Jul 30, 2019

Hari Guru Peringkat Daerah Dalat


Pertama kali ni Gee menyertai majlis hari guru peringkat daerah dalat yang diadakan di King Wood Resort Mukah, Sarawak.

Kebetulan Gee jadi guru ganti so join skali lah. Memang ramai cikgu yang hadir. Meja tu boleh kata lebih 30 buah rasanya. Untuk baju kami pakai tema batik semua sekolah. Sekolah Gee pakai batik baju warna hitam.

Boleh tengok gambar bawah ni.





Nak amik gambar lauk tak dan sangat seban sekolah kitaorang jadi ajk hadiah.Yang sempat makan menu yang pertama dan last. Yang lain tak sempat sebab kat area pentas untuk upacara penyampaian hadiah.




Bergambar dengan cikgu yg ajar dari tahun 1-6 dulu.

Yang bawah nilah cikgu sekolah Gee ngajar. Tak ramai pun kita orang kurang dari 20 orang.






Ok lah untuk entri ringkas kalini. Korang ada sambut hari guru jugak? Boleh share juga macam mana suasana dia.




Continue Reading

Jul 28, 2019

Mask Untuk Kulit Berjerawat Dan Berminyak


Ramai mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Bila kulit jenis berminyak dan berjerawat ini yang sering membuatkan kulit muka rasa tak selesa, risiko naik jerawat, pori-pori besar, muka kusam, dan bermacam lagi masalah kulit lain.




Berikut saya kongsikan cara terbaik untuk membaiki dan mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat, menggunakan mask.

Mask yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat ialah menggunakan clay mask. Clay mask berfungsi untuk membersihkan dan membuang segala kotoran di muka kita dengan lebih jauh ke dalam liang pori di wajah dan secara tak langsung muka menjadi lebih bersih dan berseri.

BACA JUGA; 8 Cara menggunakan clay mask yang betul


Youth Purifying Clay Mask


Youth Clay Mask


Clay mask terbaru dari rangkaian skincare Youth Shaklee. Clay mask ini diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi yang terbaik untuk kulit. Ada 3 bahan utama iaitu,
  • Abu Gunung Berapi yang bersih di Lautan Pasifik dari Pulau Jeju, Korea,
  • Tahah liat dari gabungan 3 jenis yang kaya dengan mineral
  • Serbuk arang yang halus dan berkualiti

Kebaikan Youth Purifying Clay Mask
Antara kebaikan bila menggunakan youth clay untuk kulit jenis berminyak dan berjerawat;
  • mengurangkan minyak yang berlebihan di liang kulit dan pori-pori
  • membaiki, mengurangkan dan mengecutkan jerawat
  • membersihkan kulit wajah yang tersumbat dengan segala kotoran dan pencemaran
  • membersihkan liang pori hingga jauh ke dalam
  • menyingkirkan sel kulit mati untuk membantu pertumbuhan semula sel kulit yang lebih sihat
  • mengurangkan masalah blakchead dan whitehead
  • menyahtoksin kotoran di kulit
  • menjadi muka lebih berseri tak kusam dan gelap


Testimoni Guna Clay Mask Youth

Gee sendiri guna clay mask




Bgai yang ada kulit berjerawat dan berminyak, boleh lah mencuba clay mask ini. Sangat lah best untuk rawat jerawat. Cepet kering, cepat elok jerawat. Saya semdiri dah kena naik jerawat dan bila sapu clay mask tu jerawat cepat elok. Kulit juga rasa makin bersih dan kurang berminyak.








Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang organik dan selamat ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.





Continue Reading

Jul 27, 2019

Percuma Suplemen Bernilai Lebih RM600


Dapat benda free seronok kan? Kaklini Gee dapat lagi suplemen percuma! Boleh tengok gambar bawah ni.


Semua suplemen ini anggaran bernilai lebih RM 600 lebih. Terima kasih upline gee yang banyak support kami, Master Firdaus & Master Iffah Anuar.

Sebenarnya, ada lagi yang lain juga dapat suplemen percuma ni. Dalam grup Shaklee kami, geng Viktoria.








Ramai lagi yang dapat. Tapi kita share yang ini dulu.

Seronok ni dalam grup yang aktif & support banyak. Saling bantu membantu.

Nak join grup kami? jommm! Boleh hubungi Gee terus ok.




