Jan 15, 2014

Kebaikan Set Kanak-kanak Shaklee


Kebaikan Set Kanak-kanak Shaklee

Apakah suplemen yang sesuai untuk anak-anak anda? Kalini Gee ingin berkongsi suplemen mana yang sesuai untuk diambil oleh anak-anak anda. 


1. OmegaGuard Shaklee


OmegaGuard ialah minyak ikan terbaik dan paling tulen di dunia. Minyak ikan yang digunakan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan mempunya tahap merkuri yang rendah. OmegaGuard juga lengkap dengan 7 jeins asid lemak omega-3 (EPA, ETA, DHA, DPA, HPA, SDA) yang sangat diperlukan oleh tubuh badan tetapi badan manusia tidak mampu menghasilkannya dan ia perlu diambil dari sumber-sumber makanan dan supplement tambahan.

Kanak-kanak sedari usia 0-6 tahun (jika dapat semasa ibu mengandung sangat disarankan mengambil omega-3) amat memerlukan makanan yang diperkaya dengan asid lemak omega-3, DHA dan EPA kerana ia akan membantu pertumbuhan otak kanak-kanak.

Khasiat OmegaGuard untuk Kanak-kanak :
  • Membantu meningkatkan dan menguatkan memori kanak-kanak
  • Memperkasakan kesihatan dengan peningkatan sistem imun kanak-kanak (kerap demam, selsema, batuk)
  • Omega-3 juga berupaya merawat kanak-kanak yang ada penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis termasuk asma dan alahan.
  • Omega-3 membantu kanak-kanak yang hyperactive.
  • Pengambilan OmegaGuard yang konsisten (sejak kecil) dapat membantu mengurangkan masalah jangkitan pernafasan.


2. Meal Shakes
 
Meal Shakes merupakan makanan segera berkhasiat tinggi yang dilengkapi dengan nutrisi penting dan asid amino. Meal Shakes diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin iaitu sejenis susu dan etc. Meal Shakes juga bersifat rendah lemak dan rendah-glisemik.

Meal Shakes sesuai untuk semua golongan; kanak-kanak, pelajar, ahli sukan, ibu yang sedang hamil, vegeterian, orang yang kerap sakit, orang yang sibuk bekerja atau mereka yang selalu dan gemarkan memakan makanan segera.
Khasiat Meal Shakes untuk kanak-kanak :
    • Meal Shakes mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan tubuh.
    • Meal Shakes yang kaya dengan protin sangat membantu membina semula sel-sel baru; sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan etc..
    • Meal Shakes membantu proses tumbesaran kanak-kanak
    • Meal Shakes ialah perlindung antioksidan terbaik untuk kanak-kanak

      3. Vitalea For Children 


      Vitalea for Children mengandungi 18 multivitamin & multimineral termasuk 100% Vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang akan membantu melengkapkan nutrisi dalam badan di mana ia tidak dapat diperolehi semuanya dari makanan seharian. Ia juga mengandungi 200mg kalsium, magnesium, zinc, cooper dan banyak lagi yang akan membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang kanak-kanak.
      Kebaikan Vita-Lea for children :
      1. Membantu menguatkan kecerdasan minda
      2. Menyokong kesihatan dan pembinaan tulang yang kuat
      3. Menguatkan gigi
      4. Membekal makanan kepada sel badan untuk memastikan tubuh lebih bertenaga dan sihat
      5. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
      6. Melindungi kesihatan otot, jantung dan fungsi saraf
      7. Mengekalkan tekanan darah dan rentak jantung yang normal
      8. Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia atau merawat anemia
      9. Membantu meningkatkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
      10. Mencegah penyakit beguk (tiroid)
      11. Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian

      Testimoni Set Kanak-Kanak Shaklee