Jan 31, 2018

Amalkan makanan ini untuk awet muda! Makanan yang boleh melambatkan penuaan


Amalkan makanan ini untuk awet muda! Makanan yang boleh melambatkan penuaan

Ada yang suka nampak tua? Tidak bukan! Sebab itu ramai yang mencari cara dan petua untuk awet muda. Tapi yang paling penting dan banyak mempengaruhi adalah makanan. Makanan membekal nutrien yang penting untuk kulit dan fungsi badan kita.

Apakah makanan yang sesuai dan terbaik untuk awet muda dan melambatkan proses penuaan?Kalini ini Gee akan kongsikan apa dia makanan yang anda boleh ambil untuk awet muda dan melambatkan penuaan.

Makanan yang boleh melambatkan penuaan

1. Blueberri


Blueberri mengandungi fitokimia teruatama blueberri jenis liar mengandungi antosianin. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan fitokimia ini dapat membantu mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif pada tubuh badan kita. Ini akan membantu tubuh menghalang kerosakan sel dan tisu, yang mana akan menyumbang kepada proses penuaan.

2. Kacang badam


Badam mengandungi magnesium. Hasil kajian mendapati bahawa magnesium memainkan peranan penting untuk melambatkan proses penuaan.

3. Tomato


Tomato mengandungi fitokimia dan antioksidan seperti vitamin A dan vitamin C yang mana ia sangat penting untuk melawan penuaan. Lycopene yang memberi warna merah pada tomato juga memainkan peranan penting untuk menghalang dan mencegah kerosakan akibat sinar UV seperti keddutan. Bagi mendapatkan khasiat tomato yang lebih baik korang boleh makan tomato mentah tanpa di masak.

4. Flaxseed


Flaxseed antara makanan yang tinggi dengan khasiat asid lemak Omega 3. Omega 3 mempunyai sifat anti-radang yang membantu melawan keradangan dalam badan seterusnya membantu memperlahankan proses penuaan. flaxseed ini boleh di dapati di dalam makanan bijirin seperti roti.

5. Bayam


Bayam juga kaya dengan fitiokimia dan antioksidan, dan kedua-duanya amat membantu dalam mengurangkan keradangan dan kerosakan sel di dalam badan kita. Bayam juga tinggi dengan serat yang akan membantu melancarkan proses pencernaan. Rajinlah makan sayur bayam kerana ia boleh membuat kita berasa lebih muda dan sihat.

6. Kacang


Kacang mengandungi serat, protein dan rendah karbohidrat. Sebab itu kacang adalah pilihan makanan yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Kacang juga mempunyai sifat anti-radang dan ini penting untuk memperlahankan proses penuaan. Untuk kesan terbaik, korang boleh mengambil kacang merah, kacang hitam dan kacang pinto kerana mengandungi jumlah antioksidan yang tertinggi berbanding yang lain.

7. Ikan salmon


Ikan salmon mengandungi protein yang sihat dan asid lemak omega-3 yang telah terbukti berupaya mengurangkan keradangan di dalam badan kita dan membantu melambatkan proses penuaan.


8. Yogurt


Kebanyakan yogurt mengandungi bakteria sihat yang dikenali sebagai probiotik. Probiotik membantu melancarkan proses pencernaan dan mengawal keradangan di dalam badan kita. probiotik juga menjaga kesihatan usus kerana usus yang tidak sihat dan banyak toksin boleh mempengaruhi fungsi dan sistem di dalam badan kita.

9. Kunyit


Kunyit mengandungi banyak sebatian anti-radang dan antioksidan yang dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan melambatkan penuaan. Berdasarkan kajian yang diterbitkan di dalam Immunity & Ageing, kurkumin di dalam kunyit dapat membantu melewatkan penuaan sendi, otak dan keadaan neurodegeneratif yang lain.

10. Bawang putih


Bawang putih mengandungi anti-radang dan antioksidan. Tetapi ia hanya akan terbentuk apabila bawang putih diubah bentuk asalnya. Para pakar kesihatan mengesyorkan untuk menghancurkan atau memotong bawang putih sebelum menambahnya ke dalam makanan. Bawang putih juga baik untuk penyakit jantung dan hipertensi.


11. Coklat gelap / Dark chocolate


Penyelidikan telah menunjukkan bahawa flavanol koko, sejenis antioksidan yang terdapat dalam coklat gelapi ini boleh melambatkan proses penuaan kognitif. Tapi anda perlu memilih coklat yang tinggi kandungan koko, kerana coklat jenis ini mengandungi sifat anti-radang. Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Antioxidants & Redox Signaling, memakan sekeping coklat kecil dengan peratus koko yang tertinggi (70-90 peratus) dapat membantu melambatkan tanda-tanda penuaan.

