Mar 30, 2018

10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Lelaki Yang Sangat Penting!


ESP Shaklee untuk lelaki. Apa kebaikan dan manfaat ESP Shaklee untuk lelaki. Apa yang membuatkan ramai lelaki suka mengambil ESP?

kebaikan esp shaklee untuk lelaki


Ada yang ingat orang lelaki tak baik minum soya. Tapi sebenarnya banyak kebaikan dia untuk lelaki. Lagi pula protein soya ESP dari Shaklee ni yang banyak kebaikan dan manfaat bila anda rajin mengamalnya setiap hari.

10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Lelaki Yang Sangat Penting!

1. Jika tak sempat sarapan pagi, ESP boleh dijadikan alas perut waktu pagi. Bila perut kosong, anda tak boleh fokus buat kerja. InshaAllah dengan mengambil ESP dapat membantu lebih fokus dan cergas untuk melakukan aktiviti pagi tu.

2. Untuk atlet yang aktif bersukan, pengambilan ESP selepas bersukan boleh membantu mengelak ‘muscle tear’. Protein soya ESP membantu menguatkan otot, menyokong pembaikan dan pemulihan otot serta berupaya mengekalkan jisim otot.

3. Untuk mengawal berat badan. ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, 39. Indeks glisemik rendah, membantu paras gula darah kekal stabil, membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat badan.

4. Untuk tulang yang kuat dan sihat. Isoflavon soya yang ada di dalam protein soya ESP membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat dan menyokong proses metabolisme tulang. Soya juga mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan tulang untuk tumbesaran yang sihat.

5. Untuk gastrik. Sibuk dengan tugas dan kerja seharian boleh mengundang risiko gastrik. Protein soya ESP yang bersifat alkali membantu meneutralkan asid gastrik di dalam perut sekaligus mengelak serangan gastrik. Juga membantu membaik pulih sel perut yang terhakis!

6. Untuk yang sering berasa letih dan tidak bertenaga. ESP membekalkan tenaga segera dan berkekalan. Protein soya juga memberi makanan kepada sel-sel tubuh dan ia membuatkan tubuh lebih cergas bertenaga.

7. Untuk kesuburan. Kandungan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan tubuh manusia penting untuk pembinaan sel-sel yang sihat termasuk sel telur. Ini sangat membantu menghasilkan sperma yang berkualiti.

8. Untuk kesihatan prostat. Genistein yang ada di dalam kacang soya terbukti berupaya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Jadi ia sangat baik untuk pembesaran prostat.

9. Untuk kesihatan. Protein soya ESP penting untuk membekal protein kepada tubuh. Ia membantu dalam sintesis hormone dan enzyme yang penting agar tubuh anda berfungsi dengan baik.

10. Untuk kesihatan kulit. Protein membina kulit yang sihat. Ia menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat. Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat di dalam soya juga dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit anda. juga membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.

Selain itu, ESP Shaklee juga tiada kandungan kolesterol dan rendah lemak, yang juga penting dalam membantu mengawal paras kolesterol anda.

Untuk makluman anda,
  • 1 hidangan ESP = 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, tiada asid uric dan sangat mudah diserap badan manusia.
  • Juga kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Orang lelaki pasni kena rajin-rajin lah minum ESP Shaklee ok. Banyak sangat kebaikan anda dapat dengan hanya mengambil 1 hidangan ESP setiap hari.


Testimoni ESP untuk Lelaki




Untuk order & konsultasi, anda bolej menghubungi Gee terus. Boleh klik pada pautan Whatsapp di blog ini ya. 

Terima kasih😃

Continue Reading

Mar 29, 2018

Steps Skincare Routine Terbaik Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari (YOUTH Shaklee)


Steps skincare routine terbaik dan lengkap yang boleh diamalkan setiap hari

Step skincare routine sangat penting untuk penjagaan kulit. Skincare routine ni penting untuk diamalkan setiap hari untuk membantu masalah kulit seperti kulit berminyak, berjerawat, kusam, kering, jeragat dan masalah kulit lain.

Bagi routine kalini gee fokus untuk skincare YOUTH Shaklee dulu. Tapi boleh juga skincare yang lain sebab semua item skincare dia lebih kurang sama kan? Gee fokus YOUTH sebab gee sendiri guna.

Basic routine 


Routine ni sesuai untuk yang baru nak pakai skincare atau mencuba skincare baru ataupun muka yang tengah breakout.
  1. Luminous Gel Oil Cleanser – pencuci muka dan makeup remover skali 
  2. Perfecting Skin Toner 
  3. Age Defense Moistirizer Spf50 – merangkap sunblock & sunscreen 
  4. Advance Renewal Night Cream 

Renew and maintain routine 


Routine ni pula untuk membantu masalah kulit, merawat tanda penuaan pada kulit, menaikkan seri wajah yang kusam dan membantu kulit lebih muda dan segar.
  1. Luminous gel oil cleanser – pencuci muka dan makeup remover skali 
  2. Perfecting Skin Toner 
  3. Youth Activating Serum 
  4. Age Defense Moistirizer Spf50 – merangkap sunblock & sunscreen 
  5. Advance Renewal Night Cream

