Buat Lock Down Sendiri untuk Kawal Virus Covid-19

 

Memandangkan kes covid-19 semakin hari makin meningkat dengan jumlah kematian makin ramai, jadi inilah masalah kita semua bekerjasama untuk membendung dan mengawal penularan virus. 

Apakah caranya?



Jika belum ada umum lockdown, kita sendiri yang kena buat lockdown sendiri (self lockdown). Just stay at home. Keluar hanya bila perlu sahaja. Dan yang bekerja, pergi kerja dan duduk buat kerja di ofis. Jangan merayau atau singgah tempat lain. 


Tips Lockdown Sendiri

  1. Duduk di rumah bersama ahli keluarga.
  2. Buat atkviti hanya bersama sekeluarga dalam satu rumah itu saja. Contoh solat jemaah bersama dan makan berkumpul bersama keluarga.
  3. Isi minyak full tank jadi tak perlu tiap hari keluar.
  4. Boleh buat pembelian secara dalam talian/online saja.
  5. Hanya pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan seminggu sekali. 
  6. Bantu dan support peniagan kecil dan tempatan. 
  7. Jika bekerja di ofis hanya berada di ofis saja dan terus balik rumah jika tiada keperluan lain untuk singgah di mana-mana.

Selain itu, Gee juga menyarankan kita semua menjaga pemakanan harian. Maksudnya lebihkan pengambilan makanan tinggi vitamin antioksidan yang banyak dalam sayur dan buah. Jadi kenalah makan lebih sayur dan buah.

Antara pemakanan tinggi antioksidan:
  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Polifenol
  • Zinc
Vitamin antioksidan ini penting untuk membantu menguatkan sistem imuniti badan kita. Sekurangnya risiko kena virus lebih rendah. 



Apa pun jua semoga semua sihat, duduk di rumah untuk mengekang penularan virus covid-19 yang makin mengganas. Jaga diri dan keluarga kita semua :)





Baca juga:









Post a Comment

6 Comments

  1. moga kita semua kekal dilindungi Allah

    ReplyDelete
  2. betul tu. abe kie dijangkiti Covid 19 pd bln puasa lalu. memang seksa n perit bila dirawat di wad. thanks for the tips...

    ReplyDelete
  3. Setuju sis, keluar bila benar-benar perlu sahaja. Sekarang dah banyak perkhidmatan online jadi lebih mudah nak dapatkan keperluan harian.

    ReplyDelete