May 31, 2019

Rezeki Dapat Percuma Suplemen Shaklee


Dapat benda percuma mestilah seronok! Dalam grup shaklee Victoria under s2ufamilies kami semua dapat percuma suplemen.

Ada yang dapat untuk cabutan bertuah dan ada juga dapat ikut pencapaian bonus.















Ramai lagi yang dapat sebenarnya ni. Gee pun ada dapat jugak. Alhamdulillah rezeki. Hihi



Gee dapat Coq Trol Plus. Yang ni bagus untuk tenaga, kuatkan otot jantung dan jaga kesihatan salur darah.

Bestnya๐Ÿ˜ƒ. Dapat percuma lagi seronok. Hihi.

Berminat nak join grup Shaklee bersama team kami? Jommm Gee alukan semua.



Continue Reading

May 25, 2019

Malam Lailatul Qadar


Salam semua sahabat, Malam ni 25 Mei 2019, malam ganjil, malam ke 21 Ramadhan, malam kita nak memburu mencari Lailatul Qadar.



Jom kita usaha bangun untuk buat apa-apa saja amal soleh khusus untuk ALLAH. Andaikata malam ni Lailatul qadar, sekarang dah mula dah kiraan 88 tahun tu.



Boleh start sekarang, Antara amal yang kita boleh buat:

✅Doa yang nabi ajar tu wajib baca sentiasa bermula sekarang

✅ Istighfar 1000 kali & saiyidul istighfar sebanyak mungkin

✅ qadha’ solat bagi sesapa yang perlu

✅ solat taubat

✅ baca al quran 1 juzu’

✅ solat sunat tasbih


Dan paling untung ialah sapa dapat IKTIKAF di masjid.



Doa banyak minta ALLAH ampunkan semua dosa kita dan keluarkan kita dari Ramadhan dalam keadaan fitrah umpama bayi baru lahir yang bersih dari dosa.

Aamiiin ya Allah ya mujib.


Antara tanda malam Lailatul Qadar:



Keistimewaan malam Lailatul Qadar:



Moga kita semua dikurniakan rezeki jumpa malam lailatul qadar puasa tahun ini dan setiap tahun aminnn.





Continue Reading

May 21, 2019

May 20, 2019

Cara Mudah Dan Berkesan Hilangkan Kulit Kering Di Kaki


Pastinya ramai ada masalah kulit kaki kering termasuk kaki merekah dan menggelupas serta kasar. Ada yang dah mencuba pelbagai cara tapi tetap tak menjadi.



Kalini berkongsi kisah Gee sendiri, ada kulit kaki kering terutama di jari kaki. Tak best rasa. Macam ada sesuatu dan bila kering tu terasa sangat keirng dia. Serius tak best. So dalam entri kalini Gee nak berkongsi cara hilangkan kulit kering kat kaki.


Cara Mudah Dan Berkesan Hilangkan Kulit Kering Di Kaki

Pertama, Gee akan pastikan minum air yang cukup.


Tubuh badan kita sangat memerlukan air dan lebih 80 peratus adalah air. Sebab itulah anda perlu minum air untuk mengelak kulit kering. Sebaiknya cuba minum air dalam 1.5 – 2 liter sehari. Nak lebih mudah macam Gee selalu buat, siap isikan air dalam botol pagi-pagi dah. Senang boleh terus minum.


Kedua, Gee guna losyen. Sama macam kulit muka, kaki anda juga perlukan penjagaan yang sama. Sebaiknya cuba sapu losyen setiap hari di kaki.

Macam Gee sendiri, setiap malam sebelum tidur akan sapu losyen kat kaki. Gee guna losyen Herbal Blend untuk kurangkan kulit kering dan beri kelembapan pada kulit kaki. Kadang kan, bila kulit kaki kering mesti kaki rasa panas dan tak selsesa kan? So, bila Gee sapu losyen herbal blend ni kaki rasa sejuk dan nyaman jer rasa.



Ketiga, Gee amik protein. Apa pulak kaitan protein dan kulit kaki kering ni?

