31 August 2021

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia 2021


Kemerdekaan Malaysia

31 Ogos 2021, kalini Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64 tahun. Alhamdulillah. Tema tahun ini Malaysia Prihatin. Sama seperti tahun lepas, sempena dengan keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan kita semua mengharungi cabaran di kala wabak covid-19 yang melanda dunia sekarang ini. 

Sambutan kalini juga secara bersederhana dan di rumah masing-masing sebab sekarang kita masih berada dalam situasi covid-19 yang masih tinggi lagi bilangan kes setiap hari. 

Gee doakan moga kita semua sihat selalu dan dilindungi dari covid-19. Aamin. 

Hari Kemerdekaan Malaysia 2021


Kenapa kita kena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia?

Kepentingan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia


Sekali lagi Gee nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 64 tahun. Moga negara kita aman damai selalu dan segera bebas dari wabak covid-19. Aamin.



Continue Reading

30 August 2021

Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus

Omega 3 untuk kurus


Ada lemak baik ada juga lemak yang boleh menaikkan berat badan, Tapi, asid lemak Omega-3 adalah LEMAK yang tidak MENGGEMUKKAN badan kita. Ia kategori lemak baik untuk kesihatan termasuk membantu kuruskan badan. 

Ini berita baik untuk yang nak kurus. Macam mana Omega 3 membantu menguruskan badan?

Kebaikan Omega 3 untuk Kurus

1. Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat
Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia: 

  • Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang dibakar dalam sehari.
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak.
  • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.
  • Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.
2. Menyeimbangkan Rasa Kenyang

Dua hormon utama iaitu ghrelin dan leptin berperanan penting untuk mengawal rasa lapar dan kenyang. Digabung dengan diet yang seimbang dan konsisten menhambil Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini. 

Malah, ia juga mampu meningkatkan rasa kenyang. Ini membantu kita berasa kenyang lebih lama selepas makan. Sebab tu ramai suka mengambil Omega 3 untuk proses menurunkan berat dan menjaga berat badan. 

3. Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat

Insulin berfungsi untuk menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Omega-3 pula dapat membantu dengan cara meningkatkan kepekaan insulin badan. Makin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, makin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak. 

Nak kurus jangan tinggalkan makanan ada Omega 3!

4. Mengurangkan Tekanan 

Tahu tak? Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Disinilah Omega-3 membantu mengawalatur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan kita menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil. Kawal tekanan dengan mengambil Omega 3 setiap hari untuk membantu kuruskan badan. 


Nak kuruskan badan lepas ini bolehlah masukkan sekali Omega 3 dalam pemakanan harian. Antara makanan yang ada Omega 3 seperti bawah ini.

Makanan Omega 3 untuk kurus


Suplemen Omega 3 membantu untuk proses kurus lebih mudah

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan dan juga membantu kuruskan badan secara sihat. 

Omega guard shaklee untuk kurus

Pengambilan Omega 3 selepas makan makanan berat setiap hari mampu membantu meningkatkan metabolisme badan sekaligus menambah keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak. 

Omega 3 juga bagus untuk kolesterol. Ia meningkatkan kolesterol baik, HDL dengan menyingkirkan kolesterol yang tidak baik dari badan. 

Amalkan Omega Guard setiap hari untuk yang nak kurus dan menjaga berat badan yang sihat.



Baca juga:

Kebaikan Omega 3 untuk kulit, rambut dan kesihatan

Kebaikan Omega Guard Shaklee

Kebaikan Omega 3 untuk otak kanak-kanak

Kebaikan Omega 3 untuk ibu hamil

Kebaikan Omega 3 untuk jantung



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp. 





Continue Reading

29 August 2021

Vitamin Shaklee Untuk Ulser Mulut

 

vitamin untuk ulser mulut

Ulser mulut adalah luka kecil dalam mulut yang berwarna merah. Ia biasa berlaku pada setiap orang tapi sesekali dan tidak berbahaya kerana ia boleh hilang dengan sendirinya. Tapi yang tak seronoknya ia menganggu dan rasa sakit bila nak makan dan minum. Mood juga boleh kelaut bila kena ulser ni. Seksa jugalah masa kena ulser.

Punca ulser mulut terjadi boleh baca di sini, punca dan sebab ulser mulut.

Dah tahu punca senang nak cegah dan baiki ulser mulut. 

Cadangan vitamin untuk masalah ulser mulut. Apakah vitamin yang sesuai?

