Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Jan 11, 2018

20 Jenis Buah Dan Sayur Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Bagaimana Ia Boleh Membantu?




Ramai yang inginkan kulit cantik berseri dan bersih tapi bab pemakanan masih kurang menjaga. Dalam entri kalini Gee kongsikan untuk anda apa buah dan sayur yang boleh anda makan untuk mendapatkan kulit cantik berseri.


20 Jenis Buah Dan Sayur Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Bagaimana Ia Boleh Membantu?

1. Beetroot


Beetroot kaya dengan antosianin, sejenis antioksidan yang kuat yang membantu menghalang kedutan pada kulit. Rajinlah makan Beetroot jika anda inginkan kulit berseri dan ‘pinkish’.


2. Epal


Epal mengandungi vitamin C yang akan membantu kulit anda kekal sihat dan cantik. Epal juga menghalang kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit.

Epal juga kaya dengan serat yang akan membantu membersihkan usus sekaligus membantu kulit anda bebas dari jerawat. Selain itu, epal juga mengandungi vitamin A, potassium, kalsium dan magnesium. Makanlah sebiji Epal sehari untuk mengekalkan kecantikan kulit anda.

Lihat artikel >> Punca dan Faktor Yang Menyebabkan Jerawat Naik

3. Lobak


Lobak kaya dengan beta karotena yang mana ia boleh ditiukar kepada Vitamin A. Ia dapat membantu kulit anda lebih berseri, menghalang kedutan dan memperbaiki strutur kulit agar lebih sihat. Rajin-rajinlah makan lobak setiap hari.


4. Lemon


Kulit akan kelihatan kusam apabila ada parut, jerawat dan blakcheads. Tapi lemon boleh membantu anda. Ia tinggi dengan vitamin C, yang mana vitamin C penting dalam penghasilan kolagen di dalam badan anda. apabila kulit cukup kolagen, maka kulit akan nampak lebih berseri dan cantik!


5. Anggur


Anggur, samada anggur merah atau hijau, mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan. Penyelidik telah mendapati bahawa resveratrol membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV dan kanser kulit. Anggur juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin C, K, dan folat dan mineral seperti kalsium, kalium, dan fosforus. Selain itu, ekstrak biji anggur mempunyai ciri-ciri untuk keremajaan kulit, melindungi, dan menyembuhkan.


6. Biji labu


Salah satu cara untuk mencerahkan kulit adalah dengan mengambil segemgam biji labu. Ini kerana labu kaya dengan zinc yang penting untuk menghasilan sel-sel kulit baru. Biji labu ini juga boleh mengawal pengeluaran minyak dalam kulit dan menyekatakan tona kulit anda.


7. Bayam


Kaya dengan antioksidan yang boleh membantu menghalang kedutan pada kulit anda. Ia juga menguatkan tisu kulit dan memiliki sifat anti-radang yang membantu menyingkirkan toksin agar kulit anda lebih bersih dan berseri.


8. Strawberi


Mengandungi ‘malic acid’,ini membuatkan strawberi terkenal sebagai agen pencerah semulajadi. ‘Malic acid’ juga menggalakkan kulit yang lebih sihat, lebih anjal dan kelihatan muda dengan memperbaharui sel-sel kulit tanpa merosakkan lapisan kulit anda. Ia juga kaya dengan antioksidan yang membantu kulit anda lebih sihat dari dalam. Jom makan strawberi jom!

9. Keledek


Mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi dan sifat anti-keradangan semulajadi sangat membantu melawan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga ada vitamin C bagi membantu menyembuhkan dan memperbaiki luka dan bekas jerawat serta menyekatakan tona kulit and.

10. Tomato


Tomato kaya dengan antioksidan jenis lycopene yang mempunyai ciri-ciri anti-penuaan. Ia juga bertindak sebagai pelindung matahari untuk melindung kulit anda dari dalam. Tomato juga bersifat asid, membolehkannya membantu mengetatkan liang dan menghalang jerawat. Tak suka tomato? Lepas ni kena rajin-rajin makan tomato.

