Showing posts with label Bisul. Show all posts
Showing posts with label Bisul. Show all posts

Jan 27, 2018

Cara Merawat & Hilangkan Bisul Agar Cepat Pecah dan Sembuh



Ada yang pernah kena bisul? Yang pernah kena bisul mesti tahu kan macam mana. Rasa takut dan fobia kalau bisul datang lagi nanti. Kalini Gee nak berkongsi pengalaman sendiri kena bisul kat korang.


Cara Merawat & Hilangkan Bisul Agar Cepat Pecah dan Sembuh

Kena bisul ni antara pengalaman paling 'ngeri' bagi Gee.

Kenapa 'ngeri'?
Disebabkan bisul ni Gee tak boleh berjalan dengan betul macam biasa, banyak duduk dan baring. Lepastu solat pun Gee kena solat duduk. Hilang nikmat kejap nak solat dan sujud macam biasa sebab Gee solat duduk atas kerusi. Kaki tak boleh berdiri lama or bergerak banyak sebab bisul banyak, tak pecah keluar nanah dia. Memang rasa sakit tu berdenyut.

Kenapa teruk macam tu skali?
Sebab bisul ni Gee kena kat bawah tapak kaki. Dua belah kaki pulak tu. Ya Allah memang sakit nak jalan. Lagi-lagi bila bisul tu masih tak pecah dan merebak banyak kat kaki Gee. Memang rasa seksa. Masa ni Gee terfikir macam ni lah kan kalau orang tu ada sakit tak boleh jalan. Takda nikmat dah.





Ni sebahagian gambar. Tapi ni gambar mula-mula sebelum bisul tu merebak habis kat kaki.


Macam mana Gee merawat bisul dan menghilangkan bisul agar cepat pecah dan sembuh?

1. Makan suplemen. Gee baca yang bisul ni sebab antibodi / sistem imun badan lemah. Dan boleh jadi demam kan bila kena bisul.

Jadi Gee makan suplemen Vitamin C, Garlic dan Alfalfa. Dos memang lebih sikit Gee makan untuk kuatkan imuniti badan lawan bisul tu. So far masa tu Gee tak kena demam. Syukur jugak kan.


Gee amik juga ESP. Ni untuk percepatkan proses penyembuhan, kulit lagi cepat elok. Parut hilang dan pudar. Satu lagi, badan tak rasa letih sangat.

2. Gee juga amik ubat. Beli dari farmasi. Ada 2 jenis ubat yang Gee makan. Tapi ubat ni Gee makan hari ke 3-4 macam tu. Sebab tak tahan sakit. Bisul dia makin merebak. Jadi mintak ayah belikan ubat kat farmasi.

Ubat tahan sakit untuk bisul

Ubat untuk bagi bisul cepat pecah dan tak naik lagi bisul


3. Gee beli krim dari farmasi jugak. Krim ni Gee tengok, untuk krim sakit mata tu. Tapi sapu je lah sebab orang kat farmasi tu bagitau boleh cepat elok. So gee sapu siang malam. Alhamdulillah memang betul, bisul cepat pecah, tak naik banyak dan makin elok. Tapi kena rajin sapu.



4. Sapu krim Herbal Blend Shaklee. Ni lepas bisul dah kering, tinggal parut dan kulit macam kering berkulit. Jadi Gee sapu lah krim ni tiap hari. Alhamdulillah cepat ok. Kulit tak kering sangat. Parut macam cepat pudar jugak.

5. Cuci bisul dengan Basic H. Gee tergerak untuk campur Basih H dengan air supaya dapat bunuh kuman dan cuci bersih kaki.

Bisul ni antara sebab dia naik ialah bab kebersihan. Jadinya Gee cuci tiap hari kaki dengan air Basic H. Hebat tau tak? Bila cuci guna air Basic H ni, kaki tu tak rasa pedih. Bila cuci guna air biasa/paip tu ada rasa pedih dia sikit. Patut pun ramai ibu-ibu guna air ni untuk anak-anak bila demam.


Berapa lama kena bisul?