1. Vitamin B

Kekurangan asid folik dan vitamin B12 juga boleh menyebabkan ulser mulut. Jadi, rajinlah mengambil makanan yang ada vitamin B untuk membantu mencegah dan mengurangkan sakit ulser mulut. 

Suplemen vitamin B - B-Complex 

2. Vitamin C

Antara sebab ulser mulut boleh berlaku bila badan kekurangan vitamin C. Jadi cara terbaik untuk mencegah dari ulser mulut dengan mengambil pemakanan yang ada vitamin C setiap hari. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan dan penting dalam penghasilan kolagen (kolagen penting untuk hasil tisu baru termasuk untuk menjaga kesihatan gusi dalam mulut). 

Suplemen Vitamin C - Vita C Plus 

3. Zinc

Kekurangan mineral Zinc juga dikaitakan dengan ulser mulut. Cukupkan pengambilan makanan yang ada zinc untuk membantu mencegah ulser mulut dari awal. 

Suplemen zinc - Zinc Plus 


Set Vitamin Shaklee untuk ulser mulut

Ada 3 pilihan / cadangan vitamin atau suplemen Shaklee yang sesuai untuk mencegah dan membaiki ulser mulut.
  • Bcomplex 
  • Vitamin C Plus
  • Zinc Plus

Set Ulser Mulut Shaklee


Testimoni Ulser Mulut Shaklee

Testimoni Ulser Mulut Shaklee

Testimoni Ulser Mulut Shaklee

Testimoni Ulser Mulut Shaklee

Testimoni Ulser Mulut Shaklee


Ada masalah ulser mulut kena tahu apa punca dan sebab. Jadi senang nak tahu cara mengatasi dan mencegah dari awal. Jika dah kena ulser pun sekurangnya dapat pulihkan ulser dengan lebih cepat. 


Berminat nak dapatkan produk shaklee untuk ulser mulut ini boleh terus menghubungi Gee di whatsapp 013-5707812. Nanti Gee akan bantu dan guide apa yang sesuai untuk anda. 

Gee Shaklee
Klik gambar untuk Whatsapp segera



Continue Reading

26 August 2021

Punca dan Cara Atasi Ulser Mulut


punca ulser mulut

Masalah ulser mulut ni biasa berlaku. Maca Gee jarang-jarang nak kena tapi dalam minggu ni mendapatlah ulser. Sesekali nak kena ulser kan. 

Fakta Ulser Mulut

Ulser mulut adalah luka kecil dalam mulut kita yang berwarna merah. Nampak kecil tapi meyakitkan hingga menganggu aktiviti harian. Misalnya sukar nak makan minum. Memang mencabar bila kena ulser mulut ni. 

Tempoh kena ulser mulut biasa dalam 1-2 minggu saja tak lama. Tapi sering mendapat ulser dan lama sangat terkena bolehlah berjumpa doktor dengan segera. Buat pemeriksaan takut ada penyakit lain pulak. Kita cegah dari awal.

fakta ulser mulut


Punca berlaku ulser mulut

Apakah punca dan sebab ulser mulut terjadi? Ni kita kena amik tahu supaya senang nak mencegah dari awal dan bila dah kena pun dah tahu sebab dia. 

punca ulser mulut


Tips bila kena ulser mulut

Ini antara tips-tips untuk mengatasi bila dah terkena ulser mulut. Macam Gee sendiri, bila kena ulser ni memang akan banyakkan minum air kosong, berumur dengan air pembersih mulut.

Pastu Gee pun ada makan vitamin C, vitamin B, nutriferon dan zink. Ni semua vitamin antioksidan bagus untuk mengawal dan mengelak ulser dari makin banyak. Jika terlalu kerap kena ulser mungkin juga sebab badan ada kurang vitamin.

tips atasi ulser mulut


Moga bermanfaat buat semua. Alhamdulillah ulser mulut Gee dah makin ok tak sampai seminggu cepat dia ok balik. Syukur. 


Baca juga >> Vitamin untuk ulser mulut


Continue Reading

23 August 2021

22 August 2021

Testimoni Set Rambut Gugur Shaklee

Testimoni Set Rambut Gugur Shaklee

Ramai ada masalah rambut terutama rambut gugur, rambut kering, bercabang dan rosak. Kalini Gee kongsikan testimoni set rambut yang menggunakan produk Shaklee.


Testimoni Set Rambut Gugur Shaklee

1. Masalah rambut bercabang dah makin berkurang lepas konsisten ambil Set Rambut Shaklee. 

Testimoni set rambut shaklee


2. Masalah rambut dah kurang gugur dan tak kering. Kulit kepala juga dah kurang gatal. Juga ada ambil Set Rambut dengan sampoo skali.