11. Avokado


Avokado mengandugi Biotin atau vitamin B7. Biotin penting untuk pertumbuhan dan pembaharuan semula sel-sel. Ia juga turut mengandungi vitamin A, C dan E yang terkenal sebagai pelindung kulit. Asid lemak di dalam avokado juga penting untuk keanjalan kulit, mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka. Avokado juga kaya dengan lutein and zeaxanthin yang akan membantu melindungi kulit dari sinar UV.


12. Nanas


Nanas mengandungi ‘bromelain’ semula jadi. Ia adalah sejenis enzim yang mempunyai manfaat khas untuk kulit. Anda boleh menggunakan jus nenas pada kulit untuk membersihkan sel kulit mati. Nanas juga tinggi antioksidan, melembapkan dan melembutkan kulit dari dalam.

13. Betik


Ekstrak buah betik banyak digunakan secara meluas dalam industri penjagaan kulit seperti kulit muka, sabun, pembersih, dan losyen. Tetapi kenapa ramai yang memilih rawatan kimia daripada memakan betik yang lebih segar dan murah ini?

Betik mengandungi sejumlah besar Vitamin A , B, C, asid pantothenik, dan folat dan mineral seperti tembaga, potassium, dan magnesium. Betik juga mengandungi enzim seperti papain dan chymopapain yang membantu mencegah kerosakan kulit oleh radikal bebas dan mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikulat, dan antiviral.


14. Kiwi


Kiwi kaya dengan Vitamin C dan malah lebih banyak daripada vitamin C yang terdapat di dalam buah oren. Vitamin C tinggi dengan antioksidan yang akan membantu mengukuhkan sistem imun, mempercepatkan penyembuhan demam/selsema, membantu dalam sistesis kolagen dan mencegah kedutan.


15. Tembikai


Tembikai sangat bagus untuk kulit terutama untuk kulit berminyak dan berjerawat. Tembikai mengandungi serat (0.4%), air (92%), karbohidrat (7.55%), gula (0.4%), vitamin C, A, B1, dan B6, karotenoid, flavonoid dan lycopene. Ia tidak mempunyai lemak dan bebas kolesterol.

Lycopene pula membantu mencegah radikal bebas dan menghalang kerosakan kulit. Air membantu menghilangkan toksin dan meningkatkan pergerakan usus. Apabila usus bersih, kesannya kulit bebas dari jerawat dan lebih sihat.

16. Mangga


Mangga kaya dengan vitamin A, E, C, dan K, flavonoid, polifenolik, beta-karoten, dan xanthophylls. Kehadiran vitamin ini membuatkan mangga penting dalam melindungi kulit anda daripada kerosakan DNA dan keradangan. Mangga juga kaya dengan gula dan serat makanan, yang membantu merawat sembelit.


17. Delima


Buah delima kaya dengan vitamin C, K, dan folat, dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, dan kalium. Malah, kulit dan biji yang dimakan juga kaya dengan antioksidan (asid ellagic) yang membantu melindungi kulit dari kerosakan UV-A dan UV-B dan pigmentasi kulit . Para saintis juga berjaya menghasilkan regenerasi dermis dan epidermis manusia di makmal yang menggunakan delima.

18. Gooseberry


Gooseberry kaya dengan antoksidan vitamin C, mempunyai sifat anti-radang dan penyembuhan luka. Selain itu, gooseberry juga membantu dalam pengeluaran kolagen (antara sebab ia banyak digunakan dalam produk kosmetik).


19. Buah Pic


Buah pic kaya dengan vitamin A, C, E, dan K dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium, fosforus, dan serat. Ia antara sumber antioksidan hebat yang membantu menghalang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan DNA di dalam badan.

20. Ceri


Ceri bukan saja sedap, lazat, manis dan berwarna merah malah ia mempunyai keupayaan untuk membaiki dan melindungi kulit anda daripada kerosakan. Ceri mempunyai serat, vitamin A, C, K, dan folat, dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium, dan fosforus. Ceri juga mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti-radang yang boleh membantu mencegah kerosakan kulit.