Ramai lupa bab protein ni. Dulu Gee sendiri pun tak perasan, tak sedar. Sebenarnya protein ni sangat penting untuk kulit kering kerana ia boleh membantu merangsang pengeluaran asid hialuronik dan mengikat serta mengekalkan air dalam sel kulit. Tujuannya bagi memastikan kulit kekal lembap dan tak kering.

Lepasni jika ada kulit kering, jangan lupa skali amik sumber makanan berasaskan protein . Macam Gee suka amik Protein soya ESP ni lebih mudah, hanya amik 1 kali sehari dah cukup.



Keempat, Gee amik vitamin C. Jangan ingat muka saja untuk vitami C. Jika ada kulit kaki kering juga perlu amik. Vitamin C boleh meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan. Bila badan cukup kolagen, kulit tak kering, tak berkedut dan kelihatan tua. Gee biasanya amik dalam 1000-2000mg Vitamin C Plus setiap hari. Sebab badan Gee tak boleh kurang vitamin C. Dulu ada kena bersin.

Bila amik Vitamin C, Gee amik skali dengan Vitamin E untuk jaga kelembapan kulit dari dalam.


Ok. 4 cara ni memang Gee ada amalkan. Anda boleh cuba sendiri nanti.


Cara lain yang boleh anda cuba untuk mengatasi kulit kering di kaki:
  • Sapu minyak zaitun dan minyak kelapa.
  • Rendam kaki dalam air suam ditambah dengan perahan lemon dan garam.
  • Lumurkan kaki dengan asam jawa dan kemudian bilas dengan air suam.
  • Elakkan guna sabun terlalu lama kerana boleh sebabkan kulit makin jadi kering.
  • Keringkan kaki lepas mandi.
  • Jika badan terlalu kering, tak cukup air anda boleh cuba minum air isotonik, air Performance untuk kurangkan kulit kering. Tau tak? 30% daripada kulit dihasilkan oleh air yang memberikan kulit lebih tegang, gebu dan elastik.
  • Satu lagi cara paling mudah dan pantas, amik polifenol (Vivix) untuk baiki kulit kering satu badan. Boleh cuba sesudu Vivix setiap hari. Dalam masa beberapa minggu mesti anda akan perasan kulit dah tak kering.


Anda boleh cuba cara-cara untuk menghilangkan kulit kaki yang kering. Selamat mencuba!!





Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang organik dan selamat ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.




Continue Reading

May 18, 2019

Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak


Bila kulit berminyak ada masalah lain juga yang turut serta macam kulit jerawat, pori tersumbat, kulit kasar, kusam jadi gelap dan tak licin.


Sebab itulah penting untuk memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak. Jika tak nanti akan jadi makin teruk pulak kan?


Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Pencuci muka yang sesuai untuk masalah kulit berminyak ialah pencuci muka Luminous Gel Oil Cleanser dari produk YOUTH.



Pencuci muka YOUTH ini dapat mengeluarkan minyak tanpa membuatkan kulit kering. Untuk cucian pertama kali dah rasa beza sangat. Serius tak kering sebab Gee sendiri guna juga. Rasa beza sangat!!!๐Ÿ˜๐Ÿ˜



Pencuci muka yang BEBAS SABUN. Biasa bila kita nak cuci muka berminyak ni bila guna jenis bersabun, kulit makin kering. Dan kesannya makin banyak minyak naik kat muka. Tapi bila Gee guna YOUTH ni kulit rasa "soft" dan "just nice" jer kat muka tau. Bestttt!

Mampu membersihkan kotoran secara mendalam.


Ini yang ada pada pencuci muka YOUTH. Ia mempunyai formula pembersih yang mendalam iaitu mengandungi ekstrak Alga Hijau mampu membersih sel kulit mati pada liang-liang kulit jadi lebih bersih dan tak kusam.

Kandungan minyak Avocado juga membuatkan kulit rasa lebih halus dan lembut lepas menggunakan pencuci muka Youth. Takda rasa melekit dan tertarik langsung.

Bila ada kulit berminyak dan sensitif?

