Kajian Vitamin C Untuk Pesakit Covid-19


Seperti kita semua tahu, sekarang masih tiada lagi ubat atau vaksin untuk usaha mencegah wabak Covid-19. Satu dunia masih bertarung dengan wabak ini. Jadi, sebagai langkah awal dan mencegah dari terkena covid-19, kita sama-sama berusaha menjaga diri kita.




Yang menariknya, Gee terjumpa dan baca satu artikel yang disiarkan dalam bentuk PDF oleh KKM, ada satu kajian daripada pihak hospital, mereka menggunakan Vitamin C dalam usaha untuk mengurangkan tempoh pesakit berada di hospital. Maksudnya pesakit Covid-19 berpeluang untuk sembuh lebih cepat dengan bantuan Vitamin C.

Berdasarkan kajian tersebut, dalam 14% pesakit ada mengalami masalah Acute Lung Injury dan Acute Respiratory Distress Syndrome. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh Cytokine Storm yang menyebabkan oxidative stress yang teruk dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu dibahagian paru-paru mereka. Ia antara kesan serangan wabak Covid-19.

Berdasarkan artikel tersebut, ujian telah dibuat ke atas dua kumpulan yang umur berbeza. Kedua pesakit juga ada dijangkiti Covid-19. Kedua-duanya telah diberikan ubat-ubatan yang biasa digunakan bari merawat pesakit Covid-19. 




Tapi yang menariknya, satu kumpulan diberikan rawatan tambahan menggunakan Vitamin C 100% dan satu lagi kumpulan hanya bergantung ubat-ubatan lain. 

Hasil daripada kajian tersebut, kumpulan yang mengambil Vitamin C itu tadi;
  • dapat keluar lebih awal 9 hari dari hospital sebanyak 57% keluar dengan kesihatan baik (tiada kekurangan). 
  • hanya 14 peratus kadar kematian, lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak mengambil Vitamin C (iaitu 5 peratus lebih rendah, maksudnya kadar kematian berkurang / seddikit).
  • 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Extubation 
  • 7.6 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan berbanding kumpulah satu lagi. 

Kita boleh nampak beza kumpulan yang ada mengambilan tambahan Vitamin C berbanding yang tak mengambil Vitamin C. 


Kenapa Vitamin C?

Pengambilan dos tinggi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan mempunyai sifat yang berkesan bertindak kepada “Oxidative Stress” dalam ikhtiar untuk mengurangkan risiko kecederaan pada paru-paru dan dalam masa sama mengelakkan organ lain gagal berfungsi.


Oleh itu, Gee sarankan kita semua sama-sama mengambil makanan yang ada Vitamin C sebagai persediaan awal. 
  • Vitamin C sifat dia tinggi antioksidan dan ini sangat membantu mengawal radikal bebas dalam badan. 
  • Vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan agar berfungsi dengan baik. 
  • Vitamin C juga boleh menghalang pembiakan virus dan menghancurkan sel yang telah dijangkiti. Ibaratnya vitamin C ni macam "natural killer cell". 

Ada banyak buah sayur tinggi vitamin C. Bagi Gee sendiri, Gee ada makan suplemen Vitamin C juga setiap hari. Sebagai usaha untuk pastikan imun badan lebih kuat lebih baik lagi-lagi masa wabak Covid-19 masih ada sekarang. 






Rujukan artikel lengkap




Moga bermanfaat buat semua. 

Baca juga:





Cara Sihat Untuk Tingkatkan Imuniti Badan di Rumah Masa Wabak Covid-19






Post a Comment

3 Comments

  1. klu tak sakit pun boleh ambil juga kan vitamin ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tiap hari gee mkn vitamin. masa sihat lagi bagus utk beri vitamin kat badan kita

      Delete
  2. Bagus juga ambil vitamin C ni sebab boleh kuatkan imun kita

    ReplyDelete