertekan atau stress berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi. IFIC juga mengatakan sarapan dapat menambah kecerdasan otak dan ingatan, meingkatkan tumpuan serta berkebolehan menyelesaikan masalah.


4. Berat badan ideal

Kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi juga didapati mempunyai berat badan yang lebih ideal. Mereka didapati kurang mendapat penyakit dan kecederaan. Sarapan pagi yang berkhasiat dan lengkap membuatkan mereka kurang mengambil makanan secara berlebihan apabila tiba waktu makan seterusnya seprti tengah hari sekaligus dapat mengelak gejala obesiti yang banyak berlaku pada kanak-kanak zaman sekarang.



Lihat juga:

Nutrisi Penting Untuk Kanak-Kanak

Multivitamin Mudah Dikunyah untuk Kanak-kanak

Omega 3 Makanan Minda untuk Kanak-kanak

5 Sebab Anak-anak Suka Vitalea for Kids





Continue Reading

CARA MUDAH TURUNKAN KOLESETROL DENGAN PHYTOCOL-ST SHAKLEE



Satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yng tinggi. Kolesterol ini boleh dialami sesiapa saja tak mengira tua muda, kurus atau gemuk. Koletsrol tinggi juga boleh mengakibatkan salur darah tersumbat.

* saluran darah penting untuk membawa oksigen dan nutrien ke seluruh badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki keluar dari sel-sel dalam badan.




zat – zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
zat – zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Apa akan terjadi bila saluran darah tersumbat?? Mereka ini akan berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. 





Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggi risiko yang bakal anda hadapi.


Tabiat dan pola kehidupan seharian rakyat Malaysia antara penyebab utama tinggi kolesterol banyak berlaku terutama pada zaman sekarang.




Orang Malaysia suka makan makanan yang tinggi lemak, kolsesterol dan berminyak. Kebanyakan makanan sebegini mempunyai rasa yang lebih sedap dan sangat sukar untuk dikawal.  

American Heart Association menyerakan pengambilan harian kolesterol bagi individu normal TIDAK MELEBIHI 300 mg dan pesakit jantung pula KURANG DARI 200 mg sehari. Sebaliknya berlaku apabila pengambilan makanan telah melebihi had yang telah ditetapkan.




Info Kolesterol 

Tahukah anda terdapat 2 jenis kolesterol iaitu :

Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’. Ia boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) pula dikenali sebagai ‘kolesterol baik’. Ia dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.


Untuk mendapat paras kolesterol yang normal dan sihat, anda harus mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara semula jadi. 


Atasi masalah kolesterol secara semulajadi dengan PHYTOCOL-ST





Keistimewaan PHYTOCOL-ST  





Phytocol-ST adalah hasil rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.  




Bahan-bahan yang digunakan terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL. 


PHYTOCOL-ST membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari. Ia membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).





* Saranan NIH untuk merendahkan kolesterol : Makan makanan kurang lemak tepu dan kolesterol, bersenam, kurangkan berat badan, ambil lebih banyak serat larut air, dan amalkan pengambilan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.


PHYTOCOL-ST tidak mempunyai sebarang pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.


Apa itu FITOSTEROL? 




Fitosterol mempunyai struktur yang sama seperti kolesterol, dan ia akan bersaing untuk mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Semakin banyak Fitosterol yang diambil, semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk merendahkan paras kolesterol LDL.





Testimoni PHYTCOTOL-ST 









Inilah dia Phytocol yang sangat femes untuk masalah kolesterol.
Pengambilan 2 biji setiap kali sebelum/selepas makan sangat membantu mereka yang
ada masalah sukar mengawal pemakanan.









Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.



Continue Reading

Dec 15, 2014

25 KEBAIKAN VITAMIN C YANG ANDA TAK TAHU




Mungkin ramai yang sudah tahu vitamin C sangat bagus untuk kecantikan dan antioksidan. Tapi sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin C yang ramai orang tak tahu. Vitamin C atau Asid Askorbik sangat baik kepada kesihatan. Vitamin C sangat terkenal bagi golongan wanita kerana ia mampu membuatkan kulit lebih cantik dan berseri.