Intensive treatment and repair routine 


Routine lengkap untuk merawat dan memperbaiki masalah kulit, mengurangkan tanda penuaan yang mula muncul, mengurangkan kedutan, bintik hitam atau jeragat, menaikkan seri wajah yang sering kusam dan gelap serta mencerahkan kulit.
  1. Luminous gel oil cleanser – pencuci muka dan makeup remover skali
  2. Perfecting SKin Toner
  3. Youth Activating Serum
  4. Age Defense Moistirizer Spf50 – merangkap sunblock & sunscreen
  5. Radiance C+E
  6. Advance Renewal Night Cream 

Tambahan: Solat Routine 


Routine ni gee saja tambah. Biasa gee guna apa untuk solat sebelum dan selepas. Tapi routine ni boleh guna bagi yang bekerja atau tengah shopping kat luar kemudian nak solat kan. Paling basic guna moisturuzer dulu sebelum sapu makeup lain untuk lindung kulit kita dari bahan kimia & persekitaran ok.
  1. Luminous gel oil cleanser – pencuci muka dan makeup remover skali 
  2. Perfecting Skin Toner 
  3. Age Defense Moistirizer Spf50 – merangkap sunblock & sunscreen 

Moga dapat membantu korang yang tengah mencari routine skincare.

Untuk skincare YOUTH ni, apa gee boleh kata dia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, jerawat, kering atau berminyak. Nak tengok sendiri testimoni untuk pelbagai jenis masalah kulit boleh lihat di sini ok >> Testimoni Terbaru Youth Shaklee

Dah baca? 5 langkah mudah menjaga kulit muka dengan Youth


Berminat untuk mendapatkan skincare YOUTH Shaklee ni korang boleh menghubungi gee terus ok. Boleh klik pautan whatsapp / messenger kat blog ni ok.


Continue Reading

Mar 27, 2018

10 jenis tumbuhan herba yang membantu merawat penyakit ringan


Apakah tumbuhan herba yang bagus untuk kesihatan? Apakah jenis tumbuhan herba yang boleh membantu merawat penyakit ringan?

Dan baca? 13 Fakta Menarik Tengtang Herba 

10 jenis tumbuhan herba yang membantu merawat penyakit ringan


1. Aloe vera (daun lidah buaya)

  • Merawat luka, kesan cakar, ruam dan masalah alahan kulit lain. Untuk sapuan pada kulit badan, anda boleh menggunakan aloe vera gel yang dijual di farmasi atau gel di dalam daun lidah buaya.
  • Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah pencernaan. Caranya dengan meminum jus aloe vera.
  • Untuk sunburn, anda boleh menggunakan gel dan disapu pada muka dan biarkan hingga kering. Ia boleh mengurangkan rasa pedih akibat sunburn.

2. Bawang putih

  • Bawang putih adalah agen pencegah terbaik untuk demam selsema. Makan bawang putih mentah apabila anda berasa badan kurang sihat. Cara lain, campurkan bawang putih mentah dengan madu.
  • Minyak bawang putih – merawat psoriasis, merendahkan paras kolesterol.
  • Bawang putih yang dihancurkan dan direndam dalam air suam – rawatan antifungal
Dah baca? Bawang Putih Shaklee


3. Halia 


  • Teh halia - membantu mengurangkan sakit kepala, rasa mual dan masalah ketidakhadaman.
  • Untuk lelaki ia membantu meningkatkan tahap kesihatan.
  • Menguruskan badan
  • Mengatasi perut buncit
  • Mengandungi zinc, kromium dan megnesium untuk membantu memperbaiki aliran darah dan membantu mengelakkan kesejukan, peluh berlebihan dan demam.

4. Kulit kayu manis


  • Kunyah kulit kayu manis – menghentikan selsema
  • Air rebusan kulit kayu manis dan halia – membantu senggugut
  • Berkumur dengan air kulit kayu manis – menghilangkan sakit gusi dan nafas berbau

5. Serai


  • Teh serai – mengurangkan gejala senggugut dan mual, mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin dan cirit-birit
  • Air rebusan serai – menyejukkan badan ketika hari panas

6. Jintan


  • Merawat usus, mengatasi masalah kembung perut dan insomnia.
  • Jintan tinggi dengat serat dapat mencegah buasir dan kanser usus. Jintah digunakan sebagai pelawas dan mencuci usus kecil dan besar.
  • Mengurangkan kadar kolesterol.
  • Merawat gejala kekejangan pra-haid, gejala pra-menopause dan rendah libido.

7. Lada hitam

  • Mengubati sakit kepala, cirit birit, melawaskan kencing. Cara, dua sudu lada hitam, direbus dan ditapis untuk diminum.
  • Daun pokok lada hitam boleh merawat demam panas. Cara, menumbuk lada hitam hingga hancur dan disapukan pada dahi.

