31 August 2019

Selamat Hari Merdeka 2019


Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah sudah 62 tahun negara kita medeka. Syukur negara masih aman damai. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tema Merdeka tahun 2019



Moga kita semua bebas dan merdeka! Merdeka dari segi kewangan, merdeka dari stress, merdeka dari perasaan rendah diri dan kurang yakin, merdeka dari segi kesihatan dan merdeka!

Yang penting sentiasa berfikiran positif, gembira dan ceria selalu. Bila hati tenang tu juga salah satu rahsia mudah rezeki masuk. Aminn.






Sekali lagi saya ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA KE 62 TAHUN! 


Promo Vivix juga tamat malam ini!!











Continue Reading

27 August 2019

Giveaway-02 by Ematunz


Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.

Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau. 

Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:


Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:

Lukisan digital oleh Aeisha Lisa

Semoga terpilih. Thankyou sudi join giveaway ematunz.blogspot.com.








Continue Reading

24 August 2019

14 August 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway


Bismillahirrahmanirrahim... Sempena bulan kelahiran Shu, Shu "mengistiharkan" giveaway ke-tiga bermula pada detik kelahiran Shu iaitu 04/08 6.16 pagi hingga 22/08/2019 6.16 pagi. Pemenang akan diumumkan tiga hari kemudian (25/08).


Terma dan Syarat :
1. Follow blog shuhaidasaad.com
2. Buat satu entri bertajuk Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway
3. Letak banner dalam entri, dan link kan ke blog shu.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Pemilihan Pemenang : Random

Pemenang Pertama
Pemenang Kedua

Pemenang Ketiga & Keempat :
(akan diberitahu kelak)



jom support Shu..




Continue Reading

13 August 2019

Giveaway-01 by Ematunz


Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:


Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.











Continue Reading

07 August 2019

Promosi Shaklee Ogos 2019


Senarai Promosi Shaklee sepanjang bulan Ogos 2019. Jom kita lihat ada promosi apa dari Shaklee bulan ni.

1. Promosi Vivix 
Ada 2 pilihan promosi Vivix bulan ini.




Beli 2
- diskaun 5% (Khas utk ahli baru & lama)
- RM 722
- Free postage (RM 10)
- cash back RM 34
- JIMAT RM 224

Beli 6 Percuma 1
- RM 2280 (jimat RM 570 dari harga biasa)
- Free Postage (RM 10)
- Free Membership (RM 65)
- Cash Back RM 250
- JIMAT RM 895




2. Promosi Youth Mask
Beli 2 Youth Mask dapat PERCUMA;
  • facial brush
  • organza bag



Youth Purifying Clay Mask 


Youth Hydrating Gel Mask



3. Promosi Skin Care YOUTH
Beli mana-mana produk skin care YOUTH dalam 1 resit cukup 200uv dapat Percuma Radiance C+E berharga RM330.


Kebaikan Radiance C+E


Kita ada beberapa jenis skincare Youth. Semua boleh beli mana-mana item ini dalam 1 resit dan kemudia anda layak dapat PERCUMA RADIANCE C+E.
  • Luminous Gel Oil Cleanser
  • Perfecting Skin Toner
  • Age Defense Moisturizer spf 50
  • Night Ceam (Light / Rich)
  • Activating Serum 
  • Restoring Eye Treatment
  • Hydrating Gel Mask
  • Purifying Clay Mask

Info skincare YOUTH lihat dan rujuk di sini:

13 Kelebihan Youth

5 Sebab Pelru Pilih Youth

Review Pencuci Muka Youth

Review Toner Youth

Review Moisturizer spf 50

Krim Mata Youth

Review Night Cream Youth



4. Promosi Shakleebaby
Beli satu-satu produk Shakleebaby, dapat PERCUMA 1 lagi produk!





5. Promosi Jom Shaklee - Khas untuk Ahli Baru 

-Vivix Twin Pack
Promosi Vivix ini yang paling ditunggu ramai. Sebabnya harga jimat berganda!





Beli 2 botol Vivix dapat DISKAUN 10% lagi murah dari harga ahli dan Percuma Vivix Paper bag. 



Vivix Shaklee sesuai untuk yang berumur 18 tahun ke atas dan;
  • Yang  pentingkan kesihatan
  • Yang ada masalah kulit 
  • Yang nak kuruskan badan
  • Yang ada darah tinggi
  • Yang ada gout
  • Yang ada kencing manis
  • Yang ada masalah lutut
  • Yang cepat letih lesu
  • Yang aktif bergerak
  • Yang ada penyakit kronik (sebagai satu ikhtiar)


-Daily Essential Set
Set ni satu keluarga boleh ambil. Apa yang ada dalam set ini;
  • Protein ESP
  • Vitamin C
  • Omega Guard
  • Vitalea
  • Bcomplex
  • Vivix

Set ini ibu berpantang boleh amik. 