Pencuci muka YOUTH juga sesuai kerana tiada paraben, pewarna, perfume (Youth ni bebas dari 1500 bahan kimia bahaya). Ia juga telah diuji selamat dan baik untuk kulit jenis alergik (hipoalergenik).



Jika kulit berminyak dan berjerawat?

Juga boleh guna. Ekstrak Anggur Muscadine (Vivix) dan ekstrak Yis akan membantu melegakan kulit yang berjerawat. Kulit jerawat cepat pulih dan kecut.



Paling penting pencuci muka YOUTH ini kaya dengan vitamin. Sambil mencuci muka sambil tu ia bagi vitamin pada kulit untuk kulit sentiasa sihat dan muda.


Jika ada masalah kulit berminyak dah tau dah pencuci muka mana yang sesuai. Gee sangat rekomen pencuci muka YOUTH untuk kulit jenis berminyak.

Tidak kira lelaki atau perempuan semua boleh guna pencuci muka YOUTH ni bagi mengurangkan kulit berminyak.


Pencuci muka Youth saya sendiri guna





Berminat untuk mendapatkan Pencuci Muka Shaklee yang organik dan selamat ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.




Continue Reading

May 16, 2019

Selamat Hari Guru 2019 (Kenangan Zaman Belajar)


Selamat Hari Guru buat semua guru-guru. Terima kasih atas jasa anda semua yang mengajar kami.



Bila hari guru ni kan, Gee teringat balik zaman masa belajar dulu. Memori lama tu datang balik. Throwback gitu. Hihi.

Dulu Gee bersekolah di SK Kampung Senau. Ni zaman sekolah rendah. Dari tahun 1996 - 2001.

Bangunan sekolah lama ni masih ada sampai 2019 sekarang tau.

Yang ni dewan baru. Masa dulu takda lagi. Atas padang jer berdiri masa berhimpun.

Ni kenangan tahun 2017, masa Gee jadi guru ganti. Hihi


Kemudian zaman sekolah menangah dulu sekolah agama pulak. Hihi. Kat Kampung Igan, SMK AGAMA IGAN. Adalah dalam setengah jam naik van dulu. Dari tahun 2002 - 2006.



Pastu Gee naik tingkatan 6, yang ni kat sekolah biasa. Iaitu di SMK THREE RIVERS MUKAH. Dari tahun 2007-2008.

Sekah ni tepi jalan. Selalu gak lalu. So memang teringat lah zaman form 6.

Zaman form 6 antara zaman paling seronok bagi Gee. Hihi. Jumpa kawan baru. Pastu kawan ada yang aliran agama lain tapi tu tak halang Gee kawan dengan dorang.

Lagi best masa tu, kelas kita orang ada 12 orang je tak silap Gee. So kita orang memang rapat dan hepi go lucky hihi. Kamceng sekepala. Hihi.

Rindu sangat lah kat korang semua >> Noni, Jue, Flo, Suong, Obob, Khai, Iza, Cornel, Ahling, Syukri, Dodo. Bila dapat jumpa lagi nk korang.

Ni dewan tempat kami slalu berhimpun dulu

Pas abis form 6, Gee dapat tawaran ke UPM Serdang. Ni ibarat dunia baru. Pertama kali kot pegi ke semenanjung sorang pulak tu. Redah jer sebab nak belajar. Dari tahun 2009-2013 rasanya.


Masuk UPM, dapat fakulti Ekonomi.


Masa ni Gee godek gambar lama orientasi semester 1.


Di UPM, Gee dapat kolej kelima. Dari sem 1 - sem 8 memang setia kat kolej ni. Dah macam rumah kedua dah.



Terobek sikit gambat masa belajar dulu. Hihi. Rindu sangat zaman ni.





Zaman belajar zaman paling seronok.  Sekarang tinggal memori. Hargailah masa yang ada sekarang. Gambar tu penting untum memori dan kenangan. Pasni Gee kena slalu amik gambar untuk kenangan.

Selamat Hari Guru buat semua cikgu.


Korang ada yang sama tempat belajar dengan Gee?