8. Kacip fatimah


  • Air rebusan akar dan daun kacip fatimah bagus untuk wanita sebelum bersalin untuk membantu menegangkan otot perut dan vagina.
  • Selepas bersalin, minum air rebusan daun kacip fatimah untuk mengimbangi hormon dan menghilangkan kemurungan, mendapatkan semula kekuatan dan keremajaan badan untuk penyembuhan lebih cepat.
  • Meningkatkan daya hidup, mengatasi keletihan dan menguatkan otot vagina.
  • Ubat digunakan untuk meningkatkan libido dan seksual wanita.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan, peredaran darah, merawat pelbagai jenis penyakit wanita dan membantu merawat demam.
Dah baca? Alfalfa Jamu Moden versi Shaklee


9. Lengkuas


  • Daun lengkus membantu menghilangkan panau. Caranya tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan di kawasan panau. Boleh ulang banyak kali.
  • Mencegah mabuk laut dan rasa mual. Kunyah beberapa hirisan halus lengkuas.
  • Lengkuas boleh menurunkan kandungan lipid, risiko reumatik, mempertahankan keremajaan kulit dan mencegah penuaan dan merawat rambut.

10. Daun pandan


  • Menghitamkan rambut. Cara: ambil beberapa helai daun pandan, rebus hingga airnya bertukar warna hijau dan biarkan semalaman. Kemudian campurkan dengan dua biji buah mengkudu masak dan ramas pada rambut.
  • Air rebusan daun pandan – mengurangkan tekanan darah tinggi, kegelisahan, masalah saraf, mencegah paras gula tinggi dalam darah, melancarkan haid, mencegah penuaa, melancarkan buang air besar, menambahkan nafsu makan.
  • Bauan pandan – ubat penenang, mengatsi insomnia dan tekanan.
  • Hirisan daun pandan bersama minyak kelapa boleh meringankan gejala reumatik. 


Jika berdasarkan herba-herba di atas, kebanykannya memang kita selalu guna dalam masakan harian kan? Jadi teruskan guna kerana ia banyak manfaat untuk kesihatan kita.


Sumber:iSihat



Continue Reading

Mar 26, 2018

Amik Tahu 7 Perkara Ini Apabila Anda Sedang Marah!


Amik Tahu 7 Perkara Ini Apabila Anda Sedang Marah!

Bila sedang marah


1. Kulit
Apabila kita marah, kandungan toksin dalam darah akan meningkat di bahagian otak yang meragsang folikel rambut. Ini boleh menyebabkan keradangan yang boleh membawa kepada pigmentasi dan kezema. Bagi wanita, uterus dan kelenjar susu akan terganggu. Bagi lelaki, ia boleh menyerang organ hati.

2. Otak
Apabila anda marah, sejumlah besar darah mengalir laju ke bahagian otak, meningkatkan tekanan di bahagian cerebral vaskular mengakibatkan toksin dalam darah yang boleh mempercepatkan proses penuaan otak.

3. Perut
Marah boleh merangsang sistem saraf simpatik, yang secara langsung memberi kesan kepada jantung, saluran darah, mengurangkan aliran darah ke sistem gastrointestinal, melambatkan peristalsis, yang mana ia menyebabkan ulser perut.

4. Organ hati
Marah juga boleh menyebabkan rembesan hormon katekolamin akan meningkat dalam badan yang menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat, asid lemak terurai dan meningkatkan kandungan toksin dalam darah dan organ hati.

5. Paru-paru
Apabila wanita marah, mereka akan bernafas dengan laju boleh menyebabkan alveoli terus berkembang yang berbahaya kepada paru-paru.

6. Jantung
Sebahagian besar darah mengalir dengan laju ke bahagian otak dan muka, ini mennyebabkan bekalan darah ke jantung berkurang yang boleh menyebabkan Iskemia Miokardium, degupan jantung tidak teratur yang menjadi punca masalah jantung.

7. Tiroid
Kemarahan yang kerap boleh menyebabkan disfungsi tiroid seperti hipertiroid.


Apabila anda marah, ingatlah kesihatan diri kita. Bersabar dan kawal rasa marah.




Continue Reading

Mar 25, 2018

13 Info Regangan Yang Ramai Tidak Tahu!


Regangan bukan hanya senaman semata tapi ia lebih daripada itu. Jom ketahui info regangan yang ramai tidak tahu.



13 Info Regangan Yang Ramai Tidak Tahu!

1- Yoga membantu pergerakan menjadi lebih baik dan kurang berasa kaku dan kejang.

2- Melakukan regangan 5 minit sebelum tidur membantu merelakskan otot dan mendapat posisi tidur dengan lebih mudah.

3- Regangan membantu meningkatkan pengaliran darah, paras kandungan oksugen dan menghantar nutrien kepada otot serta membantu menyingkirkan bahan buangan metabolik seperti karbon dioksida, ammonia dan asid urik.

4- Menguap dan menggeliat pada masa yang sama disebut sebagai pandiculation (pandikulasi).

