Jun 9, 2014

Migrain atau sakit kepala?

Assalamualaikum..

Migrain atau sakit kepala? Apa beza keduanya?

Migrain ialah sakit berupa denyutan di sebelah kepala yang datang bersama rasa mual, ingin muntah, tak tahan bunyi yang kuat dan cahaya yang terang.  Kadang-kadang boleh merebak ke seluruh kepala.

Migrain biasa berlaku kerana faktor berikut :
  • pendarahan haid
  • perubahan cuaca (panas dan sejuk)
  • berpuasa
  • kekejangan minda
  • kurang tidur
  • cahaya lampu terlampau terang
  • bau-bau yang kurang menyenangkan
  • keturunan
Tempoh migrain :
Biasanya berlaku beberapa jam atau ke beberapa hari. Rasa sakit di kepala akan datang dan pergi. 

Petanda awal migrain :
  • mudah rasa letih, lesu
  • kurang bertenaga
  • mudah rasa marah
  • kuat makan
  • sukar membuang air besar
  • mengalami sakit tengkuk
  • kerap menguap
Antara komplikasi migrain :
  • rasa sakit teruk melebihi 2 minggu
  • serangan sawan
  • strok
  • boleh jadi lumpuh sementara


Sakit kepala?

Sakit kepala atau pening biasa berlaku dan akan menyerang pada bahagian kiri dan kanan tempurung kepala dan akan berlanjutan selama beberapa jam. Ia berlaku mungkin kerana rasa penat, stress, tekanan emosi, badan kurang sihat, sinus membengkak dan demam.

Tapi biasanya ia tidak merbahaya kecuali sakit kepala yang menyerang tiba-tiba, rasa samgat sakit, dan kepala ras seperti dipukul dari belakang. Itu antara tanda pembuluh darah pecah.

Antara penyebab sakit kepala yang boleh memudaratkan termasuk strok, pendarahan dalam kepala, kekurangan cecair dalam badan, tekanan darah tinggi, dan mungkin kanser otak. Semuanya ini bermula dengan sakit kepala biasa.



Mana lebih berbahaya?

Kedua-duanya perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu jika adan berasa kurang pasti ia migrain atau sakit kepala biasa.

Beza migrain dan sakit kepala hanya simptom kecil. Ada yang menganggap ia sabagai sakit kepala biasa.

jadi.. kesimpulannya, anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu jika ia migrain atau sakit kepala biasa. Baik mencegah dari awal. Kenal pasti tanda-tanda yang anda hidapi itu.

Apapun segalanya bermula dengan gaya hidup sihat termasuk pemakanan yang berkhasiat serta bersenam.









Continue Reading