Continue Reading

May 15, 2019

20 Tips Tenangkan Hati Dan Diri


Amalkan 20 Tips berkesan ink untuk tenangkan hati dan diri.



1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.

2. Perbanyakkan doa dan memohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.

3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.

4. Jangan menangguhkan kerja. Jika kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. Boleh listkan kerja apa kita perlu buat ibarat "to do list" harian.

5. Banyakkan senyum atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, mengimbau kenangan manis dan sebagainya.

6. Sentiasa "move on" dan melupakan kenangan pahit yang bakal menganggu emosi negatif diri sendiri.

7. Sentiasa menjadi insaf dan pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam. Agak susah tapi kita boleh buat.

8. Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.

9. Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.

10. Menyayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.

11. Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat. Ringan tulanh untuk membantu orang.

12. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki. Bila kita banyak bersyukur hati lebih tenang.

13. Sentiasa mencintai kerjaya atau apa saja kerja yang kita buat.

14. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, cubalah buat dengan rela dan ikhlas.

15. Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi.

16. Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita nanti.

17. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.

18. Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.

19. Menghadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.

20. Banyakkan riadah dan bersukan.



Moga tips ini bermanfaat. Sentiasa tenangkan hati dan diri selalu.




Continue Reading

May 14, 2019

6 Cara Atasi Masalah Tidak Selesa Semasa Berpuasa


Berpuasa memang ada cabaran dia. Tapi kalini Gee nak kongsikan 6 masalah yang biasa berlaku bila berpuasa dan cara untuk mengatasinya.



6 Cara Mengatasi Masalah Tidak Selesa Semasa Berpuasa

1. Pedih ulu hati
Biasa juga berlaku bila berpuasa. 

Cara berkesan untuk mengatasi pedih ulu hati masa berpuasa:
  • Mengambil makan dalam kadar sederhana
  • Mengelak makanan berminyak dan pedas bila berbuka atau bersahur.
  • Elak minum teh, kopi, air soda dan minuman lain yang tinggi kafein.
  • Boleh ambil soya kerana ia boleh meneutralkan asid dalam perut dan esofagus.
  • Soya juga lebih rendah lemak berbanding dengan daging dan makanan tenusu lain.


2. Sembelit
Biasa berlaku masa berpuasa sebab kurang minum air, kurang serat dan banyak mengambil makanan proses.

Cara mengatasi sembelit masa berpuasa:
  • Minum air yang cukup bila bersahur dan berbuka.
  • Makan buah dan sayur lebih sebab tinggi serat bagus untuk pelawasan.
  • Mengambil Herblax, julap semulajadi yang baik untuk usus. 


3. Letih dan Lesu
Bila berpuasa kandungan gula dalam darah menurun dan ini tang menyebabkan kita mudah berasa letih, lemah, kurang tenaga dan pening lagi-lagi bila waktu petang.

Cara mengatasi masalah letih lesu masa berpuasa:
  • Tingkatkan tenaga dan tahap hidrasi badan dengan air Performance, vitamin B dan Coenzyme Q10.
  • Rancang dengan baik makanan untuk bersahur dan berbuka. Boleh pilih makanan yang dapat memberi tenaga lebih lama seperti ESP dan Cinch Shake. 


4. Sakit Kepala
Juga sering berlaku bila kita berpuasa. Bila lapar, kurang tidur dan dehidrasi menyebabkan kita rasa sakit kepala.

Cara mengatasi sakit kepala masa berpuasa:
  • Rehat yang cukup dan tidur berkualiti agar bangun segar bila bangun sahur. 
  • Ambil protein soya ESP dan CINCH untuk beri tenaga dan kenyang lebih lama. 
  • Hidratkan badan dengan air Performance untuk membekalkan gabungan unik elektrolit dalam badan. 


5. Dehidrasi
Berpuasa boleh meningkatkan risiko dehidrasi ditambah dengan cuaca panas Malaysia. Ini juga sebabkan badan kita rada letih, pening dan loya.