3. Peminat setia set rambut - sampoo dan conditioner Shaklee, Prosante nama dia. Memang ramai suka. Rambut dah tak gugur. 



Apa yang ada dalam Set Rambut Shaklee?

Ada 2 pilihan iaitu suplemen untuk dalaman dan luaran Set Prosante. 

Cadangan suplemen untuk rambut gugur.

set rambut gugur shaklee
Set Rambut Gugur Shaklee


Satu lagi, Set penjagaan rambut dari Shaklee, nama dia Prosante Hair Care. Berwajah baru dah sekarang botol warna putih. Dulu hijau. 

Set Rambut Prosante Shaklee
Kebaikan Set Rambut Prosante Shaklee


Baca juga:

Punca dan sebab rambut gugur

Vitamin untuk rambut gugur

10 cara berkesan atasi rambut gugur

Petua rambut sihat, hitam dan tak gugur



Jika ada masalah rambut tak kira rambut gugur, kering, bercabang atau rosak ke boleh mencuba Set Rambut Shaklee ini.Anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp. 




Continue Reading

20 August 2021

Pengalaman Vaksin Dos Pertama Sinovac


Pengalaman vaksin Sinovac dos 1

Alhamdulillah akhirnya dapat juga vaksin setelah lama menunggu. Gee dapat dos pertama 17 Ogos lepas. 

Perjalanan nak dapat suntikan vaksin tu lancar di pusat pemberian vaksin Dewan Jublin Intan Pontian. Ramai juga orang tapi proses semua lancar dan laju. Tapi masa sebelum kena suntikan vaksin tu memang berdebar juga sebenarnya. Gigil juga haha. Yelah dah lama tak kena suntik jarum tu kan. 

Masa sebelum suntik vaksin tu, nurse tu siap tunjuk jarum lagi. Mak ak panjang jarum dia, dan kena tengok juga masa dia suntik. Gee berpaling juga tengok tapi tak tengok tempat dia suntik. Seram wei hahaa. 

Ok Gee dapat vaksin Sinovac. Apa-apa jenis vaksin ok je bagi Gee yang penting dapat vaksin kan. Nanti dos kedua Gee akan dapat awal bulan September. 


Isi kandungan vaksin Sinovac


Efek lepas dos pertama vaksin Sinovac

Setakat ini takda rasa demam. Cuma ada rasa sakit kat area bahu kena suntik tu jelah. Lain-lain semua ok. 


Fakta vaksin Sinovac


Pengambilan suplemen sebelum dan selepas vaksin

Sebelum vaksin - memang setiap hari ada makan Vitamin C untuk tingkatkan imun badan. 

Tambahan Gee ada juga amik vitamin lain yang tinggi antioksidan yang juga bagus untuk kuatkan sistem imun. 

Set Imun Shaklee

Set imun shaklee

Vitamin C bantu kuatkan sistem imun.

Nutriferon bantu tingkatkan antibodi badan secara semulajadi, menggalak sistem pertahanan tubuh befungsi dengan baik melawan bakteria dan virus. 

Omega 3 mengaktifkan dan mengukuhkan sistem imun badan melawan pathogen yang sebabkan berlakunya serangan penyakit. Juga mengurangkan keradangan pada badan dan tisu terutama paru-paru serta kurangkam batuk. 


Selain tu, Gee juga ada amik: 

ESP - ada protein yang penting untuk membina antibodi badan dan pembaharual sel badan setiap hari.

Zinc - bantu fungsi imun yang sihat dan percepatkan penyembuhan daripada selsema dan batuk. 

Vitamin D - membantu melindungi paru-paru dari jangkitan dan tambah baik fungsi imun badan. 


Apapun suplemen ni salah satu iktiar kita sama macam vaksin bagi melindungi diri dari terkena covid. 

Jangan lupa juga berdoa selalu moga virus ini segera hilang di bumi ini. Aamin.


Baca juga;

12 Cara kuatkan sistem imun

Testimoni set imun shaklee

Punca dan sebab sistem imun lemah

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara sistem imun bekerja melindungi badan

5 Tanda sistem imun lemah





Continue Reading

14 August 2021

12 Cara Kuatkan Sistem Imun

Cara kuatkan imun badan

Dalam musim pendemik dan covid-19 yang tengah melanda dunia kita sekarang adalah sangat penting untuk memastikan sistem imun yang kuat. Ada pelbagai cara kita boleh cuba dan buat bagi meningkatkan antibodi badan.