Continue Reading

Jul 23, 2019

5 Cara Berkesan Merawat Dan Mengatasi Kulit Kusam


Kulit kusam terjadi apabila kulit banyak terdedah kepada sinar uv matahari, pencemaran , banyak sel kulit mati dan punca yang lain boleh lihat di sini, Punca kulit kusam dan gelap. Apabila kulit kusam, kulit muka jadi tak berseri dan nampak gelap. Apa cara terbaik untuk merawat dan mengatasi kulit kusam?




Berikut beberapa cara merawat dan mengatasi masalah kulit muka kusam.Yang kalini Gee share lebih kepada menggunakan skincare. Baca juga, merawat kulit kusam dengan vitamin .


1-Pencuci muka untuk kulit kusam
Kulit kusam sebab banyak kotoran dan minyak di muka. Pencuci muka Youth Luminous Gel Oil Cleanser adalah pencuci gabungan gel dan oil cleanser yang boleh membantu membersihkan muka dari segala kotoran yang berasaskan minyak dan kotoran biasa di muka.




Cleanser ini mengandungi ekstrak alga hijau yang berfungsi untuk membuang kotoran di muka dengan sangat lembut dan menarik segala sel kulit mati di wajah. Yang penting ia bersifat ‘soap free’ jadi ia takkan membuatkan kulit kering.


2-Toner untuk kulit kusam
Penggunaan toner adalah salah satu rutin penting dalam penjagaan kulit wajah. Toner termasuk dalam ‘exfoliating’ iaitu proses membuang sel kulit mati secara lembut. Youth Perfecting Skin Toner bertindak membersihkan sel kulit mati agar kulit tak kusam. Toner Youth ini juga ada mengandungi polifenol dan vitamin antioksidan untuk membekalkan nutrisi kulit.




Kita boleh guna toner ini setiap kali selepas membersihkan wajah dengan cleanser.

Dah baca; 5 Kepentingan Toner


3-Mask untuk kulit kusam
Penggunaan mask juga penting untuk mengatasi kulit wajah kusam. Mask ini kita boleh guna secara berkala setiap minggu. Cadangan mask yang sesuai untuk kulit kusam ialah clay mask.



Youth Purifying Clay Mask mengandungi abu gunung berapi yang bersih di Lautan Pasifik dari Pulau Jeju, Korea Selatan yang bagus untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan membantu pertumbuhan semula sel kulit yang lebih sihat. Bonus, guna clay mask juga bagus untuk mengecilkan pori-pori, mengurangkan kulit berminyak dan berjerawat.

Baca juga; 6 cara memakai clay mask yang betul


4-Moisturizer untuk kulit kusam
Penggunaan moisturizer juga penting untuk merawat kulit kusam. Youth Age Defense Moisturizer lengkap dengan SPF 50, mampu melindungi kulit wajah dari bahaya sinar matahari, UVA dan UVB. Tekstur ringan, bebas minyak dan sangat mudah meresap ke kulit wajah. Jika ada kulit kusam, moisturizer ini adalah yang paling sesuai untuk kulit anda!




5-Skrub untuk kulit kusam
Skrub juga penting untuk kulit kusam kerana ia juga mampu menyingkirkan sel kulit mati di wajah. Biasanya penggunaan skrub ini mengambil masa dan kesan selepas 4 minggu, dan juga bergantung kepada kulit masing-masing.

Skrub ini kita boleh guna 2-3 kali seminggu sahaja. Jangan kerap sangat dan terlalu kasar menggunakannya. Sebaiknya buat secara lembut.




Ok itulah 5 cara merawat dan atasi masalah kulit kusam dengan berkesan yang bolah kita amalkan. Sebenarnya cara ini lebih kepada rutin penjagaan kulit harian kita guns skincare. Kulit kusam ini tak boleh hanya bergantung pada suplemen dan vitamin saja, kena juga kita jaga luaran guna skincare untuk dapat kesan yang terbaik.





Continue Reading

Jul 22, 2019

7 Cara Kecilkan Pori-Pori Di Wajah Dengan Berkesan


Tahu tak? Pori-pori di muka kita takkan hilang kerana ia liang roma tempat muka bernafas. Tapi kita boleh mengecilkan pori di wajah dengan memastikan wajah sentiasa bersih. Di sini, Gee akan kongsikan cara untuk mengecilkan pori yang boleh kita cuba buat dan amalkan.