5- Risiko kematian meningkatkan 40 peratus bagi mereka yang duduk sepanjang hari. Tapi tidak semua mampu menyediakan meja yang membolehkan nada melakukan kerja sambil berdiri. Cara menanganinya ialah dengan melakukan regangan (paling baik setiap satu jam).

6- Sangat penting untuk melakukan regangan selepas bersenam. Membuat regangan semasa otot sudah lembut daripada aktiviti yang dilakukan membantu anda sembuh dengan lebih cepat dan mencegah kecederaan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi fleksibiliti iaitu:

7- Usia – lebih muda lebih fleksibel

8- Jantina – wanita lebih fleksibel berbanding lelaki

9- Aktiviti – individu yang aktif lebih fleksibel

10- Suhu dan persekitaran – cuaca panas menjadikan otot lebih fleksibel berbanding cuaca sejuk

11- Regangan statik sebelum bersenam boleh menurunkan prestasi. Sebaiknya regangan dinamik boleh mengurangkan kemungkinan kecederaan dan membantu meyediakan tubuh untuk warm up. Contohnya mengayunkan kaki dan tangan, jumping jaks dan lunges.

12- Kajian mencadangkan dengan melakukan regangan di tempat kerja mampu mengurangkan kesakitan sehingga 72 peratus. Walaupun kajian mengenainya masih tidak banyak dilakukan, regangan di tempat kerja boleh mengurangkan ketidakselesaan tanpa menganggu produktiviti.

12- Rasa tidak selesa apabila melakukan regangan? Ia menyakitkan jika anda terlalu memaksa tubuh anda. caranya lakukan regangan dan berhenti apabila anda merasa ketegangannya. Tarik nafas dalam-dalam semasa melakukan regangan selama 15-30 saat. Kemudian berehat dan ulang posisi regangan dengan mencuba lebih lagi.

sumber: iSihat


Continue Reading

Mar 24, 2018

13 Fakta Menarik Tentang Herba Yang Perlu Anda Tahu


Nak tahu apa info menarik tentang herba yang ramai tidak tahu?

manfaat herba


1. Rawatan menggunakan herba merupakan bentuk perubatan yang tertua. Ia merupakan keperluan asas untuk masyarakan zaman silam dan masih digunakan meluas sampai hari ini. (WHO)

2. Hampir 25 peratus ubat-ubatan moden terperiskripsi berasal dari tumbuhan. Ekstrak digitalis dari daun tumbuhan foxglove, morphinie dan codeine berasal daripada pokok popi, quinine dan kulit pokok chinchona dan banyak lagi.

3. 2/3 daripada mereka yang mengambil perubatan komplementari dan alternatif tidak memaklumkan kepada doktor yang merawat.

4. Bagi sesetengah herba, kegagalan menentukan pengambilan dos yang betul boleh menyebabkan kematian atau Dosis Sola Facit Venenum (dos adalah penentu racun).

5. Perbezaan ketara antara herbalisme dan perubatan moden ialah perubatan moden hanya menggunakan sejenis ekstrak bahan kimia aktif daripada tumbuhan atau yang di sintesis di kulang untuk mengasilkan ubatan moden. Dalam herbalisme, keseluruhan tumbuhan atau bahagian tertentu tumbuhan digunakan sebagai bahan pemuliharaan atau perawatan.

6. Dalam sejenis herba terdapat beratus jenis bahan kimia yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Satu atau beberapa jenis bahan kimia memiliki sifat terapeutik yang serupa dan setiap satu pula memiliki pelbagai jenis tindakan terapeutik.

7. Secara tradisional, herba boleh digunakan untuk meredakan stress, tekanan darah tinggi, sakit perut, insomnia, sembelit, jangkitan kuman dan mengurangkan kepekatan darah. Ia juga boleh membantu meredakan artritism pelbagai jenis penyakit keradangan seperti migrain, asma, tonsilitis dan lain-lain.

8. Istilah drug atau ubat berasal daripada perkataan Belanda Droog yang bermaksud kering atau keringkan. Ia mendedahkan para penyembuh dahulu kala menggunakan herba dan tumbuhan yang dikeringkan sebagai ubat.

9. WHO menganggarkan 65-80 peratus (lebih 4 billion) populasi dunia mengaplikasikan perubatan alternatif sebagai bentuk penjagaan kesihatan utama berbanding hanya 10-30 peratus menggunakan perubatan konvensional (statistik 2012).

10. Dianggarkan 7000 kompaun sebatian yang digunakan dalam perubatan moden berasal daripada herba dan tumbuhan.

11. Rawatan tradsional cina terpilih oleh WHO bagi memenuhi keperluan bidang penjagaan kesihatan pada abad ke-21.

12. Herba perubatan telah ditemui sebagai antara barang peribadi pada mumia lelaki ais zaman prasejarah yang ditemui di banjaran Apls Itali pada tahun 1991.

13. Sekitar 19 peratus syarikat yang tesenarai dalam Fortune 500 menawarkan perubatan alternatif sebagai sebahagian daripada pakej pampasan penjagaan kesihatan.


