Dec 26, 2018

Promosi Akhir Tahun Shaklee 2018


Promosi Akhir Tahun, Harga Murah dari Shaklee untuk tahun 2018

Kali pertama Shaklee buat promosi akhir tahun yang murah dan jimat macam ni. Ada diskaun 10% untuk produk terpilih.

Promosi ini hanya 2 hari saja, 26 & 27 Disember 2018. Setiap produk promosi ini akan ada diskuan 10 peratus dari harga biasa. Bagi yang dah jadi ahli tu anda berpeluang dapat harga lagi murah!

Promosi untuk suplemen Shaklee yang terpilih.





Promosi untuk produk penjagaan muka YOUTH.




Untuk produk ShakleeBaby ada diskaun 50%! Sangat murah dan jimat!




Harga sangat murah dah jimat! Berbaloi beli masa promosi ni. Info order kena hubungi Gee segera ya.



Ada satu lagi promosi tengah on sekarang ni. Khas untuk yang belum berdaftar ahli.

Bagi yang pernah daftar ahli Shaklee lama dulu? Tu kena hubungi Gee terus nanti Gee boleh bantu semak keahlian anda ya.






Continue Reading

Dec 21, 2018

Penyakit Sopak Atau Vitiligo: Cara Terbaik Dan Selamat Untuk Merawat Sopak atau Vitiligo


Kenali Penyakit Sopak Atau Vitiligo. Apakah Cara Terbaik Dan Selamat Untuk Merawat Sopak atau Vitiligo? 




Apakah sebenarnya penyakit Sopak atau Vitiligo?
Ia adalah sejenis penyakit kulit. Kulit menjadi bertompok-tompok putih pada mana-mana bahagian badan. Dalam erti kata lain pigmentasi pada kulit. Ia juga boleh menyerang semua jenis kulit.

Gambaran sopak (gambar Google)

Punca Sopak atau Vitiligo
  • Sel-sel yang bertugas untuk menghasilkan pigem iaitu melanosit rosak, mati atau tak boleh berfungsi. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh antibodi badan yang menyerang badan pesakit itu sendiri. 
  • Punca lain – sejarah keluarga, terkena sunburn teruk, stress atau terdedah kepada bahan kimia industri.

Apa kata Pakar Perunding Dermatologi;
Dr Mazlin Mohd Baseri (Hospital Pakar Ampang Puteri) – sopak sering berlaku pada yang berumur bawah 20an.


Tanda Sopak atau Vitiligo
  • Tompok putih timbul di atas kulit 
  • Hilang warna asal kulit 
  • Berubah warna dalam lapisan bola mata 
  • Berubah warna dalam mulut atau hidung 
  • Menyerang kawasan badan serentak atau berperingkat (ada yang cepat dan ada yang lebih stabil dan tak membesar) 

Jenis Sopak atau Vitiligo
  • Umum/generalized 
  • Setempat / local 
  • Bersegmen / segmental 
  • Acrofacial 
  • Umum / universal – paling kerap berlaku. 

Rawatan untuk Sopak atau Vitiligo 
Boleh mengambil masa berbulan atau bertahun.
  • Topikal – sesuai untuk vitiligo setempat/baru terbentuk. Ia menggunakan krim untuk mengurangkan atau memberhentikan kerosakan melonasit. 
  • Fototerapi – sesuai untuk vertiligo umum, menggunakan pancaran cahaya UV yang di buat di hospital. 
  • Pembedahan – biasa melibatkan vitiligo jenis bersegmen. 
  • Laser – bertujuan untuk memindahkan sel kulit / melanosit dari badan pesakit itu sendiri tapi ia melibatkan kos tinggi. 

Rawatan secara umum pula:
  • Menggunakan pelindung matahari untuk melindungi kulit dari terbakar atau terluka.
  • Menggunakan kosmetik atau pewarna kulit untuk menutup kawasan kulit terlibat.