Manfaat utama vitamin C dalam kecantikan :

1. Penghasilan kolagen
Vitamin C membantu penghasilan sintesis kolagen di dalam tubuh secara semulajadi. Kolagen menjadikan kulit lebih gebu , menyekatakan tona kulit wajah, melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan kulit kusam tidak bermaya dan wajah nampak tua dari usia sebenar.


2. Perlindungan dari cahaya matahari 
Vitamin C bertindak melindung kulit dari radikal bebas termasuk cahaya matahari, pencemaran, asap kenderaan, asap rokok dan lain-lain. Antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin C akan melindungi kulit dari radiasi ultraungudan cahaya matahari. Vitamin C juga mengurangkan kesan sunburn yang disebabkan oleh radiasi ultra ungu yang boleh boleh menyebabkan barah kulit dalam jangka panjang.


3. Melindungi dari perubahan warna kulit 
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fitokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelak penghasilan Pyrimidimers yang menajdi punca utama penghasilan masalah kulit.


4. Memperbaiki tekstur kulit 
Vitamin C melancarkan sistem peredaran darah dan kolagen menghasilkan saluran darah yang baik. Kulit yang sihat disebabkan saluran darah yang berada di bawah lapisan kulit membawa oksigen dan nutrien yang cukup. Kekurangan nutrien menyebabkan kulit kasar dan kering. Krim yang mengandungi vitamin C meperbaiki rupa dan tekstur kulit. Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang akan melindungi, menebalkan dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel membantu mengekalkan kelembapan, meningkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit lebih gebu.

Manfaat vitamin C kepada kesihatan rambut :

5. Pertumbuhan rambut - Kekurangan vitamin C antara sebab pelbagai masalah rambut seperti rambut bercabang dan kering. Radikal bebas menyebabkan rambut mudah rosak menyebabkan ia mudah rapuh dan nipis. Keadaan ini membantutkan pertumbuhan rambut. Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C berupaya melindungi dari radikal bebas seterusnya menjadikan rambut lebih sihat, lebat dan kuat.


6. Melawan kelemumur - Kelemumur dan kulit kering menyebabkan folikel rambut tersumbat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria pada kulit kepala dan membuang kelemumur. Sifat anti-viral pada vitamin C menghalang kegatalan dan kekeringan pada kulit kepala sekaligus membantu rambut tumbuh dengan lebih sihat.


7. Mengurangkan keguguran rambut - Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal yang penting bagi menstabilkan hormon dalam badan. Ia penting bagi mengatasi rambut gugur dan mengalak rambut tumbuh dengan lebih banyak.


8. Rambut lebat - Rambut yang sihat dan lebat kerana peredaran darah yang lancar. Vitamin C membantu meningkatkan peraliran darah dan menguatkan kapilari darah.


9. Melawan masalah rambut - Vitamin C sangat penting bagi merawat masalah rambut. Pengambilan vitamin C yang cukup boleh membantu mengelakkan alopecia dan masalah rambut botak bagi orang lelaki.


10. Mengelak uban - Vitamin C juga penting untuk mengekalkan warna asal rambut dengan menghalang kesan-kesan penuaan pada rambut.


Manfaat vitamin C kepada kesihatan tubuh badan :

11. Antioksidan - Vitamin antioksidan yang paling berkuasa dan berkesan melindung tubuh daripada serangan radikal bebas yang boleh membawa kesan kepada kesihatan iaitu kesan oksiratif atau sel karat. Ia boleh menyebabkan atherosclerosis yang akan membawa kepada strok dan sakit jantung.

12. Antibodi/ Imunisasi - Jika vitamin C di ambil pada dos yang betul ia mampu melindungi tubuh badan daripada sebarang jangkitan penyakit termasuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Vitamin C juga berupaya meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan membantu luka cepat baik.