Ini adalah senarai 20 jenis buah dan sayur yang boleh membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, bersih dan berseri. Pastikan anda mengurangkan atau mengelakkan makanan yang bergoreng atau berminyak. Banyakkan mengambil buah, sayuran, asid lemak omega 3, dan meminum banyak air putih untuk memastikan kulit anda sihat dan cantik. Selamat mencuba!



Continue Reading

Dec 28, 2017

Punca Kulit Kusam dan Gelap | Cara Mengatasi Kulit Kusam dan Gelap




Kulit kusam boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua dari usia anda sebenar. Hati-hati ya! Jangan dibiarkan kulit muka kusam begitu saja. Lama-lama kulit kusam boleh menyebabkan muncul jeragat padda kulit anda.

Bagaimana nak merawat dan memperbaiki kulit kusam ini??

Sebelum anda mengetahui cara mengatasi kulit kusam dan gelap, anda perlu tahu dahulu apa punca masalah kulit menjadi kusam dan gelap. Selidik dahulu apa sebab kulit kusam jadi begitu.


Punca kulit kusam dan gelap 


1. Stress

Apabila stress, badan akan mengeluarkan hormon stress iaitu kortisol. Apabila hormon kortisol ini di keluarkan secara berlebihan di dalam badan dan kelenjar, ia menyebabkan:
  • Jerawat dan kulit mula bermasalah
  • Melambatkan proses regenerasi semula jadi kulit
  • Tona kulit kelihatan pucat dan kusam 

2. Tidak cukup tidur

Apabila anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, sel-sel kulit anda tidak akan dapat menjana semula dengan cepat dan cekap seperti biasa, sebaliknya kulit menjadi kasar, kusam, kering, lingkaran hitam sekitar mata dan juga memberi kesan kepada perubahan pengeluaran minyak dan pengelupasan sel kulit.

Sebab itu tidur yang cukup penting untuk menjana dan menghasilkan semula pertumbuhan sel-sel dan kolagen.


3. Sel kulit mati

Terlalu banyak sel kulit mati di wajah anda akan menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tak berseri. Penting untuk anda menggelupas atau membuat skrub muka secara berkala setiap minggu menghilangkan dan membuang sel kulit mati di wajah anda.


4. Rokok

Rokok juga berbahaya untuk anda! Asap rokok boleh menghalang peredaran darah yang ada oksigen daripada masuk ke dalam kulit. Dan ini menyebabkan kulit anda tidak mendapat bekalan nutrien yang cukup sehingga menganggu proses regenerasi kulit. Akhirnya kulit anda kelihatan kusam, tak berseri dan nampak tua dari usia.


5. Sinar UV matahari

Terdedah pada sinar UV matahari setiap hari boleh menyebabkan kulit anda menjadi kasar dan berkedut serta mempercepatkan lagi proses proses penuaan kulit.


6. Dehidrasi

Atau dalam kata lain kekurangan air. Dehidrasi akan melambatkan proses peredaran darah ke kulit anda hingga menyebabkan kulit kelihatan pucat dan sakit.


7. Pemakanan tidak sihat

Kita adalah apa yang kita makan. Adalah penting untuk mengawal apa yang anda makan setiap hari kerana ia memberi kesan terus kepada kulit anda. elakkan dan kurangkan makanan proses, gula, garam dan amalkan makanan tinggi antioksidan, kaya dengan serat, protein dan asid lemak perlu ( omega 3).



Berikut pula bebarap cara untuk mengatasi kulit kusam dan gelap yang boleh anda amalkan. 

  • Buat masker muka sekurangnya 2 kali seminggu
  • Lakukan skrub pada muka sekurangnya 1 kali seminggu
  • Rajin mencuci muka waktu pagi dan malam untuk membersihkan makeup, kotoran dan minyak di muka.
  • Gunakan mada sebagai pelembap. Anda boleh sapukan madu dengan kapas di kawasan kering dan tunggu dalam 10 minit barulah anda membilas muka anda.
  • Guna pelindung matahari untuk melindung kulit daripada sinar UV yang berbahaya untuk kulit anda.
  •  Bersenam untuk membantu melancarkan peredaran darah.
  • Amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan makanan berminyak, yang diproses, bergula dan tinggi garam. 
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Banyakkan minum air putih. 


