Nov 16, 2014

Faedah Bersenam yang anda tidak tahu




Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sejak dua menjak ni Cik G berhempas pulah siapkan assigment yang orang suruh buat..rasa macam belajar semula hihi.. haritu buat assigment ada satu tajuk dia " bagaimana aktiviti fizikal memberi kesan kepada sistem tubuh manusia " ..

baru tau ada 11 sistem tubuh manusia..

baru tau rupanya senaman ni salah satu daripada aktiviti fizikal, maksudnya senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu secara berulangkali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan individu.


bila sebut bersenam mesti ramai ingat untuk kuruskan badan kan..


baru tau bila kita bersenam dia akan mempengaruhi semua sistem dalam tubuh badan kita..


Nak tahu apa faedah bersenam yang ramai orang tak tahu??

jom teruskan bacaa..


Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki system pedaran darah
Mengurangkan stress dan mengubah mood   
Meningkatkan kecekapan pergerakan dan kelembutan badan
Memperbaiki tonus dan postur tubuh
Menambah kekuatan dan daya tahan otot 
Meningkatkan keyakinan diri kerana besenam membawa perubahan fizikal yang positif  
Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan 
Mengatasi dan mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik kerana bersenam menyebabkan otot jantung bekerja dengan lebih efektif  
Membantu menguatkan otot, tulang dan sendi 
Membantu melancarkan sistem saraf dan fungsi sistem badan dengan lebih baik


Tips sebelum bersenam:
1.Memanaskan badan dan regangan (warming up)

2.Melakukan aktiviti senaman dan sukan

3.Menyejukkanbadan (cooling down)