May 15, 2014

Punca anak hilang selera makan dan cara mengatasinya


Assalamualaikum..


Pasti ibubapa risau anak-anak yang tak nak makan... yang kurang selera makan. Masalah ini agak biasa berlaku sebenarnya. Kadang-kadang anak tak ada selera makan disebabkan tabiat makan yang tak betul sekaligus menyebabkan anak-anak kekurangan nutrsisi dalam badan. Pemakanan yang berkhasiat dan lengkap dengan nutrisi harian sangan penting kepada pertumbuhan anak-anak.

Terdapat juga punca lain yang menyebabkan anak-anak hilang selera makan :
  1. Terlalu banyak bermain. Banyak masa bermain menyebabkan kanak-kanak leka bila tiba waktu makan. Malah, kanak-kanak mungkin tak terasa lapar langsung. Jika berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan berat badan dan jatuh sakit. .
  2. Tiada kawan. Ada masa kanak-kanak ingin makan berteman. Contohnya bila di sekolah kanak-kanak lebih berselera makan berbanding di rumah. Jadi sebagai ibu bapa, luangkan masa makan bersama.
  3. Masalah kesihatan. Kanak-kanak bila usia meningkat, ada kala mereka kerap demam, selesema dan batuk. Secara tidak langsung kanak-kanak hilang selera makan. Jadi, si ibu perlu bijak menangani masalah ini, seperti menyediakan bubur yang menyelerakan untuk menarik selera makan anak.
  4. Masalah gigi rosak. Masalah gigi rosak atau sakit gigi juga membantutkan selera makan kanak-kanak. Mungkin anak sukar untuk menggigit dan mengunyah makanan. Jadi si ibu harus memastikan makan yang sesuai untuk anak.
  5. Jenis makanan & cara masakan yang sama. Kita yang dewasa juga akan jemu bila makan makanan yang sama setiap hari. Inikan pula kanak-kanak. Si ibu boleh mempelbagaikan jenis dan cara masakan sekaligus membantu menaikkan selera makan anak.

Cara mengatasi kanak-kanak yang kurang selera makan :
  1. Jangan terlalu memaksa anak-anak makan. Maksudnya, cuba sediakan makanan yang menjadi kesukaan mereka dan pastikan ia berkhasiat.
  2. Elakkan sikap cuba memujuk anak-anak dengan menjanjikan sesuatu jika dia berjaya menghabiskan makanannya. Contohnya dengan memberikan anak-anak gula-gula atau coklat yang jelas tidak berkhasiat. Tabiat ini mungkin mendorong anak-anak lebih gemar makanan ringan.
  3. Hiaskan makanan agar ia nampak sedap dan menyelerakan di mata anak-anak.
  4. Galak anak-anak makan dalam kuantiti yang lebih banyak. Tapi jangan sesekali memaksa mereka supaya menghabiskannya. Ada sesetengah anak-anak snegaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian ibu bapa.
  5. Elakkan memberi makanan yang sama sepanjang hari. Cuba pelbagaikan untuk menaik selera makan mereka.
  6. Pilih masa makan yang tetap kerana ia akan membantu kanak-kanak mudah rasa lapar bila tiba waktunya.
  7. Makan bersama-sama dengan anak-anak. Mana tahu mereka akan lebih berselera makan.
  8. Elakkan sikap bertelagah dan marah-marah semasa makan. Cuba wujudkan suasana yang tenang, santai dan menggembirakan.

Kesimpulannya, ibu bapa harus peka dengan selera makan anak-anak. Cuba pastikan anak-anak makan terutama makanan yang berkhasiat. Kenalpasti makanan kegemaran anak-anak. Galakkan mereka mengambil makanan yang berkhasiat. Jangan galakkan anak-anak makan makanan ringan jika mereka tak nak makan nasi, buah dan sebagainya.

kredit; drzubaidi, sinar harian






----------------------------------------------------------------------------------------------
Nurzhinan Mohd Yunus | Shaklee Independent Distributot [ID : 1085116]

SMS WHATSAPP 0135707812 | FB : Ziana Beauty Shoppe