Showing posts with label Ibu Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Ibu Berpantang. Show all posts

Jan 10, 2018

Kena Amik Tahu Apa Larangan Semasa Dalam Berpantang | Masih Diamalkan atau Tidak?




Berpantang adalah amalan yang wajib untuk setiap wanita yang baru lepas melahirkan anak. Tempoh untuk berpantang bergantung pada individu, ada yang berpantang selama 44 hari dan sehingga 100 hari.

Dalam entri kalini, Gee ingin berkongsi amalan yang masih diamalkan oleh wanita selepas bersalin sejak dari zaman nenek moyang kita dulu. Mungkin ada yang masih mengamalkannya kan? Mari kita lihat apa amalan atau pantang larang semasa berpantang yang masih kekal hingga kini.


Larangan Semasa Berpantang

1. Mandi
Semasa mandi, si ibu hendaklah mandi duduk di atas bangku. Ia bertujua untuk menjaga peranakan. Apabila anda duduk, anda tidak menggunakan terlalu banyak tenaga kerana ibu yang baru lepas bersalin masih berada dalam keadaan lemah.

2. Pantang selama 100 hari
Sejak dari dahulu lagi, wanita digalakkan untuk berpantang selama 200 hari berturut-turut. Adakah anda sanggup?
  • Kenapa 100 hari?Ia untuk membantu peranakan kembali normal dan benar-benar pulih. Dalam tempoh ini anda juga disarankan untuk tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami. 
3. Peranakan sembuh semula
Ada yang mengatakan bahawa peranakan cepat sembuh apabila anda tidur dengan merapatkan kaki. Malah anda juga tidak boleh aktif bergerak dan hanya duduk di atas katil untuk tempoh seminggu yang pertama selepas bersalin.

4. Duduk bersimpuh
Duduk bersimpuh dengan merapatkan dua lutut juga antara amalan yang perlu dibuat semasa berpantang. Cara ini dikatakan mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka selepas melahirkan anak. Amalan ini dilakukan samada anda bersalin secara normal atai pembedahan.

5. Mata rabun
Anda juga digalakkan menjahit ataupun membaca buku semasa dalam berpantang. Ini disebabkan keadaan fizikal anda masih lemah.

6. Ibu jari kaki terhantuk
Anda perlu berjalan secara perlahan-lahan semasa dalam tempoh berpantang. Ini untuk mengelak ibu jari kaki terhantuk. Dikhuatiri ibu akan pitam atau bentan apabila ibu kaki terhantuk.



Persoalanny, adakah anda masih mengamalkannya sehingga sekarang ini???



Lihat juga :

Set Ibu Berpantang

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

Set Kehamilan Shaklee

5 TIPS RANGSANG BANYAK SUSU IBU

10 cara/teknik penyusuan susu ibu yang betul







Continue Reading

Jan 9, 2018

7 Perkara Patut Anda Tahu dan Buat Selepas Bersalin Melahirkan Anak




7 Perkara Patut Anda Tahu dan Buat Selepas Bersalin Melahirkan Anak

Ada beberapa perkaran yang patut anda kena amik tahu sebelum bersalin melahirkan anak. Ini sebagai langkah persediaan awal untuk anda terutama bagi bakal-bakal ibu yang baru pertama kali bersalin.


1. Urutan badan
Selepas saja bersalin, anda perlu mengurut badan. Urutan mampu membantu mengembalikan kekuatan dan tenaga si ibu. Ini kerana dalam tempoh proses melahirkan anak, badan anda mengalami kesakitan. Jadi anda perlu berurut dengan segera.


2. Bengkak susu
Untuk si ibu yang baru pertama kali melahirkan, anda mungkin mengalami radang payudara atau bengkak susu. Keadaan ini biasa berlaku selepas 10 hari anda bersalin melahirkan anak.

Kenapa?
Ini kerana susu yang teralu banyak terkumpul dan lambat keluar hingga payudara jadi bengkak dan anda boleh demam. Lakukan tuamam untuk melegakan kawasan bengkak susu.

