Vaksin Influenza Di Hospital Hanya untuk Pesakit Berisiko


Awal tahun 2020 ini kita dikejutkan dengan penularan virus influenza. Banyak juga sekolah ditutup. Bahkan orang ramai juga makin panik bila influenza ni datang dan secara tak langsung kebanyakan orang awam mula ingin mendapatkan vaksin influenza.



Untuk makluman orang ramai, menurut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, vaksin influenza yang ada di hospital ini hanya akan diberikan kepada pesakit yang berisiko dan betul-betul memerlukan vaksin saja dan anggota kesihatan di barisan hadapan.



Bagaimana dengan orang awam yang tak dapat vaksin influenza ini pula? 

Vaksin ifluenza ini bertujuan untuk melindungi dari dari jangkitan virus influenza. Tapi suntikan vaksin influenza ini tidak berkesan terus sebaliknya ia mengambil masa paling kurang dalam 2 minggu untuk ia berkesan sepenuhnya.

Menurut Dr Norman,
  • Dalam tahun 2017-2018, kajian menunjukkan suntikan vaksin tidak berkesan sepenuhnya dan dianggap gagal. Kajian yang di hebahkan oleh CDC’s Morbidity & Mortality Weekly Report, telah mengikuti 562 orang kanak-kanak dan orang dewasa di USA daripada bulan November 2017 sehingga Februari 2018.
  • Kajian ini menunjukkan vaksin influenza hanyalah efektif untuk 36% daripada semua yang menerima suntikan vaksin tersebut iaitu ia hanya memberi perlindungan kepada 1/3 sahaja penerima suntikan vaksin.


Oleh itu,orang awam tak perlu panik. Langkah segera patut kita buat adalah lebih baik kita sendiri juga menjaga kesihatan dan kebersihan diri, tidak hanya bergantung kepada vaksin semata-mata.

Tindakan yang patut kita untuk mencegah influenza sekarang ialah:
  1. Jangan keluar dari rumah jika ada terkena sakit demam dan selsema.
  2. Jangan keluar rumah jika ada diantara keluarga menghidapi demam selsema.
  3. Apabila bersin atau batuk tutup mulut guna tangan atau sapu tangan. Elak bersin di depan orang lain.
  4. Gunakan sabun atau sanitizer untuk membersihkan tangan.
  5. Gunakan topeng muka apabila keluar rumah atau pergi ke tempat yang ramai orang.
  6. Elakkan pergi ke tempat awam tanpa tujuan / sebab terutama kanak-kanak, bayi dan warga emas kerena mereka lebih berisiko tinggi. 
  7. Ibu hamil juga elakkan pergi ke kawasan awam tanpa tujuan. 
  8. Kuatkan sistem imun badan dengan mengambil Vitamin C.
  9. Rajin minum air kosong setiap masa.
  10. Elak mengambil gula secara berlebihan kerana ia boleh membunuh dan menganggu  bakteria baik probiotik dalam usus besar kita (ia sangat penting untuk sistem imun badan kita).
  11. Dapatkan tidur yang cukup setiap malam.


Bagi orang awam yang nak juga mendapatkan vaksin influenza ini ada bolehlah mendapatkan di klinik atau hospital swasta.

Apapun juga, paling utama ialah kita menjaga kebersihan, elak keluar tempat awam dan mantapkan sistem imun badan agar badan kuat melawan virus influenza.






Post a Comment

6 Comments

  1. kena kurangkan contact di public area. jauh dari orang ramai.. duduk dalam rumah bebaik dendiam. pakai mask tu mmg kena prctice la. kita ni x batuk bersin depan org pun tp org yg buat kt kita. huwaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul elak tempat ramai org tu plg penting. hihi..

      Delete
  2. sgt penting untuk jaga kebersihan. btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. ni ingatkan myra nak restock beroccha. thank you and take care jugak!

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  4. semoga kita dijauhkan dari penyakit berjangkit ni

    ReplyDelete
  5. Betul tu, Elakkan dari pergi public area sementara wabak ni tengah berleluasa

    ReplyDelete