Showing posts with label Jerawat. Show all posts
Showing posts with label Jerawat. Show all posts

Jan 7, 2018

Cara Mudah Hilangkan dan Kecutkan Jerawat




Cara Mudah Hilangkan dan Kecutkan Jerawat

Malu rasa bila ada banyak jerawat kat muka. Nak berdepan dengan kawan-kawan pun segan. Muka penuh jerawat. Ada yang merah dan timbul macam ada isi. Benjol besar dan parut pun ada skali.

Stress juga kadang-kadang. Dah cuba macam-macam produk pun tak jadi. Jumpa doktor dan doktor bagi antibiotik pulak makin teruk naik jerawat. Apa nak buat??

Jangan risau. Gee ada penyelesaian untuk masalah jerawat anda. Tapi yang penting anda kena bersabar untuk merawat jerawat ni. Dia perlu masa untuk baikpulih semula sel-sel kulit yang rosak akibat jerawat.

Apakah penyelesaian jerawat?

Gee cadangkan anda merawat dan menghilangkan jerawat dari dalam dengan mengambil suplemen tambahan. Ada beberapa suplemen yang sesuai untuk menghilangkan dan kecutkan jerawat anda. Tapi sebelum tu jom lihat dulu testimoni dari customer gee sendiri bawah ni.


Testimoni Jerawat

1. Customer Gee yang ini baru 2 minggu mengambil Vitamin C dan Garlic untuk baiki jerawat belliau. Ada nampak beza kan? Gee suruh beliau teruskan ambil hingg a jerawat ok. Dua-dua muka tu kawasan yang sama ya. Tapi arah amik gambar yang berlainan.


2. Customer Gee yang kedua ni sorang jururawat. Dia ada masalah jerawat dan dalam masa 1-2 bulan jerawat dah baik dan tiada kelihatan bekas jerawat tu kan. Yang ni beliau amik ESP dan Vitamin C.


3. Yang ini pulak rakan gee sendiri. Masa ni dia bagitau gee muka tiba-tiba banyak jerawat naik. So dia amik ESP, vitamin C dan B-complex untuk usaha membaiki jerawat beliau.


4. Sorang lagi costomer Gee, yang ini baru 2 minggu mengambil Vitamin C Shaklee. Dah ada perubahan jerawat dah kecut.


5. Yang ini pula customer Gee, mengambil Vitamin C dan Garlic juga. Yang ini dia bagitau Gee pernah amik antibiotik tapi takda perubahan sangat. Jadi gee suruh dia ambil Garlic, antibiotik semulajadi. Macam makan bawang putih mentah tapi yang Garlic Shaklee ni dalam bentuk tablet, mudah untuk diambil hari-hari.



Sudah lihat tetsimoni di atas? Agak cepat jerawat dia hilangk kan? Ok sekarang Gee perkenalkan suplemen yang sesuai untuk membantu menghilangkan dan merawat jerawat anda.


Suplemen terbaik untuk hilangkan kulit jerawat

1. Vitamin C
  • Membantu dalam menghasilkan kolagen untuk kulit sekaligus membaiki kulit yang rosak akibat jerawat. Jerawat juga cepat kecut dan baik kerana sifat antioksidan vitamin C membantu meneutralkan radikal bebas yang antara punca jerawat. 

2. Gamma Linoleik Acid (GLA) 
  • Membantu menstabilkan hormon yang tidak teratur di dalam tubuh badan anda.

3. Protein 
  • Membantu dalam memperbaharui dan memperbaiki sel kulit yang rosak akibat jerawat.
4. Bawang putih
  • Antbiotik semulajadi untuk tubuh. Sesuai untuk anda yang ada alahan dengan ubat antibiotik.Ia penting untuk membantu menghalang pertumbuhan bakteria jerawat dan jerawat degil.
5. Vitamin B Kompleks
  • Vitamin B penting untuk mengawal dan meredakan stress di dalam badan. Stress antara punca jerawat tumbuh.
6. Alfalfa
  • Tumbuhan yang kaya dengan pelbagai khasiat dan nutrisi seperti asid amino, vitamin, mineral, serat. Ia juga bersifat alkali jadi membantu tubuh yang banyak asid dan menyingkirkan darah kotor serte kolesterol keluar dari badan.



Bagaimana nak memilih suplemen yang sesuai dan selamat untuk di ambil?


