25 October 2020

Kajian Vitamin C Untuk Pesakit Covid-19


Seperti kita semua tahu, sekarang masih tiada lagi ubat atau vaksin untuk usaha mencegah wabak Covid-19. Satu dunia masih bertarung dengan wabak ini. Jadi, sebagai langkah awal dan mencegah dari terkena covid-19, kita sama-sama berusaha menjaga diri kita.




Yang menariknya, Gee terjumpa dan baca satu artikel yang disiarkan dalam bentuk PDF oleh KKM, ada satu kajian daripada pihak hospital, mereka menggunakan Vitamin C dalam usaha untuk mengurangkan tempoh pesakit berada di hospital. Maksudnya pesakit Covid-19 berpeluang untuk sembuh lebih cepat dengan bantuan Vitamin C.

Berdasarkan kajian tersebut, dalam 14% pesakit ada mengalami masalah Acute Lung Injury dan Acute Respiratory Distress Syndrome. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh Cytokine Storm yang menyebabkan oxidative stress yang teruk dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu dibahagian paru-paru mereka. Ia antara kesan serangan wabak Covid-19.

Berdasarkan artikel tersebut, ujian telah dibuat ke atas dua kumpulan yang umur berbeza. Kedua pesakit juga ada dijangkiti Covid-19. Kedua-duanya telah diberikan ubat-ubatan yang biasa digunakan bari merawat pesakit Covid-19. 




Tapi yang menariknya, satu kumpulan diberikan rawatan tambahan menggunakan Vitamin C 100% dan satu lagi kumpulan hanya bergantung ubat-ubatan lain. 

Hasil daripada kajian tersebut, kumpulan yang mengambil Vitamin C itu tadi;
  • dapat keluar lebih awal 9 hari dari hospital sebanyak 57% keluar dengan kesihatan baik (tiada kekurangan). 
  • hanya 14 peratus kadar kematian, lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak mengambil Vitamin C (iaitu 5 peratus lebih rendah, maksudnya kadar kematian berkurang / seddikit).
  • 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Extubation 
  • 7.6 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan berbanding kumpulah satu lagi. 

Kita boleh nampak beza kumpulan yang ada mengambilan tambahan Vitamin C berbanding yang tak mengambil Vitamin C. 


Kenapa Vitamin C?

Pengambilan dos tinggi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan mempunyai sifat yang berkesan bertindak kepada “Oxidative Stress” dalam ikhtiar untuk mengurangkan risiko kecederaan pada paru-paru dan dalam masa sama mengelakkan organ lain gagal berfungsi.


Oleh itu, Gee sarankan kita semua sama-sama mengambil makanan yang ada Vitamin C sebagai persediaan awal. 
  • Vitamin C sifat dia tinggi antioksidan dan ini sangat membantu mengawal radikal bebas dalam badan. 
  • Vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan agar berfungsi dengan baik. 
  • Vitamin C juga boleh menghalang pembiakan virus dan menghancurkan sel yang telah dijangkiti. Ibaratnya vitamin C ni macam "natural killer cell". 

Ada banyak buah sayur tinggi vitamin C. Bagi Gee sendiri, Gee ada makan suplemen Vitamin C juga setiap hari. Sebagai usaha untuk pastikan imun badan lebih kuat lebih baik lagi-lagi masa wabak Covid-19 masih ada sekarang. 






Rujukan artikel lengkap




Moga bermanfaat buat semua. 

Baca juga:





Cara Sihat Untuk Tingkatkan Imuniti Badan di Rumah Masa Wabak Covid-19






Continue Reading

24 October 2020

Selamat Datang Ke Google Sites Gee

 

First time Gee buat google site ni. Ada upline bisnes Gee share. Jadinya Gee terus cuba buat. Try and error kata orang kan. Hasilnya menjadi jugak.

Seronok juga Google Sites ni ya, macam website setup. Jadi addicted nak buat haha. Macam-macam idea datang.

