Oct 29, 2017

10 Cara Menggembirakan Pasangan





1. Kemas dan wangi 

Selalu bersih dan wangi untuk pasangan. Ingat bahawa Rasulullah saw sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan baginda sentiasa menggemari bau-bauan yang wangi. 


2. Menggunakan nama panggilan

Guna nama yang baik dan sesuai bila memanggil pasangan. Jika boleh elak guna nama gelaran yang kurang menyenangkan. Contohnya guna panggilan yang manja seperti sayang, darling, baby, adinda dan sebagainya yang boleh merapatkan lagi hubungan mesra.

 
3. Kenang jasa

Sentiasa mengenang  dan menghargai tanggungjawab yang dijalankan pasangan sebagai seorang suami / isteri setiap hari. Ingat kebaikan pasangan!


4. Elakkan komen terlalu banyak

Jika secara tak sengaja melihat kesalahan pasangan, cubalah untuk berdiam dan tidak terus memberi komen. Ini merupaka salah satu cara Rasulullah guna apabila baginda melihat sesuatu yang tak elok dari isterinya. Dan ini merupakan satu ciri yang jarang diamalkan si suami. 


5. Senyum dan peluk isteri

Senyum adalah sedekah. Maka senyumlah selalu pada isteri. Bayangkan hidup dengan isteri yang mungkin bila-bila masa saja akan berakhir.

Rasulullah saw akan mencium isteri sebelum pergi menunaikan solat dan juga semasa baginda sedang berpuasa.


6. Berterima kasih

Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih. Dia adalah pasangan kita sendiri. 

Sentiasa mengucapkan terima kasih walaupun hal kecil seperti masakan sedap, pakaian yang cantik dan sebagainya. 


7. Buat perkara yang menggembirakan

Minta pasangan anda untuk menulis 10 perkara yang telah anda buat yang membuat si dia rasa gembira. 

Kemudian ulang perkara yang menggembirakannya. Mengkin sukar untuk melakukannya. Jadi, teruslah bertanyakan pada si dia sendiri.


8. Jangan merendahkan keinginan isteri

Pujuklah si dia. Kadang-kadang suami akan mengambil ringan perkara yang dingini si isteri. 

Rasulullah saw memberikan contoh apaila Safiyyah binti Hujaj RA menangis kerana baginda telah meletakkan dia di atas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia kemudian baginda menukar dengan unta yang lain.


9. Berjenaka dan bergurau

Setiasa berguran dengan isteri. Lihatlah bagaimana Rasulullah saw berlumba dengan isteri baginda Aisyah RA di padang pasir. 

Bilakah kali terakhir kita melakukan perkara macam itu? Bergurau senda boleh merapatkan jurang yang ada dalam perhubungan suami isteri. 


10. Pesanan Rasulullah saw

Baginda berpesan, “ Orang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik di kalangan kamu bagi keluarga aku”. 

Berpandukan hadis ini, maka marilah kita melakukan yang terbaik apabila melayan pasangan masing-masing. Semoga rumah tangga sentiasa bahagia dan ceria selalu. 



 sumber: majalah pa&ma