Cara mengatasi dehidrasi masa berpuasa:
  • Berada di tempat sejuk.
  • Elak makanan masin dan makanan ringan yang masin kerana garam akan meningkatkan lagi tahap dehidrasi badan.
  • Minum air Performance untuk menghidratkan badan agar badan kembali cergas bertenaga. 

6. Berat badan bertambah
Ramai yang naik berat badan bila makan berlebihan terutama makanan tinggi lemak.

Cara kekalkan berat badan masa berpuasa:
  • Makan secara sederhana
  • Kawal dan latih diri untuk mengambil makanan yang sihat.
  • Tambah vitamin mineral untuk tambah jurang nutrisi badan dengan Meal Shakes.
  • Mengambil Lecithin, pengemulsi lemak semulajadi. 


6 masalah ini memang kerap berlaku bila berpuasa. Tapi kita boleh mengawal dan mengelak dari berlaku. Paling penting masa berpuasa kawal pemakanan dan jangan tinggalkan sahur.




Continue Reading

May 12, 2019

Selamat Hari Ibu 2019


Selamat Hari Ibu kat mak Gee dulu. Hihi. Terima kasih mak. I love you so muchhh๐Ÿ’›๐Ÿ’™๐Ÿ’œ




 Dan Gee nak ucapkan juga Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu. Moga sentiasa sihat, bahagia dan ceria selalu๐Ÿ’๐ŸŒธ.





Berikan terbaik buat si ibu, mak, mama, mummy...





Continue Reading

May 11, 2019

5 Tanda Tubuh Mengalami Dehidrasi Atau Kurang Air


Air sangat penting kepada tubuh kita. Air meliputi 60 peratus daripada komposisi tubuh badan. Sebab itu kita perlukan air yang cukup bagi memastikan tubuh berfungsi dengan baik.




Apakah dehidrasi? Dehidrasi ialah keadaan bila badan kita kehilangan banyak cecair. Rujuk sini untuk info lanjut berkenaan Dehidrasi.


5 Tanda Tubuh Mengalami Dehidrasi Atau Kurang Air

1. Suka Makanan Manis
Bila tubuh mengalami dehidrasi, kita lebih suka makanan manis kerana pada masa ni tubuh perlu menghasilkan glikogen, simpanan karbohidrat dalam badan yang digunakan sebagai sumber tenaga.

Tip: Rajin minum air atau makan buah dan sayur yang ada mengandungi air.


2. Tak Boleh Fokus & Berfikir Dengan Baik
Tau tak? Otak kita perlukan air yang cukup untuk berfungsi secara optimum. Bila tubuh mengalami dehidrasi, fungsi kognitif atau mood boleh berubah. Ini yang akan menyebabkan kita mudah keliru.


3. Rasa Lesu, Sakit Kepala dan pening
Bila cukup air, kita akan rasa lebih bertenaga sebabnya air membantu tubuh mengawal paras gula dalam darah dan oksigen. Tapi bila kurang air atau dehidrasi, kita akan berasa cepat letih dan pening kerana  badan tak boleh memproses nutrien dalam badan dengan baik.


4. Risiko Pendarahan jantung
Bila tubuh mengalami dehidrasi, eloktrolit dalam badan akan menjadi tidak seimbang hingga tekanan darah jadi rendah. Keadaan ini boleh membebankan jantung dan fungsi badan yang lain. Kesannya, kita akan rasa jantung berdebar dan kadar denyutan jantung tak normal.


5. Tidak dapat bersenam dengan baik
Bila berlaku dehidrasi tadi, tekanan darah menjadi rendah dan keadaan ini akan mempengaruhi berapa lama kita boleh bersenam. Tau tak? Lebih dari 5% dehidrasi boleh menurunkan kadar senaman hingga 30%!

Tip: Pastikan tubuh sentiasa cukup air samada sebelum atau selepas bersenam.



Cara paling mudah untuk memeriksa tubuh kita cukup minum air ke tak? Boleh cuba cek warna air kencing kita.




Pastikan tubuh sentiasa mendapat air yang cukup setiap hari. Air ternyata sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebaiknya cuba untuk minum air mineral atau air kosong dalam 1.5 liter - 2 liter sehari.




Continue Reading