Lihat artikel >> Lecithin untuk bengkak susu


3. Kemurungan
Ramai si ibu yang ada masalah murung selepas melahirkan bayi. Contohnya seperti sukar tidur, kurang selera makan, keletihan, kesedihan, rasa gelisah, kerengsaan dan tidak boleh fokus.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa 85 peratus wanita mengalami masalah kemurungan sewaktu berpantang. Keadaan ini boleh menganggu kesihatan diri dan menjejaskan saat indah anda bersama dengan bayi anda.


4. Penambah susu
Anda boleh mengambil cekur manis, lobak putih, peris dan pegaga. Pengambilan yang kerap boleh membersihkan dan melancarkan peredaran darah.

Lihat artikel :

10 cara/teknik penyusuan susu ibu yang betul

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

5 TIPS RANGSANG BANYAK SUSU IBU

 

5. Sumber tenaga
Semasa tempoh berpantang anda kerap untuk berasa letih dan tidur tidak cukup. Anda boleh mengambil makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh.

Contoh minum air rebusan serai, halia, kulit kaya manis dan lada hitam. 

Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan yang banyak di jual di pasaran. Tapu pastikan anda merujuk doktor dahulu.

Lihat artikel >> Set Ibu Berpantang


6. Sumber protein
Antara sumber protein yang baik adalah ikan segar seperti haruan dan selar. Misalnya ikan haruan digalak untuk anda yang bersalin ceasarean. Elakkan makan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk kerana boleh memberi kesan alahan.

Lihat artikel >> Suplemen protein terbaik untuk si ibu


7. Sumber penyembuhan
Bagi membantu luka bersalin anda cepat sembuh, makan buah oren yang kaya khasiat vitamin C. Ia tinggi antioksidan dapat membantu mempercepatkan pemulihan luka dan juga baik untuk sistmem imunisasi dan kesihatan badan anda.

Lihat artikel >> Kebaikan Vitamin C Plus Shaklee


Tapi anda tidak boleh makan sayuran jenis menjalar, berangin dan sejuk seperti kangkung, timun dan sayur keladi, bayam dan rebung. Ia untuk mengelak masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.


  • Info tambahan
1. Untuk wanita islam, anda perlu mandi hadas besar selepas bersalin (wiladah) iaitu sebaik selepas melahirkan. Anda boleh mandi dengan air suam.

2. Bagi yang bersalin ceasarean, anda boleh menutup jahitan dengan plastik untuk elak jahitan terkena air mandian.

3. Mandi hadas besar selepas kering darah nifas. Lepas darah nifas kering, anda berada dalam keadaan suci dan boleh bersolat.



Moga bermanfaat buat anda. Selamat berpantang Gee ucapkan buat yang bakal bersalin melahirkan anak nanti ya.



sumber: majalah pa&ma


Continue Reading

Jan 3, 2018

Masalah masa berpantang yang sering dialami oleh ibu lepas bersalin




Bagi ibu yang baru pertama kali mengandung dan berpantang, tentunya anda tidak pasti apa masalah yang sering dialami oleh ibu lepas bersalin. Ada pelbagai kemungkinan yang bakal anda tempuhi. Jom lihat apakah masalah yang selalu dialami oleh ibu yang baru lepas bersalin.


Masalah masa berpantang yang sering dialami oleh ibu lepas bersalin

  • Sembelit

Masalah sembelit ini hanyak dialami oleh sesetengah wanita lepas bersalin. Bagi anda yang mengalaminya, ia boleh membuatkan anda sukar untuk membuang air besar, perut rasa tidak selesa dan sukar untuk membuang najis yang keras dan menyakitkan.

Ada juga yang apabila meneran, darah kemungkinan akan keluar juga. Jadi, anda perlu bersedia awal dan mengambil ubat yang perlu untuk melancarkan pergerakan najis seperti ubat pelembut najis.


Lihat >> Suplemen kalsium dan magnesium untuk baiki sembelit 


  • Episiotomi terbuka

Berpantang sendiri memerlukan samangat dan kesabaran yang tinggi. Dalam tempoh berpantang ini anda perlu berpantang dengan betul dan mengikut semua saranan yang perlu untuk memastikan badan kembali sihat dan segar.

Tapi berhati-hati, anda mungkin mengalami masalah seperti jahitan terbuka. Jadi anda perlu segera berjumpa dengan doktor.