>Sumber: ISihat<


Continue Reading

Mar 23, 2018

5 Cara Makan Untuk Mengawal Kencing Manis Dengan Betul


5 Cara Makan Untuk Mengawal Penyakit Kencing Manis / Diabetes Dengan Betul 

cara kawal kencing manis

Pemakanan yang betul sangat penting untuk pesakit kencing manis atau Diabetes. Makanan boleh mempengaruhi bacaan paras gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

Berikut merupakan 5 cara makan yang boleh diamalkan pesakit kencing manis untuk mengawal dan menurunkan bacaan gula dalam darah.

1. Makan lebih banyak sayuran
Sayur-sayuran adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan rendah kalori. Maka sayuran tidak akan menaikkan paras gula dalam darah anda dengan banyak dan hanya menambah seddikit kalori. Dengan memakan sayur-syuraan, anda akan kurang mengambila makanan kurang sihat.

2. Tambah sedikit lemak
Lemak sebenarnya penting untuk sel yang sihat. Bagi pesakit kencing manis, lemak akan membantu anda berasa puas apabila dapat memakannya. Tetapi anda perlu mengambil lemak dalam kuantiti yang betul dan tidak berlebihan.

3. Makan untuk sembuh
Dalam konteks ini anda perlu bijak memilih makanan yang sesuai. Makanan semulajadi mempunyai mikronutrien kimia organik dengan kuasa penyembuhan luar biasa yang penting untuk kesihatan tubuh badan.

Bagi peskait kencing manis, anda mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai kolesterol tinggi, sakit jantung, masalah buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Contohnya:
  • Bawang putih – mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
  • Oat - kaya dengan serat larut boleh membantu mengurangkan kolesterol
  • Fitokimia yang dipanggil lutein yang banyak terdapat pada bayam dan syur-syuran berdaun gelap membantu melawan macular degeneration (penyebab utama masalah penglihatan)

4. Rajin minum air
Air penting untuk mengawal suhu badan, mengangkut nutrien dan oksigen, membawa sisa buangan, membantu menyahtoksikkan buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral, dan melindungi badan daripada kecederaan.

Tetapi minuman beralkohol dan kafein tidak dikira kerana ia bertindak sebagai diuretik dan meningkatkan kehilangan ceccair dalam badan.

5. Makan lebih kerap
Biasanya anda makan dengan tiga makanan besar sehari, tetapi untuk pesakit kencing manis anda perlu makan secara lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang lebih kecil.

Kajian menunjukkan dengan mengatur makanan anda sepanjang hari, anda dapat membantu menstabilkan gula dalam darah dan menurunkan tahap kolesterol.



Paling utama bagi pesakit kencing manis adalag menjaga paras gula dalam darah dengan mengambil makanan semulajadi yang mempunyai campuran nutrien yang sihat. Rajinkan diri untuk memerhati apa yang anda makan dan berapa banyak yang perlu anda makan. Cuba makan dalam jumlah yang sama setiap hari, pada waktu yang lebih kurang sama setiap hari. Disiplinkan diri dengan matlamat untuk menambah baik kesihatan.


Moga bermanfaat untuk anda semua. Jaga kesihatan. Sihat itu nikmat kan?


Dah lihat? Testimoni Vivix Shaklee untuk kencing manis diabetes



Continue Reading

Mar 22, 2018

9 Tip Memilih Sunblock, Sunscreen Yang Terbaik untuk Kulit


Apakah Tip Memilih Sunblock, Suncreen yang Terbaik untuk Kulit?
9 Tip Memilih Sunblock, Sunscreen Yang Terbaik untuk Kulit 



tip pilih sunblock

9 Tip Memilih Sunblock, Sunscreen Yang Terbaik Dan Sesuai untuk Kulit 

Banyak pilihan sunblock, sunscreen yang dijual di pasaran. Tapi macam mana nak pilih yang sesuai dan terbaik?

Dalam entri ni gee nak kongsikan tip tip memilih sunblock sunscreen yang terbaik untuk kulit korang.

1.Lihat tarikh pembuatanya
Lagi baru lagi bagus produk!

2. Pilih brand/jenama
Bila nak beli sunblock, suncreen korang kena pandai pilih brand yang terbaik. Boleh pilih jenama antarabangsa kerana kebanyakan produk ini disahkan oleh FDA & European Union yang memang ketat bab pemilihan dia.

3. Pastikan tiada bahan berbahaya
Semak dulu bahan-bahan yang digunakan sebelum membeli.

4.Pilih subblock, sunscreen jenis berkrim
Elak memilih sunblock, sunscreen jenis spray atau serbuk kerana ia berasaskan mineral dan mengandungi nanopartikel yang boleh memasuki aliran darah dan menyebabkan masalah kesihatan.