7 Cara Kecilkan Pori-Pori Di Wajah Dengan Berkesan

Cara #1 Teknik Double Cleansing
Double cleansing ialah teknik yang ramai guna untuk membersihkan muka dari kotoran dan minyak. Untuk itu, kita perlu pencuci jenis oil based dan satu lagi jenis gel.

Oil based cleanser ini akan membuang segala kotoran berasaskan minyak di wajah. Manakala gel cleanser pula membersihkan wajah dari segala kotoran dan pencemaran.

Ni yang Gee guna tiap hari. Oil cleansing untuk buang makeup dan cleanser untuk cuci bersih muka.

Bagi mengecilkan pori di wajah, kita perlu rajin melakukan rutin ini setiap hari terutama yang sering memakai makeup. Ia bertujuan membersihkan liang pori agar tak tersumbat dan kotor.


Cara #2 Exfoliate
Exfoliate atau penggelupasan bertujuan untuk membuang sel kulit mati di wajah. Apabila sel kulit mati dapat disingkirkan, kulit jadi lebih bersih, liang pori tak tersumbat dan lebih mudah nak mengecilkan pori-pori.

Untuk rutin harian exfoliate ini, macam Gee sendiri kerap menggunakan Youth Perfecting Skin Toner. Baca juga 5 kepentingan toner untuk kulit wajah.


Toner ni Gee guna lepas step cleansing tadi. Untuk exfoliate & bersih muka kali ke 2 lah kiranya.

Satu lagi, kita juga boleh guna skrub untuk mengecilkan pori. Sebaiknya guna 1-2 kali seminggu sahaja. Jangan lebih.


Cara #3 Clay Mask
Ini rutin yang makin ramai guna sekarang. Gee sendiri baru guna clay mask dan memang terbukti ia berkesan untuk kecilkan pori di wajah.

Clay mask kesukaan Gee sekarang😍


Youth Purifying Clay Mask dari abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik, campuran 3 jenis tanah liat yang kaya mineral dan serbuk arang yang halus sangat membantu untuk menyerap, menyingkir kotoran dan sebum berlebihan bagi mengecilkan liang pori dan menjadikan wajah lebih bersih & licin.


Cara #4 Sunscreen / Sunblock
Ia sangat penting untuk melindungi kulit wajah dari sinar uv. Ramai yang ingat bila ada pori besar tak perlu guna. Itu silap besar kerana liang pori yang besar antara tanda kemusnahan uv.

Tapi kita kena pandai memilih sunscreen / sunblock yang ada formula non-comedogenic (tak sumbatkan liang pori). Sunblock spf 50 yang tak menyumbatkan pori di wajah.


Sunscreen spf 50 + moisturizer + primer


Cara #5 Bersihkan Wajah Sebelum Tidur
Ya, ini rutin wajib sekali. Sebelum tidur kita kena pastikan wajah sentiasa bersih. Paling penting sisa makeup kena cuci bersih kerana ia boleh menyumbatkan liang pori. Nak kecilkan pori muka mesti sentiasa bersih! Ingat formula tu!


Cara #6 Jangan Pegang Muka!
Elak tangan yang suka pegang muka kecuali waktu kita mencuci muka atau buat skincare rutin. Tangan banyak bakteria dia ia boleh berpindah ke muka dan liang pori tanpa kita sedar.


Cara #7 Elak "Oil Based Cream"
Krim jenis oil based ini termasuk minyak semulajadi seperti kelapa & oilive oil. Ia boleh bercampur dengan sel kulit mati dan membesarkan lagi pori-pori. Sebaiknya pilih krim yang "water based".



Itulah cara-cara untuk me
bantu mengecilkan pori di wajah yang boleh dicuba. Cara ini semua adalah sangat penting dalam rutin kecantikan kulit. Ingat fomula dia, muka perlu bersih dan sihat untuk meminimumkan pori-pori di wajah.



Dah baca?

10 Punca pori-pori terbuka besar

10 Cara kecilkan liang pori di muka






Continue Reading

Jul 20, 2019

Hasil Karya Seni Murid Tahun 3


Entri kalini santai takda kaitan Shaklee. Kalini Gee nak sharing hasil seni murid tahun 3 yang Gee ajar. Baca sini jadi cikgu lagi.

Tahun 3 ni pendidikan seni dorang ialah Pendidikan Kesenian. Tukar nama dah.

Jom kita tengok cuci mata tengok hasil karya anak murid Gee. Yang ni kami guna teknik gurisan. Kami hanya gunakan kertas kosong, oil pastel dan pembaris saja.