Untuk suplemen, anda boleh mengambil suplemen yang berikut:








Berminat untuk merawat jerawat anda dengan batuan vitamin Shaklee ini anda boleh menghubungi Gee terus. Gee juga akan kongsikan tip bagaimana untuk buat jerawat lebih cepat kecut dan elok.


http://Www.wasap.my/60135707812



Continue Reading

Dec 22, 2017

Makanan yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh makin parah




Pernah dengar pepatah, ‘you are what you eat’. Apa yang anda makan akan memberi kesan kepada tubuh. Makanan dan jerawat juga sebenarnya sangat berkait antara sata sama lain terutama bagi yang ada masalah jerawat yang serius. Sebab itu sangat penting untuk anda mengetahui makanan apa yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh di kulit.


Makanan yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh makin parah


1. Keju


Tidak semua produk tenusu membahayakan kulit, tetapi salah satu makanan yang boleh menyebabkan jerawat ialah keju. Semua jenis keju termasuk krim dan karamel mengandungi progesteron dan steroid yang boleh meninggalkan kesan negatif badan kita kerana ia dapat meningkatkan aktiviti kelenjar lemak, antara yang akan menyebabkan jerawat.


2. Susu


Terutama susu lembu. Menurut Dr Kazin, beberapa kajian menunjukkan bahawa jerawat mungkin lebih buruk lagi bagi yang anda yang mengambil produk tenusu terutamanya yang suka minum susu. Keadaan ini berlaku kerana peningkatan hormon testosteron yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh.


3. Minuman berkafein 
 

Jika anda ingkan kulit yang sihat anda perlu mengelakkan atau mengurangkan pengambilan minuman berlafein. Terutamanya kopi dan alkohol boleh meningkatkan kemungkinan hormon kortisol aktif iaitu sejnis hormon tekanan. Hormon kartisol adalah antara sebab utama kulit jerawat.


4. Makanan dalam tin


Sangat perlu dielakkan untuk anda yang ada masalah jerawat. Makanan dalam tin adalah makanan yang diproses yang juga mengandungi banyak bahan kimia tidak sihat yang boleh memberi kesan kepada kulit.


5. Popcorn

 
Ia sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai. Tetapi malangnya popcorn ini kaya dengan trans fat, kanji dan produk tenusu. Oleh itu, popcorn bukan makanan yang baik untuk kulit anda dan ia juga boleh memburukkan lagi jerawat.


6. Potato chips


Gee pasti ramai yang suka makan potato chips kan. Tapi awas ya untuk orang ada masalah kulit. Potato chips ini diperbuat daripada minyak dan kanji tidak baik untuk kulit. Potato chips adalah antara makanan yang menyebabkan jerawat anda makin naik.

7. Udang 



Yang ini lagi ramai yang suka makan udang kan?? Jangan tak tahu, udang juga makanan yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh. Udang mengandungi alergen yang boleh menyebabkan kulit ruam dan jerawat. Udang juga tinggi dengan kandungan iodin yang tidak bagus untuk kesihatan kulit anda.


8. Gula-gula


Sangat tinggi dengan kandungan gula. Ia bukan saja tidak baik untuk kulit, juga berisiko untuk kenaikan berat badan, Diabetes, dan penyakit kardiovaskular. Pakar mengatakan bahawa gula makanan yang tinggi gula akan merosakkan kulit dan jerawat suka naik. Jadi anda perlu hadkan pengambilan kek, biskut, gula-gula, dan soda.


9. Makanan bergoreng


Minyak dan lemak adalah tidak sihat untuk kulit kerana ia boleh membawa kepada pengumpulan lemak di dalam badan. Dan ia juga sangat mudah menyebabkan jerawat makin paras dan banyak naik.


10. Buah longan


Antara buah yang ramai orang suka kerana rasanya yang lazat dan manis. Tetapi anda kena tahu bahawa buah longan juga boleh menyebabkan jerawat naik.

Untuk ibu mengandung, anda perlu menghadkan pengambilan buah longan kerana ia boleh menyebabkan badan panas dari dalam, menganggu perkembangan janin dan sakit perut.


11. Delima


Makanan tempatan yang sangat kaya dengan gula, mineral dan vitamin. Tetapi buah delima mengandungi terlalu banyak gula boleh menyebabkan jerawat tumbuh.