Selain itu, anda juga boleh mengambil suplemen untuk membantu mengatasi kulit kusam dan gelap. Antara suplemen yang boleh anda amalkan:




1. B-complex 

Vitamin B Shaklee mempunyai 8 jenis vitamin B dan semua mempunyai fungsi masing-masing.

Untuk kulit kusam,
  • Vitamin B5 - melancarkan peredaran darah sekaligus mmenjadikan kulit sihat, segar dan berseri
  • Vitamin B12 - membantu sekatakan tona kulit, ia mengelak kulit gelap di kawasan tertentu di tubuh
  • Vitamin B3 dan B5 - mengekalkan kelembapan kulit, melambatk penuaan kulit, memperbaiki jerawat 
 
2. Sustained Release Vita C

Vitamin C Shaklee ini mengandungi Citrus Bioflavonoid, yang akan membantu meningkatkan penyerapan vitamin C di dalam tubuh.

Vitamin C sangat penting untuk kulit. Ia membantu:
  • Membentuk kolagen 
  • Mencerahkan kulit satu badan
  • Melambatkan proses penuaan kulit
  • Mengurangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari
  • Menyekat pigentasi penyebab utama jeragat

3. Vitamin E Complex

Vitamin E Shaklee dibuat daripada minyak kacang soya, minyak biji gandum, grape seed extract, selenium dan 8 jenis vitamin E. Ini membuatkan vitamin E Shaklee antara terlengkap di pasaran dan mudah diserap tubuh.

Vitamin E juga penting untuk kulit:
  • Melambatkan proses penuaan kulit
  • Memudarkan kesan parut 
  • Melancarkan peredaran darah, menjadikan wajah berseri tak kusam
  • Melambatkan pembentukan melanin - pigmen kulit yang menyebabkan jeragat
  • Memperbaiki kesan sunburn

4. ESP Shaklee

Supplemen protein yang lengkap. Rendah lemak dan tiada kolesterol. Juga lengkap dengan asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh anda.


Protein sangat penting untuk kulit, ia 
  • Memperbaiki sel kulit yang rosak dan membina sel baru
  • Mencerahkan kulit secara sekata
  • Menyingkir sel mati yang berwarna hitam dan gelap
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan dan memudarkan parut
  • Memperbaiki kesan jeragat

5. Collagen Powder 

Suplemen kolagen terbaik dari Shaklee. Ia diperbuat daripada sumber tulen dan tahan lasak, 4000 mg ekstrak kolagen RSS yang berkualiti. Molekul sangat ringan, 1000 Dalton jadi ia sangat mudah diserap tubuh untuk membantu merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.

Kebaikan Collagen Powder untuk kulit:
  • Mengurangkan tanda penuaan - garis halus, kedutan, kecilkan liang roma
  • Mencerahkan kulit, pigmentasi, parut pada kulit
  • Menganjlakan kulit
  • Melembapkan kulit yang kering dan menggelupas
  • Kulit lebih licin dan lembut


Cadangan suplemen di atas adalah saranan untuk anda yang ada masalah kulit kusam.

Jika anda mempunyai masalah kulit yang lain juga, anda boleh menghubungi Gee terus ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah.


http://www.wasap.my/6013-5707812



Continue Reading

Aug 27, 2015

5 sebab anda perlu ambil B-Complex setiap hari


Asalamualaikum dan Hi semua ^_^

Harini cik gee nak berkongsi tentang vitamin B-Complex. Ada yang makan B-Complex dari Shaklee juga?


Mari.. cik gee nak bagi 5 sebab anda perlu ambil B-Complex setiap hari

1-Selalu stres? Tertekan?
Makan B-Complex 1-2 biji tiap hari. Terbaik untuk anda yang selalu stress dan tertekan. Vitamin B12 bertindak melindungi kesihatan fungsi saraf dan dapat meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

2-Sakit kepala
Khas buat anda yang kerap diserang sakit kepala boleh makan B-complex. . Vitamin B3 (Niacin) ni salah satu fungsi dia membantu memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala.