12 Cara Terbaik untuk Kuatkan Sistem Imun Badan 

1.Tidur Cukup
Tidur yang cukup dapat membantu menguatkan imun secara semualajadi. Untuk dewasa sebaiknya tidur cukup selama 6 hingga 8 jam sehari. Bagi kanak-kanak 8 hingga 10 jam dan paling banyak 14 jam mengikut peringkat umur.

2.Kurangkan Gula
Gula tambahan dan karbohidrat ringkas boleh menyumbang kepada obesiti. Gula juga meningkatkan keradangan sekaligus mningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes. Dan diabetes ini yang boleh melemahkan sistem imun badan. Jadi, kurangkan pengambilan gula dalam makanan seharian.

3. Bersenam
Bersenam secara sederhana tapi jangan terlalu lasak. Bersenam boleh membantu mengurangkan keradangan dan membantu memperbaharui sel imun setiap hari. Badan kita akan berfungsi lebih baik apabila kita aktif dan bergerak setiap hari!

Contoh senaman berjoging, berenang, berbasikal, brisk walk / berjalan dalam rumah. Boleh buat 3-5 kali dalam seminggu.

Dah baca: Cara Bersenam yang Betul


4. Kawal Stress
Tahu tak stress yang berpanjangan boleh meningkatkan keradangan dalam badan dan sel imun tidak dapat berfungsi dengan baik. Kawallah stress dengan baik contohnya boleh buat senaman, yoga, bermeditasi untuk pastikan sistem imun kita sentiasa kuat.



5. Makan Lemak Sihat
Lemak yang sihat maksudnya ada kandungan Omega 3 seperti ikan salmon, chia seeds dan minyak zaitun boleh membantu menguatkan imun badan dengan cara mengurangkan keradangan dalam badan.

Baca juga: Manfaat Omega 3 untuk kesihatan


6. Rajin Minum Air
Cecair terdapat dalam sistem peredaran darah iaitu limfa bertuhgas membawa sel-sel imun ke seluruh badna untuk melawan jangkitan. Jika kurang air, pergerakan limfa akan terganggu dan lambat bertindak. Sebab itu kena rajin minum air kosong setiap hari sebagai salah satu cara untuk menguatkan sistem imun.

Baca juga: 
Apakah dehidasi dan tanda-tanda

7. Vitamin B
Terutama vitamin B6 penting untuk menyokong reaksi biokimia dalam sistem imun. Makanan yang kaya dengan vitamin B6 seperti ikan tuna, salmon, sahuran hijau dan kacang buncis. 

8. Vitamin C
Vitamin C terkenal dengan penggalak imun badan. Paling baik makan makanan tinggi vitamin C tiap hari supaya badan kekal mendapat vitamin C setiap hari (sebab badan manusia tak mampu menghasilkan sendiri vitamin C). 

Contoh makanan yang ada vitamin C,

Vitamin C untuk sistem imun

Ketahui juga:


9. Vitamin E
Sama seperti Vitamin C, vitamin E juga antioksidan yang hebat dalam membantu melawan jangkitan dan meningkatkan sistem imun. Antara makanan yang ada vitamin E seperti:
  • Almond
  • Biji bunga matahari
  • Minyak bunga matahari, kacang soya dan safflower
  • Hazelnut
Vitamin E untuk sistem imun


10. Vitamin D
Fungsi utama vitamin D untuk membantu mengawal paras kalsium dan fosforus dalam darah. Vitamin D yang cukupp juga membantu melindungi paru-paru dari jangkitan. Berdasarkan kajian dalam Journal Pharmacology and Pharmacotherapeutics, vitamin D yang cukup boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan paru-paru.

Vitamin D untuk imun badan


11. Zat Besi
Zat besi bertugas membantu membawa oksigen ke sel-sel badan termasuk sel imun. Antara makanan yang ada zat besi:
  • Ayam
  • Daging merah
  • Kerang
  • Sardin
  • Tuna


12. Zinc
Zinc juga perlu untuk penghasilan sel imun sistem yang baru dan membantu menghasilkan dan mengaktifkan T-cells (t-lymphocytes), yang bertindak balas apabila ada jangkitan. Zinc juga membantu masalah batuk, sakit tekak, kesesakan hidung dan saluran hidung lebih cepat sembuh.