Semua orang juga boleh ambil Daily Essential Set ini.



Beli set ini anda bakal dapat DISKAUN 10% lagi murah dari harga ahli dan Percuma Discover Within Paper bag. 

Kebaikan Setiap Suplemen dalam Daily Essentials Set:
  • Vitamin C - meningkatkan sistem imun badan, kurang demam selsema, mencantikkan kulit
  • ESP - memberi tenaga, mengenyangkan, kawal paras gula dalam darah, bagus untuk membaiki kulit jerawat dan parut, rendah lemak & tiada kolesterol serta sesuai untuk berpuasa
  • B-Complex - lengkap dengan asid folik (bagus untuk bakal ibu & ibu hamil), menukar makanan kepada tenaga, meredakan pening dan anti-stress vitamin
  • Omega Guard - suplemen Omega 3, bagus untuk fungsi otak, menjaga kesihatan jantung, membakar lemak dan kolesterol
  • Vitalea - multivitamin lengkap dengan zat besi, bagus untuk masalah anemia, memberi tenaga, pelengkap nutrisi
  • Vivix - suplemen yang mampu menembusi hingga ke peringkat DNA sel dalam badan, baik untuk kesihatan menyeluruh, awet muda dan cergas bertenaga

Siapa yang perlukan?
  • Ada masalah kulit
  • Yang mementingkan kesihatan
  • Pasangan yang berikhtiar untuk hamil
  • Ibu hamil 
  • Ibu berpantang (bonus boleh jaga badan dan kesihatan ibu anak)
  • Untuk seisi keluarga


-YOUTH Starter Set
Set Permulaan bagi anda yang baru nak mencuba skincare YOUTH. Penggunaan starter set ni penting pada yang baru nak mula guna skincare. Asas-asas ini kena kukuh dulu sebelum guna full set rangkaian skincare.

Set skincare ini mengandungi:
  • Luminous Gel Oil Cleanser
  • Perfecting Skin Toner
  • Age Defense Moisturizer spf 50
  • Night Ceam (Light / Rich)



Setiap pembelian set skincare ini, anda bakal dapat PERCUMA:
  • YOUTH Skin Care Guide (E/B/C)
  • Discover Beauty Within Paper bag



Banyak PROMOSI BULAN OGOS ini dari Shaklee Malaysia kan?? Meriah sangat order masuk bulan ini hihi.




Berminat untuk mendapatkan produk / Promosi Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;

Rakan Shaklee Anda,
Nurzhiana bt Mohd Yunus (Gee)
SMS/WhatsApp :+60135707812
FB Page: 
Ziana Enos Dot Com
Personal FB : 
Ziana Eunos
Instagram: 
@zianaeunos.co


Saya ialah Gee yang juga merupakan pengedar aktif Shaklee yang jujur dan amanah sejak 2015, serta berusaha untuk membantu meningkatkan kesihatan anda. Hubungi saya terus agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda untuk hidup lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin yang betul dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda KHAS untuk CUSTOMERS saya sahaja!


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat nak menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORY EMPIRE TEAM yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.




Continue Reading

04 August 2019

Majlis Bersara Cikgu


Kalini nak share pasal Majlis Bersara Cikgu Norashikin. Cikgu ni yang ngajar Gee dulu dari tahun 1- tahun 6. Dan juga guru kelas kami.

Alhamdulillah rezeki kalini dapat bersama dengan Cikgu Norashikin sebelum bersara. Sebab masa ni kebetulan Gee masih lagi dalam tempoh mengajar / guru ganti.

Majlis ni berlangsung Jumaat lepas, 2 Ogos 2019. Ramai yang datang. Orang kampung dan bekas pelajar dijemput hadir.


Pelajar dan ibu bapa, guru mula berkumpul.



Bila tiba yang diraikan, Cikgu Syikin dijemput potong kek dulu.



Majlis diteruskan dengan sesi bagi hadiah dari para guru dan pelajar.





Gee sendiri juga bagi hadiah untuk wakil kelas kami dulu.



Sesi bergambar para guru dengan cikgu syikin.


Majlis seterusnya, makan-makan lagi.








Majlis yang best dan meriah. Seronok sangat. Alhamdulillah.





Continue Reading