Gee kena bisul ni lebih kurang dalam 10-12 hari. Lama jugak kan. Lebih dari seminggu. Tapi yang Gee perasan memang cepat baik la bila Gee amik semua atas tu.

Alhamdulillah syukur.

Lepas bisul dah baik, Gee teruskan makan suplemen. Sebab ada yang kata bisul boleh datang lagi. Makanya Gee teruskan makan macam biasa. Dan jaga kebersihan kaki jugak. Takut dia naik lagi bisul kat tempat yang sama. Kena pandai cegah dari awal lah kan.

Alhamdulillah. Bila kena bisul ni banyak mengajar Gee untuk lebih bersabar dan bersyukur. Yang penting kena yakin dengan Allah. Ada lah sebab dia bagi ujian tu kan.


Sedikit tip bisul yang boleh Gee kongsikan untuk korang bersama.

Tip Bisul:
  • Rajin makan makanan yang tinggi antioksidan untuk kuatkan sistem imun badan melawan bakteria.
  • Jangan pecahkan bisul. Bila pecah merebak lagi banyak.
  • Jaga makan. Makan-makanan yang sihat-sihat.
  • Rajin minum air kosong untuk elak badan terhidrat. Efek jugak bila air kurang dalam badan, sistem imun lemah. 
  • Menjaga kebersihan diri dan kawasan sekitar. 
  • Bersabar untuk tunggu bisul baik sepenuhnya.

Moga pengalaman dan tip Gee kongsi ni dapat membantu korang yang ada bisul. Paling penting jaga kebersihan dan tingkatkan sistem imun badan.



 http://Www.wasap.my/60135707812




Continue Reading

Dec 23, 2015

Rawat bisul dengan cara lebih berkesan | Suplemen Shaklee untuk bisul



Apakah bisul?

Bisul adalah sejenis jangkitan kulit dan ia berlaku apabila jangkitan bakteria menyerang kulit melalui folikel rambut. Kemudian ia akan tumbuh dan membiak di akar atau folikel rambut. Bisul yang timbul ini akan kelihatan kemerahan, bengkak dan bernanah. Cecair bisul ini adalah campuran darah dan nanah.


Bisul dikaitkan dengan sejenis bakteria Staphylococcus Aereus. Bisul boleh berlaku kepada sesiapa saja terutama mereka yang kurang menjaga kebersihan, yang sistem daya tahan badan yang rendah, yang tinggal di kawasan yang sesak, yang alah terhadap ubatan, yang kekurangan nutrisi, pesakit daibetes juga berisiko, yang suka memakai pakaian ketat hingga kulit melecet, dan yang mempunyai masalah kulit.


Bisul boleh tumbuh di bahagian leher, muka, ketiak, punggung atau paha. Ini kerana kawasan ini kerap berpeluh, bergesal dan mempunyai folikel (rambut) .


Dalam masa 24 jam bisul menjadi makin besar dan ketulan nanah akan muncul. Dan ia akan menjadi lebih sakit dalam masa seminggu. Antara tanda2 bisul yang boleh dilihat:
  • Ketulan berwarna merah atau merah jambu
  • Rasa menyakitkan terutama apabila tersentuh
  • Saiz lebih kurang dalam setengah inci diameter
  • Ada nanah di tengah2 bisul ( keputihan atau lelehan darah )
  • Merah dan bengkak di kawasan kulit yang dijangkiti

Bisul boleh hilang dalam masa beberapa hari bergantung kepada penjagaan individu. Untuk memastikan bisul sembuh ia memerlukan masa dalam 2 minggu menurut Dr Abd. Hamid Mat Sain (Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban). Bisul akan sembuh lebih perlahan dan akan meninggalkan kesan2 parut.


Tetapi bisul berisiko untuk timbul semula. Kemungkinan bakteria yang menyebabkan bisul merebak di dalam kulit. Salah satu faktor nanah dari bisul tidak dibersihkan dan nanah merebak ke kulit atau kawasan sekitar.


