Oct 21, 2014

8 Tips merawat batuk kanak-kanak #ShakleeEffect #17




Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekarang cik G nak share tips merawat batuk untuk kanak-kanak pulak. Batuk biasa berlaku dan ia kerap terjadi bagi kanak-kanak. Bagi ibu dan ayah pastinya ia agak merisaukan jika dibiarkan berterusan. Ada beberapa tips yang cik G ingin kongsikan bersama untuk manfaat kita semua.

1- Pastikan anak mendapat rehat yang secukupnya. Elakkan membawa anak bersiar atau keluar.

2- Jangan menggantikan susu dengan air kosong terutama bayi yang berumur 1 tahun ke bawah kerana ia boleh memudaratkan.

3- Elakkan memberi air sejuk dan makanan berminyak pada anak-anak.

4- Semasa tidur samada siang atau malam, tinggikan sedikit bantal bagi memudahkan pernafasan anak.

5- Jika anak batuk + selsema berikan ubat paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doktor . ubat demam boleh diberi dengan selamat jika anak berusia 1 tahun ke atas dan mempunyai berat badan lebih dari 5 kg.

6- Jika anak 1 tahun ke atas, bawa ke bilik air, buka shower (kalau dapat air panas) dan biar anak dalam bilik air bersama ibu untuk menghidu debuan air untuk membantu lendir menjadi longgar tetapi jangan sesekali memandikan anak dengan air panas.

7- Jika anak berusia 1 tahun ke atas dan boleh minum dari gelas/botol, berikan air suam dan sedikir madu bersama lemon. Ia bertujuan untuk melegakan batuk anak. 
8- Menggunakan penyedut hingus dalam hidung (ada dijual di farmasi). Jika anak-anak sudah besar, galakkan mereka untuk menggunakan tisu untuk membuang hingus. Gunakan tisu untuk menutup mulut ketika batuk bagi mengelakkan orang lain terjangkit.
  
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad


Satu lagi tip yang diberikan oleh Puan Siti Farah Aini Jamaludin, Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Alpha ialah ibu bapa boleh menepuk pada dada atau mengurut belakang anak bagi tujuan melonggarkan kahak dan memudahkan pernafasan anak.


*    *    *

Satu lagi cara memberikan supplemen kepada anak-anak terumata yang berusia 1 tahun ke atas. Di Shaklee, Meal Shakes dan Omega Guard dua supplemen yang sangat femes dan sangat sesuai untuk peringkat kanak-kanak.


Omega Guard kaya dengan asid lemak omega 3 termasuk EPA dan DHA yang baik untuk imuniti dan juga perkembangan otak kanak-kanak. Omega Guard dikatakan dapat membantu melegakan dan menghilangkan batuk (terutama batuk berkahak) kanak-kanak.


Meal Shakes nutrisi lengkap dengan 19 vitamin dan mineral untuk tumbesaran dan perlindungan sistem imun kanak-kanak. Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat. Dan makanan untuk otak yang bijak juga kerana ia mengandungi kolina, kalsium dan protein.




Apa kata ibu-ibu lepas memberikan supplemen shaklee untuk anak-anak mereka? jom baca.














Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.