Bagaimana cara kami membuatnya?

Kami guna kertas kosong, kemudian warnakan guna oil pastel. Buat warna-warni. Campur warna bagi cantik. Kemudian satu lapisan tu lagi kami warnakan lagi atasnya guna warna hitam. Lepas itu barulah kami lukis objek.



Yang ni Gee sendiri buat. Anak murid cam lagi cantik ni hihi. Kalah cikgu.



Teknik gurisan ialah kita guna objek atau alat yang tajam untuk menggores permukaan bahan bagi menghasilkan sesuatu gambar.







Itulah dia hasil karya seni murid tahun 3 di SK Kampung Senau.  Seronok pulak ajar seni ni kan? Boleh release stress bagi kita happy tengok dorang buat. Hihi .

Nanti Gee share lagi ya. Jumpa lagi✌😃



Continue Reading

Jul 18, 2019

5 Waktu Terbaik Guna Mask


Pemakaian mask sudah menjadi salah satu rutin penting dalam penjagaan kecantikan kulit wajah bagi wanita masa kini. Tapi bilakah waktu yang sesuai kita boleh menggunakan mask? Ada beberapa waktu yang dicadangkan yang boleh kita gunakan.




5 Waktu Terbaik Guna Mask 

1- Waktu stress
Ada masa kita rasa stress. Salah satu cara terbaik untuk tenangkan diri dan mengawal stress, kita boleh  cuba gunakan mask dan buat sendiri di rumah. Sambil menenangkan diri, sambil itu guna mask untuk menyalurkan nutrien terbaik di kulit wajah.

2- Menonton televisyen
Sesekali buat 'multitasking'. Kita boleh menonton tv sambil menggunakan mask di wajah. Ia hanya mengambil masa dalam 10-15 minit sahaja kemudian kita boleh bilas wajah dengan air bersih. Mudah kan??

3- Waktu lepas mandi
Ada yang suka menggunakan mask selepas mandi. Ini juga waktu sesuai kita boleh buat. Sambil bersiap sambil itu

4- Me time
Ada masa kita perlukan ruang untuk diri sendiri. Salah satu cara terbaik dan mudah boleh menggunakan mask. Cara ini juga lebih menjimatkan masa tanpa perlu membazir waktu, wang dan tenaga. Ia boleh dilakukan sendiri di rumah kita.

5- Dalam kapal terbang
Ada yang buat? Bagi penerbangan yang jauh tu bolehlah cuba gunakan mask. Abila terlalu lama di dalam kabin boleh membuatkan kulit rasa kering dan tak selesa. Jadi, cara terbaik guna mask dan bila mendarat kita boleh rasa kulit lagi segar dan berseri.


Itulah dia 5 waktu terbaik yang kita boleh guna mask bila berada di rumah. kita boleh buat pada bila-bila masa. Jangan lupa juga ketahui 8 kesalahan guna mask.


Pilihan Mask Terbaik Dari YOUTH Shaklee

Dalam rangkaian skincare Youth, kita ada 2 pilihan mask.

1- Purifying Clay Mask
Mengandungi 3 jenis campuran tanah liat, abu gunung berapi yang bersih di lautan Pasifik dari Pulau Jeju, Korea Selatan dan serbuk arang yang halus yang berfungsi untuk:
  • membuang sel kulit mati
  • mengecilkan pori
  • menyahtoksin kotoran di kulit
  • mengurangkan masalah kulit kusam dan gelap tak berseri
  • mengurangkan jerawat dan kecutkan jerawat lebih cepat
  • mengurangkan kulit berminyak
  • mengurangkan blackhead whitehead

Youth Mask


2- Hydrating Gel Mask
Mengandungi campuran asid hialuronik, ekstrak chamomile, cantella asiatica dan jus daun aloe vera yang bagus untuk:
  • kulit jenis kering dan menggelupas
  • mengurangkan jerawat
  • membantu jerawat sembuh lebih cepat
  • melembapkan kulit wajah
  • memudarkan parut
  • meningkatkan kolagen dalam kulit


Info lagi lengkap berkenaan Youth mask boleh baca di sini, kebaikan youth mask shaklee. 

Bagi yang ada pakai clay mask, boleh ikut 6 cara pakai clay mask yang berkesan. 








Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang organik dan selamat ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.