  • Anak menangis waktu malam

Bagi sesetengah ibu, ada yang sensitif apabila anak menangis. Pada waktu ini, peranan suami sangat penting. Suami perlu bersabar dan membantu mendukung serta mendodoi bayi hingga dia tertidur. Sekiranya bayi terus menangis mungkin ada sebabnya seperti lapar, terlalu penat, perut kembung dan berak.

  • Tanam uri

Ada hospital yag menyediakan perkhidmatan mencuci uri dan ada juga yang perlu anda sendiri menguruskannya. Jadi anda perlu menguruskan dengan betul.



Apa jua cabaran dan masalah yang anda alami semasa tempoh berpantang dan lepas bersalin ini, anda perlu kuat dan sabar mengharunginya. Jangan lupa juga untuk sentiasa memohon dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan.



Lihat artikel:

Suplemen Shaklee untuk ibu berpantang

10 Cara /Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul


5 Tips Rangsang Banyak Susu

Cara kuruskan badan dengan cepat selepas bersalin dan berpantang




Continue Reading

Aug 25, 2015

5 sebab ibu berpantang pilih set berpantang Shaklee

Assalamualaikum dan Hi ^_^

Cik Gee nak ucap selamat berpantang buat ibu-ibu yang sedang berpantang dan baru nak mula berpantang. Cik Gee tahu banyak sangat produk untuk ibu berpantang di pasaran sekarang tapi tak tahu nak pilih yang mana satu. Cik Gee cadangkan yang terbaik dan sudah diambil oleh ramai ibu berpantang di luar sana.

Jom .. cik gee nak bagitahu 5 sebab utama ibu berpantang pilih set pantang Shaklee.

Badan lebih bertenaga
Ramai ibu mengadu badan rasa lebih cergas dan bertenaga masa berpantang dengan set pantang shaklee. Bila berjaga malam pun badan tak penat tapi masih bertenaga. Badan tak lemau dengan supplement ESP, B-Complex dan multivitamin Vita-Lea.


Luka cepat sembuh
Ibu yang berpantang dengan set pantang shaklee juga mengaku luka cepat sembuh dalam tempoh 1-2 minggu. Sebabnya supplement zinc yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka luka dalaman dan luaran. Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan cik gee memang sangat menggalakkan anda mengambil zinc. Bonus makan zinc rambut kurang gugur.


Kulit cantik
Ramai ibu teruja dengan set pantang shaklee sebab dia boleh mencantikkan kulit ibu dan bayi. Kulit makin glowing, muka berseri tak pucat, kulit anak lebih halus dan lembut. Kombinasi supplement vitamin C, protien ESP, B-Complex dan multivitamin Vita-Lea yang banyak membantu mencantikkan kulit dari dalam. Stretch pun cepat hilang dan makin pudar. Seronok tak seronok?


Air susu banyak
Mesti ibu ibu suka bila air susu banyak. Jangan tak tahu set pantang shaklee ini juga bantu tingkatkan susu ibu, susu meriah dan boleh menyusu hingga 2 tahun. Bayi juga cepat kenyang dan kurang meragam. Protien ESP dan supplement lain yang bantu membantu memperbanyakkan susu ibu selain teknik power pumping yang betul.


Tak ada sembelit!
Sembelit masa berpantang memang menyeramkan. Perit o0.. Alhamdulillah dengan set pantang shaklee masalah sembelit dapat diatasi dengan Ostematrix. Kandungan kalsium, magnesium dan vitamin D di dalam Ostematrix yang membantu melancarkan masalah pembuangan atau sembelit ketika berpantang. Terutama magnesium yang sangat penting untuk melembutkan najis dan menggalakkan pergerakan usus lebih lancar.



Inilah set berpantang terbaik dari Shaklee!

http://zianaeunos.blogspot.com/2014/02/set-berpantang-shaklee-untuk-ibu.html
click gambar untuk details


Peringatan dari cik gee bila makan set pantang shaklee ini tak semestinya perlu tinggalkan amalan berpantang cara tradisional sebab supplement shaklee ini Cuma membantu melengkapkan nutrisi dalam badan.


#ShakleeEffect Ibu yang berpantang dengan Set Berpantang Shaklee












Hubungi Cik G untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .



Nurzhiana Mohd Yunus


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116


sms/whatsapp : 013-570 7812


FB Page : Ziana Beauty Shoppe



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya. 





Continue Reading