12. Kacang


Kacang mengandungi karbohidrat, protein, dan vitamin yang memberi manfaat kepada hati dan buah pinggang anda. Walau bagaimanapun, kacang agak sukar untuk dicerna. Sebab itu anda tidak boleh memakannya dengan banyak pada satu masa. Kacang juga sangat panas, jadi jika anda ada masalah jerawat, anda tidak boleh makan kacang dengan banyak. Jika boleh elakkan.


13. Durian


Antara buah yang juga membuatkan badan anda panas apabila memakannya. Ia boleh meningkatkan haba di dalam badan anda dan boleh menyebabkan jerawat jika anda memakannya terlalu banyak.


14. Minuman berkarbonat / bergas


Minuman ini boleh menyebabkan keradangan kepada tubuh. Dan ia juga mengandungi aspartame, yang boleh menyebabkan jerawat.


15. Gluten 


Gluten boleh menyebabkan keradangan dan masalah penghadaman kepada akan menyebabkan jerawat. Kesan gluten juga sama seperti gula. Contohnya, makanan seprti roti, tepung, bijirin, gandum dan pasta antara penyebab terbesar keradangan berlaku di dalam tubuh anda yang akhirnya akan keluar sebagai jerawat pada kulit.


16. Makanan pedas


Pengambilan berlebihan makanan pedas boleh menganggu sistem penghadaman. Dan makanan pedas juga menyebabkan jerawat. Jika anda ada masalah jerawat, anda digalakkan untuk mengawal kuantiti makanan pedas.


17. Sushi


Tidak semua sushi berpotensi untuk menyebabkan jerawat tetapi ada beberapa perkara perlu adan tahu kaitan sushi dengan jerawat khususnya untuk penggemar sushi. Contohnya sushi yang ada menggunakan beras putih yang tinggi indeks glsemik, isi ketam dan sos soya pula tinggi gluten. Kesemuanya boleh meningkatkan keradangan di dalam badan sehingga boleh memburukkan lagi jerawat. Berhati-hati untuk penggemar sushi sekiranya anda ada msalah jerawat.


18. Jus dalam botol


Walaupan ada yang beranggapan jus dalam botol ini adalah jus buah segar tetapi ia sebaliknya. Jus dalam botol ini kebanyakan tinggi kandungan gula dan tidak ada serat. Ini akan meningkatkan paras gula dalam darah anda hingga boleh meningkatkan pengeluaran minyak (sebum) dan keradangan. Sebaiknya anda ambil jus dari buah-buahan segar.

Lihat juga: Punca dan Faktor Jerawat Naik


Bagi yang ada masalah jerawat, Gee sarankan supaya anda berhati-hati dalam memilih makanan. Salah makan, ia boleh memberi kesan terus kepada jerawat anda.

Selain itu, anda juga boleh mencuba SET JERAWAT ini untuk yang ada masalah jerawat.


Paling penting amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Ia bukan saja baik untuk mengawal jerawat tapi juga baik untuk kesihatan anda.




www.wasap.my/6013-5707812




Continue Reading

Dec 21, 2017

Punca dan Faktor yang Menyebabkan Jerawat Selalu Naik | Cara Merawat Jerawat dengan Mudah




Apabila kulit muka banyak tumbuh jerawat dan paling teruk jerawat berbenjol dan merah-merah memang akan rasa malu, kurang menyenangkan dan rendah diri. Gee juga macam itu bila ada jerawat naik kat muka walaupun naik jerawat sikit dah rasa gelabah, risau dan akan selalu tengok cermin.

Dan ada masa juga Gee akan berfikir kenapa jerawat tak berhenti naik? Pernah tak alami macam ni?

Sebab itu kena amik tahu dulu apa punca dan faktor jerawat anda selalu naik di muka.


Apakah jerawat?

  • Jerawat ialah keradangan pada kulit yang biasa berlaku dia muka, dahi, bahu dan belakang badan. Ini disebabkan kulit kawasan ini mengandungi lebih banyak kelenjar minyak.

  • Jerawat tidak berbahaya tapi ia akan meninggalkan bekas dan kesan parut pada kulit. Dan ini menyebabkan kulit tidak cantik dan bersih. 




Tapi sebelum memulakan sebarang rawatan, anda perlu tahu dahulu punca dan faktor yang menyebabkan jerawat sering berlaku.


Apakah punca jerawat? 