Kesan Sopak atau Vitiligo ke atas pesakit
  • Berasa stress 
  • Kurang keyakinan diri, rasa malu
  • Sunburn, skin cancer 
  • Stress 
  • Hilang deria pendengaran 
  • Masalah mata yang terkena inflamasi 

Cara Terbaik Dan Selamat Untuk Merawat Sopak atau Vitiligo 

Rawatan Untuk Sopak atau Vitiligo Dengan Shaklee / Shaklee untuk Vitiligo

1-Vivix Shaklee
Minuman botani yang tinggi dengan khasita anti-osidan.

Vivix Shaklee 

Bagaimana Vivix membantu masalah sopak atau vitiligo?
  • Mencegah kemusnahan sel secara tidak normal. 
  • Melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA pada sel. 
  • Mencegah kerosakan saraf. 
  • Mencegah radikal bebas kerana sifat Vivix yang tinggi antioksidan berupaya melindungi kulit dari sinar UV dan merawat sel kulit dari rosak. 

Dengan mengambil Vivix setiap hari inshaAllah boleh membantu membaiki/memulihkan penyakit sopak atau virtigo ini.


2- Protein ESP
Bagi pesakit sopak atau virtigo, pengambilan protein amat penting. Protein berupaya untuk memperbaiki dan merawat sel-sel yang telah rosak. Pastikan anda mengambil protein yang berkualiti untuk membantu badan anda menghasilkan sel-sel yang lebih sihat.

Anda boleh mengambil protein ESP dari Shaklee.

ESP Shaklee
ESP Shaklee 

3- Vitamin B12
Mengawal perasaan stress atau depresi yang biasa dialami pesakit sopak atau vitiligo.

B-Complex Shaklee

4- Vitamin C
Pesakit sopak juga dikaitkan dengan kekurangan vitamin C. Vitamin C penting untuk melambatkan kerosakan sel, melawan radikal bebas dan membantu dalam menghasilkan kolagen.

Vitamin C


5- Beta Karotena atau Vitamin A
Vitamin yang juga tinggi dengan sifat antioksidan. Ia mampu mengekalkan warna kulit asal pesakit sopak/vitiligo.

Carotomax Shaklee



Testimoni Shaklee untuk Pesakit Sopak atau Virtiligo 







Walaupun ada yang mengatakan penyakit sopak/vitiligo ini tak boleh sembuh tapi anda boleh berusaha dan berikhtiar untuk membantu penyakit ini. Tindakan dan kesan ke atas setiap badan individu adalah berbeza. Jalani rawatan dengan sebaiknya.


Jika anda juga sedang mencari rawatan atau suplemen untuk membantu penyakit sopak/vitiligo ini anda boleh menghubungi saya terus.

Gee @ Nurziana
Pengedar Aktif Shaklee
013-5707812
Klik sini >> Whatsapp 




Sumber rujukan;
WebMD
Myhealth.gov.my
Mayoclinic



Continue Reading

Dec 19, 2018

Amalkan 10 Tips Ini Untuk Awet Muda Dan Kekal Cantik Selalu


Amalkan 10 Tips Ini Untuk Awet Muda Dan Kekal Cantik Selalu 

Kita semua nak nampak muda dan cantik setiap masa, tapi bagaimana?

Ya kita tak boleh nak berhentikan proses penuaan, tapi dengan menggunakan cara yang betul anda pasti boleh melambatkan penuaan untuk kekal awet muda dan cantik selalu. Amalkan tips awet muda ini setiap hari agar anda kekal cantik.


10 Tips Untuk Awet Muda Dan Kekal Cantik
Ada cara dan tips berkesan yang boleh anda amalkan untuk kekal muda dan cantik sihat sentiasa. Anda boleh amalkan beberapa tips ini setiap hari.

1-Jangan ambil gula!



Sebaiknya anda cuba kurangkan pengambilan gula atau berhenti terus mengambilnya. Anda pasti sudah sedia tahu yang gula bukan saja boleh meningkatkan paras gula dalam darah, tapi juga boleh mempercepatkan penuaan kulit. Lebihan gula terutama glukosa dan fruktosa boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi pada kolagen dan elastin. Ini yang menyebabkan kulit kurang anjal, nampak kusam, kurang berseri dan wajah kelihatan lebih tua.