Kebanyakan zinc ada dalam:
  • Ketam
  • Tiram
  • Kacang panjang
  • Kekacang
  • Yogurt
  • Daging dan ayam tanpa lemak

Zinc untuk imun kuat



Ada berbagai cara untuk menguatkan sistem imun badan. Pastikan imun badan kuat dalam usaha untuk melindungi diri dan mencegah dari jangkitan covid-19.



Continue Reading

11 August 2021

Vitamin Untuk Tingkatkan Imun Ibu Hamil

Bila tengok di media sosial makin hari makin ramai ibu hamil yang positig covid-19. Malah ada yang dah sarat mengandung terksa disuruh bersalin awal, terpaksa dibedah untuk mengeluarkan bayi walaupun bayi masih pramatang. 

Vitamin kuatkan imun ibu hamil


Kes terkini kita lihat ramai ibu yang terpaksa bersalin awal, melahirkan bayi pramatang dan akhirnya pergi dahulu meninggalkan bayi dan keluarga. Ibu hamil memang sangat berisiko tinggi. 

Apakah langkah persediaan awal untuk para ibu yang hamil perlu buat? 

Salah satunya bersedia dengan mengambil vitamin/suplemen yang boleh membantu meningkatkan sistem imun ibu dan janin dalam kandungan. 

Vitamin untuk tingkatkan sistem imun ibu hamil

1. Vitamin C

Vitamin paling terkenal untuk meningkatkan sistem imun semua orang termasuk ibu hamil. Masa mengandung si ibu lagi perlukan lebih vitamin C untuk keperluan janin dalam kandungan. Sebabnya bila mengandung hormon berubah boleh mempengaruhi sistem imun ibu dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan. 

Vitamin C juga penting untuk kurangkan komplikasi masa hamil dan tingkatkan penyerapan zat besi bagi mengelak masalah anemia.

Perlukah vitamin C untuk ibu mengandung?


2. Vitamin B

Vitamin B Complex termasuk asid folik sangat penting untuk ibu hamil. Ia berperanan penting untuk mengekalkan sistem imun badan yang baik. 

Dah baca? Kepentingan asid folik untuk ibu hamil


3. Vitamin D

Cara terbaik boleh buat waktu pagi berjemur sekejap untuk dapat cahaya matahari yang kaya vitamin D waktu pagi. Tapi agak sukar untuk mendapatkan vitamin D yang cukup makanya para ibu boleh makanan dan supelemen vitamin D. Vitamin D penting untuk pembentukan tulang, kesihatan otot, saraf dan sistem imun. 

Baca juga; 3 sebab para ibu suka ambil Ostematrix

4. Protein Soya 

Protein juga salah satu bahan penting untuk membina sel imun. Ia membantu badan menyokong antbodi melawan sebarang jangkitan masa hamil, mengukuhkan struktur kulit dan merendahkan peluang kuman masuk badan si ibu sekaligus melindungi si ibu hamil dan bayi dalam kandungan. 

Kebaikan protein ESP untuk ibu hamil dan menyusu


5. Nutriferon

Ibu mengandung juga boleh mengambil Nutriferon masa hamil kerana ia boleh membantu mengakktifkan sistem imun badan dengan pantas. Ia juga mampu merangsang tindak balas imun agar sel imun boleh menyerang patogen dan menguatkan ketahanan sel badan. 


Set Imun Ibu Hamil
Set Imun untuk Ibu Hamil

6. Asid Lemak Omega 3

Omega 3 bersifat anti-radang, jadi ia penting untuk menurunkan keradangan dan membaiki sistem imun tubuh ibu masa hamil. Omega 3 juga bagus untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi. 

Baca juga: Kebaikan Omega 3 untuk ibu hamil


Itulah 6 jenis vitamin / suplemen yang boleh para ibu sedang hamil atau mengandung ambil. Boleh ambil dari awal hamil sampai lepas bersalin dan berpantang juga boleh. Dalam cadangan vitamin untuk imun badan ini juga ada dalam set hamil yang Shaklee cadangakan. Jadi tiada masalah dan boleh terus amik. 


Baca juga:

Tips pemakanan masa hamil

Punca dan sebab sakit pinggang masa hamil

Pengalaman hamil, menyusu dan berpantang dengan Shaklee

Tips jerawat masa hamil




Berminat untuk mendapatkan Set Imun Shaklee ini anda boleh terus menghubungi Gee. Klik gambar untuk pautan whatsapp. 




Continue Reading

10 August 2021

10 Tips Hasilkan Artikel Blog Menarik

Tips hasilkan artikel blog menarik

Penulisan di blog penting supaya orang suka datang ke blog kita. Kalini Gee nak kongsikan apakah tips-tips yang boleh membantu anda menghasilkan penulisan artikel di blog yang menarik. 