Punca yang menyebabkan jerawat selalu naik di muka dan badan: 

  • Lebihan penghasilan minyak dalam kelenjar minyak kemudian ia tersumbat bersama dengan bakteria lalu berlakunya jerawat atau inflamasi kulit.
  • Folikel rambut tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati juga akan menyebabkan jerawat naik pada muka dan kulit.
  • Hormon yang selalu dikaitkan dengan jerawat ialah hormon androgen. Apabila hormon androgen meningkat, kelenjar minyak yang berada di bawah kulit makin membesar dan meningkatkan penghasilan minyak atau sebum. Keadaan ini akan mengakibatkan tumbuhnya jerawat pada muka dan kulit anda.


Selain itu, anda perlu tahu juga apa faktor yang menyebabkan jerawat makin banyak dan makin teruk di muka dan badan anda.


Faktor jerawat selalu naik di muka dan badan 


1. Terlalu kerap mencuci muka

Jika terlalu kerap mencuci muka akan menyebabkan jerawat makin teruk. Mencuci muka lebih dari 2 kali sehari boleh menyebabkan kulit kering. Dan ini menyebabkan terlaku banyak minyak dihasilkan. Ingat ya minyak ibarat kolam untuk jerawat!


2. Umur

Semua orang berpeluang untuk naik jerawat tapi ia kerap berlaku kepada golongan remaja.


3. Sejarah Keluarga

Faktor genetik juga memainkan peranan untuk naik jerawat. Sekiranya kedua ibu bapa mempunyai masalah jerawat maka anda akan berkemungkinan untuk mewarisi jerawat juga.


4. Tekanan / Stress

Apabila anda tertekan atau stress, badan akan menghasilkan hormon corticotrophin yang menggalakkan pertumbuhan jerawat.


5. Tekanan Pada Kulit

Benda- benda seperti telefon, topi keledar, beg, pakaiaan dan tuala misalnya jika terkena pada kulit boleh mendorong jerawat makin banyak naik.

Contohnya 'smart phone' yang anda guna tiap hari. Ia umpama magnet untuk membawa semua bakteria ke kulit dan muka anda.


6. Kosmetik

Tidak semua produk kosmetik sesuai untuk kulit muka anda. Contohnya, kulit jenis berminyak atau kombinasi lebih cenderung dan mudah untuk naik jerawat. Jadi anda perlu menggunakan pencuci muka jenis 'oil free' atau 'water based'.

Pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.


7. Kurang Tidur

Sama seperti stress, tidur yang tidak cukup juga boleh mendorong jerawat makin banyak naik.


8. Pemakanan 

Bab makanan juga antara faktor penting yang boleh menyebabkan jerawat naik. Contohnya, makanan ringan yang tinggi dengan indeks glisemik akan melepaskan paras gula yang cepat ke dalam darah boleh menyebabkan jerawat makin teruk.Contoh lain lagi, produk berasakan susu, kentang, yang mengandungi gula, dan kerepek.



Sebab itu sangat penting untuk mengetahui dulu punca dan faktor jerawat anda naik. Apabila anda sudah tahu, barulah senang untuk merawat jerawat dengan mudah.


Cara merawat jerawat dengan mudah

 Ada penyelesaian untuk anda yang ada masalah jerawat selalu naik ini. Mengambil vitamin / makanan tambahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Yang penting ia juga baik untuk kesihatan anda.

Antara  vitamin / makanan tambahan yang dapat membantu merawat jerawat anda ialah:

1. ALFALFA COMPLEX 
- Penting untuk detox badan. Dia akan membantu membuang toksin dalam usus, hati dan membersihkan darah kotor. Usus kotor antara punca jerawat naik

2. GLA COMPLEX
- Membantu menstabilkan hormon dalam badan. Terutama golongan remaja kerap mengalami masalah hormon tak stabil dan seimbang. Apabila hormon tidak stabil ia boleh mendorong jerawat makin banyak naik.

3. VITAMIN C
- Vitamin paling asas untuk kulit. Vitamin C berperanan penting dalam penghasilan kolagen untuk kulit. Apabila kulit cukup kolagen, secara tak langsung kulit akan lebih sihat dan cantik. Jerawat dan kesan jerawat di kulit dapat dipulihkan.
 
4. Protein ESP
- Membekalkan protin yang cukup untuk kulit. Protin bmemantu memperbaharui kulit baru yang lebih sihat. Kulit anda akan jadi lebih sihat, bersih, anjal dan cerah. Parut bekas jerawat akan lebih mudah hilang dan pudar apabila anda dapat membekal protien yang cukup.