13. Demam biasa - Vitamin C berupaya mengurangkan simptom demam di mana ia bertindak sebagai anti-histamin yang akan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti selsema, sakit badan dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam.

14. Tekanan darah Tinggi - Vitamin C berupaya merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko terkena penyakit tekanan darah tinggi.  
15. Saluran darah - Vitamin C bertindak memastikan saluran darah mengembang dengan baik sekaligus mengelak risiko penyakit jantung, sakit dadam kolesterol tinggi dan atherosclerosis.

16. Keracunan plumbum - Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum di dalam darah secara mendadak. Bahaya keracunan plumbum kerana ia boleh menyebabkan masalah pembesaran turutama kanak-kanak kerana ia boleh menganggu prestasi pembelajaran, IQ lemah dan membantutkan proses tumbesaran kanak-kanak. Orang dewasa yang keracunan plumbum pula akan mengalami risiko tekanan darah tinggi dan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

17. Kuruskan badan - Vitamin C terbukti membantu mereka yang ingin kurus dan mengawal berat badan secara ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi memasukkan diet yang tinggi vitamin C dalam makanan harian kerana kajian telah menunjukkan makanan yang kaya vitamin C ini boleh mengurangkan berat badan. Vitamin C boleh menurunkan paras insulin, menyimpan gula seterusnya menukar gula kepada lemak. insulin bertindak sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.

18. Tekanan - Vitamin C membantu badan mengawal paras tekanan, hormon dan fungsi kartisol yang tinggi.

19. Katarak - Vitamin C penting bagi memastikan pupil mata berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan katarak iaitu kanta mata menjadi lebih tegap, penglihatan kabur dan juga boleh menyebabkan risiko buta bagi orang dewasa. Pengambilan vitamin C boleh menghalang dan mencegah katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

20. Barah - Vitamin C sejenis vitamin antioksidan yang kuat dan ia boleh melindung sel dari kemusnahan DNA dan mutasi sekaligus mengelak dari terkena barah. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak terjadinya sel barah dalam badan. Vitamin C juga membantu menghasilkan semula vitamin E, vitamin antioksidan yang sangat berkuasa.

21. Tenaga - Vitamin C mampu mengimbangi sistem badan. Ia membantu menghasilkan dopamine sistem saraf dan membantu fungsi adrenal dalam peningkatan tenaga dalam badan.

22. Sakit jantung - Vitamin C menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak dan kolesterol teroksida secara tidak langsung menghalang dari terkena sakit jantung. Mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi disarankan mengambil vitamin C. vitamin C antara cara paling murah bagi menghalang risiko penyakit jantung dan strok.

23. Diabetes - Vitamain C boleh mengawal paras gula dan mengurangkan risiko penyakit Diabetes serta memulihkan simptom-simptom Diabetes.

24. Asma - Vitamin C boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam tubuh yang menyebabkan keradangan. Penyakit asma sangat digalakkan mengambil vitamin C terutama mereka yang kurang mengambil vitamin C dalam diet harian.


25. Penyembuhan luka - Vitamin C membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat dengan mempercepatkan pembentukan tisu-tisu baru. Jika luka anda lambat sembuh itu adalah antara tanda kekurangan vitamin C di dalam tubuh. Vitamin C juga meningkatkan keanjalan kulit.


KEISTIMEWAAN VITAMIN C SR SHAKLEE 

  • Vitamin C SEMULAJADI yang pertama dan bertindak secara SUSTAINED RELEASE atau pelepasan secara berperingkat bagi memastikan vitamin C sentiasa berada dalam tubuh badan. Bertindak melepaskan vitamin C sebanyak 100 mg setia jam untuk satu tablet. Dengan pengambilan 2 biji vitamin C Shaklee dalam jurang masa 5 jam ia mampu berkekalan dalam plasma darah selama 24 jam. 
  • Vitamin C Shaklee juga mengandungi Bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan optimum vitamin C. Tiada pembaziran berlaku kerana semua vitamin C ini akan digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan tubuh masing-masing. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7.5 biji buah oren.







Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


Terima kasih kerana memilih Shaklee 



Continue Reading

Nov 16, 2014

Faedah Bersenam yang anda tidak tahu




Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sejak dua menjak ni Cik G berhempas pulah siapkan assigment yang orang suruh buat..rasa macam belajar semula hihi.. haritu buat assigment ada satu tajuk dia " bagaimana aktiviti fizikal memberi kesan kepada sistem tubuh manusia " ..

baru tau ada 11 sistem tubuh manusia..

baru tau rupanya senaman ni salah satu daripada aktiviti fizikal, maksudnya senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu secara berulangkali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan individu.


bila sebut bersenam mesti ramai ingat untuk kuruskan badan kan..


baru tau bila kita bersenam dia akan mempengaruhi semua sistem dalam tubuh badan kita..


Nak tahu apa faedah bersenam yang ramai orang tak tahu??

jom teruskan bacaa..


Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki system pedaran darah
Mengurangkan stress dan mengubah mood   
Meningkatkan kecekapan pergerakan dan kelembutan badan
Memperbaiki tonus dan postur tubuh
Menambah kekuatan dan daya tahan otot 
Meningkatkan keyakinan diri kerana besenam membawa perubahan fizikal yang positif  
Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan 
Mengatasi dan mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik kerana bersenam menyebabkan otot jantung bekerja dengan lebih efektif  
Membantu menguatkan otot, tulang dan sendi 
Membantu melancarkan sistem saraf dan fungsi sistem badan dengan lebih baik


Tips sebelum bersenam:
1.Memanaskan badan dan regangan (warming up)

2.Melakukan aktiviti senaman dan sukan

3.Menyejukkanbadan (cooling down)









Continue Reading

Nov 13, 2014

ASID LEMAK OMEGA 3: LEMAK BAIK UNTUK KESIHATAN (OMEGA GUARD SHAKLEE)




Bila sebut lemak automatik ramai fikir ia tak baik untuk kesihatan. tapi ada satu lemak baik  untuk kesihatan iaitu asid lemak omega 3.


Kajian sains menunjukkan ikan berlemak seperti ikan tuna, salmon, sardin, mackerel dan trout mempunyai kadungan omega 3 yang amat tinggi. selain itu, kekacang, telur, minyak flaxseed, minyak kanola juga mengandungi asid lemak omega 3.


Tahukah anda bahawa asid lemak omega 3 ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan tetapi mesti diambil daripada pemakanan harian iaitu makanan yang kaya dengan omega 3.


Omega Guard Shaklee supplemen minyak ikan terbaik di dunia!


Omega Guard Shaklee kaya dengan asid lemak omega 3 (1000-mg asid lemak omega 3 termasuk DHA,EPA,ALA dan lain-lain).. dan minyak ikan yang paling tinggi kandungan Omega 3 (DHA dan EPA) daripada jenama lain di pasaran. 






Apa kebaikan Omega 3 kepada kesihatan??


Manfaat Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita  
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan  
3. Mencegah salur darah dari tersumbat  
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok  
5. Mengekalkan tekanan normal darah  
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher  
7. Mengurangkan sakit kepala  
8. Merendahkan kolestrol  
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan  
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL  
11. Mengawal masalah obesiti  
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung  
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin  
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak 
15. Mencegah penyakit gout 
16. Memelihara fungsi sendi 
17. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 
18. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 
19. Membantu menyihatkan paru-paru 
20. Omega 3 memperbaiki penyakit buah pinggang 
21. Membantu pankreas penyakit kanser berfungsi dengan baik 
22. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) 
23. Omega 3 juga memperbaiki masalah kulit seperti eczema, psoriasis 
24. Membantu meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kanak-kanak. 
25. Omega 3 (DHA & EPA) membantu mencegah risiko kelahiran bayi pra-matang 
26. Mengurangkan risiko alahan pada bayi selepas bersalin.



Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee juga membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:
- Mencegah insomnia 
- Mengurangkan tekanan emosi 
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan 
- Membantu memperbaiki masalah autism 
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive 
- Mengurangkan masalah schizophrenia 
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak



Berita baik untuk peminat tegar Omega Guard Shaklee, sepanjang November ini Shaklee Malaysia ada membuat promosi Omega Guard Shaklee..

- jika anda membeli 2 botol Omega Guard anda bakal mendapat 5% diskaun (jimat rm13.60)

- jika anda membeli 6 botol Omega Guard anda bakal mendapat sebotol PERCUMA Omega Guard, PERCUMA kos penghantaran, PERCUMA keahlian Shaklee dan WANG TUNAI masuk akaun bulan hadapan.













Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.
 
 
 

Continue Reading

Cara mudah buat masker Vitamin C SR Shaklee (Kelebihan masker Vitamin C)


Cara mudah buat masker Vitamin C SR Shaklee (Kelebihan masker Vitamin C)

Ada yang rajin pakai masker tak? Salah satu tips penjagaan wajah ialah memakai masker muka 2-3 kali seminggu. Macam2 masker ada kan. Kalau rajin buat sendiri, nak beli masker pun boleh jugak.

Mari.. cik G nak berkongsi cara buat masker sendiri dengan menggunakan vitamin C SR. Khas untuk mereka yang makan vitamin C SR tu boleh la cuba buat yer..Cik G sendiri pun buat jugak masker vitamin C SR ni.. 2 kali seminggu.

Cara-cara membuat masker vitamin C SR Shaklee :
  1. Mula-mula patahkan vitamin C kepada 3 bahagian (patah 2 bahagian pun boleh)
  2. Ambil 1 bahagian dan 2 bahagian lagi boleh disimpan untuk hari lain
  3. Hancurkan dalam priring
  4. Masukkan air dalam 1 sudu
  5. Biarkan dahulu dalam 3 hingga 5 minit sampai kembang
  6. Sapukan pada muka yang telah dicuci dan kering
  7. Sapu pada seluruh muka
  8. Tunggu sehingga kering dalam 30 minit atau lebih
  9. Bilas dengan air bersih



Apa kelebihan menggunakan masker vitamin C SR Shaklee?
  • Membantu meransang penghasilan kolagen dari dalam kulit 
  • Menegangkan kulit muka
  • Mengecutkan jerawat 
  • Mencerahkan kulit muka
  • Menyegarkan wajah 
  • Melembapkan kulit muka

Jom tengok testimoni mereka yang menggunakan vitamin C SR Shaklee.

Testimoni Masker Vitamin C SR Shaklee













Continue Reading

Nov 12, 2014

Agen detoks terbaik (bantu mudah buang air besar dengan Alfalfa dan Herblax Shaklee)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Anda ada masalah sembelit, payah nak membuang, sukar membuang, banyak toksin dalam badan, badan berbau? 

Itu petanda badan anda ada toksin. Apa yang perlu anda buat sekarang ialah untuk menjalankan proses detox.


Apa yang sesuai untuk detox?

Untk suplemen Shaklee ada dua item yang boleh membantu anda dalam proses detox. Dan Gee sendiri juga ada mengambil dua item ini.




Alfalfa
  • mencuci usus bagi membuang toksin dalam badan 
  • detoks keseluruhan badan
  • membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • melegakan sembelit 
  • membuang angin dalam badan

HerbLax
  • membersihkan najis yang tersekat dan terkumpul lama di dalam usus
  • merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut
  • mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • membantu masalah sembelit
  • menyingkir toksin dari badan supaya usus lebih mudah menyerap khasiat vitamin
  • membantu masalah lebihan air dalam badan




Bonus ia boleh membantu mengempiskan perut dan mengawal berat badan! Kalau yang nak kuruskan badan memang wajib ambik.


Testimoni Set Detox












Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya. 


Continue Reading