Continue Reading

Jul 17, 2019

7 Cara Berkesan Menggunakan Youth Radiance C+E


Setiap produk ada fungsi dan cara menggunakan. Macam itu juga dengan Youth Radiance C+E dari Shaklee.

Radiance C+E

Apa cara yang berkesan bila kita nak gunakan skincare Youth Radiance C+E?


7 Cara Berkesan Menggunakan Youth Radiance C+E 

Cara #1 Bekas Parut
Ramai yang ada bekas parut, bekas jerawat, bekas luka lama dan lepuh. Cara efektif yang boleh kita guna ialah dengan menyapukan radiance C+E pada bekas parut tisu lama atau kesan luka tadi.

Cara #2 Tanda Regangan
Tanda regangan biasa dialami oleh ibu lepas bersalin kebanyakannya. Cara mudah untuk membantu ibu membuang kesan regangan ini dengan menyapu radiance C+E bersama dengan pelembap badan setiap hari.

Cara #3 Bintik Penuaan
Bila usia makin meningkat, bintik penuaan juga makin banyak samada di muka, tangan dan lengan. Kita boleh sapu radiance C+E setiap hari untuk mengurangkan dan mencegah bintik penuaan.

Cara #4 Tumit Merekah
Tumit merekah, pecah, kasar dan kering ini yang tak seronok rasa tu. Buat kita rasa tak selesa dan kadang malu tengok kaki, tumit kita. Cara cepat nak baiki masalah tumit tadi bolehlah kita menyapu radiance C+E dicampur dengan Herbal blend krim tiap malam. Kemudian tutup kaki dengan stokin sepanjang tidur malam ibarat guna masker kakilah. Hihi.

Cara #5 Urut Belakang
Urut belakang guna radiance C+E pun boleh. Hebat ni. Cara dia dengan mencampurkan 3 kapsul C+E dengan minyak urut dan sapukan di bahagian belakang. Hasilnya kita boleh rasa belakang lebih lembut, cerah dan halus.

Cara #6 Masker Tangan
Tangan pun ada masker juga sekarang. Nak buat masker tangan mudah saja caranya. Kita guna 2 kapsul radiance dan urut pada tangan. Lepas itu barulah menyapu pelembap di tangan.

Cara #7 Mencerahkan dan Memudarkan
Ni jarang jumpa. Sapu Youth radiance C+E di ketiak. Hihi. Tujuannya nak bagi ketiak kita lebih cerah, lembut dan warna sekata. Buat setiap hari untuk kesan terbaik.



Itulah dia kelebihan menggunakan Youth Radiance C+E dengan 7 cara yang berkesan dan menarik. Paling penting bila kita buat konsisten setiap hari.

Paling menarik lagi kita ada bagi Percuma Radiance C+E bulan ini. Syaratnya buat belian mana-mana produk skincare Youth dalam 200 point.







Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang organik dan selamat ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.




Continue Reading

Jul 16, 2019

8 Cara Berkesan Merawat Kulit Kering


Kulit kering berlaku bila kulit kita kehilangan kelembapan. Ini yang membuatkan kulit kelihatan kasar, menggelupas, gatal-gatal, kemerahan, kusam dan tak bermaya. Malah kulit kering lebih cepat mengalami tanda penuaan kulit lebih cepat. Untuk merawat kulit yang kering adalah penting untuk mengembalikan kelembapan kulit dari dalam.



Apakah cara terbaik untuk merawat kulit kering? Berikut ada beberapa cara berkesan untuk merawat kulit yang kering yang boleh diamalkan setiap hari.


8 Cara Berkesan Merawat Kulit Kering 

Cara #1 Makan Buah Yang Tinggi kandungan Air
Makanan yang tinggi dengan kandungan air boleh melembapkan kulit dari dalam sama seperti kita mengambila air. Antara buah yang tinggi dengan air seperti buah tembikai, plum, peach, timun, saderi, salad dan beri.


Cara #2 Rajin Minum Air Setiap Masa
Air sangat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri. Pastikan meminum air yang cukup bagi mendapatkan kulit kekal lembap dan tak kering. Sebaiknya minum 8 gelas sehari atau paling minimum minum air dalam 1.5 liter sehari.


Cara #3 Jangan Mandi Terlalu Lama
Mandi air panas atau mandi menggunakan 'shower' memang seronok. Jika boleh nak mandi lama-lama tapi sebenarnya ia tak elok untuk kulit. Sebaiknya jangan mandi terlalu lama terutama mandi guna iar panas kerana ia boleh mengeluarkan kelembapan kulit. Ini yang akan menyebabkan kulit menjadi makin kering.