5. B-COMPLEX 
- Vitamin anti-stress. Stress juga menyebabkan jerawat semakin banyak & teruk.

6. GARLIC
- Antibiotik semulajadi untuk tubuh yang membantu membunuh bakteria pada kulit yg menyebabkan jerawat. Memakan garlic adalah satu petua kecantikan orang Korea.
- Bagi anda yang ada jerawat kerap naik, jerawat batu dan kemerahan, Gee sarankan untuk mengambil Garlic ini dengan konsisten! 




Jika berminat untuk merawat jerawat anda dengan batuan vitamin Shaklee ini anda boleh menghubungi Gee terus. Gee juga akan kongsikan tip bagaimana untuk buat jerawat lebih cepat kecut dan elok.


 www.wasap.my/6013-5707812




Continue Reading

Dec 14, 2017

Jerawat Masa Hamil | Tip Mudah Merawat Jerawat Untuk Ibu Hamil



Semasa hamil selain perubahan emosi dan fizikal, ibu hamil juga cenderung untuk naik jerawat di muka sepanjang tempoh hamil. 

Ia biasa berlaku semasa tempoh trimester 1 dan 2.


Kenapa jerawat tumbuh semasa hamil?


Ia berlaku kerana peningkatan hormon iaitu hormon androgen yang menyebabkan kelenjar dalam kulit tumbuh dan menghasilkan lebih banyak sebum, bahan berlilin yang berminyak. Minyak ini akan menyumbat liang dan akhirnya menyebabkan bakteria, keradangan dan jerawat naik!

Tahu tak apabila muka berminyak jerawat cenderung untuk naik. Minyak ini ibarat kilang untuk jerawat. 


Ada pelbagai jenis cara untuk merawat jerawat ketika hamil.

Tapi untuk merawat dan hilangkan jerawat ketika hamil, si ibu perlu mengambil kira kesan ke atas bayi dalam kandungan. Sebaiknya gunakan rawatan " drug free " untuk keselamatan ibu dan bayi.

Tip mudah merawat jerawat untuk ibu hamil 


1. Cuci muka setiap hari

Tapi ingat gunakan pencuci muka yang lembut. Elakkan guna masker muka atau skrub kerana ia boleh menyebabkan kulit yang ada jerawat makin teruk. Sebaiknya cuci muka 2 kali sehari secara lembut.

2. Gunakan sampoo rambut 

Sekiranya ada jerawat di muka di sekitar rambut anda kena kerap menggunakan sampoo agar rambut bersih.

3. Elak guna produk muka jenis berminyak 

Ia termasuk "sunscreen" dan produk penjagaan rambut. Sebaliknya guna produk jenis " water based " untuk mengurangkan jerawat. 

Gunakan produk jenis oil free or alcohol free


4. Berhati-hati dengan muka. 

Elak menyentuh muka dengan tangan termasuk objek lain. Tangan paling banyak bakteria!Contohnya pakaian yang ketat dan topi apabila anda berpeluh, peluh dan minyak ini akan menggalak jerawat naik.

5. Jangan pegang atau pecahkan jerawat!

Tahu tak tindakan ini akan menyebabkan jerawat semakin teruk dan boleh meninggalkan kesan parut pada kulit anda!

6. Kerap menukar sarung bantal dan cadar

Sebaiknya tukar sarung bantal dan cadar setiap minggu untuk menjaga kebersihan dan mencegah bakteria daripada sarung bantal dan cadar terkena muka semasa tidur.



Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil suplemen untuk mengatasi jerawat tumbuh semasa hamil. Untuk suplemen ini, Gee hanya rekomen Set Kehamilan Shaklee.


Kenapa Set Kehamilan Shaklee?

Selain membekal nutrisi untuk ibu dan bayi, set ini juga boleh membantu sekali masalah jerawat dan masalah kulit yang lain.Set ini mengandungi vitamin C, multivitamin, asid folik, zat besi, protein, kalsium dan Omega 3.Anda boleh lihat di sini Set Kehamilan Shaklee.



Lihat juga:

Testimoni jerawat naik masa hamil dengan mengamal Set Hamil Shaklee

10 Tips Jerawat dan Set Jerawat Shaklee







www.wasap.my/6013-5707812





Continue Reading

Dec 12, 2017

Punca Blackhead Whitehead | Cara Mencegah dan Menghilangkan Blackhead Whitehead


Ramai yang ada masalah whitehead dan blackhead. Bayangkan jika muka bebas dari whitehead blackhead mesti seronok kan? Muka bersih licin betul tak? 