2-Banyakkan minum air



Dehidrasi adalah punca utama penuaan kulit. Rajinlah minum air kerana ia sangat penting untuk melembapkan dan mengembalikan keanjalan kulit. Air juga membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan anda. Sebaiknya minum air dalam anggaran 1.5 liter - 2 liter sehari mengikut keperluan badan anda.


3-Kurangkan stress
Apabila anda stess, paras hormon kortisol meningkat. Bila tahap kortisol tinggi, ia boleh merosakkan vitamin & mineral penting dalam badan anda, seperti vitamin B5, B6 dan vitamin C. Ini semua penting untuk kekuatan sistem imun dan kulit yang sihat. Kawal stress anda dengan melakukan aktiviti seperti yoga, bermeditasi, berjalan-jalan dan bersenam.


4-Ambil antioksidan



Setiap masa anda mudah terdedah kepada bahan kimia dan toksin yang mana ia akan menghasilkan radikal bebas di dalam sel badan dan proses penuaan berlaku lebih cepat. Untuk melawan serangan radikal bebas ini, anda perlukan antioksidan seperti vitamin A, C, E, polyphenol dan beta carotene. Antioksidan ini yang akan melawan kerosakan akibat radikal bebas dan memperbaiki sel-sel. Anda boleh ambil antioksidan daripada sumber buah-buahan dan sayuran setiap hari.

Contohnya, vitamin C penting untuk kesihatan dan kulit. Bila makin berumur, kulit dan badan makin banyak hilang vitamin C hingga berlakunya kedutan dan bintik penuaan. Vitamin C membantu anda membentuk kolagen, yang penting untuk meningkatkan keanjalan kulit. Ambil Vitamin C Plus sebiji setiap hari sudah cukup membekalkan 500mg vitamin C untuk anda.


5-Ambil lebih protein



Protein penting untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dalam badan anda. Contohnya, kolagen, salah satu protein penting dalam badan, yang akan membantu menguatkan kulit, rambut dan kuku. Pengambilan protein yang cukup setiap hari juga membantu mengurangkan kulit kusam, pucat dan melambatkan penuaan.

Jika anda mencari sumber protein yang berkualiti dan mudah disediakan, anda boleh mencuba protein ESP.


6-Produk penjagaan kulit semulajadi
Setiap yang disapu / diletak pada kulit akan masuk ke dalam saluran daran anda. Bahan-bahan kimia dan paraben di dalam produk skincare bukan sahaja meningkatkan toksin dalam badan tapi ia juga boleh mempercepatkan proses penuaan kulit, berkedut, berjerawat kulit rosak dan sebagainya.

Pastikan anda memilih produk penjagaan kulit atau skincare yang selamat dan daripada bahan-bahan semulajadi.

Youth skincare bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya yang banyak terdapat di dalam produk skincare yang ada di pasaran.

Formulasi Youth yang bebas daripada bahan kimia berbahaya

7-Tidur yang cukup



Semasa anda tidur, badan bekerja keras untuk membaiki dan memperbaharui sel-sel serta menyingkirkan toksin dari dalam badan. Apabila anda kurang tidur, ia menganggu hormon pertumbuhan badan (hormon penting untuk anti-aging) dan mengurangkan kolagen! Tanda-tanda kurang tidur – kedutan, eyebag, mata sembap dan sebagainya.

Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam! Paling baik tidur sebelum jam 11 malam. Sapukan krim malam, Advanced Renewal Night Cream untuk membantu menggalak pembaharuan sel kulit semasa anda tidur dan meransgang penghasilan koalgen.


8-Makan lebih lemak!



Lemak apa? Lemak baik iaitu asid lemak omega 3 (lemak yang tak boleh dihasilkan sendiri oleh badan anda). Asid lemak omega 3 penting untuk kesihatan jantung, keseimbangan hormon dan anti-radang. Dan ini penting untuk melambatkan penuaan dan mencegah penyakit.