5. Pilih SPF 30 hingga SPF 50
Lagi tinggi SPF lagi bagus kerana ia boleh melindungi kulit korang.

6. Pilih sunblock, sunscreen yang sesuai untuk kulit.

7. Pilih jenis ada UVA UVB
Ultraviolet A boleh tembus ke lapisan kulit kita paling dalam & beri kesan jangka panjang seperti penuaan kulit lebih cepat, kedutan. Ultraviolet B biasa boleh menyebabkan sunburn!


sunblock uva uvb


8. Tidak ada rasa menyengat pada kulit (No Stinging)
Pastikan bila korang menyapu sunblock, sunsreen tidak ada rasa menyengat pada kulit. Jika ada, berhenti guna dan tukar dengan yang lain ok.

9. Semak tarikh luput
Paling penting bila nak beli, korang kena semak dulu tarikh luput atas faktor risiko kesihatan dan kualiti bahan yang telah merosot setelah lebih tarikh luput.

Pastikan korang memilih sunblock sunscreen yang sesuai dan terbaik. Penggunaan sunblock sunscreen sekarang sangat penting. Jika boleh guna tiap hari tak kira di rumah.


Gee ada kongsikan sekali tip cara guna sunblock sunscreen dengan betul.

Tip Cara Menggunakan Sunblock, Sunscreen:

1- Sapu 15-20 minit sebelum keluar rumah / terdedah pada cahaya matahari
2- Juga boleh guna sebelum guna makeup
3- Boleh sapu semula selepas 2-4 jam bergantung kepada jenis SPF yang korang guna
4- Jangan berjemur pada waktu tengah hari dan petang kerana waktu ini radiasi sinar UV sangat tinggi
5- Guna cermin mata, topi, tudung bila keluar rumah


Korang guna sunblock, sunscreen jenis apa?

Gee sekarang guna AGE DEFENSE MOISTUTIZER SPF 50. Dia moisturizer + sunblock + sunscreen. Yang penting dia ada broad spectrum UVA UVB.  Memang full protect kulit muka kita. 

age defense moisturizer spf 50 uva uvb

Satu lagi yang seronok moisturizer ni kan, muka nampak glowing berkilat lepas sapu. Macam guna highlighter dah tuu. Seronoknyaaa lahaii😃 Tak perlu beli highlighter dah lepas ni. Jimat duit. Hihi

Mana yang tengah carik sunblock, sunscreen tu kan gee rekomen Moisturizer SPF 50 ni. Sesuai sangat lah guna kat Malaysia ni yang cuaca dia panas.


Dah baca? YOUTH Shaklee: Skincare 100% Vegan & Bebas Bahan Berbahaya

Dah tengok? Testimoni Youth Shaklee


Untuk order & konsultasi Shaklee boleh whatsapp Gee terus. Klik pada pautan Whatsapp / Messenger di blog gee ni ok.




Continue Reading

Mar 21, 2018

Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.
Continue Reading

Mar 14, 2018

Kenal Pasti 8 Tanda Badan Bila Tidak Makan Sayur Dan Buah!


Kenal Pasti Apakah 8 Tanda Badan Bila Tidak Makan Sayur Dan Buah. Apa yang terjadi?

tanda badan tidak makan sayur dan buah

Pola pemakanan harian kita sekarang kebanyakannya kurang makan sayur dan buah. Mungkin ramai yang tidak mengambil kira isu ini, tapi hakikatnya kurang makan sayur dan buah sebenarnya banyak mempengaruhi rutin harian kita dan memberi kesan kepada tubuh kita.

Apakah yang akan terjadi apabila kita kurang makan sayur dan buah?

1. Berat badan naik

Kurang badan makan sayur dan buah boleh menyebabkan kita lebih banyak mengambil makanan yang tinggi kalori dan lemak dan boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Masalah berlebihan berat badan juga boleh membawa kepada risiko untuk mendapat penyakit kronik.

2. Sembelit 


Kurang mengambil makanan yang banyak serat seperti sayur dan buah boleh menyebabkan masalah pencernaan. Jika sembelit dibiarkan dan menjadi kronik ia boleh menyebabkan buasir dan kerosakan tisu .

Sayur dan buah-buahan adalah sumber utama untuk mendapatkan serat dalam makanan kita. Contohnya brokoli dan avokado yang tinggi serat boleh membantu melegakan sembelit dan melancarkan proses pencernaan kita.

3. Badan mudah lebam

Antara faktor yang menyebakan badan kita mudah lebam dan rasa sakit juga disebabkan kurang mengambil sayur dan buah. Contohnya kekurangan mengambil vitamin C boleh menyebabkan badan kita mudah lebam daripada normal kerana salur darah lebih mudah terdedah dan belakunya lebam. Vitamin C juga penting untuk proses penyembuhan dan pengeluaran kolagen.

4. Naik jerawat!

Menurut pakar dermatologi, Dr Jessica Wu, beliau menyarankan memakan sayururan dan buah berwarna merah, kuning dan hijau kerana ia tinggi dengan antioksidan. Antioksidan yang tinggi boleh membantu melawan kerosakan kolagen dan juga penting untuk kulit sihat dan anjal.

5. Mudah rasa penat

Tahu tak? Sayuran dan buah-buahan membekalkan kesemua nutrien yang penting untuk badan kita agar kekal cergas dan sihat. Kurang mengambil sayur dna buah antara sebab badan anda cepat penat dan letih akibat kekurangan nutrisi.

