Showing posts with label Gout. Show all posts
Showing posts with label Gout. Show all posts

Jan 2, 2018

Tip sihat untuk pesakit gout




Gout adalah sakit pada sendi akibat kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. Paras asid yang terlalu tinggi ini kemudian akan membantuk kristal asid urik pada bahagian sendi anda dan kemudian menyebabkan anda berasa sakit, bengkak dan sukar bergerak untuk menjalankan aktiviti harian.


Boleh baca artikel tentang sakit gout sepenuhnya di sini >> Penyakit Gout- Bagaimana Gout Berlaku, Punca, Tanda-Tanda Dan Rawatan Untuk Gout 


Mungkin ada yang terdekat dengan anda ada menghidap penyakit gout. Ada juga yang terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan.

Dalam entri kali ini, Gee ingin berkongsi tip yang anda boleh amalkan untuk yang ada sakit gout dan juga tip untuk mengelak sakit gout.


Tip sihat untuk pesakit gout

Untuk pesakit gout, ada beberapa tip yang penting untuk anda bagi mengelakkan gout makin teruk.

  • Pesakit gout yang mendapat serangan gout perlu banyak berehat sambil mengangkat kaki dengan meletakkan kaki anda di atas bantal. Ini untuk membantu mengurangkan bengkak dan sakit pada sendi.
  • Pesakit gout boleh menggunakan ais atau menuam sejuk untuk mengurangkan bengkak pada sendi.
  • Pesakit gout digalakkan minum lebih banyak air kosong. Semasa serangan gout, anda perlu mengelak memakan daging dan makanan laut, minuman beralkohol dan bergula fructose yang tinggi.
  • Mengambil minuman kopi. Beberapa kajian menunjukkan pengambilan kopi dalam jumlah yang sederhana boleh mengurangkan risiko gout. 
  • Vitamin C. Ia juga boleh membantu merendahkan paras asid urik di dalam darah sekaligus membantu mengurangkan risiko dan serangan gout. Anda boleh mengambil vitamin C dalam 500 mg sehari. Lihat >> suplemen Vitamin C
  • Ceri. Memakan buah ceri juga boleh membantu mengurangkan risiko serangan gout.


Tip untuk mengelak sakit gout

  • Amalkan cara hidup dan makanan yang sihat untuk mengelak dari mendapat penyakit gout terutama bagi anda yang mempunyai risiko keturunan gout.
  • Pilihlah makanan yang seimbang dan tidak mengandungi daging, makanan laut dan minuman beralkohol serta minuman berfructose.
  • Lakukan senaman secara rutin untuk mengekalkan kecergasan badan dan mengekalkan berat badan yang ideal. 


Anda boleh juga amalkan pengambilan suplemen untuk memperbaiki dan mengurangkan sakit gout >> Suplemen Shaklee untuk Gout 



Continue Reading

Jan 1, 2018

Penyakit Gout- Bagaimana Gout Berlaku, Punca, Tanda-Tanda Dan Rawatan Untuk Gout




Ramai tak orang di sekeliling anda yang ada penyakit gout? Orang kampung Gee sendiri ramai yang ada gout termasuk ahli keluarga besar kami yang ramai tu. Kadang-kadang kesian juga kan dengan orang ada gout ni, bila kena serangan gout memang seksa sakit dia.

Jadi dalam entri ini Gee ingin kongsikan apakah sebenarnya penyakit gout ni. Apa yang perlu anda tahu. Apa punca gout ni. Apakah rawatan yang sesuai.


Apakah gout?
  • Gout adalah penyakit pada radang sendi atau sendi rasa sakit dan bengkak. Kebanyakan ia melibatkan ibu jari kaki. Keadaan ini berlaku kerana kristal urik terbentuk di dalam sendi yang berkaitan.  



Bagaimana penyakit gout berlaku?
  • Gout berlaku apabila terdapat gangguan pada metabolisme purin hingga meningkatkan paras asid urik di dalam darah. Dan ini menyebabkan pembentukan jejarum kristal monosodium urate yang mendap di dalam sendo, tendon dan tisu yang lain. Pemendapan ini menyebabkan tindak balas radang berlaku pada sendi berkaitan. Akhirnya sendi bengkak, sakit yang perit, kulit menjadi merah dan susah untuk bergerak. Ia boleh berlaku dalam masa 2 hingga 4 jam dan banyak berlaku pada waktu malam. 