12. Avocado


Avocado juga digelar sebagai superfood. Ia mengandungi fitokimia dan nutrien penting yang penting untuk mencegah kesan negatif penuaan. Avocado juga mengandungi asid lemak tak tepu dan antioksidan, yang merupakan sebatian utama untuk menjaga kesihatan arteri/salur darah kita.

13. Kuning Telur


Kuning telur mengandungi nutrien yang mengurangkan risiko katarak dan degenerasi mata yang berkaitan dengan usia.


Moga ia bermanfaat dan dapat membantu anda untuk awet muda selalu. Yang penting amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.  
 

Lihat juga:

5 Tips untuk kulit sihat dan muda





Continue Reading

Jan 30, 2018

Borang Pendaftaran Online Shaklee untuk Mendaftar Jadi Ahli Shaklee 2018


Borang Pendaftaran Online Shaklee untuk Mendaftar Jadi Ahli Shaklee 2018


Bagaimana mendaftar menjadi ahli Shaklee? 

Ada 2 cara anda boleh pilih,
  1. SMS 'Daftar Ahli Shaklee' ke 013-5707812 atau
  2. Isi borang Daftar Ahli Shaklee Secara Online yang di sediakan di bawah ini. 

Bagi anda yang memilih untuk mendaftar ahli Shaklee dengan mengisi borang Daftar Ahli Shaklee Secara Online, anda boleh mengisi borang Daftar Ahli Shaklee Secara Online ini. Apabila selesai mengisi borang Daftar Ahli Shaklee Secara Online, anda tekan butang SUBMIT dan kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam bagi tujuan pengesahan pendaftaran ahli Shaklee anda.

Yuran keahlian Shaklee ialah RM70 untuk semumur hidup.Kos penghantaran untuk memberkit Shaklee ialah RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah Sarawak.

Jumlah yuran Ahli Shaklee seperti berikut:
  • RM80 - Semenanjung Malaysia
  • RM90 - Sabah Sarawak

Borang Daftar Ahli Shaklee Secara Online

Anda dikehendaki mengisi borang daftar ahli Shaklee secara online berikut:





Jika ada masalah untuk loading borang borang daftar ahli Shaklee secara online di atas, anda boleh mengisi borang dengan klik pada : Borang Daftar Ahli Shaklee Secara Online

Terima kasih kerana mendaftar sebagai ahli Shaklee bersama kami di bawah naungan group besar Shaklee, s2uFamilies yang merupakan antara group Shaklee terbaik di Malaysia.

Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam untuk memberi bimbingan dan perkara asas yang perlu anda ketahui sebagai seorang ahli Shaklee yang sah berdaftar atau Shaklee independent distributor (SID).

Jika terdapat sebarang isu berkenaan pembayaran Yuran keahlian Shaklee, atau anda berminat untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee dengan cara Keahlian Secara Percuma / Free Membership, anda boleh menghubungi kami di 013-5707812 atau klik bawah ini untuk pautan WhatsApp.


 http://Www.wasap.my/60135707812


Untuk Maklumat penuh berkenaan Daftar Ahli Shaklee, anda boleh membaca artikel Bagaimana Nak Jadi Ahli Shaklee ini.


Terima kasih :)



Continue Reading

11 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kolagen Secara Semulajadi


11 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kolagen Secara Semulajadi

Ada yang nak kulit yang kekal muda, anjal, sihat, bersih dan boleh melambatkan proses penuaan, maka korang sangat perlukan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein dan ia terdapat di seluruh tubuh badan kita. Kolagen bukan untuk kulit saja, ia juga terdapat pada rambut, otot, tulang dan tisu-tisu di dalam badan.

Tahu tak, badan kita sebenarnya boleh menghasilkan sendiri kolagen tetapi kolagen akan makin berkurang dan susut apbila umur sudah menghampiri 25 tahun ke atas. Dan kolagen juga boleh berkurang disebabkan proses penuaan, pencemaran, toksin, terdedah kepada cahaya matahari dan pemakanan.Bayangkan hari-hari kita mengahadap semua situasi ini kan? Apa jadi dengan kolagen kita?

Tapi korang tidak perlu risau, ada cara untuk mengahasilkan kolagen secara semulajadi iaitu melalui pemakanan. Dalam entri ini ada jenis makanan yang korang boleh makan untuk membantu menghasilkan dan meningkatkan kolagen secara semulajadi.