Amalkan makanan yang berwarna hijau gelap kerana ia membekalkan magnesium yang bagus untuk menghasilkan tenaga dan juga membantu menenangkan otot apabila kita berasa letih atau stress.

6. Kerap / mudah jatuh sakit

Mereka yang kurang makan sayur dan buah juga boleh merendahkan sistem imun badan. Apabila sistem imun rendah, keupayaan badan melawan penyakit menjadi kurang. Sebaiknya tambah sayuran berwarna hijau untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

7. Mudah lupa!

Dalam artikel yang dikeluarkan oleh Universiti Tufts, lutein mampu membantu menguatkan daya ingatan dan memori serta menajamkan skil kognitif yang lain. Antara sumber terbaik lutein ialah sayuran yang berdau gelap dan hijau.

8. Mudah rasa lapar

Buah dan sayur selain membekalkan serat, ia juga membantu memenuhkan ruang perut kita. Menurut ahli pemakanan, Frances Langeman-Roth, jika seseorang berasa lapar selepas satu atau dua jam, ia mungkin disebabkan badan tidak mendapat serat yang cukup.

Makanan tinggi serat boeh membantu kita berasa kenyang lebih lama. Bagi yang ingin kuruskan badan, rajin-rajinlah mengambil sayur dan buah-buahan.


Lepas ni kita kena rajin makan sayur dan buah. Kadang-kadang badan kita rasa cepat letih, penat, kurang bermaya sebab kurang nutrisi dalam badan. Dan nutrisi ni kita boleh ambil daripada sayur dan buah. Senang kan?


Dan baca? Khasiat warna di sebalik buah dan sayur yang anda makan










Continue Reading

Mar 13, 2018

Mar 9, 2018

Mar 8, 2018

Mar 7, 2018

Khasiat warna di sebalik buah dan sayuran yang anda makan


Apakah khasiat warna di sebalik buah dan sayuran yang anda makansetiap hari?

Ramai yang dah tahu setiap buah dan sayur dia ada berbeza warna kan. Tahu tak apa maksud disebalik warna tu?

Untuk info korang, warna pada setiap buah dan sayur tu berbeza sebab kandungan mikronutrien di dalamnya. Vitamin dan fitonutrien ni yang jadi sebab utama warna dia berbeza untuk setiap jenis buah dan sayur yang ada.

Apakah khasiat di sebalik warna pada buah dan sayuran?

Merah/merah muda


  • Menghapuskan sisa radikal bebas
  • Mengurangkan radang dalam arteri sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular
  • Mengelakkan kerosakan yang boleh mengubah gen yang menggalakkan pertumbuhan kanser
  • Contoh: epal, cili, ceri, strawberi, betik, limau gedang, tembikai, kranberi

Kuning


  • Ia mengandungi agen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Mengandungi beta keroten, vitamin, mineral dan serat
  • Contoh: jagung, nanas, lemon, mangga, pisang

Oren/jingga


  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Memperkuatkan tubuh badan kita secara semulajadi bagi melawan radikal bebas yang boleh membawa kepada kerosakan oksidatif dan menjadi sebab kanser.
  • Contoh: oren, lobak merah, labu, pic, aprikot, ubi keledek

Hijau


  • Ia banyak mengandungi vitamin, folat, mineral, kalium dan kalsium serta serat.
  • Membantu mencegah kanser (terutama paru-paru dan kolon).
  • Mengurangkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular.
  • Juga membantu mekindungi mata.
  • Contoh: kale, bayam, salad, brokoli, kobis, epal hijau, avokado 

Putih


  • Mengandungi alisin, unsur yang membantu melawan kolesterol dan tekanan darah tinggi.
  • Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan dan menghentikan pertumbuhan prostat dan sel-sel 
  • kanser kolon. Lobak putih mengandungi glucosinolate (sebatian antikanser 
  • dan anti bakteria), kalsium, kalium dan vitamin C. Contoh: bawang putih, halia, kembang kol, cendawan dan keledek isi putih.

Biru, indigo dan ungu


  • Mengandungi flavonoid, fitokimia dan antioksidan serta pigmen yang dipanggil antisianin, yang sedang dikaji peranannya dalam melindungi tubuh daripada karsinogen berbahaya.
  • Ia juga mengandungi serat yang membantu dalam mencegah kanser kolon.
  • Bersifat anti diabetes.
  • Mengandungi fitokimia dan asid lemak yang penting untuk fungsi otak.
  • Contoh: beri biru, kobis ungu, keledek ungu, terung 


Diet berasaskan tumbuhan sangat baik untuk kesihatan kita. Diet berasaskan tumbuhan ini boleh membantu merendahkan risiko daripada terkena penyakit berbahaya seperti Leukemia, kanser otak, payudara, paru-paru, kulit, prostat dan saluran pencernaan termasuklah Diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Diet berasaskan tumbuhan juga tinggi kandungan antioksidan yang membantu meningkatkan sistem pertahan badan sekaligus meningkatkan keupayaan tubuh melawan peyakit.