Siapa yang berisiko dapat penyakit gout?

Gout menjadi semakin biasa berlaku pada masa ini. Yang berisiko tinggi dan kerap adalah lelaki.

  • Lelaki - Mereka yang berusia 30 tahun ke atas yang gemar mengambil makanan seperti daging, makanan laut, minuman beralkohol dan minuman gula fructose yang boleh meingkatkan paras asid urik.
  • Wanita - Berlaku pada wanita yang berumur 50 tahun ke atas atau selepas menopause.

Punca penyakit gout

Pemakanan
  • Mengambil makanan seperti daging dan makanan laut, minuman beralkohol dan bergula fructose (minuman dalam tin, jus dalam botol). Pengambilan makanan ini akan menyebabkan paras asid urik dalam darah meningkat hingga berlakunya gout.

Tanda-tanda penyakit gout
  • Sendi sakit dalam masa 2-4 jam
  • Biasa berlaku waktu malam
  • Sendi berasa sakit, bengkak
  • Gout juga boleh menyerang sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari
  • Kulit kemerahan, panas
  • Sukar untuk berjalan atau bergerak
  • Kesakitan gout boleh berlarutan dari 5 hingga 7 hari

Info: Sebanyak 60 peratus pesakit gout ini mendapat serangan gout kali kedua dalam masa setahun.


Pantang larang untuk pesakit gout

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan atau mengelak makan daging dan makanan laut serta tidak mengambil minuman beralkohol dan bergula fructose yang tinggi.


Rawatan untuk pesakit gout

Antara ubat-ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit gout adalah:
  • NSAiDs - Ubat utama untuk merawat sakit gout. Rasa sakit boleh berkurang dalam 4 jam selepas mengambil ubat ini. pesakit gout digalakkan mengambil NSAiDs selama satu atau dua minggu hingga kesakitan pada sendi hilang.
  • Colchicine - Ubat antiradang khas untuk merawat dan mengurangkan arthritis gout akut. Ia juga digalkkan mengambil secara tetap di antara serangan gout. Ubat ini juga boleh menghalang serangan gout jika mengambilnya pada peringkat awal.
  • Glucocorticoids - Steroid yang bertindak sebagai antiradang, juga diguna untuk merawat arthritis gout jika terdapat kontraindikasi apabila menggunakan NSAiDs.
  • Allopurinol - Untuk menghalang pembentukan asid urik dan untuk kegunaan terapi jangka panjang adalah selamat. Juga boleh digunakan untuk pesakit yang ada masalah buah pinggang. 


Adakah suplemen boleh membantu penyakit gout?

Selain daripada ubatan yang disenaraikan di atas, anda boleh cuba mengambil suplemen atau makanan tambahan untuk memperbaiki dan merawat gout. Tapi anda perlu ingat bahawa suplemen bukan ubat sebaliknya ia sebagai langkah untuk mencegah dan menambah baik kesihatan anda.


Suplemen Shaklee untuk pesakit gout



Alfalfa Complex
⚫Tumbuhan Alfalfa ini kaya dengan pelbagai nutrien termasuk Vitamin A, C, E, kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
⚫Agen detoks semulajadi yang menyingkir toksik dari badan.
⚫Mengawal keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Orang gout biasa asid urik tinggi, jadi anda perlukan Alfalfa untuk kawal.

Omega Guard
⚫Penting untuk pesakit gout yang ada gout bengkak teruk.
⚫Ia mengandungi asid lemak Omega 3 termasuk EPA & DHA.
⚫EPA & DHA dipercayai membantu mengurangkan keradangan/bengkak pada sendi.
⚫Memelihara fungsi sendi.
⚫Juga membantu mengawal paras kolesterol & darah tinggi.



Performance Drink
⚫Terbukti secara klinikal membantu menyokong tahap hidrasi berbanding air. Jadi ia sangat sesuai untuk orang gout perlu cukup air dalam badan.
⚫Mencegah dehidrasi
⚫Membantu menyingkir asid urik dan bahan yang tidak diperlukan keluar dari badan.
⚫Sesuai untuk diminum oleh semua.



Testimoni Set Gout Shaklee









Lihat juga:

Tip Sihat untuk Pesakit Gout



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh menghubungi Gee ke 013-5707812 atau klik bawah ini.


www.wasap.my/6013-5707812



Continue Reading