3 cara di atas ini biasa kita amalkan tapi cara seterusnya lebih kepada penggunaan dalam rutin harian penjagaan kulit kita. Boleh amalkan cara ini untuk merawat kulit kering.


Cara #4 Guna Mask
Bila kulit terasa terlampau kering anda boleh menggunakan hydrating mask untuk mengembalikan kelembapan kulit wajah.Youth Hydrating Gel Mask ada kandungan asid hialuronik yang tinggi antioksidan mampu untuk menjaga kulit agar sentiasa lembap, tegang dan awet muda. Ekstrak Chamomile juga boleh mengatasi kulit kering yang menggelupas.


Cara #5 Exfoliate Sekerap Mungkin
Exfoliate atau penggelupasan ialah membuang sel kulit mati daripada lapisan atas kulit. Apabila tidak membuang sel kulit mati maka bahan-bahan di dalam skin care tidak dapat menyerap sepenuhnya. Akibatnya kulit bertambah kering dan kusam tak berseri.


Cara #6 Guna Spary Muka
Sejurus selepas mencuci muka, tepuk atau dap dap muka secara lembut. Dan kemudian segera menyapu toner, moisturizer dan serum dan tekan atau dap dap muka secara lembut menggunakan hujung jari selama 30 saat.


Cara #7 Guna Krim Mata 
Mata pun penting juga. Tahu tak? Kulit di sekitar mata adalah kulit paling nipis sebab itu ia mudah hilang kelembapan. Sebab itu boleh nampak kulit cepat menjadi kering, kasar dan berkedut di bahagian mata. Caranya, cuba gunakan krim mata seperti Youth Restroring Eye Treatment bagi memastikan kulit di sekeliling mata tidak kering dan berkedut.


Cara #8 Guna Krim Malam
Waktu malam adalah waktu terbaik kulit kita bekerja dan memperbaharui semula kulit selepas sepanjang hari terdedah kepada pencemaram dan kotoran. Bagi yang ada kulit kering penggunaan krim malam membantu menghidratkan semula kulit dari dalam. Krim malam Youth Advanced Renewal Night Cream berfungsi sebagai pelembap muka semasa tidur. Ia kaya dengan vitamin antioksidan dan nutrien untuk melambatkan penuaan kulit, menghasilkan sel kulit baru, memudarkan kesan parut dan mencerahkan kulit secara semulajadi.


Itulah dia 8 cara rawatan untuk kulit kering yang berkesan yang boleh anda amalkan. Paling penting adalah rajin dan konsisten.




Dah baca?

Cara Berkesan Hilangkan Kulit Kering

6 Tips Atasi Kulit Kering





Continue Reading

Jul 15, 2019

8 Kesalahan Menggunakan Mask Yang Perlu Dielakkan


Memakai mask sudah menjadi trend penting dalam rutin penjagaan kulit. Apabila kita menggunakan mask dengan cara yang betul sudah pasti ia sangat bermanfaat untuk kulit terutama menyelesaikan masalah kulit seperti kulit mudah berjerawat, kulit kusam, kulit kering & berminyak, liang pori besar, blackhead dan whitehead.




Tetapi boleh jadi sebaliknya bila kita tidak menggunakan mask dengan cara betul. Beberapa kesalahan dan kesilapan berikut boleh mengganggu kita untuk mendapatkan kesan terbaik hasil penggunaan mask.


8 Kesalahan Menggunakan Mask Yang Perlu Dielakkan


Kesalahan #1 Tidak Memilih Mask Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

Memilih mask yang sesuai dengan kulit juga penting sama seperti kita memilih pencuci muka yang serasi dengan kulit. Misalnya, jika kulit kering sebaiknya menggunakan "hydrating mask" dan jika kulit berminyak dan berjerawat menggunakan "clay mask". Jangan memilih hanya kerana 'review' dan testimoni kawan atau orang lain semata. Mungkin sesuai untuk kulit dia tapi tidak untuk kulit kita.


Kesalahan #2 Tidak Mencuci Muka Sebelum Memakai Mask

Perkara utama sebelun memakai mask pada muka ialah hendaklah membersihkan muka terlebih dahulu. Jika tidak, kemungkinan muka kita ada terdapat kotoran dan bakteria bila menggunakan mask. Sebaiknya guna pencuci muka yang lembut pada kulit, tidak bersabun dan mampu membersihkan segala kotoran, sisa makeup dan minyak pada muka.