Entri kali ini gee akan berkongsi apa  punca sebenar berlaku whitehead blackhead dan cara mencegah dan menghilangkan blackhead whitehead.


Punca sebenar blackhead whitehead

Whitehead dan blackhead berlaku akibat lebihan minyak dari kilang minyak (sabeceous gland) di liang kulit kita atau dalam liang rambut (folikal).

Apabila kilang minyak terlalu aktif ia akan mengeluarkan minyak maka liang pori-pori tersumbat.



- Whitehead
Whitehead berlaku apabila liang pori-pori jadi sempit dan banyak minyak terkumpul tapi tidak dapat keluar. Maka jadilah whitehead atau benjolan putih .

- Blackhead
Blackhead berlaku apabila liang pori-pori terbuka menjadi lebih besar dan ia bercampur dengan minyak dan sel mati. Kemudian apabila ia terkeluar dan teroksida lalu menjadi berwarna hitam.


Tahu tak apabila terjadi blackhead ia berisiko menjadi jerawat yang kemerahan disebabkan bakteria telah masuk melalui bukaan pori-pori. Kemudian ia menjadi merah dan bengkak.



* * *

Cara mencegah dan  menghilangkan blackhead whitehead


Cara paling mudah dan semulajadi untuk menghilangkan dan mencegah whitehead blackhead adalah dengan vitamin. Ada beberapa vitamin yang boleh membantu mencegah dan menghilangkan blackhead whitehead.

1. Vitamin A

Vitamin A juga tinggi antioksidan. Ia memberikan kulit sihat dan bersih kerana antioksidan bertindak secara semulajadi untuk regenerasi kulit dan membaiki sel yang rosak.

Pengambilan makan yang tinggi vitamin A seperti hati, lobak, kentang dan sayuran berdaun hijau gelap boleh menghalang penghasilan sebum dan mencegah blackhead whitehead.

Anda juga boleh mengambil suplemen vitamin A atau Carotomax.



2. Vitamin C
Mempunyai sifat antibakteria memboleh vitamin C berkesan untuk mencegah dan menghilangkan blackhead whitehead. Vitamin C membunuh bakteria yang terdapat di dalam liang pori-pori skaligus mengeluarkan kotoran dari liang-liang dan menjadikan kulit bersih. 

Vitamin C juga penting untuk memperbaiki kulit dan menghasilkan kolagen. Cukup kolagen kulit jadi muda dan berseri. 
Bukan itu saja, vitamin C juga bagus untuk sistem imun dan membantu 'rejuvenate' untuk hati. Hati organ penting untuk mengeluarkan toksin dalam sistem badan yang mana ia juga punca berlaku blackhead whitehead.

  • Satu lagi cara untuk menghilangkan blackhead whitehead ialah dengan menggunakan masker vitamin C di muka. 

Amalkan makanan kaya vitamin C dan juga suplemen. Cadangan pengambilan harian vitamin C ialah 1000 mg. Anda boleh mengambil 2 biji Vita C Plus sehari yang bersamaan 1000 mg.

Yang menariknya Vita C Plus ini juga boleh dibuat masker. Cara buat masker vitamin C lihat di sini.


3. Vitamin E
Vitamin E ialah vitamin antioksidan yang penting untuk memperbaiki kulit dan melambatkan penuaan. Ia juga berkesan sekatakan tona kulit, mengurangkan kesan parut dan mengeringkan jerawat.

Vitamin E boleh mengurangkan kesan parut dan bengkak akibat blackhead whitehead yang teruk. 

  • Tahukah anda Vitamin E juga boleh disapu terus pada kulit untuk mengurangkan dan menghilangkan kesan blackhead dan bekas parut pada kulit. 
 
 Makanan kaya vitamin E seperti kejacang, brokoli & sayuran berdaun hijau juga boleh mencegah dan menghilangkan blackhead whitehead.

Anda juga boleh mengambil Vitamin E Complex. Apa yang menariknya Vitamin E Complex ini boleh dibuat masker dan di sapu pada kulit. Jadi ia sangat membantu mereka yang ada blckhead whitehead dan jerawat.

Lihat di sini: Cara Buat Masker vitamin E Complex



4. Magnesium
Juga penting untuk mencegah berlakunya blackhead whitehead kerana ia membantu mengekalkan keseimbangan hormon. 