Tips Untuk Hasilkan Artikel di Blog Yang Menarik

1.Tulis Bentuk Senarai
Tulis guna nombor untuk setiap isi yang kita nak kongsikan. Tulis guna bullet point supaya mudah orang nak baca dan fokus isi penting. 

2.Tulis Pendahuluan
Tulis ringkas tentang topik, tak perlu panjang. Cukup 2-3 baris pun dah ok.

3.Tonjolkan Bahagian Penting
Boleh pisahkan bahagian penting guna sub-headline. Contoh untuk topik,

Kebaikan Vitamin C
Untuk sub-headline boleh tulis - Buah yang kaya dengan Vitamin C, Kebaikan vitamin C untuk kulit sebagai contoh.

4. Bagi Cadangan & Inspirasi
Di akhir / penutup boleh tulis cadangan dan pendapat kita.

5. Pilih Topik yang Sesuai
Pemilihan topik,tajuk juga penting untuk menarik minat orang datang dan suka membaca blog kita.
Pastikan tajuk kita tulis mempunyai isi dan fakta yang betul. 

6. Topik Saling Berkait
Maksudnya satu artikel blog tu ada kaitan dengan artikel blog kita yang lain. Contoh topik utama berkaitan sistem imun. Dari sistem imun ni banyak artikel kita boleh hasilkan. Macam yang Gee buat, 

Punca dan sebab sistem imun lemah

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara sistem imun bekerja melindungi badan

Set Imun bantu pesakit positif covid

Semuanya saling berkaitan satu sama lain. Kiranya ‘internal link’ antara satu artikel. Ini akan membuatkan orang tersuka nak membaca dan follow penulisan serta blog kita. 

7. Rajin Membaca
Nak hasilkan content/artikel blog yang baik dan menarik perlu rajin membaca. Bukan hanya menambah ilmu kita juga menambah baik dari segi ayat.

8. Font Tulisan Jelas
Penggunaan font tulisan juga memainkan peranan penting. Pilih font tulisan yang jelas bagi memudahkan orang suka membaca hasil penulisan blog kita. Satu lagi, cuba beza font tulisan untuk isi utama dan ayat lain supaya jelas menunjukkan point utama yang kita nak bagi. 

9. Gambar
Penggunaan gambar juga penting. Sekurangnya letak satu gambar berkaitan tajuk kita tulis. Tujuannya agar bila orang nak google dan buat carian akan nampak lebih menarik bila ada gambar. Sebaiknya gambar yang utama tu berkaitan dengan topik kita nak tuliskan macam topik penulisan blog yang Gee tulis ni. 

10. Konsisten
Nak buat apa pun kena konsisten buat selalu. Nak ada hasil dan penulisan blog yang menarik memang kena praktis buat dan rajin setiap hari. 


Selamat mencuba semua. Moga kita dapat menghasilkan artikel blog yang menarik dan memberi manfaat pada orang lain. Sekurangnya bila kita sudah tiada nanti hasil penulisan kita akan terus berjalan memberi manfaat pada orang. Tulislah yang baik-baik moga kita dapat membantu orang. 





Continue Reading

07 August 2021

3 Tanda Sistem Imun Kuat


Tanda sistem imun kuat

Imun sistem yang kuat merupakan kunci utama untuk mendapat kesihatan yang baik. Lagi-lagi dengan pendemik covid-19 yang tengah melanda dunia sekarang memang semua digalakkan untuk sentiasa menjaga sistem imun kuat dan berfungsi dengan baik.

Apakah tanda sistem imun yang kuat?

1. Lebih cepat sembuh dari demam dan selsema

Pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat, cukup minum air putih dan tidur yang cukup antara faktor penyumbang kepada sistem imun yang kuat. 

Tapi yang paling utama pastinya berapa cepat tempoh untuk sembuh bila badan jatuh sakit. Adakah simptom akan berlarutan beberapa hari atau minggu? Jika terlalu lama itu menunjukkan sistem imun dalam keadaan lemah.

Vitamin C untuk demam dan selsema


2. Kesihatan usus yang baik

Tahu tak hingga 80 peratus sistem imun berada dalam usus? Sebab itu penting untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman yang baik agar sistem imun dapat berfungsi dengan baik. 

Bakteria baik dalam usus kunci untuk sistem imun kuat. Rajinlah memakan makanan yang ada berkhasiat termasuk makanan prebiotik yang akan membantu menambah baik kesihatan usus. 

