Nov 28, 2018

Vitamin Untuk Kuku Rapuh Dan Mudah Pecah Kembali Cantik Dan Berkilat


Vitamin Untuk Kuku Rapuh Dan Mudah Pecah Kembali Cantik Dan Berkilat



Masalah kuku sebenarnya berpunca dari kekurangan nutrisi dalam badan dan dalam masa yang sama anda kurang menjaga kesihatan kuku dari luaran dan dalaman. Boleh baca di sini untuk 8 Cara Jaga Kuku.

Nak tau vitamin apa yang bagus untuk masalah kuku rapuh dan mudah pecah kembali cantik dan berkilat?

Vitamin Untuk Kuku SIhat, Cantik dan Berkilat

1-Vitamin B 
  • Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan kuku kering dan gelap. 
  • Asid folik atau B9 pula penting untuk kuku tumbuh dengan sihat kerana ia menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan pertumbuhan sel-sel baru. 
  • Biotin atau B7 membantu sel tumbuh dengan sihat dan ia penting untuk metabolisme asid amino yang mana ia membina protein yang penting untuk pertumbuhan kuku yang sihat dan berkilat. 
Dapatkan sumber makanan vitamin B dan suplemen B-Complex yang cukup untuk elak kuku kering, retak, pecah dan gelap.


2-Omega 3
Omega-3 membantu melembapkan kuku dan memberikan rupa kuku yang berkilat.


3-Magnesium
Ambil cukup magnesium bagi mengelak rabung tegak di kuku. Magnesium juga boleh membantu dalam sintesis protein dan membentuk kuku yang baru. 


4-Protein 
Protein bantu meningkatkan pengeluaran keratin untuk kuku yang kuat. Keratin adalah sel mati dalam badan yang dikumpulkan seterusnya ditolak keluar bagi membentuk sel-sel kuku. Tu sebab bila potong kuku anda tak rasa sakit sebabnya sel dah mati. 


5-Vitamin C
Vitamin C penting dalam penghasilan kolagen yang akan membantu menguatkan kuku. Tapi kena ingat yang Vitamin C tak boleh dihasilkan sendiri oleh badan, jadi kena ambil dari makanan dan suplemen. 


6-Zat besi
Kuku rapuh / mudah pecah antara sebab atau tanda badan anda kekurangan zat besi. Ambil zat besi yang cukup untuk pastikan sel-sel dapat bekalan oksigen yang cukup kerana ia penting untuk pertumbuhan kuku yang sihat. 


7-Zink
Banyak muncul bintik putih pada kuku adalah tanda badan anda kurang zink. Tingkatkan makanan yang ada zink seperti coklat gelap, kacang tanah dan ayam belanda.

Zink sangat penting kerana ia penting untuk lebih 200 mekanisma badan termasuk pertumbuhan kuku yang sihat. Kuku kan sangat cepat tumbuh baru jadi anda kena dapatkan zink yang cukup setiap hari!


Tak nak kuku rapuh dan mudah pecah? Sebaliknya inginkan kuku yang cantik, sihat dan berkilat? Pastikan anda mengambil cukup vitamin dan mineral setiap hari. Suplemen Shaklee membekalkan suplemen semulajadi yang selamat untuk kesihatan yang berpanjangan.


Pilihan Suplemen Shaklee Untuk Kuku / Vitamin Untuk Kuku
  1. Vitamin B >> B-Complex
  2. Omega >> Omega Guard
  3. Magnesium >> Ostematrix
  4. Protein >> ESP
  5. Vitamin C >> Vita C Plus
  6. Zat besi >> Vitalea
  7. Zink >> Zinc Plus






Perlukan vitamin Shaklee semulajadi dan konsultasi, hubungi saya segera untuk bantu anda,

Nama : Gee @ Nurziana
Pengedar Aktif Shaklee
Whatsapp: klik 013-5707812
Telefon : 013-5707812