May 4, 2014

Sebab Bibir Kering dan Tip Mengatasi Bibir Kering


Bibir kering.. bibir pecah, menggelupas.. pasti ramai yang ada masalah bibir kering ini kan.. Macam mana nak merawat bibir kering?? sebelum itu, jom ketahui penyebab bibir kering.


Sebab bibir kering :
  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Suka makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, suka minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangn minum air terutama air suam.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan. 
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur
  • Masalah kekurangan vitamin & mineral dalam badan (vitamin B terutama asid folik dan riboflavin, vitamin C, vitamin E dan kurang zat besi)





15 Tip bibir kering 


Beberapa tip yang boleh dicuba, antaranya :

  1. Pastikan pengambilan air secukupnya (2 hingga 3 liter sehari)
  2. Penggunakan pelembab bibir yang mengandungi SPF 15 atau SPF 20 untuk melindungi bibir dari sinaran matahari.
  3. Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
  4. Menjauhi rokok dan sebagainya.
  5. Kurangkan pengambilan ubat-ubatan, cubalah beralih kepada natural remedy.
  6. Pakai lipbalm tiap hari sebelum tidur. Yang ni boleh buat bibir sentiasa lembap sepanjang malam. 
  7. Sapu madu pada bibir, tunggu dalam 2 atau 3 minit kemudian lap bibir guna tuala lembap. Cara ini boleh membuang kulit kering pada bibir.
  8. Gosok bibir perrlahan-lahan menggunakan span lembut.
  9. Sentiasalah membasahkan bibir dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. 
  10. Sebelum tidur bersihkan sisa lipstik dengan segera. 
  11. Amalankan banyak makan buah-buahan & sayuran yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. 
  12. Urut bibir dengan minyak zaitun. Ia membantu mealncarkan peredaran darah pada bibir!
  13. Sapu tisu yang bersih setiap hari.
  14. Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.
  15. Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.







Nurzhinan Mohd Yunus | Shaklee Independent Distributot [ID : 1085116]

SMS WHATSAPP :  0135707812 | FB : Ziana Beauty Shoppe