3-Mencantikkan kulit
Antara vitamin terbaik untuk kulit. Vitamin B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin) mengekalkan dan menjaga kecantikan kulit. Makan 1-2 biji setiap hari vitamin B-Complex membantu kulit lebih berseri dan melindung kulit dari sinaran UV matahari.

4-Tenaga
Badan selalu rasa letih dan lelah? B-Complex pilihan terbaik untuk anda sebab vitamin B akan menukar makanan kepada tenaga.

5-Ada asid folik
Ini yang paling penting terutama anda yang merangcang untuk hamil dan sedang hamil. Asid folik penting untuk mencegah kecacatan tiub neural.


tablet dia warna kuning tapi kecil .. mudah ditelan

kecil saja botol dia boleh muat dalam handbag ^_^





Continue Reading

Aug 24, 2015

5 makanan mesti anda ambil untuk elak migrain | 3 vitamin untuk migrain



Assalamualaikum dan Hi ^_^

Hari ini cik gee nak berkongsi tentang migrain. Ada yang selalu kena serang migrain?

Biasanya migrain ini boleh berlaku sebelah kepala pada satu satu masa dan kadang kadang ia boleh merebak ke seluruh kepala. Ada juga yang rasa loya dan tak berselera untuk makan. Ringkasnya kan pesakit migrain ini harus tidur dan berehat di sekitar yang tenang dan sunyi untuk meredakan rasa sakit.



Jom .. cik gee nak berkongsi makanan yang boleh diambil untuk mengelak migrain. Lepas ini boleh masuk dalam’ menu makanan wajib tiap hari’ kan.


Bayam
Kaya dengan magnesium yang memang berkesan untuk mengelak migrain.







Kekacang
Dengan mengamalkan kekacang ini dapat melindungi tubuh daripada sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Kekacang antara makanan yang kaya dengan sumber magnesium. Menurut kajian migrain berlaku akibat kekurangan magnesium di dalam badan. Magnesium akan membantu menenangkan fikiran apabila sakit kepala menyerang.


Susu
Susu dipercayai mengandungi vitamin B2 atau Riboflavin yang penting dalam pembentukan sel darah merah, antibodi tubuh dan menukar makanan kepada tenaga. Mereka yang mengalami migrain dikaitkan dengan kekurangan tenaga.





Salmon
Ikan salmon antara makanan yang tinggi dengan Omega-3 dan ia merupakan makanan terbaik untuk pesakit migrain.



Telur
Juga kaya dengan Omega-3 dan ia merupakan makanan yang amat baik untuk mengatasi masalah migrain. Dan telur lebih mudah didapati.






Cik Gee juga nak berkongsi supplement Shaklee yang sesuai untuk pesakit migrain. Cik Gee tahu ada yang susah nak makan sesetengah makanan di atas itu kan. Jadi cara lebih mudah dengan mengambil supplement.



Ostematrix
Supplement kalsium yang lengkap sekali dengan mangnesium dan vitamin D. Ostematrix ini sangat sesuai untuk anda yang tak suka atau sukar nak minum susu. Caplet dia pun kecil dan mudah ditelan.


B-Complex
Vitamin B yang lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B2 dan asid folik. Bukan hanya untuk migrain sahaja tapi B-Complex ini terbaik untuk anda yang kerap sakit kepala dan selalu tertekan atau stres. Kerana ia berfungsi menenangkan urat saraf. Cik Gee selalu makan bcomplex kalau sakit kepala & pening2.





Omega Guard
Supplement minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 termasuk EPA & DHA. Omega 3 sangat efektif untuk membantu mengawal ketegangan dileher dan sakit kepala.Omega 3 juga dikatakan baik untuk masalah kolesterol tinggi, darah tinggi dan kesihatan jantung.









Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya. 






Continue Reading

Aug 4, 2015

Bagus ke B-Complex Shaklee? (Keistimewaan & Kebaikan B-Complex)


Assalamualaikum dan Hi semua ")


Cik Gee nak tanya ada sesiapa yang makan B complex macam Gee jugak?? Bagus ke?


Sebotol B-Complex ni tahan lama sampai 4 bulan.. . Paling bagus B-Complex ni Cik Gee suka kalau rasa pening , sakit kepala , boleh makan 1-2 biji lepas tu rest kejap nanti insyaallah ok.

