Aug 24, 2015

5 vitamin penting untuk kulit kekal cantik dan muda


Khas untuk anda yang ingin kulit cantik dan sihat dari dalam.

Cik Gee nak bagitahu 5 vitamin penting untuk membantu mengekalkan kecantikan kulit. Tak kira perempuan atau lelaki juga boleh makan vitamin ni.

Protien
Nak kulit cantik? Wajib ambil protien. Kenapa cik gee cakap macam tu?

Sebab protien adalah binaan asas kulit. Ia membantu membina sel sel kulit baru yang lebih sihat dan kukuh.Antara tanda tanda kulit kurang protien ialah kulit berkedut, berjerawat, berjeragat, menggelupas, berbintik perang dan sebagainya.

Menurut Dr Bruce Miller, pengambilan supplement protien terbaik adalah yang berasaskan soya!
sebab itu cik gee sangat galakkan anda mengambil ESP, supplement protien berasaskan soya non-GMO semulajadi terbaik. ESP merupakan produk paling laris dalam Shaklee. Boleh diminum juga dijadikan masker!


Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin WAJIB ada dalam list anda yang nak kulit cantik. Sebab vitamin C sangat penting membantu merangsang & membina kolagen dalam tubun secara semulajadi. Apabila umur makin meningkat, kadar kolagen dalam badan akan makin berkurang. Ini yang menyebabkan kulit kusam, kulit kasar, tona tak sekata, garisan halus mula muncul, dan jeragat. Vitamin C juga berkesan untuk mengecutkan jerawat dan mengecilkan pori pori.


Omega-3 
Mungkin ramai yang ingat omega-3 ini untuk otak dan kurus sahaja. Tapi sebenarnya Omega-3 juga sangat bagus untuk kulit. Antara kebaikan Omega-3 untuk kulit:
  • Ia melindungi kulit dari cahaya matahari dan UV
  • Memperbaiki keradangan pada kulit seperti eczema
  • Mengelakkan kulit berkedut
  • Menjadikan kulit kemerahan / pinkish
Tahukah anda badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri Omega-3 ini dan ia perlu di ambil dari sumber makanan dan supplement. Supplement Omega-3 terbaik semestinya Omega Guard Shaklee.


Multivitamin 
Paling asas untuk kulit kerana gabungan pelbagai vitamin ini akan mengisi dan memenuhi lompang kosong vitamin di dalam badan. Pilihan cik gee sudah pastinya Vita-Lea yang lengkap dengan zat besi!

Vita-Lea lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting untuk badan dan kulit. kehadiran vitamin B-Complex di dalamnya akan membantu melancarkan peredaran darah sekaligus menjadikan kulit wajah berseri seri.


Vitamin E
Vitamin yang sangat femes bagi melambatkan proses penuaan kulit, awet muda! kalau boleh cik gee sarankan vitamin E ini antara yang wajib anda ambil. Vitamin E Complex dari Shaklee merupakan supplement vitamin E terbaik di pasaran. Ia mampu mengurangkan dan menghilangkan kesan kesan parut, bekas jerawat termasuk stretchmark dan jeragat. Bagi yang ada masalah kulit kering & menggelupas juga disarankan untuk konsistem mengambil vitamin E kerana ia sangat membantu melembapkan kulit dari dalam.