May 5, 2015

Cara kawal kolesterol secara semulajadi dengan Shaklee




Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2011) menunjukkan satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Adakah anda salah seorang daripadanya ??


Apakah kolesterol ?
Kolesterol ialah komponen sterol yang penting dalam metabolisme dan penghasilan hormon. Ia bergerak sekali dengan aliran darah sebagai lipoprotien.


Kolesterol sebenarnya bermanfaat kepada tubuh :

Membantu dalam penghasilan cecair hempedu

Membantu metabolisme vitamin larut lemak

Menjadi penebat kepada jaringan saraf

Membina dan menjaga membran sel dengan mengelak pengkritalan hidrokarbon dalam membran

Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen

Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kartikosteron dan sebagainya.



Terdapat 2 jenis kolesterol dalam darah :

Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’.

Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’ dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.


Sebab itu penting untuk mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah. Paras kolesterol yang terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan risiko strok, jantung, penyempitan arteri dan darah tidak dapat mengalir dengan baik.






Kolestrol yang tidak dikawal juga akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Ini menyebabkan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama-lama, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah"SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya.



Cara mudah untuk mengawal paras kolesterol ialah:

Pemakanan yang seimbang – mengawal makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses

Menurunkan berat badan pada paras ideal

Aktiviti fizikal – seperti bersenam, berjalan, turun naik tangga

Menjauhi rokok



Di Shaklee, ada suplemen yang boleh membantu mencegah dan mengawal masalah kolesterol tinggi.



Omega Guard kaya dengan asid lemak omega 3 yang diperlukan badan termasuk EPA & DHA. Malangnya badan tidak mampu menghasilkan sendiri asid lemak perlu ini.. sebab itu kita mengambil dari sumber makanan dan juga supplemen.

Antara manfaat Omega Guard Shaklee ini adalah :
  • merendahkan kolesterol LDL
  • memelihara tekanan darah, paras trigliserida dan kolesterol yang normal
  • membersih saluran darah
  • memperbaiki kesihatan kardiovaskular
  • mengelak masalah darah beku dalam badan
 


Phytocol-ST satu produk baru daripada Shaklee dan ia khusus untuk masalah kolesterol. Phytocol-ST mengandungi phytosterol yang mempunyai struktur sama seperti kolesterol. Phytosterol ini akan bersaing dan mengalahkan kolesterol daripada menyerap ke dalam usus.

Semakin banyak phytosterol diambil, semakin kurang kolesrerol yang dapat diserap tubuh dan berpeluang tinggi untuk merendahkan paras kolesterol. Phytosterol ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian.




Garlic Complex juga bagus untuk masalah kolesterol tinggi. Tahukah anda, 2 tablet Garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen dan juga bersamaan 2 ulas garlic segar !!

Antara manfaat Garlic Complex ialah :
  • Menurunkan kolesterol LDL, trigliserida dan kelikatan darah
  • Meningkatkan HDL
  • Menghalang strok dan penyakit koronari
  • Mengekalkan tekanan darah dan paras kolesterol yang normal



Selain itu, Lecithin juga berperanan penting dalam mengawal paras kolesterol. Lecithin digelar sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia melekat pada lelemak. Lecithin akan menyebabkan lemak terapung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding mambran. Hakikatnya Lecithin sangat penting kepada tubuh etapi ia tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Dan yang bestnya Lecithin Shaklee adalah daripada soya non-GMO.. soya adalah sumber lecithin yang paling berkhasiat dan bebas kolestrol.

Antara manfaat Lecithin ini adalah :
  • Bertindak sebagai pembersih salur darah
  • Memecahkan lemak dan kolesterol
  • Membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida dalam tubuh
  • Menggalak peredaran darah



Vitamin E Complex adalah antioksidan yang kuat yang sangat bagus untuk menyokong kesihatan jantung selain untuk kulit sihat dan kesuburan lelaki.

Antara manfaat Vitamin E Complex ini adalah :
  • Meningkatkan kolesterol HDL
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Melindungi jantung, sel darah merah bagi mengelak pengasidan lipid



Satu lagi vitamin yang penting ialah Vitamin C Plus. Vitamin C biasanya terkenal dalam kecantikan. Tapi vitamin C juga sebenarnya sangat bagus untuk menurunkan kolesterol LDL.

Antara manfaat Vitamin C PLus ini adalah :
Membantu dalam metabolisme kolesterol dalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids). Jadi ia dapat mengurangkan kendungan kolesterol dalam darah sekaligus mencegah batu karang dalam pundi hempedu.
  • Menambah kolesterol HDL.
  • Mencegah atherosclerosis – mendapan kolesterol pada dinding dalur darah.



Di samping itu, Alfalfa Complex merupakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian. Ia mengandungi Vitamin A, C dan E serta asid lemak, kalsium, protien, potasium, fosforus, serat dan zat besi.

Antara manfaat Alfalfa Complex ini adalah :
  • Mengawal paras kolesterol dalam badan.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol . kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
  • Mengandungi seponin yang bertindak sebagai span yang akan menyerap dan menyingkirkan lemak lemak kolesterol yang telah terurai keluar dari badan.



Dan produk Shaklee yang paling terbaik untuk kesihatan menyeluruh ialah Vivix Shaklee. Satu satunya supplemen shaklee dalam bentuk cecair yang mudah ditelan dengan rasa masam masam manis. Hanya 1 sudu sehari pelbagai manfaat dan kebaikan anda perolehi.

Kandungan resveratrol dalam Vivix didapati dapat mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL, jumlah kolesterol dan risiko penyakit kardiovaskular.


Testimoni kolesterol

















 Wahh banyaknya supplemen untuk kolesterol ni?? Jangan risau tak perlu ambil semua ok. 



Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.