20 February 2020

Punca dan Faktor Serangan Sakit Jantung Pada Orang Muda


Punca Sakit Jantung



Apakah punca-punca yang menyebabkan serangan jantung?

Sakit jantung berlaku apabila saluran darah jantung menjadi sempit. Dan penyempitan ini terjadi kerana dinding di sebelah dalam salur darah diselaputi lemak terutama lemak kolesterol. Akhirnya sel-sel jantung kita tidak dapat menerima bekalan darah dan oksigen yang cukup. Kesannya, sel mati atau sebahagian daripada jantung tidak berfungsi dengan baik. Lama kelamaan jantung menjadi bengkak dan kegagalan jantung akan timbul.  Ini yang menyebabkan rasa sakit di sebahagian dada atau terkena serangan jantung secara tiba-tiba!


Faktor Risiko

Ada beberapa faktor yang menuymbang kepada serangan jantung,

  • Merokok. Kebanyakan anak muda sekarang muda-muda lagi sudah ramai yang merokok. Ada yang masih sekolah rendah dah merokok.


  • Tekanan perasaan, stress mental dan fizikal. Bila kita stress, dalaman juga akan stress dan ini tidak elok untuk dalaman badan kita. Stress juga menyebabkan jantung tak dapat berfungsi dengan normal.


Menurut Dr Zubaidi, stres ini juga mengambil masa. Bukan hari ini kita stres dapat serangan jantung. Sebenarnya mengambil masa yang sama dengan serangan jantung.


  • Ada penyakit darah tinggi, hipertensi. 


  • Ada penyakit kencing manis/diabetes. Diabetes menyebabkan penebalan pada dinding pembuluh darah hingga menghalang aliran darah. Jadi, penderita diabetes berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. 


  • Keturunan, ada ahli keluarga pernah ada sakit jantung atau terkena serangan jantung.


  • Faktor umur terutama berumur 35 tahun ke atas lebih berisiko tinggi dapat serangan jantung. 


  • Kurang aktif dan kurang bersenam


  • Obesiti, berat berlebihan. 


  • Amalan pemakanan harian yang tidak sihat. Banyak makan-makanan segera, manis, berlemak, ada alkohol dan sebagainya. Jika dilihat pada trend sekarang sangat mudah untuk mendapatkan makanan melalui grab food misalnya. Order makan dan menunggu makanan sampai. Mudah sangat kan?? Itulah yang bahayanya. 



Semua faktor di atas akan menyebabkan penyempitan pada salur darah, tersumbat dengan kolesterol atau atherosclerosis sebelum mendapat  serangan sakit jantung. Atherosclerosis terjadi akibat keradangan di dalam saluran darah. Keradangan ini pula berlaku kerana banyak radikal bebas dalam badan.


Oleh itu, jagalah jantung kita dengan sebaiknya dengan cara mengawal perkara yang kita boleh kawal seperti amalan hidup aktif, menjaga pemakanan, mengawal stress dan tidak merokok.


Pesannan untuk orang muda, jagalah kesihatan, jaga makan minum.



Baca juga:

Tanda-tanda awal sakit jantung






2 comments: