29 July 2021

10 + 1 Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Antibodi Badan - Ziana Eunos

Adalah penting untuk ada sistem imun / antibodi badan yang kuat bagi melindungi diri dari sebarang jangkitan. Bila sistem imun badan uat dapat membantu mengekalkan kesihatan diri. 

Sistem imun terdiri daripada organ, sel-sel, tisu dan protein. Semuanya penting untuk melawan patogen seperti virus, bakteria, dan benda asing yang boleh menyebabkan sebarang jangkitan dan penyakit. 

Apakah makanan terbaik untuk meningkatkan antibodi/sistem imun badan?

11 Makanan yang baik untuk kuatkan sistem imun badan 

1. Bawang Putih
Kandungan Allicin dalam bawang putih bersifat tinggi antioksidan, antibiotik dan antibakteria semulajadi.  Bukan itu saja, ia juga membantu mengawal tekanan darah, bersofat anti radang dan anti-darah beku. Makanlah bawang putih dan gunakan dalam masakan setiap haru untuk manfaat kesihatan.

Bawang putih kuatkan imun badan



2. Buah Citrus
Hampir semua buah citrus tinggi dengan vitamin C. Antaranya buah oren, anggur, lemon, limau. 

Vitamin C untuk antibodi badan

Vitamin C penting untuk membantu membina sistem imun badan agar berfungsi dengan baik. Ia meningkatkan penghasilan sel darah putih iaitu kunci utama untuk menentang dan melawan dari sebarang jangkitan. 


3. Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin dan mineral termasuk vitamin A, C, E, serat dan antioksidan lain. cara terbaik untuk mengekalkan khasiat nutrien dalam brokoli adalah dengan memasak secara steam/kukus. 




4. Halia
Halia boleh membantu mengurangkan keradangan seperti sakit tekak, loya atau muntah. Halia juga boleh mengurangkan paras kolesterol yang sihat. 




5. Bayam
Bayam juga kaya dengan vitamin C termasuklah antoksidan dan beta karoten yang mana ia boleh membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan. Sama seperti brokoli, elak memasak bayam terlalu masak untuk mengekalkan nutrien dalam bayam. 




6. Yogurt
Untuk yogurt pilih yang ada label “ live and active cultures” seperti Greek yogurt. Maksudnya ia ada mengandungi ‘Lactobacillus bulgaricus dan Streptococcus thermophilus’ yang bagus untuk merangsang sistem imun badan bagi melawan sebarang jangkitan. 


Yogurt juga ada vitamin D. Cuba pilih yang ada vitamin D kerana ia penting untuk fungsi sistem imun badan yang baik. 


7. Green Tea / Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan flavonoid sejenis antioksidan.  Ia membantu menigkatkan sistem imun. Sebatian catechin dalamnya berfungsi untuk membantu melindungi dari bakteria dan virus. 




8. Betik
Buah betik juga kaya dengan vitamin A dan C, beta karoten, lutein, vitamin E, magnesium, potassium, asif folik, serat yang semuana bagus untuk antibodi dan kesihatan badan. 



9. Kiwi
Kiwi juga mengandungi pelbagai nutrien termasuk vitamin C, vitamin E, vitamin K, potassium, kalsium, magnesium dan asid folik. 

Kiwi untuk imun badan kuat

Vitamin C penting untuk meningkatkan sel darah putih untuk melawan jangkitan. 
Kiwi juga bagus untuk mengawal tekanan darah, membantu pencernaan, mengurangkan darah beku dan baik untuk kesihatan jantung. 


10. Blueberry
Blueberry mengandungi flavonoid iaitu antosianin iaitu sejenis antioksidan yang membantu menguatkan sistem imun badan. Blueberry juga bagus untuk;


  • Menjaga kesihatan mata
  • Meremajakan dan mencantikkan kulit
  • Mengawal tekanan darah
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Mengawal paras kolesterol sihat

11. Minyak Ikan 
Ikan tuna, salmon dan tenggiri antara yang kaya dengan asid lemak Omega 3. Omega 3 juga penting untuk meningkatkan sistem imun selain bagus untuk kesihatan jantung, mengawal tekanan darah, trigliserida dan kolesterol. 

Omega 3 untuk imun badan kuat
Makanan lain yang juga ada Omega 3



Lepas ini dah tahu makanan apa bagus untuk meningkatkan antibodi badan. Bolehlah memilih 11 jenis makanan ini dalam makanan harian. Makanan yang baik, tinggi antioksidan sangat penting untuk sistem badan. 


Baca juga:







Continue Reading

26 July 2021

Hari Raya Aidiladha 2021 di Perantauan Lagi

Tahun 2021 Raya Haji kali ke 2 di Johor. Di perantauan lagi. Moga tahun depan dapat raya kat rumah sendiri dengan family. Aamin.

Simpan sini buat kenangan. Menu pagi raya makan bersama keluarga. Ada masak sendiri ada juga beli. So far sedap semua. 





Popia carbonara ni sedap. Beli dengan kawan makcik.


Brownies ni juga sedap. Rasa coklat dia. 


Kek ni pun sedap.


Nasi beriani betul ke? Boleh pulak keliru nama haha. Ni masak sendiri.


Selpie lah satu buat kenangan. Hihi.


Rumah pak sedara. Sini banyak betul durian. 


Makanan rumah pak sedara. Banyak betul dia masak. Sedap semua.


Paling Gee suka yang sambal udang ni. Makan dengan keultupat.


Klasik betul gaya hihi.




Itulah menu Raya Aidiladha lepas. Meriah betul makanan. Penuh perut. Hihi. Macam biasa bila makan banyak sangat memang tak lupa amik Herblax. Pagi esok tu memang lancar buang. Selesa rasa perut. 




Continue Reading

24 July 2021

Jenis Vaksin Covid-19 di Malaysia

Apakah vaksin?

Vaksin ini tujuan untuk merangsang sistem imun badan, membantu sistem imun agar cukup bersedia apabila diserang kuman sebenar. 

Untuk vaksin covid-19, vaksin ini dihasilkan datipada sebahagian atau keseluruhan struktur virus covid-19 yang dimatikan atau dilemahkan atau dari protein subunit pada virus itu sendiri. 

Tujuan vaksin Covid-19 dihasilkan pula untuk sistem imun badan kita mengenalpasti virus covid-19 supaya sistem imun badan kita bersedia bila virus mula masuk dan menyerang. 

Jenis vaksin covid-19 di Malaysia


Jenis-jenis Vaksin Covid-19 yang digunakan di Malaysia

1. Pfizer - vaksin mRNA dari negara Amerika. Dapat 2 dos setakat ini.

2. AstraZeneca - vaksin berasaskan Adenoviral dari negara Britain. Dapat 2 dos juga.

3. Sinovac - vaksin virus tak teraktif dari negara China. Juga 2 dos.

4. Sputnik V - vaksin berasaskan Adenoviral dari negara Rusia. 2 dos.

5. CanSinoBio - vaksin berasaskan Adenoviral dari negara China. Hanya 1 dos diperlukan.


Malaysia mula menerima vaksin Covid-19 pada akhir Februari 2021 yang lepas. 

Adakah vaksin selamat? 

Setiap vaksin selamat, berkesan dan stabil. 

  • Selamat - tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kepada individu dan masyarakat.
  • Berkesan - vaksin Covid-19 berupaya melindungi diri daripada penyakit.
  • Stabil - vaksin stabil dan tidak berubah bentuk dan aktiviti biologi dalam tempoh penyimpanan. 


Bagaimana vaksin Covid -19 dihasilkan?

Vaksin dihasilkan dalam masa yang singkat menerusi maklumat juju,an genetik Covid-19 dalam masa yang pantas dan telah dikongsi ke seluruh dunia. Ditambah dengan kemajuan teknologi sedia ada tapi menjadi mudah untuk mendapat jumlah sukarelawan yang diperlukan untuk kajian klinikal. Yang lebih mudah dan cepat lagi kurang proses birokrasi tanpa mengkompromikan keselamatan. 


Cara vaksin Covid-19 diberikan

Vaksin diberikan melalui sungikan vaksin samada satu atau dua dos mengikut kepada jenis vaksin Covid-19 yang diberikan. 

Vaksin akan memberi tindak balas imun selepas dua minggu vaksin diberi. 


Jom ramai-ramai kita berdaftar untuk mengambil vaksin covid. Moga dengan ikhtiar pengambilan vaksin ini dapat membantu mengawal penularan wabak covid-19 ini dengan segera.





Continue Reading

23 July 2021

Set Imun Shaklee Bantu Pesakit Covid-19 Kuatkan Sistem Imun

Setiap hari kita tengok dan dengar bilangan kes covid-19 makin meningkatan. PKP usah cakaplah dah berapa peringkat dan fasa sudah kan. Jadi apa kita perlu buat sekaranf ialah mematuhi SOP, duduk di rumah jika tiada kepeluan untuk keluar dan ikut saranan dari KKM dan pihak berkuasa. 

Set Imun Shaklee bantu pesakit covid-19 cepat sembuh

Selain dari itu, usaha kita sendiri di rumah ialah untuk menguatkan dan memantapkan sistem imun badan dengan menjaga pemakanan yang sihat, mendapatkan tidur yang cukup, rutin dan gaya hidup sihat bagi membantu meningkatkan sistem imun badan.

Pada masa covid sekarang amat penting untuk pastikan kita semua ada imun badan yang kuat dalam usaha melawan dan mencegah dari covid-19. Imun badan yang kuat penting untuk mengenalpasti, menghancurkan benda asing atau sel abnormal yang boleh menganggu fungsi tubuh. 

Ingat, bila sistem imun badan kuat, risiko lebih rendah untuk mendapat covid dan jika positif covid juga lebih kurang teruk simptomnya. 


Set Imun Shaklee membantu pesakit Covid-19 Kuatkan Imun Badan Bila Positif Covid

Dalam Set Imun Shaklee ada beberapa pilihan suplemen yang boleh membantu menguatkan sistem imun. 

Cadangan suplemen untuk kuatkan imun badan

Ada 7 jenis pilihan suplemen yang boleh anda ambil untuk menguatkan fungsi imun badan anda.
 

Bawah ini pula testimoni, apa yang bekas pesakit Covid-19 amalkan dan bantu mereka bebas dari covid serta cepat keluar hospital dan rasa lebih sihat badan.








Nak oder suplemen / Set Imun Shaklee untuk kuatkan sistem imun dan bantu pesakit covid lebih cepat baik, boleh hubungi Gee terus untuk mendapatkan konsultasi dan set mana paling sesuai untuk anda. Klik gambar untuk pautan Whatspp.






Continue Reading

22 July 2021

21 July 2021

3 Tips Nak Konsisten

Konsisten penting bila kita nak buat sesuatu perkara atau pekerjaan. Ramai yang berjaya untuk konsisten dan ramai juga yang ada masalah untuk cuba konsisten dalam membuat sesuatu. Misalnya bila nak buat bisnes, konsisten tu penting dari awal.

Tips nak konsisten

3 Tips Mudah Nak Konsisten 

1. Disiplin
Paksa diri 3-4 minggu buat rutin baru. Contohnya uplod video di tiktok 2-3 video sehari, up posting di FB 3-5 posting sehari. Lama-lama akan jadi rutin dan automatik akan biasa buat.

2. Fokus
Buat betul-betul untuk satu-satu kerja/bisnes. Contoh: bila fokus nak bisnes fokus dan set dalam minda kita buat bisnes dan mulakan buat segera.

3. Buat Jadual
Tulis to do list, target, nak buat apa semua kena tulis. Bila tulis akan lebih jelas dan nampak. Ia boleh membantu agar lebih fokus dan konsisten buat sesuatu. 

Tisp tambahan dari Gee sendiri untuk konsisten buat sesuatu ni kena bersabar. Ya sabar tu penting dan ikut proses dia. Bila bersabar buat sesuatu yang baru, kemudian nanti baru akan dapat hasil. Nak berjaya dan konsisten kena bersabar. 

Tips konsisten ni bukan untuk bisnes je, apa-apa kita nak buat boleh cuba. Contoh nak konsisten makan suplemen. 

Caranya tulis satu jadual / memo supaya kita ingat bila nak makan. Simpan botol suplemen di tempat yang kita boleh nampak dan capat tiap hari.

Apa pun yang kita nak buat konsisten tu paling penting. Ia salah satu faktor utama bila nak berjaya. 




Continue Reading

20 July 2021

19 July 2021

32 Senarai Doa Hari Arafah


DOA HARI ARAFAH  

Doa hari arafah


In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2021 ini jatuh pada 19/07/2021 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah). Lebih kurang 8.20 pagi di Malaysia!


Bagi doa yang paling mustajab untuk kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Jom kita rebut peluang 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. Pada waktu ini kita berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab.


Hari Arafah dah tiba harini. Dah buat senarai doa yang nak mohon dan minta kepada Allah?


Berikut adalah beberapa doa yang boleh korang masukkan dalam senarai doa. Insya Allah sama-sama kita berdoa. 

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dan Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan bpeningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. YaAllah Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Rabbi Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah Selamatkanlah aku  dan keluargaku dari Fitnah Dajjal.

20. Ya Rabb Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari Syirik dan kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. 

32 Ya Allah moga wabak covid-19 segera hilang di muka bumi ini. Engkau sembuhkan semua pesakit covid dengan segera.


Aamiiin.





Continue Reading

17 July 2021

7 Cara Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari

Bila bangun pagi dari tidur pastinya kita nak bangun dalam cergas dan kekal bertenaga sepanjang hari. Lagilah yang aktif dan banyak kerja memang nak sentiasa aktif bertenaga seharian. 

Cara kekal cergas bertenaga

Berikut Gee kongsikan tips kekal cergas bertenaga sepanjang hari:

1. Cukup tidur pada waktu malam. Cuba tidur 4 ke 6 jam sehari. Bila bangun pagi badan tak rasa letih dan lenguh.

2. Makan sarapan pagi bagi pastikan badan bertenaga dari awal pagi. Juga bagi elak lapar sebab bila lapar badan boleh jadi lemah.

3. Cuba untuk bersenam untuk bagi badan stamina dan aktif bergerak. Dapat berjalan sikit pun dah ok. Janji ada bergerak. “When you walk, you wil get healthy mind, healthy body and healthy soul”. Ni kata-kata Gee jumpa. 

4. Rajin minum air. Jika boleh bangun pagi dah terus minuma air kosong. Biasakan untuk kerap minum air kosong selalu. 

5. Makan makanan tinggi tenaga. Contohnya seperti telur, ikan, ayam, susu, dagung dan yogurt. 

6. Dengar lagu atau muzik. Boleh juga dengar zikir. Tujuan supaya bagi rohani kita bersemangat secara tak langsung. 

7. Makan-makanan tambahan. Misalnya suplemen untuk bekal nutrisi pada badan. Bila cukup vitamin secara tak langsung fungsi dan sistem badan berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin C bagus untuk sistem imun badan lebih mantap. Bila imun badan kuat badan akan rasa lebih bertenaga. 


Itulah tips dan cara yang boleh membantu badan kita lebih cergas dan bertenaga. Bila badan sihat bertenaga, hati juga rasa tenang dan gembira. 

Satu lagi Gee nak kongsikan testimoni dari customers Gee sendiri. Katanya, 


Cinch tea ni memang bagus untuk bagi tenaga pada badan kita. Gee juga ada minum. Best. Tak rasa mengantuk atau lemah badan seharian tu. 


Dalam bentuk stick senang nak bawa dan minum pada bila-bila masa. Satu stick satu kali minum. Sekotak ada dalam 28 stick. 

Pastu boleh juga campur lemon dalam Cinch Tea tu. Nak guna air sejuk atau panas juga boleh. 


Baca sini info lengkap Cinch Tea


Bagi yang berminat nak dapatkan Cinch Tea boleh terus hubungi Gee. Juga berpeluang untuk dapat harga ahli 20%-25% lebih murah. Terima kasih. 






Continue Reading

15 July 2021

Makan Banyak Durian (Fakta dan Mitos Durian)


Musim durian tahun ni dapat peluang makan durian lagi. Tahun ni lagi banyak makan sebab ramai yang bagi durian free. Alhamdulillah. 

Banyak juga durian saudara bagi. Durian belakang rumah makcik pun ada juga. Jadi kalini memang puas dapat makan. Banyak trip dah hehe. Rezeki walau PKP tak boleh balik Sarawak lagi. 



Jika tanya Gee durian apa tak tau sebab banyak bercampur-campur. 






Alhamdulillah semua sedap. 



Banyak tak banyak makan tapi sebab makan beramai dengan keluarga lain semua. 




Apa yang ada dalam durian? Apa kandungan dalam buah durian? Jom kita tengok bawah ni. 





Gee kongsikan sekali Fakta Durian




Mitos Buah Durian di Malaysia 




Kesimpulannya buah durian juga kaya nutrisi sama seperti buah lain. Tapi untuk kesihatan kita disarankan makan dalam kadar yang sederhana. Elak makan berlebihan. 




Continue Reading

12 July 2021

Cara Buat Background Desktop Menarik dan Kemas Guna Canva


Kalini Gee nak kongsikan cara buat background laptop yang menarik guna Canva. Bagi yang kerja hadap laptop tiap hari bolehlah cuna tukar style pulak. Bagi semangat tengok tiap hari. Lagi-lagi duduk rumah banyak masa PKP ni kan.

Ini hasil yang Gee dah buat kat desktop background laptop Gee. 



Macam mana nak buat bakcground desktop yang menarik dan kemas?

Mula-mula guna canva.com dulu. Lepas itu search desktop nanti akan keluar banyak pilihan macam bawah ni. 



Macam Gee suka pilih yang kosong dulu. 



Lepas tu nanti pergi ke template, pilih desktop  dan akan keluar banyak pilihan yang cantik dan menarik. 



Jika nak macam Gee tu boleh pilih yang desktop photo grid. Boleh letak ayat dan gambar juga susunan folder kat dekstop tu juga. 



Jika jenis suka kata-kata boleh pilih yang jenis macam tu. 



Ok siap dah. Mudah je buat ni. Macam Gee buat banyak set supaya nanti dia boleh bertukar-tukar background. Tapi masih guna template yang sama cuma berbeza warna.



Ok siap dah tutorial ringkas dan mudah ni. Selamat mencuba semua. 


Lihat juga:

Cara buat bio link guna canva

Cara buat logo guna canva

Cara buat poster motivasi guna canva





Continue Reading