Contohnya seperti pencuci muka Youth Luminous Gel Oil Cleanser. Pencuci muka dengan gabungan 'gel' dan 'oil' yang mampu membersihkan kotoran dan minyak pada muka. Pencuci muka ini juga bebas sabun yang tak membuatkan kulit kering sebaliknya kulit rasa lembut dan segar. Ia juga mengandungi pH yang seimbang dengan kulit muka dan pencuci muka yang kaya dengan vitamin antioksidan untuk merawat kulit.


Kesalahan #3 Tangan Kotor

Sama seperti muka, tangan kita juga mesti bersih dan tak kotor semasa menggunakan atau menyapu mask di muka. Kemungkinan ada kotoran, minyak dan bakteri di tangan yang kemudian boleh berjangkit di muka kita. Paling baik mencuci tangan dengan sebersihnya dahulu sebelum memakai mask.


Kesalahan #4 Menggunakan Terlalu Banyak Mask

Kurang adalah lebih baik. Jangan terlalu banyak menyapu mask di muka. Paling baik sapu rata ke seluruh wajah.


Kesalahan #5 Menggunakan Mask Hanya Pada Waktu Siang Saja

Penggunaan mask ada waktu siang atau malam adalah boleh tapi kita perlu memilih mask yang betul-betul sesuai dengan muka kita.


Kesalahan #6 Membiarkan Mask Terlalu Lama Di Muka

Ada yang ingat bila kita biarkan lama mask di muka adalah lebih baik. Tetapi sebaliknya ia tidak akan memberi manfaat lebih pada kulit. Paling baik ikut segala arahan yang tertera. Biasanya ia mengambil masa dalam 10-15 minit sahaja.


Kesalahan #7 Tidak Menggunakan Pelembap Selepas Memakai Mask

Selepas penggunaan mask, paling baik menggunakan pelembap dan rutin penjagaan kulit yang lain. Misalnya, macam biasa yang saya sendiri amalkan, lepas membersihkan mask, saya memakai pelembap wajah iaitu Youth Perfecting Skin Toner untuk mengekalkan kelembapan wajah, mengecilkan pori-pori dan 'exfoliate' muka.


Kesalahan #8 Tidak Konsisten Dalam Penggunaan Mask

Ramai yang suka memakai mask tapi tidak semunya konsisten. Sama seperti rutin penjagaan kulit yang lain, kita boleh memakai mask sekurangnya 2-3 kali seminggu. Dan ia juga bergantung kepada jenis mask yang kita gunakan. Apapun konsisten itu penting. Bila rajin menggunakan mask muka barulah kita bakal mendapat kesan yang dingini pada kulit. 


Itulah dia 8 kesalahan dalam penggunaan mask muka yang perlu kita elakkan. Sebaiknya ikut tips-tips menggunakan mask muka yang betul untuk mendapat kesan terbaik. Paling penting sekali pilih mask muka yang sesuai dengan kulit.



Dah baca?

Mask terbaru dari Youth, Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask.

6 Cara Memakai Clay Mask Yang Betul dan Berkesan 






Continue Reading

Jul 13, 2019

Aktiviti Makan-makan 10 Julai 2019


Jamuan makan-makan di sekolah tempat Gee mengajar sekarang ni. Hari Rabu lepas buat makan-makan. Bila makan-makan ni pastinya banyak jenis makanan kan? hihi.. sakanlah makan.

Ok, bawah ni Gee bagi gambar untuk tatapan semua hihi..


Sempat lagi selpie

Ayam masak kicap

Sayur rebung masak lemak

Sayur nenas

Ikan masak sambal

Sayur rebung masak kicap

Kari ayam

Ikan masin

Ulaman

ulaman


Pencuci mulut pulak,

Tauhu 

Mita Cheese Kek (hanya ada kat Kuching sarawak)

Agar-agar coklat

Kek lapis

Ok tulah dia makanan yang kami makan haritu. Lupa Gee nak amik gambar kat pinggan sendiri haha. tapi memang banyak Gee makan. Kuat betul selera makan hihi.

Tapi paling sedap tu yang kek cheese. Sedap betul. Banyak kali makan kek tu. Kek lapis juga sedap. Semua sedap lah pendek cerita. hihi. Makan ramai-ramai memang buat lagi sedap.




Continue Reading