Sumber makanan yang kaya dengan omega 3 – avocado, ikan, kekacang, minyak kelapa, minyak zaitun dan satu lagi suplemen Omega 3.


9- Lindungi kulit dari matahari
Tahu tak? Terdedah lama kepada cahaya matahari setiap hari boleh membawa kepada risiko kanser kulit, jeragat dan mempercepatkan penuaan kulit.

Kajian terkni yang diterbitkan oleh Jurnal Dermatology Surgery mendapati pelindung matahari bukan sahaja untuk melindung kulit, ia juga boleh melambatkan tanda-tanda awal penuaan.


Sebaiknya pakai pelindung kulit setiap hari untuk melindungi kulit dari sinar UV matahari. Pilih pelindung yang ada fungsi melindung kulit dari UVA dan UVB dengan spf 30 ke atas. Anda boleh gunakan Youth Aged Defense Moisturizer SPF 50 setiap hari yang sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.


10- Ambil Polifenol
Polifenol paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberry. Ia penting untuk melindungi sel-sel tubuh badan dari kerosakan olah radikal bebas dan melambatkan serta memberi pelidungan terhadap penuaan sel.

Anda boleh juga mengambil VIVIX yang kaya dengan polifenol semulajadi yang terbaik untuk melindungi dan memperbaiki DNA pada peringkat sellular. VIVIX juga 10 kali ganda lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja dalam usaha memperlambatkan penuaan sel dan mencegah kanser.

Vivix Shaklee

Berita baik untuk anda! Ada Promosi Youth & Vivix sekarang!



Kesimpulan, rajinlah amalkan tips-tips ini untuk awet muda dan sihat. Pilihan di tangan anda. Ada berbagai cara anda boleh buat setiap hari.



Cara nak order produk Shaklee?
Anda boleh hubungi saya, Gee terus di 013-5707812. Atau klik di sini >> Whatsapp 

Gee @ Nurziana Yunus
Pengedar Aktif Shaklee
013-5707812




Continue Reading

Dec 16, 2018

Promosi Jom Shaklee 2019


Promosi Jom Shaklee 2019 ini khas untuk ahli baru sahaja! Ya hanya ahli Shaklee baru, tapi bagi anda yang dah pernah berdaftar keahlian Shaklee lama dahulu dan sekiranya tidak aktif lagi anda juga berpeluang beli set promosi ini (tapi kena hubungi Gee dulu untuk Gee semak keahlian lama anda).




Apa yang ada dalam Promosi Jom Shaklee 2019 ini?




Ada 3 starter set pilihan:

1- Set Wellness
Set ini satu keluarga boleh amik termasuk anak-anak. Apa yang menarik dalam Set Wellness ini ialah:

  • anak-anak boleh ambil - Omega dan Meal Shakes 
  • sesuai untuk ibu mengandung / berpantang / menyusu
  • untuk sakit sendi - Omega & Ostematrix 
  • untuk tenaga - Bcomplex, Vitalea, ESP, Coq Trol Plus
  • untuk weight gain - Bcomplex, Vitalea, Meal Shakes
  • ada pembersih serbaguna Basic H




2- Youth Starter Set
Set penjagaan kulit wajah. Merawat kulit luar dalam. Yang penting 100% vegan maksudnya tak gunakan sumber haiwan atau uji ke atas haiwan.



Info YOUTH skincare, baca di sini Youth Skincare Terbaik




3- Twin Pack Vivix
Paling hot!! Ramai suka Vivix ni untuk penjagaan kesihatan luar dalam. Bukan yang ada sakit kronik jer boleh minum Vivix tapi yang sihat lagilah bagus sebab dia boleh perbaiki sel-sel dalam badan kita.



Kelebihan untuk anda, ahli baru:
  • Mendapat keahlian percuma (jimat RM 65).
  • Diskaun 10% setiap set.
  • Boleh membeli ketiga-tiga pilihan set ini dalam masa 60 hari (15hb Dec 2018 – 28 Feb 2019) tapi terhad untuk belian 1 set sahaja bagi setiap set. 
  • Tapi, selagi stok masih ada! 
  • Mendapat full point (berpeluang untuk dapat cash bonus sehingga 11%). Cash bonus ini akan masuk ke dalam akaun bank anda sendiri!


Shaklee Kit Untuk Ahli Shaklee


Serius Gee cakap Promosi Jom Shaklee ni sangat-sangat murah dan berbaloi. Lagi-lagi yang nak join ahli tu masa inilah peluang untuk join sebab dapat PERCUMA KEAHLIAN (jadi anda jimat RM 65). Tapi kena cepat tau sebab HOT SELLER VIVIX & YOUTH cepat sangat abis bila ada promosi macam sebelum ni😃.


Cara Nak Order? 
Hubungi Gee terus di sini untuk info dan keterangan lanjut.

Gee Shaklee
Pengedar Aktif Shaklee
013-5707812
Klik sini: Whatsapp







Continue Reading

Dec 13, 2018

Teknik Hilangkan Sakit Leher Dan Belakang Yang Dikongsikan Pegawai Fisioterapi


Teknik Hilangkan Sakit Leher Dan Belakang Yang Dikongsikan Pegawai Fisioterapi



Sakit leher dan belakang ni kerap berlaku bila terlalu lama duduk mengadap sesuatu benda / kerja. Jadi apa perlu anda buat?

Ini tips daripada Pegawai Fisioterapi yang boleh anda cuba amalkan dan buat setiap hari mula dari sekarang. (Tips dikongsikan dari FB Noor Hafiza Mohamad).

Info:
  • Tidak boleh duduk statik lebih dari 30 minit. 
  • Setiap 30 minit anda buat apa-apa pergerakan / regangan. 
  • Regangan boleh buat dalam masa 14 saat.
  • Tapi jangan terlalu lama. Takut urat anda pula yang bekerja lebih dan jadi cepat tua. Dan jika terlalu cepat kiraannya nanti boleh jadi kurang berkesan pulak.


11 Teknik Regangan Untuk Hilangkan Sakit Leher Dan Belakang

Teknik Regangan 1

Teknik Regangan 2

Teknik Regangan 3

Teknik Regangan 4

Teknik Regangan 5

Teknik Regangan 6

Teknik Regangan 7

Teknik Regangan 8

Teknik Regangan 9

Teknik Regangan 10

Teknik Regangan 11


Ada satu lagi teknik / tip yang Gee nak kongsikan juga bagi membantu menghilangkan sakit leher dan belakang. Tip ni sebab Ge sendiri amal bila ada masalah sakit leher, belakang dan badan rasa lenguh & sakit-sakit. Sebab Gee pun memang keja jenis mengadap komputer dan handphone tiap hari.

Tip mudah saja iaitu Gee makan suplemen Ostematrix. Gee amik 4 biji sehari sebelum tidur. Best sangat! Bangun pagi tu badan rasa tak sakit-sakit dah. Senang rasa nak bangun juga.




Ostematrix Shaklee ni suplemen kalsium yang juga ada campuran mineral lain yang baik untuk tulang.


Gee suka amik 4 biji sehari Ostematrix sebab Gee tak suka minum susu. Jadi Gee topup kalsium dari suplemen. Sekurangnya badan tetap ada terima kalsium kan?




Mahal ke harga Ostematrix Shaklee yang Gee amik ni?
Tak sampai RM 75 Gee belanja untuk ikhtiar jaga kesihatan badan dan tulang. Penting kita usaha dan inshaAllah dipermudahkan.


Bagi yang ada masalah sakit leher dan belakang juga tu bolehlah hubungi Gee. Gee sedia membantu. Sebab Gee pernah alami juga.

Gee
Pengedar Aktif Shaklee
013-5707812
Klik sini; Whatsapp




Continue Reading