8 Peranan Tadika / Taska Dalam Mencegah Penyakit HFMD
Apa pula peranan pihak tadika atau taska dalam usaha mencegah penyakit HFMD?
Dah baca peranan ibu bapa mencegah hfmd?
Ketahui 8 peranan pihak tadika dan taska untuk mencegah HFMD
1- Mengamalkan 'Gate Keeping' iaitu memeriksa tangan, mulut dan kaki sebelum anak-anak murid masuk setiap hari. Dan jika ada tanda HFMD, piak tadika/taska boleh memaklumkan ibubapa untuk membawa anak-anak pulang segera dan terus membawa mereka ke klinik atau hospital untuk rawatan.
Dan kanak-kanak hanya akan dibenarkan kembali ke selepas ruam sembuh dan telah sihat sepenuhnya dari tanda-tanda HFMD.
2- Membuat pemeriksaan kelas dan mencuci semua alat permainan, susu, cawan dan pinggan dengan bersih setiap hari.
3- Menasihati ibu bapa untuk memeriksa anak-anak mereka sebelum menghantar ke tadika/taska.
4- Elakkan kanak-kanak berkongsi menggunakan alat permainan, cawan, pinggan, dan sudu.
5- Mengajar kanak-kanak agar menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.
6- Pihak tadika/taska hendaklah menyediakan pencuci tangan untuk kegunaan staf dan kanak-kanak di setiap bilik kelas dan tandas.
7- Melatih kanak-kanak agar kerap mencuci tangan dengan bersih. Sebaiknya rajin mencuci tangan tangan sebelum memegang kanak-kanak, sebelum dan selepas makan, selepas ke tandas dan selepas bermain di taman permainan.
8- Jika ada kejadian atau penyakit HFMD, pihak tadika / taska boleh membuat laporan segera kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan.
Kerjasama dari semua pihak sangat penting dalam usaha menangani HFMD.
Dah tau apa itu HFMD?
penyakit yang sangat ditakuti oleh ibu bapa..
ReplyDeleteSemoga anak-anak kita terhindar dari penyakit ini. BW here btw!
ReplyDelete