  • Tahu tak hormon yang tak seimbang dan tak teratur boleh menyebabkan jerawat dan menghasilkan minyak seperti minyak sebum (yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan berlakunya blackhead whitehead). 

Anda boleh amalkan makanan tinggi magnesium seperti kekacang, dedak, benih dan kacang soya boleh membantu menstabilkan hormon dan liang pori bersih.Untuk suplemen Magnesium anda boleh mengambil Ostematrix ataupun mulvitamin Vitalea.



5. Selenium
Antara yang bagus untuk mencegah dan menghilangkan blackhead whitehead. Selenium sangat penting untuk kulit yang elastik dan meningkatkan keberkesanan antioksidan lain seperti vitamin E. 

  • Tahu tak mereka yang ada jerawat didapati kekurangan selenium.
  • Selenium boleh menghalang keradangan akibat jerawat dan ia juga antara rawatan yang berkesan untuk kulit berminyak, blackhead (bintik hitam) dan pustules.

Pengambilan Selenium bersama Vitamin E sangat efektif untuk mencegah dan menghilangkan blackhead, whitehead dan jerawat.

Anda boleh mengambil Vitamin E Complex  kerana ia juga mengandungi vitamin E dan 10 mg selenium sekali di dalamnya.



6. Zinc
Zinc boleh mencegah blackhead whitehead dengan cara meningkatkan sistem imun tubuh dan membunuh bakteria penyebab jerawat. 

Pengambilan Zinc penting untuk penyerapan vitamin A. Ia juga membantu mengawal tahap vitamin E di dalam darah.Vitamin A dan Vitamin E juga penting untuk blackhead whitehead seperti di atas tadi.

Makanan mengandungi Zinc seperti tiram, daging lembu panggang dan kacang tanah. Anda juga boleh mengambil mulvitamin Vitalea kerana di dalam Vitalea ini ada kandungan zinc.




 Cadangan suplemen Shaklee untuk blackhead whitehead






www.wasap.my/6013-5707812



Continue Reading

Oct 23, 2017

My Shaklee Story: Jerawat Naik!


Kalini gee nak share testimoni gee sendiri.

Ni nak share muka naik jerawat pulak dah. Sedeh la jerawat naik.. merah-merah lulak tu naik dan macam ada isi dia putih cair.

Jerawat maxam ni memang sakit la kan dan memang boleh tinggal parut jika tak jaga betul.


Ok ni la gambar jerawat kat muka gee. 



Masa naik jerawat ni kan, gee perasan bab makanan ni korang mesti jaga!

Ni based on pengalaman gee sendiri. Bila tak jaga makan adoiii boleh naik jerawat kat muka. Jadi stresss!

Dan muka gee sebenarnya jarang la sangat jerawat tu naik. Jika ada pun 1, 2 biji tapi terus ok balik. Tali jerawat kalini memang agak lama gak la dari biasa. 


Ok. Apa yang gee buat?

Gee macam biasa memang ada consume protin ESP dan Vitamin C. 

Then gee tengok macam slow je jerawat nak surut tu so gee makan bawang putih!

Yes Bawang Putih!!!

Tapi yang ni gee makan bawang putih shaklee laa .. hihi




Nama dia GARLIC COMOLEX. Dia bawang putih versi tablet so senang nak amik and bau pun ok takda rasa bawang putih sangat. 

Korang ada jerawat or muka senang naik jerawat and jerawat non stop naik tu kan, WAJIB amik bawang putih atau Garlic Complex ni.

Sebab bawang putih dia bersifat antibiotik semulajadi, anti bakteria so dia berkesan untuk kawal dan sekat pertumbuhan jerawat!


Cuba tengok muka orang Korea, muka bersih licin dan jerawat macam tiada kan?

Sebabnya dorang rajin makan bawang putih mentah-mentah tiap hari!


Nah gee share kebaikan garlic untuk skin kita. 




* * *


Apa yang ada dalam set kecantikan kulit Shaklee?









Sepanjang Oktober 2017 ni Shaklee ada buat Promosi ESP!

So kena cepat grab & order sementara ada promosi ni ok.




Macam-macam ada kan? Yang ni korang kena hubungi gee untuk tau set mana yang betul-betul sesuai dan fokus dapat bantu masalah korang. 

Nanti gee akan bagi konsultasi & guide mana yang sesuai ok.  