Lagi satu untuk KULIT CANTIK. Vitamin B membantu melancarkan peredarah darah, so tak ada la wajah nampak pucat atau kusam macam tak bermaya.

Bagi yang selalu rasa stress, 'moody' , nak marah, takut meroyan dalam pantang juga boleh ambil B-Complex.




Gee pasti ramai yang kat luar sana suka dengan vitamin B-Complex Shaklee kan kan .. sebab apa? Jom baca .

Kenapa WAJIB pilih B-Complex Shaklee?
  • Vitamin B-Complex Shaklee adalah yang paling lengkap di pasaran, ada semua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Kebanyakan vitamin B yang dijual di pasaran tak lengkap. Sangat penting untuk memilih vitamin B-Complex yang lengkap kerana setiap satu vitamin B ini akan berfungsi dengan lebih baik dan melengkapi satu sama lain. 
  • Vitamin B-Complex Shaklee juga ada mengandungi 100% biotin untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. 
  • Kandungan 200mg Asid folik di dalam setiap biji B-Complex dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti hasil ciptaan para saintis Shaklee ini menjadi kemestian untuk ANDA memilih B-Complex Shaklee ini!

Vitamin B-Complex Shaklee yang lengkap ada semua 8 jenis vitamin B. Apa fungsi setiap vitamin B ini ??
B1 (thiamin)
Fungsi : Mengubah zat karbohidrat dalam makanan menjadi tenaga.
Sumber makanan : Nasi, roti, bijiran, tepung, makanan laut seperti udang, kerang.

B2 (riboflovin)
Fungsi : Menjaga kesihatan mata dan kulit.
Sumber : Susu , keju, ayam, brokoli, bayam.

B3 (Niacin)
Fungsi: Untuk kesihatan kulit, meningkatkan nafsu makan, memperbaiki sistem pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi tenaga.
Sumber: Bijiran, kacang-kacangan, daging lembu.

B5 (antothenic Acid)
Fungsi : Bersama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak , protein, karbohidrat menjadi tenaga. Manfaat lainnya adalah untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D.
Sumber : Ayam, ikan sardine, alpukat, semangka.

B6 (Piridoksin/Pyridoxin)
Fungsi : Diperlukan dalam proses asam amino dan lemak.
Sumber : Daging, ikan, sapi, kentang, tomato, pisang, buah yang berwarna unggu dan sayuran hijau.

B7 (Biotin)
Fungsi : Membantu dalam proses pemecahan lemak, protein menjadi tenaga yang akan digunakan oleh tubuh.
Sumber: Daging ikan salmon, telur, susu, cereal, pisang dan kacang tanah.

B9 (Folat/Folic Asid)
Fungsi : Bertugas agar sel-sel pada tubuh membesar dengan baik, membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan pada janin.
Sumber : Susu dan produk olahan susu, bit, hati, tembikai dan sayuran berdaun hijau.

B12 (Kobalamin/Cobalamin)
Fungsi : Mengubah karbohidrat, protein dan lemak menjadi tenaga, menjaga sel darah merah tetap sihat, melindungi sel saraf, mencegah penyakit jantung, dan mencegah penyusutan otak yang dapat menyebabkan daya ingatan menurun.
Sumber : Daging lembu, ikan, hati, telur, susu dan rumput laut.

Huh ... banyaknya makanan yang perlu kita ambik untuk mendapat khasiat lengkap kesemua 8 jenis vitamin B ni kan .. sebab tu Cik Gee mengambil makanan tambahan B-Complex Shaklee kerana dalam satu tablet sudah lengkap , semua ada .. tapi makanan2 ni semua PERLU diambil macam biasa ^_^


Gee juga nak beritahu anda apa SEBIJI B-COMPLEX ini boleh berikan jika anda mengambilnya setiap hari ??