Ok boleh klik gambar untuk tengok Google Sites Gee ok.


Google Sites Ziana Eunos


Korang ada google sites gak ke? Jom share link boleh Gee tengok nanti. Ni Gee baru tau dan belajar buat. Ilmu baru bagi Gee lah. 





Continue Reading

23 October 2020

Hiking Lagi di Gunung Pulai Johor

 

Kalini Gee datang lagi hiking di Gunung Pulai pergi dengan adik sepupu pulak. Seronok pulak pergi hiking hehe.




Ni dia sepupu Gee tu. Kami berdua jer pergi. Gerak pagi dalam 7.30 macam  tu tunggu hujan reda. Semangat nak pergi kan. 

hiking gunung pulai

Kalini pergi best lagi Gee rasa, dapat tengok air terjun. Kuat betul air terjun tu rasanya sebab malam tu hujan lebat ke pagi. Tu air banyak turun kan.




Boleh nampak kan air terjun dia kuat betul air. Sebelum ni gee ada pergi sini tapi air sikit. Tapi ni nampak air banyak dan kuat. 



Banyak kali pergi baru nak bergambar kat sini. 











Ada lagi air terjun atas tu tapi kami dua tak pergi. Lenguh jalan hiking haha.. Next time pergi. 






Kawasan air terjun kat Gunung Pulai ni ramai yang pergi bila hujung minggu. Ada yang bawak family bersama. Siap bawak bekal lagi. Sebab tu meriah tempat dia.




Kalini pergi seronok sangat puas hati. Next pergi lagi. Haha.

Ni yang first time Gee pergi hiking Gunung Pulai.




Continue Reading

18 October 2020

Best Ke Ambil Set Hamil Shaklee Masa Hamil?


Best sangat ke amik Set Hamil dari Shaklee? Betul bagus ke? Ramai gak dapat soalan macam tu. Bagi yang dah pernah makan set hamil Shaklee ni memang tau lah dan rasa beza dia bila dah amal.  

Gee share juga tips buat ibu yang sedang hamil masa tengah covid-19 masih ada lagi ni. Moga semua ibu sihat selalu dan jaga diri. 


Kebanyakan ibu-ibu yang mengamalkan supelmen Shaklee semasa mengandung mendapat kesan-sesan seperti:

  • badan rasa lebih cergas dan bertenaga
  • tak mudah flat dan lembik
  • berat naik cantik dan terkawal
  • kurang rasa mual, muntah dan loya
  • bacaan HB dan BP maintain cantik
  • kurang risiko untuk dapat sembelit


Bagaimana suplemen Shaklee ini membantu ibu-ibu yang sedang dalam tempoh kehamilan? Jom Gee kongsikan kebaikan Set Shaklee untuk ibu-ibu semua!




Kelebihan Set Hamil Shaklee


Vitalea Iron Formula - Membantu menambah zat besi kerana ibu mengandung biasa mengalami kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

Vitalea juga lengkap dengan 28 vitamin mineral penting untuk badan ibu dan bayi dalam kandungan. Kiranya boleh menambah mana-mana lompang nutrisi yang kurang dari makanan harian. 



Vitamin C - Penting sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih sihat dan cantik. Ia juga membantu penyerapan iron di dalam badan kita. Vitamin C juga penting dalam penghasilan kolagen yang mana ia penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan. 



Ostematrix - Membekalkan sumber kalsium untuk ibu dan bayi. Tahukah anda? Bayi menyerap hampir 90% kalsium daripada ibu. Jika si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini, ibu boleh mendapat risiko osteoporosis, rasa sengal badan dan kaki, simpul biawak, mudah rasa letih dan lesu serta muka akan menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix masa hamil juga dapat membantu masalah sembelit yang biasa dialami oleh para ibu masa mengandung.



B-Complex - Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan termasuk ada asid folik. Asid folik penting untuk mencegah kecacatan tiub neural atau spina bifida. Boleh amkan asid folik awal dalam 2-3 bulan sebelum merancang hamil. 