11 Jenis Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kolagen Secara Semulajadi

1. Sayur berwarna merah


Contohnya tomato, strawberi, tembikai dan anggur yang berwarna merah jambu. Sayuran berwarna merah kaya dengan lycopene, sejenis antioksidan yang bertindak sebagai sunblock semulajadi dan penggalak kolagen. Juga mengandungi vitamin C, yang juga merupakan antioksidan yang menggalakkan sintesis kolagen.

2. Sayur berwarna hijau gelap


Sayuran jenis ini kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang mana ia membantu meningkatkan pengeluaran kolagen di dalam badan.

3. Sayur berwarna oren


Kandungan Vitamin A di dalam sayur ini bukan hanya untuk meningkatkan pengeluaran kolagen secara semulajadi di dalam badan, tetapi juga memberi keanjalan kulit dan meningkatkan aliran darah ke seluruh wajah agar kelihatan lebih berseri. Vitamin A boleh didapati dalam buah-buahan seperti oren, mangga, lobak dan betik.

4. Buah citrus


Buah citrus seperti oren, limau, lemon dan limau gedang tinggi kandungan vitamin C. Vitamin C memainkan peranan penting untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan dan membantu asid amino-lysine dan proline untuk ditukar kepada kolagen.

Vitamin C juga membantu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh yang mana ia boleh menyerang dan memecah kolagen dan elastin dalam kulit.

5. Berry 


Contohnya strawberi, blueberries, raspberi, atau beri hitam semua penuh dengan antioksidan. Antioksidan penting untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan juga meningkatkan pengahsilan kolagen di dalam badan.

6. Bawang putih


Bawang putih mengandungi asid taurin dan lipoik, yang membantu membina semula serat kolagen yang telah rosak. Bawang putih juga merupakan sumber semula jadi sulfur yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan kolagen. Rajinlah makan bawang putih untuk membantu anda mendapat kulit yang sihat dan muda.

7. Teh putih


Minum teh putih dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan dan mencegah aktiviti enzim yang boleh memecahkan kolagen apabila umur makin bertambah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kingston University dan Neal's Yard Remedies, teh putih boleh melindungi protein struktur kulit, khususnya kolagen.

8. Avokado


Avokado kaya dengan vitamin E yang boleh membantu melawan radikal bebas dan juga mengandungi asid lemak omega-3, yang akan membantu meningkatkan pengeluaran kolagen di dalam badan.

9. Protein

Pengeluaran kolagen di dalam badan melibatkan asid amino, sebab itu sangat penting untuk mendapatkan bekala protein harian yang cukup. Salah satu asid amino penting, lysine membantu memudahkan penghasilan kolagen di dalam badan kita.

10. Soya


Soya adalah sumber protein dan lysine yang sangat baik. Ia juga mengandungi hormon tumbuhan iaitu genistein. Genistein ini boleh meningkatkan kolagen, menguatkan kulit dan menghalang enzim yang boleh membuatkan kulit lebih cepat tua. Contoh makanan yang ada kandungan soya dan lysine ialah kekacang dan putih telur.

11. Biji labu


Biji labu antara makanan yang kaya dengan zink. Zink bertindak sebagai cofactor untuk sintesis kolagen. Kajian juga menunjukkan bahawa mengambil suplemen zink boleh membantu melambatkan kadar kerosakan kolagen.

Zink juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengekalkan membran sel yang sihat. Ini menjadikan zink antara nutrisi yang baik untuk kulit yang sihat dan cantik.z sumber lain zink ialah bayam, kacang garbanzo, walnut, kacang, dan badam.


Bagi korang yang ingin kulit muda dan sihat, rajin-rajin lah makan makanan yang di atas ini. Ia bukan saja dapat memabntu meningkatkan kolagen tapi juga baik untuk kesihatan.


Bagaimana dengan suplemen kolagen?

Pengambilan suplemen kolagen juga antara yang paling ramai dan cara paling mudah pada zaman ini. Tapi korang perlu berhati-hati memilih suplemen kolagen. Pastikan ia betul-betul berkualiti dan terbaik.

Collagen Powder Shaklee


Suplemen kolagen daripada Shaklee yang berkualiti tinggi. Ia diekstrak daripada sisik ikan merah yang paling tulen. Mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen. Saiz molekul yang lebih kecil berbanding kolagen lain kira-kira 1,000 Dalton. Jadi, penyerapan lebih optimum dan mudah diserap oleh badan kita. Dan juga membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tambahan ada tambahan 7 lagi bahan utama dalam collagen powder bagi meningkatkan lagi keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan luar dan dalam. 


