22 July 2019

7 Cara Kecilkan Pori-Pori Di Wajah Dengan Berkesan


Tahu tak? Pori-pori di muka kita takkan hilang kerana ia liang roma tempat muka bernafas. Tapi kita boleh mengecilkan pori di wajah dengan memastikan wajah sentiasa bersih. Di sini, Gee akan kongsikan cara untuk mengecilkan pori yang boleh kita cuba buat dan amalkan.



7 Cara Kecilkan Pori-Pori Di Wajah Dengan Berkesan

Cara #1 Teknik Double Cleansing
Double cleansing ialah teknik yang ramai guna untuk membersihkan muka dari kotoran dan minyak. Untuk itu, kita perlu pencuci jenis oil based dan satu lagi jenis gel.

Oil based cleanser ini akan membuang segala kotoran berasaskan minyak di wajah. Manakala gel cleanser pula membersihkan wajah dari segala kotoran dan pencemaran.

Ni yang Gee guna tiap hari. Oil cleansing untuk buang makeup dan cleanser untuk cuci bersih muka.

Bagi mengecilkan pori di wajah, kita perlu rajin melakukan rutin ini setiap hari terutama yang sering memakai makeup. Ia bertujuan membersihkan liang pori agar tak tersumbat dan kotor.


Cara #2 Exfoliate
Exfoliate atau penggelupasan bertujuan untuk membuang sel kulit mati di wajah. Apabila sel kulit mati dapat disingkirkan, kulit jadi lebih bersih, liang pori tak tersumbat dan lebih mudah nak mengecilkan pori-pori.

Untuk rutin harian exfoliate ini, macam Gee sendiri kerap menggunakan Youth Perfecting Skin Toner. Baca juga 5 kepentingan toner untuk kulit wajah.


Toner ni Gee guna lepas step cleansing tadi. Untuk exfoliate & bersih muka kali ke 2 lah kiranya.

Satu lagi, kita juga boleh guna skrub untuk mengecilkan pori. Sebaiknya guna 1-2 kali seminggu sahaja. Jangan lebih.


Cara #3 Clay Mask
Ini rutin yang makin ramai guna sekarang. Gee sendiri baru guna clay mask dan memang terbukti ia berkesan untuk kecilkan pori di wajah.

Clay mask kesukaan Gee sekarang😍


Youth Purifying Clay Mask dari abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik, campuran 3 jenis tanah liat yang kaya mineral dan serbuk arang yang halus sangat membantu untuk menyerap, menyingkir kotoran dan sebum berlebihan bagi mengecilkan liang pori dan menjadikan wajah lebih bersih & licin.


Cara #4 Sunscreen / Sunblock
Ia sangat penting untuk melindungi kulit wajah dari sinar uv. Ramai yang ingat bila ada pori besar tak perlu guna. Itu silap besar kerana liang pori yang besar antara tanda kemusnahan uv.

Tapi kita kena pandai memilih sunscreen / sunblock yang ada formula non-comedogenic (tak sumbatkan liang pori). Sunblock spf 50 yang tak menyumbatkan pori di wajah.


Sunscreen spf 50 + moisturizer + primer


Cara #5 Bersihkan Wajah Sebelum Tidur
Ya, ini rutin wajib sekali. Sebelum tidur kita kena pastikan wajah sentiasa bersih. Paling penting sisa makeup kena cuci bersih kerana ia boleh menyumbatkan liang pori. Nak kecilkan pori muka mesti sentiasa bersih! Ingat formula tu!


Cara #6 Jangan Pegang Muka!
Elak tangan yang suka pegang muka kecuali waktu kita mencuci muka atau buat skincare rutin. Tangan banyak bakteria dia ia boleh berpindah ke muka dan liang pori tanpa kita sedar.


Cara #7 Elak "Oil Based Cream"
Krim jenis oil based ini termasuk minyak semulajadi seperti kelapa & oilive oil. Ia boleh bercampur dengan sel kulit mati dan membesarkan lagi pori-pori. Sebaiknya pilih krim yang "water based".



Itulah cara-cara untuk me
bantu mengecilkan pori di wajah yang boleh dicuba. Cara ini semua adalah sangat penting dalam rutin kecantikan kulit. Ingat fomula dia, muka perlu bersih dan sihat untuk meminimumkan pori-pori di wajah.



Dah baca?

10 Punca pori-pori terbuka besar

10 Cara kecilkan liang pori di muka






0 comments:

Post a Comment