Vitamin B-Complex penting untuk membantu tubuh rasa lebih bertenaga,  emosi lebih stabil, otak lebih fokus dan wajah yang berseri!



ESP - Membekalkan sumber protien untuk si ibu dan bayi. Protien penting untuk memperbaharui sel-sel tisue, hormon dan enzim,untuk pembentukan rambut, kulit dan kuku bayi, membentuk organ dan otot bayi, dan membantu pertumbuhan plasenta dan uterus. 

Protein ESP juga memberikan tenaga berkekalan dan tahan selama berjam-jam. Ia juga membantu penyerapan optimum untuk pengambilan vitamin yang lain. Kulit juga menjadi lebih sihat, licin dan gebu serta kulit baby juga mendapat efek yang cantik. InshaAllah.



OmegaGuard - kaya dengan asid lemak Omega 3 yang penting untuk si ibu dan bayi. Ia boleh diambil ssepanjang tempoh hamil. Inshaallah pengambilan Omega 3 ini dapat membantu dalam perkembangan minda dan penglihatan bayi.

Untuk si ibu Omega 3 boleh membantu mengawal paras kolesterol baik, HDL, darah tinggi dan menjaga berat badan masa hamil. 



Itulah dia vitamin untuk ibu masa hamil dari Shaklee. Sekarang kita lihat pula apa kata mereka yang makan dan mengamalkan Set Hamil Shaklee ni sepanjang mengandung.



Testimoni Set Kehamilan Shaklee













Berminat nak dapatkan Set Ibu hamil Shaklee ini, anda bolehlah terus menghubungi Gee di 013-5707182 atau klik gambar bawah ini untuk pautan whatsapp.







Continue Reading

17 October 2020

10 Tahun Bersama Shaklee


Alhamdulillah best betul sharing Master Nadiah Suhaidi malam ni. 10 tahun amal produk Shaklee. Lama tu. Sampai sekarang makan lagi. Pastu hamil, berpantang dan nenyusu pun semua makan set shaklee gak. Best betul buat Gee tak sabar nak cuba nanti. Hehe



Master Nad sekarang berada di rank Master Coordinator Shaklee, rank tertinggi dalam Shaklee, pemegang income 5 angka dari rumah sambil jaga anak. Kiranya full time sambil jaga anak kat rumah. Syok kan.


Master Nadiah share gak dia dah 9 tahun menyusu dan semua ada makan Set Menyusu Shaklee. Best katanya. Lama tu 9 tahun kan? 



Bila mereka dua suami isteri buat Shaklee betul-betul dan full time, mereka pun beli kereta tu guna pay slip Shaklee dan guna duit car bonus Shaklee bayar tiap bulan. Seronok kan?? Car bonus Shaklee ni bukan bagi kereta tapi bentuk CASH masuk akaun bank kita dan ia UNLIMTED. Ada yang sampai 4-5 angka sebulan dan makin naik. Seumur hidup selagi buat bisnes Shaklee akan dapat. Tu ramai suka bila layak dapat CAR BONUS. 



Master Nad juga layak dapat international trip Shaklee tiap tahun mula tahun 2012. Best Shaklee trip ni. Percuma, hotel 5-6 bintang, bagi lugage, duit poket, tempat semua menarik. Trip UMRAH pun ada gak. Boleh bawak ahli keluarga lain jika kita sendiri tak dapat join trip tu.




Selain tu ada banyak gak tips lain master nad share. Banyaaaak sangat tips dia.
Untung betul dengar sharing malam ni. Rugi sangat tak dengar. Dah ILMU FREE kan Ni antara soalan yang ramai tanya, membantu sangat tips Master Nad share ni. 
















Itulah dia sharing dari Master Nadiah. Banyak sangat tips dan ilmu baru master share, untung sangatlah dalam team Gee ni, hampir tiap malam ada sharing on9. 


