Apr 29, 2014

Petua rambut sihat, hitam dan lebat

Assalamualaikum..


Rambut yang sihat, hitam dan lebat serta cantik adalah idaman tiap wanita. Gitu juga lelaki masa kini yang sudah mula mementingkan penjagaan rambut.

Macam-macam petua tradisional dan moden yang boleh dicuba. Kini rambut yang  sihat, hitam dan lebat serta cantikbukan lagi sekadar impian.

Jom baca apa petua-petua tradisional yang anda boleh cuba;


Petua Pertama:
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.InshaAllah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua Kedua:
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. InshaAllah.

Petua Ketiga:
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.

Petua Keempat:
Ambil minyak sayuran dan tuala bersih. Kemudian, panaskan minyak sayuran. Selepas itu lumurkan minyak tadi pada rambut. Oles rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kemudia tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih. InshaaAllah, masalah rambut kering akan dapat diatasi dengan baik. Amalkan selalu untuk mengatasi masalah rambut kering.

Petua Kelima:
Campurkan air asam jawa dan santan, bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi baunya. Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas. Kemudian, basuh rambut dengan campuran bahan tadi. InshaaAllah rambut akan berbau harum malah boleh mengelakkan masalah rambut gugur.


Petua Keenam:
Ambil syampu dan kuning telur. Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam. Kemudian, cuci/bilas rambut eperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur tadi. Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda. InshaaAllah, masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.  


Petua Ketujuh:
Ambil beberapa helai bunga melur atau bunga melati dan daun pandan perlulah dihiris halus /cincang atau pun ditumbuk sehingga hancur. Kemudiannya dicampur bersama minyak bijan. Sebatikan campuran ini dan kemudian disapukan pada keseluruhan bahagian kepala (rambut). Biarkan selama 20 minit sebelum rambut dicuci bersih. Amalkan dua atau tiga kali seminggu. Insyaallah ramabut akan lebih lebat.


SELAMAT MENCUBA :)

SHAKLEE juga ada SET PENJAGAAN RAMBUT, lihat di SINI & SINI.










Nurzhinan Mohd Yunus | Shaklee Independent Distributot [ID : 1085116]
SMS or WHATSAPP 013-5707812 | FB : Ziana Beauty Shoppe