Kebaikan Collagen Powder Shaklee
  • Anti-Penuaan – mengurangkan kedutan, mengurangkan liang roma
  • Melembap – melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
  • Mencerah – mengurangkan pigmentasi jeragat
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Meningkatkan pergerakan
  • Menyubur
  • Menegangkan payudara dan punggung

Berminat untuk mendapatkan Collagen Powder Shaklee ini korang boleh menghubungi Gee atau klik bawah ini untuk pautan Whatsapp. Terima kasih. 


 http://Www.wasap.my/60135707812



Continue Reading

Jan 29, 2018

Performance Drink Shaklee: Kelebihan, Kebaikan, Siapa Yang Perlukan Dan Testimoni




Performance Drink Shaklee: Kelebihan, Kebaikan, Siapa Yang Perlukan Dan Testimoni

Alternatif untuk menggantikan minuman isotonik, Performance Drink adalah pilihan yang tepat untuk anda sekeluarga. Kenapa perlu memilih Performance Drink?

Apakah Performance Drink ini sebenarnya?

Performance Drink dihasilkan oleh Shaklee untuk memberi tenaga yang berpanjangan. Ia adalah minuman isotonik yang tidak ada kandungan karbonat dan mengandungi gula yang sangat-sangat sedikit. Minuman ini dapat membantu mengawal paras cecair didalam badan kita agar badan kita tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak.

Tahukah anda?
Performance Drink ini juga direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat.

Kelebihan Performance Drink

Antara kelebihan minuman isotonik Shaklee ini berbanding dengan minuman isotonik yang banyak di pasaran adalah:
  • Tidak bergas atau tidak berkarbonat.
  • Mengandungi gula yang sangat minima(less sugar).
  • Tiada lemak
  • Tiada kolestrol
  • Tiada pewarna atau pengawet tambahan yang digunakan
  • Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga)
  • Dirumus KHAS dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh.
  • Bersifat isotonik . Jumlah kepekatan karbohidrat yang ada didalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah.
  • Ujian klinikal- rumusan ekslusif Opticarb yang sudah dipatenan ini mampu meningkatkan tenaga sebanyak 6 kali ganda, memberi tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam badan. 

Fakta Performance drink
Fakta Nutrisi
 Saiz Hidangan: 28g (3 sudu besar)
Hidangan Setiap Bekas : 19


Kebaikan Performance Drink
  • Mengekalkan paras gula dalam darah.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan apabila otot cedera.
  • Meningkatkan daya tahan badan dan otot.
  • Memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
  • Menggantikan ar yang hilang semasa melakukan aktiviti fizikal.
  • Membekalkan tenaga fizikal.
  • Membantu badan lebih cergas dan aktif.
  • Mengimbangi metabolisme air di dalam tubuh.
  • Mengurangkan rasa haus.
  • Mencegah penghidratan.
  • Melembapkan kulit yang kering .

Rasa Oren semulajadi yang sedap ditambah dengan ais!

Siapakah yang sesuai dan boleh meminum Performance Drink?
  • Minuman isotonik ini sesuai untuk mereka yang;
  • Mereka yang jarang atau kurang minum air, dehidrasi
  • Mereka yang berpuasa
  • Mereka yang aktif bersukan
  • Mereka yang sering letih
  • Mereka yang selalu tidur lewat malam
  • Mereka yang selalu mengalami sakit kepala
  • Mereka yang ada penyakit gout
  • Mereka yang demam, selsema
  • Mereka yang ada masalah vagina kering
  • Mereka yang mengalami cirit-birit
  • Mereka yang tiada selera makan
  • Mereka yang suka minuman isotonik atau karbohidrat (altenatif yang lebih sihat)
  • Mereka yang sedang hamil (terutama jenis kerap muntah)
  • Mereka yang sedang menyusukan anak
  • Kanak-kanak yang demam

AMARAN: Performance Drink tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun


Jom kita lihat testimoni dari mereka yang mengambil air Performance Drink ini.

Testimoni Performance Drink Shaklee 





















Berminat untuk mendapatkan Performance Drink Shaklee ini anda boleh menghubungi Gee terus dengsn klik link di bawah untum.pautan Whatsapp 


 http://Www.wasap.my/60135707812



Continue Reading

Jan 28, 2018

Cara Merawat Kayap dengan Lebih Berkesan dan Selamat | Suplemen Shaklee Untuk Kayap



Cara Merawat Kayap dengan Lebih Berkesan dan Selamat 

Berepa hari lepas, Gee mendapat mesej dari seoranga rakan facebook berkenaan kayap. Menurut beliau, nenek beliau adan mengalami sakit kayap. Jadi, beliau ingin tahu apakah suplemen yang sesuai untuk kayap.