Apa itu prebiotik dan kebaikan prebiotik untuk kesihatan


3. Luka lebih cepat sembuh

Tanda sistem imun kuat dan berfungsi dengan baik apabila ada terluka atau terkena jangkitan lebih cepat sembuh dan tiada gejala lain yang berlarutan. 

Terdapat 4 tahap dalam proses penyembuhan dan semuanya bergantung kepada sel-sel imun dan sel yang lain berfungsi dengan optimum. 


Jagalah sistem imun badan dengan baik. Amalkan pemakanan sihat, kawal stres dengan baik, tidur yang cukup dan rajin minum air kosong bagi memastikan antibodi badan sentiasa kuat. 


Baca juga:

Punca dan sebab sistem imun lemah

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara sistem imun bekerja melindungi badan

Set Imun bantu pesakit positif covid




Continue Reading

05 August 2021

5 Tanda Sistem Imun Badan Lemah - Ziana Eunos

Dalam keadaan pendemik covid-19 sekarang ini, adalah penting untuk pastikan sistem imun badan kita sentiasa kuat dan mantap untuk menyekat penyebaran virus. Sebab itu kita kena mengambil tahu apakah tanda-tanda sistem imun badan yang lemah. 

Tanda sistem imun badan lemah


Jom kita semak tanda-tanda menunjukkan sistem imun badan lemah.

1. Kerap Demam

Setiap tahun biasanya normal untuk demam dan selsema dalam 2-3 kali. Bila demam, sistem imun badan akan mengambil masa tiga hingga empat hari untuk membentuk semula antibodi badan. 

Tapi, jika terlalu kerap demam selsema dalam sebulan 2-3 kali itu menunjukkan korang mempunyai sistem imun badan yang lemah dan rendah.


2. Kerap Stress

Menurut American Psycholgical Association, stress untuk jangka masa panjang boleh mempengaruhi sistem imun badan kita. 

Sebabnya, stress akan mengurangkan limfosit dalam badan iaitu sel darah putih yang berfungsi membnatu melawan jangkitan. Makin rendah paras limfosit, makin berisiko untuk terdedah pada virus seperti virus demam. 


3. Luka Lambat Sembuh

Proses penyembuhan bergantung kepada sel imun badan yang kuat dan sihat. Jika sistem imun lemah, kulit akan lambat bertukar baru. Ini yang menyebabkan luka lebih lambat untuk sembuh. 


4. Sering Rasa Letih

Bila sistem imun badan lemah dan rendah, tenaga badan kita juga akan berkurang. Sebabnya badan akan bertindak untuk menjimatkan penggunaan tenaga bagi meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan kuman.


5. Masalah Perut

Selain itu, tanda bila sistem imun rendah bila sering mengalami sakit perut, sembelit, perut berangin atau cirit-birit. 

Hampir 70 peratus sistem imun berada di saluran penghadaman. Bakteria dan mikroorganisma dalam saluran penghadaman akan berfungsi untuk melindungi usus daripada jangkitan dan menyokong sistem imun agar berfungsi dengan baik. 



Jagalah badan kita setiap masa. Pastikan antibodi badan kita sentiasa kuat dan berfungsi dengan baik terutama dalam keadaan penularan covid-19 yang makin berleluasa dengan peningkatakan kes covid yang tinggi setiap hari. 



Baca juga:

Punca dan sebab sistem imun lemah

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara sistem imun bekerja melindungi badan

Set Imun bantu pesakit positif covid



Gee Shaklee
Klik gambar untuk pautan Whatsapp






Continue Reading

04 August 2021

Merdeka Giveaway by TarotTheFool




Giveaway akan berlangsung dari 24.07.2021 sehingga 31.08.2021 (11.59 malam). 
Pemenang akan diumumkan pada 05.09.2021. Boleh klik banner untuk join.

Tuan giveaway bertanya, apa hendak lakukan jika tamat pkp atau covid ini dah lenyap?

- Bagi Gee, nanti nak balik Sarawak kampung Gee sendiri . Dapat jumpa mak ayah dan keluarga. Sekarang masih kat Johor. 


