Mar 23, 2014

20 Makanan Bantu Mengurangkan Kolestrol

Apa yang kita makan hari-hari amat mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Lebih lagi ramai rakyat Malaysia sekarang didapati mempunyai masalah koelesterol tinggi tidak kira gemuk atau kurus. Faktor berat badan bukan penyumbang utama kepada masalah kolesterol ini. Gaya hidup dan tabiat pemakanan harian juga sangat mempengaruhi paras kolesterol seseorang.

Makanan yang dapat mengurangkan atau menurunkan paras kolestrol :



1. Kacang soya yang diproses seperti protien soya yang kaya dengan protien, lecithin, kalsium dan mineral membantu memecah lemak dan mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).
2. Bubur gandum dan oat sangat baik untuk menurunkan kolesterol. Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh menurunkan kolesterol jahat (LDL). Soluble fiber boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun.
3. Walnut juga boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Kacang ini mengandungi banyak asid lemak tak tepu (polysaturated fatty acids) yang dapat membuat pembuluh darah tetap sihat dan elastik.
4. Kacang badam boleh menurunkan paras kolestrol dengan mengamalkan selama 4 minggu. Tapi jangan berlebihan jika diambil bersama makanan lain kerana ia boleh menggemukkan dan meningkatkan risiko serangan jantung.




5. Asid lemak omega-3 mampu menurunkan kolesterol dalam badan. Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3 adalah seperti ikan makarel, ikan herring, sardine, tuna albacore dan tuna. Sebaiknya ikan dipanggang atau dibakar di dalam oven untuk mengekalkan faedah omega 3 di dalamnya.
6. Minyak zaitun mengandungi campuran antioksidan yang berpotensi untuk menekan kolesterol tanpa mengganggu kadar kolesterol baik (HDL). Beberapa kajian menyarankan bahawa kesan minyak zaitun dalam penurunan kolesterol adalah lebih besar jika menggunakan minyak zaitun tulin yang tidak melalui proses pengolahan dan penambahan zat kimia kerana ia mengandungi lebih banyak antioksidan.
7. Tomato membantu menurunkan kolestrol jahat (LDL). Ambillah 2 gelas jus tomata setiap hari untuk kesihatan anda.
8. Buah delima yang bermanfaat mengurangkan penumpukan plak kolestrol dan meningkatkan produksi okdisa nitrat yang akan membantu memengurangkan plak pada arteri.

9. Anggur membantu mneingkatkan kadar kolestrol baik. Untuk menjaga kadar kolestrol minumlah 2 gelas jus anggur yang asli setiap hari. 


10. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti mangga, betik, rambutan, strawberi, belimbing, kedondong dan kiwi berupaya mencegah kolestrol jahat (HDL).


11. Jambu batu yang diambil setiap hari dengan kadar yang betul (400 gram atau sebiji ) mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. ia juga bagus untuk menurunkan berat badan.
12. Kurma kaya dengan kandungan serat dan flavanoid. Ia berupaya menyingkirkan lebihan lemak LDL seterusnya mengurang risiko penyakit jantung.
13. Kismis mengandungi sebatian yang berupaya menurunkan kolestrol. Pengambilan 400 kalori kismis setiap hari menurunkan kadar kolsetrol dalam darah sebanyak 8%.
14. Bawang putih sangat baik untuk menurunkan kolestrol jahat (HDL).


15. Tauhu dan tempe juga sangat baik untuk menurunkan kolestrol jahat (HDL) dan juga kaya dengan sumber protien.


16. Teh hijau. Kajian di Jepun menunjukkan theanine pada teh hijau meningkatkan kolestrol baik dan memcegah kolestrol jahat.
17. Minyak kelapa semulajadi akan meningkatkan kolestrol baik (menurut Dr. Mary Enig MS dari Nutritional Sciences).
18. Blueberry mengandungi zat yang akan bertindak melawan kolestrol jahat (HDL). Pterostilbene di dalam blueberry membantu mengurangkan kadar kolestrol.

19. Yogurt dengan pribiotik membantu menurunkan kolestrol.
20. Kuaci  kaya dengan zat besi yang secara tak lansung membantu mengurangkan kadar kolestrol. Pilih kuaci jenis tawar seperti biji labu dan bunga matahari.




Tip untuk mengurangkan kolestrol berlebihan :
  • Kurangkan ambil makanan yang ada lemak tepu tinggi kerana ia meningkatkan kolestrol jahat.
  • Pilih produk tenusu yang betul.
  • Baca label makanan terutama makanan yang diproses seperti makanan segera mengandungi lemak tepu.
  • Kurangkan santan dalam masakan.
  • Banyakkan makan buah-bauahan dan sayuran.

Pendek kata, amalam dan tabiat harian samada dalam pemakanan atau aktiviti harian penting dalam memastikan tubuh sihat dan cergas sekaligus mengelak sebarang penyakit. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.


Apa itu KOLESTROL?
Kawal KOLESTROL dengan supplement SHAKLEE
Testimoni Kolestrol 






Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.