Bagaimana merawat bisul dari merebak dan timbul semula? Ada beberapa panduan yang anda boleh gunakan iaitu:
  • Elak memicit atau memecahkan bisul kerana ia boleh merebak
  • Basuh bisul secara perlahan 2x sehari
  • Sapukan antibiotik pada bisul dan kawasan sekitarnya
  • Basuh tangan bersih2 selepas merawat bisul
  • Basuh juga pakaian, tuala atau kain yang terkena bisul
  • Campurkan air dengan 1 sudu teh garam kemudian di didih dan sejukkan pada suhu bilik. Tuam kain ke dalam air itu tadi dan sapu pada bisul. Buat banyak kali bagi membantu memcahkan bisul agar nanah lebih cepat keluar
  • Gunakan minyak tea-tree (berfungsi sebagai antiseptik, antibiotik dan antifungi) dan sapukan pada bisul
  • Teh herba seperti red clover dan dandelion boleh merawat jangkitan bakteria.
  • Ubat homeopati contoh silica, sulfuris dan belladonna

Tips mencegah bisul
  • Menjaga kebersihan diri
  • Memastikan kulit sentiasa bersih
  • Membasuh tangan sebelum menyentuh muka
  • Jangan berkongsi tuala atau pakaian
  • Elakkan makanan bergula atau berlemak
  • Banyakkan makan buahan, sayuran, bijirin dan protien (tak berlemak)
  • Apabila terkena bisul elakkan menekan kerana ia boleh merebak ke bahagian kulit lain / aliran darah

-
-
-
-
-


Bagaimana suplemen Shaklee membantu masalah bisul? Apakah suplemen yang sesuai untuk bisul ini?




Garlic 

Antibiotik semulajadi. Juga terkenal sebagai antiseptik dan antifungal. Bukan sahaja untuk bisul tapi ia boleh meningkatkan imuniti tubuh dan menyekat pembentukan kulat, yis candida dan virus2 lain.
' Tahu tak 1 tablet garlic shaklee menyamai 2 ulas bawang segar yang berkualiti '

NutriFeron 

Penggalak imun semulajadi. Ia membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ( bisul juga berpunca dari kelemahan sistem imun tubuh). Nutriferon juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan bisul. Nutriferon dalam bentuk serbuk yang boleh dikemam atau diminum dengan air minuman. Sangat sesuai untuk kanak2 dan orang dewasa terutama yang sukar menelan tablet.


Carotomax   

Juga dikenali sebagai vitamin A. Ia dapat membantu mengurangkan tanda2 bisul.Vitamin A penting untuk mengekalkan badan,saluran kencing, mata, saluran usus, dan saluran pernafasan yang sihat. Apabila lapisan kulit kuat, bakteria dan virus tidak dapat masuk ke dalam badan dengan mudah sekaligus membantu mencegah dan merawat bisul. Vitamin A juga merupakan antioksidan yang penting dalam merangsang pengeluaran sel-sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit, yang berkesan untuk menangani jangkitan.


Vitamin C 

Vitamin antioksidan yang akan membantu meningkatkan imunisasi tubuh. Vitamin C akan membantu tubuh menghalang jangkitan seperti bisul dengan lebih efektif. Vitamin C juga menghalang bisul terjadi lagi kerana ia meningkatkan antibodi tubuh.


Vitamin E

Vitamin antioksidan yang berkuasa yang diperlukan untuk merawat bisul. Ia akan membantu meningkatkan imunisasi tubuh di mana vitamin E berkesan melawan jangkitan seperti bisul. Vitamin E juga penting berfungsi sebagai anti keradangan yang akan membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat bisul.


Herbal Blend Cream 

Krim serbaguna yang boleh disapukan pada bisul agar bisul cepat matang. Herbal blend cream ini juga untuk kulit kering, tumit kasar & pecah, kulit gatal2, kena gigitan nyamuk, merawat luka2, melecur, memudarkan parut dan banyak lagi !




Testimoni Bisul


Testimoni #1


 Testimoni #2








Rujukan:
http://www.vitaminsestore.com/best-vitamins-for-treating-boils/
http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/boils





Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .




Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

SMS/WHATSAPP 013-570 7812


Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.


Continue Reading