Jom kita amalkan diet yang berasaskan tumbuhan. Ia sangat-sangat baik untuk kesihatan kita.


Continue Reading

Mar 5, 2018

Tips Rumah Sentiasa Bersih dan Sihat


Tips Rumah Sentiasa Bersih dan Sihat


tip rumah bersih dan sihat

Pentingnya untuk menjaga rumah agar sentiasa bersih dan sihat.

Kebanyakan kita lebih banyak menghabiskan hampir 90% masa di dalam rumah tapi sebenarnya udara di dalam rumah boleh menjadi 50 kali ganda lebih tercemar berbanding udara di luar rumah.

Sebab itu penting untuk menjaga kebersihan di dalam rumah kita setiap masa.

Beberapa tips yang boleh korang amalkan antaranya:

1- Sentiasa membersihkan bilik mandi kerana kulat yang membebaskan spora yang menyebabkan masalah pernafasan, asma dan alergi.

2- Menjemur pakaian yang dibasuh di luar rumah tapi jika terpaksa menyidai pakaian di dalam rumah, tingkap perlu dibuka luas.

3- Sentiasa membersihkan permaidani di rumah. Permaidani boleh jadi sebab debu, kulat dan mikroorganisma lain yang berbahaya kepada paru-paru, boleh menyebabkan asma dan alahan bagi sesetengah orang.

4- Menanggalkan kasut di luar semasa masuk ke dalam rumah agar kotoran seperti debu, habuk dan pasir dari luar rumah tidak tersebar masuk ke dalam rumah.

5- Apabila mengecat dinding, pastikan cat dinding sudah kering sebelum menggunakan bilik atau ruang berkenaan.

Cat dinding boleh membebaskan Vlatile Organic Compoun (VOC) yang boleh memberikan pelbagai kesan terhadap kesihatan kita jika menghidunya dalam jangka masa yang panjang.


Info Tambahan
Udara dalam rumah mengandungi lebih 900 bahan kimia, zarah dan bahan biologi yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh kita.

Jagalah kebersihan rumah kita agar sentiasa bersih kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan kita. Rumah adalah tempat paling banyak kita duduki setiap masa dan hari.



Continue Reading

Mar 1, 2018

Promosi YOUTH Shaklee | Promosi Pelancaran YOUTH MAC 2018


Promosi YOUTH Shaklee | Sempena Pelancaran YOUTH MAC 2018

Promosi YOUTH yang dinantikan. Akhirnya YOUTH Shaklee mula dijual di pasaran Malaysia bermula 1 Mac 2018 ini. 


promosi youth shaklee


Promosi YOUTH sempena dengan pelancaran YOUTH Shaklee bulan ni sangat menarik dan best!

Sebelum tu gee nak perkenalkan skincare YOUTH secara ringkas. Skincare YOUTH ni bukan sebarangan skincare. Mari kita lihat apa dia YOUTH ni.

KEISTIMEWAAN YOUTH

💚100% VEGAN - dieksttak daripada tumbuhan

💚Diuji oleh dermatologist - pakar kulit

💚Diuji oleh Oftalmologist - pakar mata

💚Non-Comedogenic - tak menyumbatkan liang pori-pori

💚Hipoalergenik - selamat dan baik untuk kulit jenis alergik

💚Sesuai untuk semua jenis kulit

💚Bebas dari 2500 bahan jimia yang berbahaya yang banyak digunakan produk lain

💚Tidak diuji ke atas haiwan

💚Mengambil masa selama 8 tahun untuk menhasilkan YOUTH! Bukan berbulan ya

💚Ada 8 patent & patent pendings

💚Juga lengkap dengan KEPUTUSAN KLINIKAL 100% BERKESAN



YOUTH ini ada 6 item semuanya,
  1. Luminous Gel Oil Cleanser 125 ml
  2. Perfecting Skin Toner 177 ml
  3. YOUTH Activating Serum 30 ml
  4. Age Defense Moisturizer 50 ml
  5. Advanced Renewal Night Cream 50 ml
  6. Radiance C+E



PROMOSI YOUTH SHAKLEE

1. Intensive Treatment & Repair Set


Dengan setiap pembelian Set ini, korang akan mendapat:
  • PERCUMA Kos Penghantaran
  • PERCUMA Keahlian Shaklee - terus boleh beli harga ahli
  • PERCUMA Radiance C+E
  • Rebat Tunai RM48
  • PERCUMA YOUTH Beauty Bag
Penjimatan hingga RM500++


2. Starter Set


Dengan setiap pembelian Set ini, korang akan mendapat:
  • PERCUMA Kos Penghantaran
  • PERCUMA Two-Way Magnifying Mirror
Penjimatan dalam RM40+

**Untuk set ini, jika korang mendaftar kehalian Shaklee, korang akan dapat jimat dalam RM200+ dari harga pasaran!


Jom daptakan YOUTH sekarang juga sempena Promosi pelancaran YOUTH bulan Mac ini. Laju-laju order takut licin kat hq nanti!




Continue Reading