Secara umumnya, sebiji B-Complex Shaklee mampu:
    • memberi tenaga kepada tubuh
    • membantu kemampuan berfikir
    • mengelakkan penyakit beri-beri
    • melambatkan proses ubat di rambut
    • penting untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
    • penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf
    • mencegah stress
    • menguatkan antibodi tubuh
    • amat penting untuk aktiviti sel genetik
    • diperlukan dalam pembentukan protein asid amino
    • memproses dan memnghasilkan sel-sel darah merah
    • mencegah anemia (tekanan darah rendah)
    • perlu untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik bagi ibu mengandung
    • mencegah kecacatan tulang belakang (penting diambil semasa mengandung)

      Kanak-kanak yang mengambil B-Complex juga :
        • merangsang pertumbuhan.
        • meningkatkan kemampuan berfikir.
        • memberikan tambahan tenaga.

          Sangat banyak kebaikan vitamin B-Complexi ni , anda digalakkan untuk mengambilnya tiap tiap hari.. Apa akan jadi jika badan kita kekurangan vitamin B ?? jom sema,


          Antara tanda-tanda kekurangan vitamin B, ialah :
            • kemurungan, mudah marah, merajuk , emosi tak stabil.
            • selalu letih , tidak bermaya, wajah nampak lesu dan kusam
            • sentiasa resah gelisah
            • mudah panik, menggelabah, darah gemuruh
            • kurang selera makan
            • sembelit
            • kurang fokus & konsentrasi
            • rambut kelemumur
            • tekanan atau emosi sewaktu haid
            • sakit pada bahagian abdomen
            • mudah bengkak pada buku lali, kebas di tangan dan kaki

              Siapa yang memerlukan B-Complex Shaklee ini ?
                • mereka yang mudah terdedah kepada sinaran matahari
                • mereka yang mudah terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
                • mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
                • mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan (stress)
                • mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
                • mereka yang ingin nampak cantik dan muda
                • wanita yang mengandung, berpantang selepas bersalin dan menyusukan anaknya
                • wanita yang mengambil pil perancang
                • wanita yang merancang untuk mengandung (kesuburan)


                  Banyak jenis vitamin B-Complex yang dijual di pasaran , macam mana anda nak pilih yang baik dan berkualiti ?? Di sini cik gee sertakan juga panduan memilih vitamin B-Complex yang baik:
                  • Pilih B-Complex yang mengandungi kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, acid folic dan biotin) sebagaimana dinyatakan dalam RDA (Recommended Dietary Allowance) kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama.
                  • harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
                  • pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
                  • elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air melalui pelepasan masa (sustain release)
                  .
                  .
                  .
                  .
                  .


                  Apa kata mereka2 yang mengambil B-Complex Shaklee? #shakleeeffect

                  Testimoni B-Complex Shaklee
                  FB Cik Aann
                  Yg dpt rasa lepas makan bcomplex ni jd xmengamuk mcm selalu.kikik.. stress kan,,jdi cpt marah ngan student.. dh lama makan bcomplex dh xde lah perangai2 tu..n bagus jugak utk org diet sebab boleh tukarkan makanan kepada tenaga..


                  FB Norhana Marsom 
                  B compleks btl2 mengatasi stress..bl sy bz..stress..sy mkn bcomplex..legaaa..dpt meredakan sakit kepala, tekanan kemurungan dan insomnia..


                  FB Azie Suhaimi 
                  bcomplex supplemen utk org yg selalu stress..sebab tu ada dlm set berpantang, unyuk elak meroyan..plus bagi kulit glowing..lepas bersalin byk darah hilang, muka pucat . so siapa yg berpantan dgn bcomplex, muka nmpk ceria brtenaga je :)

                  FB Khairiah Hameed
                  Baru tadi customer pm..dia ambil set kesuburan budget. Pagi ambil vitalea dan b complex, katanya jadi cergas n maintain. Baru 2hari try. Selalunya tengahari dah melepek..nak tidur . Tapi tetiba dua hari ni jadi fokus n cergas. Memang terbukti b complex terbaikk.


                  APA KATA MEREKA YANG LAIN PULA .. 














                  Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



                  Nurzhiana Mohd Yunus


                  Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


                  sms/whatsapp : 013-570 7812


                  Terima kasih kerana memilih Shaklee


                  Continue Reading