Antara hadiah - hadiah pemenang giveaway:
  • Chloe Perfume
  • One Spring Chrysanthemum Moisturizing Gift Set
  • Victoria's Secret Pure Seduction Frosted Perfume
  • Home Textile Face Towel
  • Set Pelentik Bulu Mata
  • 2x Topup RM10.00
Pemenang akan dipilih melalui random.org




Continue Reading

03 August 2021

7 Punca dan Sebab Sistem Imun Badan Lemah

Sistem imun badan sangat penting untuk melindungi badan dari sebarang jangkitan. Bagi mereka yang sistem imun badan yang lemah mungkin lebih terdedah kepada jangkitan dan ia boleh berlaku berulang kali. 

Punca dan sebab sistem imun lemah


Kenal pasti apakah perkara yang boleh menyebabkan sistem imun badan menjadi lemah. 

Punca dan Sebab Sistem Imun Badan Lemah 

1. Stress

Tahu tak stress boleh melemahkan sistem imun badan dan membuatkan anda lebih mudah mendapat penyakit. Jadi, kawal dan kurangkan stress untuk pastikan badan sentiasa mempunyai sistem imun yang mantap. 


2. Kurang Tidur

Sama seperti stress, kurang tidur boleh menganggu penghasilan sel darah putih, iaitu komponen penting dalam sistem imun badan kita. Sebaiknya cuba tidur dalam 6 jam hingga 8 jam sehari bagi dewasa dan kanak-kanak antara 8 jam hingga 17 jam sehari bergantung pada umur mereka. 


3. Tak Rajin Mencuci Tangan

Sebelum ni macam takda kaitan cuci tangan dan sistem imun. Sebenarnya ia boleh mempengaruhi juga. Bila kurang menjaga dan mencuci tangan, sistem imun badan akan bekerja lebih keras untuk melindungi badan dari bendasing. 

Macam keadaan sekarangan dengan pendemik covid-19 yang melanda, amalan mencuci tangan sangat digalakkan untuk mengelak penyebaran virus. 


4. Pemakanan 

Terutama yang kerap memakan makanan segera dan makanan proses boleh menganggu sistem pertahanan badan. Termasuk juga yang kerap mengambil alkohol. Satu lagi gula juga boleh sel darah putih tidak dapat bekerja dengan baik. 


Punca dan sebab sistem imun lemah


5. Sistem Imun Tak Berfungsi

Ada sesetengah keadaan sistem imun badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Biasanya yang sejak lahir memang ada masalah sistem imun lemah atau  kedaaan yang menyebabkan imun badan lemah seperti penyakit Leukimia atau AIDS. 


6. Kekurangan Nutrisi 

Kurang mengambila pemakanan yang berkhasiat dan kaya dengan vitamin minerak juga antara sebab yang boleh melemahkan sistem imun badan. 

Contohnya kurang makan sayur dan buah. Kesannya badan kurang mendapat vitamin C yang cukup. Keadaan ini boleh menyebakan sistem imun badan berada pada tahap rendah dan mudah mendapat pengakit berulang seperti kerap demam dan selsema. 


7. Merokok 

Semua tahu merokok tidak elok untuk kesihatan. Merokok boleh menganggu saluran darah, kesannya luka lambat sembuh dan ini meningkatkan risiko jangkitan. Antibodi badan akan lebih mudah terdedah dan jika berterusan boleh melemahkan fungsi sistem imun badan. 



Kesimpulannya, sistem imun penting dan ia membantu melindungi badan dari virus, bakteria dan apa saja yang boleh menyebabkan penyakit. Jagalah pemakanan dan aktiviti harian bagi memastikan imun badan sentiasa berfungsi dengan baik terutama waktu pendemik covid-19 sekarang. 


Baca juga:

Cara sistem imun bekerja

Makanan terbaik kuatkan antibodi badan

Cara kuatkan imun badan

Set imun bantu pesakit covid



Continue Reading

01 August 2021

Promosi Shaklee Ogos 2021

Bulan baru Ogos kalini lebih menarik promosi dia! 



Set 1 - Promosi Healthy Glow Set. 

Set ni lebih fokus pada kecantikan kulit dan kesihatan. Yang best ada pencuci muka Youth. 



Kebaikan Set ini:



Tip belian Healthy Glow Set akan dapat Percuma Satu Mug Shaklee. 



Promosi yang ke 2, Love Your Body Set.



Set ini sesiapa saja boleh ambil. Semua suplemen dalam set ini bagus untuk kesihatan. Ini termasuk ibu hamil, menyusu, dan berpantang. Bagi yang nak menjaga kesihatan juga boleh. 




Sama juga akan dapat Percuma Satu Mug Shaklee. Boleh pilih color apa selagi masih ada stok. 




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun 15-25% boleh terus menghubungi Gee di 013 570 7812





Continue Reading