Nak dengar gak sharing best ni? Jom join team Gee kita buat & berniaga bersama. Gee sedia bantu. Gee tengah open lagi intake baru yang nak berniaga Shaklee bersama Gee. 


Special join team Gee korang ada dapat akses bisnes modul khas yang Gee sediakan ni. Best kan?? 





Ziana Eunos
Shaklee Biz Leader
Shaklee Trusted Seller
Founder Victory Empire
Bantu orang sihat dan berjaya


#Zianaeunos
#bangkitberniaga
#MakeShakleeYourBusinessToday



Continue Reading

12 October 2020

Tips Berkesan Hilangkan Sakit Kepala Teruk

 

Gee jarang kena sakit kepala teruk ni. Memang boleh kira berapa kali je kena. Cuma bila kena tu memang sakit sangat kepala. Pastukan Gee sajalah baca info pasal sakit kepala ni. 

Gee tengok jenis sakit kepala dan bila cek rasa macam terkena migrain. Sebab sakit sangat dan ada rasa nak muntah. 



Tanda sakit kepala migrain:

  • Sakit yang amat sangat
  • Tak boleh buat kerja lain terus
  • Sakit sebelah atau dua-dua belah (Gee rasa macam kena dua belah kepala ni)
  • Rasa mula, nak muntah (ni pun Gee ada rasa)
  • Rasa badan lemah, mencucuk sebelum kena serangan tu


Faktor atau punca berlaku migrain dan sakit kepala:

  • Tekanan mental dan fizikal
  • Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap
  • Cahaya silau dan pancaran matahari
  • Bau yang tidak biasa atau terlampau
  • Sebelum atau selepas haid


Apa yang Gee boleh simpulkan untuk kes Gee sendiri, rasanya sakit kepala migrain, mungkin faktor selepas haid, tekanan badan sebab baru lepas hiking pagi tu dan juga makanan ada juga kemungkinan.


Apa Gee buat untuk hilangkan dan kurangkan rasa sakit kepala teruk dan migrain?


7 Tips Berkesan Hilangkan Sakit Kepala / Migrain Teruk


1. Baca doa sakit kepala




2. Rehatkan diri. Tidur dalam bilik gelap. Bagi tenang.

3. Jangan tengok handphone, jika tak kepala makin sakit nanti.

4. Jangan membaca juga, boleh jadi lebih sakit.

5. Makan suplemen untuk kurangkan sakit kepala & migrain. Apa yang Gee makan? 
  • Ostematrix tu ada magnesium. Gee baca dia bagus untuk meredakan sakit kepala dan pening termasuk migrain. 
  • High dose vitamin B2 (riboflavin) dalam B-complex pulak boleh bantu kawal sakit kepala dan migrain. Ada dalam jurnal Neurology Gee baca. Boleh amik dos 400mg katanya untuk meredakan sakit kepala dan migrain. 
Yang ada pening, kerap sakit kepala dan migrain tu bolehlah amik dua suplemen ni.

6. Minum air kosong, jangan pulak minum berkafein even rasa ok sebenarnya kurang elok untuk kesihatan. Lebih baik biasakan minum air kosong atau suam-suam. 

7. Zikir dan doa moga Allah sembuhkan sakit dalam masa segera. 



Ok tu dia 7 tips berkesan yang Gee amal sendiri bila diserang sakit kepala atau migrain ni. Moga bermanfaat dan dapat membantu semua. 






Continue Reading

11 October 2020

Jalan Petang di Padang / Stadium Pontian

 

Cerita semalam, 11 Oktober, Sabtu.

Jalan-jalan petang dengan sepupu. Ramai juga orang joging petang kat sini. Simpan sini buat kenangan di Pontian. Bukan selalu ada peluang ni. Nanti balik Sarawak entah bila datang sini lagi. 
























Korang suka joging atau jalan-jalan petang? Gee baru berjinak dengan sepupu ni. Macam seronok jugak keluar peluh hehe. Aktifkan diri!



Continue Reading