Jadi, dalam entri ini Gee ingin berkongsi apakah sebenarnya kayap dan rawatan yang sesuai untuk pesakit kayap ini.

Apakah Kayap?

Kayap atau nama lain herpes zoster . Kayap adalah penyakit berkaitan kulit dan saraf yang berlaku akibat jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini akan menghuni badan pesakit apabila dia ada menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Setelah sembur dari cacar air, virus ini akan berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, virus ini akan menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf hingga menyebakan keradangan pada saraf.

Siapa yang berisiko penyakit kayap
  • Umur – apabila umur makin meningkat (lebih daripada 50 tahun), sistem imun badan akan makin berkurangan.
  • Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) - pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
  • Setiap orang mempunyai risiko lebih kurang 10% hingga 30% untuk mendapat kayap.

Gejala dan Tanda Penyakit Kayap

Pesakit kayap biasanya mengalami keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia kerap melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda awal yang akan dialami oleh pesakit kayap:
  • Gejalan dan tanda kayap ini berlaku sebelum tanda-tanda pada kulit timbul. Ia kerap dialami oleh 80% pesakit kayap. Keadaan ini akan berterusan selama 3 hingga 5 hari.
  • Rasa sakit badan
  • Kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Rawatan untuk Kayap

Rawatan sangat penting untuk penyakit kayap bagi membantu:
  • Meredakan kesakitan
  • Mengurangkan tempoh masa penyakit kayap
  • Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.
Antara kaedah rawatan yang digunakan untuk meredakan kesakitan penyakit kayap:
  • Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air.
  • Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofena.  
  • Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
  • Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit untuk membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan ini lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.

Bagi pesakit kayap yang terkena pada bahagian muka dan berdekatan dengan mata haruslah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Vaksin pula digunakan bagi menghalang penyakit kayap. Ia boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.

Info daripada myhealth.gov.my
 


Selain daripada rawatan di atas, anda juga boleh mengambil suplemen untuk rawatan bagi penyakit kayap.

Suplemen Shaklee untuk Kayap

Antara suplemen Shaklee yang boleh membantu kayap:

Cadangan Suplemen untuk Kayap

1.Nutriferon 

Interferon semulajadi yang mampu merangsang dan meningkatkan sistem imun badan secara keseluruhan. Ia berkesan melindungi tubuh daripada virus, mikrob, influenza dan inflamasi.

Pesakit kayap yang mengambil nutriferon akan menggerakkan interferon ini bekerja melawan virus Varicella Zoster yang menjadi punca kayap terjadi. Interferon ini juga membantu mengurangkan keradangan dan infeksi dengan memberi keselesaan kepada pesakit kayap.

2.Vitamin C

Vitamin C tinggi kandungan antioksidan, ia amat penting untuk memperkuatkan sistem pertahanan badan. Vitamin C juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta menyingkatkan waktu pemulihan dengan lebih cepat untuk pesakit kayap. Jika ada demam juga akan kebah lebih cepat dengan bantuan vitamin C.

3.Garlic Complex

Antibiotik semula jadi dan selamat untuk digunakan dalam jangka masa panjang. Ia berkesan mempertingkatkan sistem imun tubuh.

Pesakit kayap memerlukan antibiotikdan antivirus untuk menghalang perebakan Virus Varicella Zoster dalam usaha untuk kembali pulih dan sihat.

4.Vivix

Vivix sangat tinggi kandungan antioksidan dan ini akan membantu memantapkan lagi system imun badan. Vivix juga mampu memperbaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA. Ia dapat membantu memperbaiki keradangan dan sakit saraf yang dialami oleh peskait kayap. Dalam masa yang sama, Vivix juga membantu memberi tenaga dalam usaha mempercepatkan proses pemulihan kayap.

5.B-Complex

Vitamin B penting untuk menjaga kesihatan saraf pesakit kayap dan juga membantu mengurangkan stress dalam badan. Stress boleh menganggu sistem imun daalam tubuh dan menganggu proses pemulihan.


Sekarang mari lihat testimoni mereka yang mengamalkan suplemen Shaklee untuk rawatan kayap.

Testimoni Shaklee untuk Kayap












Moga ia bermanfaat untuk anda. Sekiranya anda ada mengalami penyakit kayap, segeralah berjumpa doktor terlebih dahulu dan dapatkan rawatan dengan cepat. Jangan dibiarkan lama-lama kerana ia boleh membawa risiko kesihatan anda.

Sekiranya ingin mendapatkan rpoduk Shaklee, anda boleh menghubungi Gee terus atau klik bawah ini untuk pautan Whatsapp.


 http://Www.wasap.my/60135707812


Continue Reading