Apr 3, 2018

11 Amalan Menyediakan Pemakanan Yang Sihat Untuk Anda Sekeluarga


Proses penyediakan makanan sangat penting. Ada berbagai aspek yang perlu kita ambil kira semasa menyediakan makanan harian. Berikut merupakan amalan yang boleh kita semasa menyediakan makanan.


10 Amalan Menyediakan Pemakanan Yang Sihat Untuk Anda Sekeluarga
  1. Tidak memanaskan lebihan makanan yang sudah disejukkan.
  2. Apabila makanan itu dipanaskan, ia akan menghasilkan bahan kimia daripada makanan dan ia semakin bertambah apabila dipanaskan banyak kali. Paling baik habiskan setiap makanan yang anda masak setiap hari.
  3. Elak membeli makanan yang ada kandungan gula, garam dan minyak yang lebih tinggi berbanding yang kita masak sendiri di rumah.
  4. Berhenti makan sebelum kenyang . bahagikan perut kepada empat bahagian. Jika boleh dua bahagian makanan pejal, satu bahagian cecair dan satu lagi bahagian tinggalkan. Ini kerana perut kita hanya sebesar genggaman tangan.
  5. Semak dan periksa asal usul makanan yang kita makan. Contohnya, tauhu dan cedawan antara makanan yang biasa kita makan di Malaysia. Tapi bagi sesetengah negara ia mungkin agak sukar untuk dihadamkan.
  6. Elakkan makan berat pada waktu malam. Sebaiknya 3 jam sebelum tidur jangan makan yang berat. Ini bertujuan untuk mengelak organ kita memproses makanan pada waktu tidur.
  7. Pastikan emosi sentiasa tenang dan gembira semasa menyediakan makanan. Ia boleh mempengaruhi diri dan ‘mood’ kita. Elakkan juga bercakap perkara yang negatif semasa menyediakan makanan dan ketika makan.
  8. Makan dalam keadaan yang bersih.
  9. Elakkan makan selepas bersenam atau apabila tertekan, marah dan bosan.
  10. Bersyukur dengan setiap hidangan yang diberikan. Tumpukan pada makanan di meja makan dan bukan di hadapan televisyen atau laptop. Elakkan juga banyak berbual semasa makan.
  11. Selepas makan bersihkan tangan dan mulut dengan baik dan amalkan berjalan selepas habis makan dalam lima minit. 

Jom amalkan! Moga tips ini bermanfaat untuk anda sekeluarga. 

 kredit: iSihat