* * * 



Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!


Continue Reading

Oct 9, 2017

My Shaklee Story: Vitamin C

Assalamualaikum dan hi semua :) 

Ok. Entri kalini kan gee nak share macam cerita sikit la macam mana gee boleh kenal Vitamin C.

Ok. Cerita dia tak panjang sangat. Just gee harap dia bermanfaat dapat bantu korang yang ada masalah macam gee jugak,

Alkisahnya bermula, ...





Asal pagi jer bersin jadi rimas!

Siap pakej skali dapat 

Hidung berair, mata merah rasa gatal, sukar bernafas dan paling teruk tu siap dapat pakej demam selsema

Korang pernah kena cam gini?

Ni zaman dulu memang slalu la gee dapat masalah macam ni lagi-lagi bila pagi. Rimas pun ada rasa. 

Sampai kan gee ingat benda ni tak boleh nak sembuh sampai bila2

Kisahnya satu hari zaman dulu tu sebab obses nak kulit cantik 

So carik punya carik dan jumpa la vitamin C ni bagus untuk skin. Dia tulis vitamin C bagus untuk masalah jerawat, kulit kusam, kulit berminyak, also bole bantu hasil kolagen (ni paling buat gee tertarik sebab body kita tak boleh hasil sendiri)

So gee google apa vitamin C yang bagus dan jumpa la Shaklee Vitamin C!



Macam ni la rupa vitamin C shaklee


Saat ni la pekenalan pertama gee dengan Shaklee😃 (dalam 3 tahun lepas rasanya laa hihi)

Dah order semua tu dan sampai so gee mula consume 

Tak sangka tak sampai 1 bulan consume gee perasan masalah pagi bersin tu dah berkurang

Ya Allah rupanya bole elok bersin ni dengan vitamin C 

Alhamdulillah syukur sangat ya Allah asbab amal vitamin C dah elok bersin tiap pagi ku. TQ Allah kerana pertemukan gee dengan Shaklee ni.

So gee teruskan je amik tak nak skip dah sampai la sekarang

Ni kisah benar bukan rekaan untuk jual semata yer (bole tanya famili gee sendiri).






Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!



Continue Reading

Oct 8, 2017

15 Sebab Anda Perlukan Vitamin C


Ramai yang ingat vitamin c ni untuk kulit kan?

Sebenarnya bukan kulit saja yer tapi untuk kesihatan satu badan kita.

Ok jom gee share apa sebab dia. Moga bermanfaat buat semua ^ _ ^






 

Kolagen bukan untuk kulit saja 

Juga penting untuk saluran darah, tendon, tulang, ligaments, gigi dan rambut




Antara tanda kurang vitamin c ialah; 

Gusi berdarah 
Lebam di kulit
Kulit kering
Ruam
Pemulihan kecederaan yang lambat
Kulit kasar




Badan lebih sihat

Menyingkatkan waktu pemulihan dan kurangkan simptom flu & selsema

Atasi alergi hidung & kulit 

Perbaiki asma




Vitamin C merangsang pengeluaran T cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh




Rajin amik vitamin C tiap hari untuk dapat kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, mengatasi jerawat, menyekat pembentukan pigmen penyebab utama jeragat




Vitamin C boleh memperbaiki insomnia, stress, keresahan




Vitamin C berfungsi melawan & melindungi sel tubuh dari kerosakan radikal bebas yang sebab penyakit kronik seperti 

darah tinggi
sakit jantung
stroke 
barah




Vitamin C membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen
















Ok. Gee nak sharing suplemen vitamin C yang gee consume 

Dah 3 tahun lebih dah makan 

Memang best! 

So far efek gee dapat rasa ialah kulit cerah, kontrol jerawat, perbaiki resdung, kulit kurang berminyak

If ada demam selsema cepat kebah

Ada bersin pun cepat elok.
Plus bersin gee tak teruk macam dulu dah. Asal pagi jer bersin, mata merah gatal, badan rasa letih sampai rasa nak demam


Tapi paling best tu kan, vitamin C Shakler ni dia ... 

Ada teknologi pelepasan masa = tiap 1 jam tubuh dapat 100 mg vitamin C 

1 Tablet = 7 biji khasiat vitamin C buah oren

If ada gastrik pun ok amik 
Sebab shaklee ektrak vitamin C dia dari jagung 
So ok untuk perut even amik time perut kosong





* * * 


Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!


Continue Reading