Showing posts with label Kayap. Show all posts
Showing posts with label Kayap. Show all posts

Jan 28, 2018

Cara Merawat Kayap dengan Lebih Berkesan dan Selamat | Suplemen Shaklee Untuk Kayap



Cara Merawat Kayap dengan Lebih Berkesan dan Selamat 

Berepa hari lepas, Gee mendapat mesej dari seoranga rakan facebook berkenaan kayap. Menurut beliau, nenek beliau adan mengalami sakit kayap. Jadi, beliau ingin tahu apakah suplemen yang sesuai untuk kayap.

Jadi, dalam entri ini Gee ingin berkongsi apakah sebenarnya kayap dan rawatan yang sesuai untuk pesakit kayap ini.

Apakah Kayap?

Kayap atau nama lain herpes zoster . Kayap adalah penyakit berkaitan kulit dan saraf yang berlaku akibat jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini akan menghuni badan pesakit apabila dia ada menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Setelah sembur dari cacar air, virus ini akan berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, virus ini akan menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf hingga menyebakan keradangan pada saraf.

Siapa yang berisiko penyakit kayap
  • Umur – apabila umur makin meningkat (lebih daripada 50 tahun), sistem imun badan akan makin berkurangan.
  • Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) - pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
  • Setiap orang mempunyai risiko lebih kurang 10% hingga 30% untuk mendapat kayap.

Gejala dan Tanda Penyakit Kayap

Pesakit kayap biasanya mengalami keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia kerap melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda awal yang akan dialami oleh pesakit kayap:
  • Gejalan dan tanda kayap ini berlaku sebelum tanda-tanda pada kulit timbul. Ia kerap dialami oleh 80% pesakit kayap. Keadaan ini akan berterusan selama 3 hingga 5 hari.
  • Rasa sakit badan
  • Kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Rawatan untuk Kayap

Rawatan sangat penting untuk penyakit kayap bagi membantu:
  • Meredakan kesakitan
  • Mengurangkan tempoh masa penyakit kayap
  • Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.
Antara kaedah rawatan yang digunakan untuk meredakan kesakitan penyakit kayap:
  • Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air.
  • Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofena.  
  • Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
  • Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit untuk membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan ini lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.

Bagi pesakit kayap yang terkena pada bahagian muka dan berdekatan dengan mata haruslah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Vaksin pula digunakan bagi menghalang penyakit kayap. Ia boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.

Info daripada myhealth.gov.my
 


Selain daripada rawatan di atas, anda juga boleh mengambil suplemen untuk rawatan bagi penyakit kayap.

Suplemen Shaklee untuk Kayap

Antara suplemen Shaklee yang boleh membantu kayap:

Cadangan Suplemen untuk Kayap

1.Nutriferon 

Interferon semulajadi yang mampu merangsang dan meningkatkan sistem imun badan secara keseluruhan. Ia berkesan melindungi tubuh daripada virus, mikrob, influenza dan inflamasi.

Pesakit kayap yang mengambil nutriferon akan menggerakkan interferon ini bekerja melawan virus Varicella Zoster yang menjadi punca kayap terjadi. Interferon ini juga membantu mengurangkan keradangan dan infeksi dengan memberi keselesaan kepada pesakit kayap.

2.Vitamin C

Vitamin C tinggi kandungan antioksidan, ia amat penting untuk memperkuatkan sistem pertahanan badan. Vitamin C juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta menyingkatkan waktu pemulihan dengan lebih cepat untuk pesakit kayap. Jika ada demam juga akan kebah lebih cepat dengan bantuan vitamin C.

3.Garlic Complex

Antibiotik semula jadi dan selamat untuk digunakan dalam jangka masa panjang. Ia berkesan mempertingkatkan sistem imun tubuh.

Pesakit kayap memerlukan antibiotikdan antivirus untuk menghalang perebakan Virus Varicella Zoster dalam usaha untuk kembali pulih dan sihat.

4.Vivix

Vivix sangat tinggi kandungan antioksidan dan ini akan membantu memantapkan lagi system imun badan. Vivix juga mampu memperbaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA. Ia dapat membantu memperbaiki keradangan dan sakit saraf yang dialami oleh peskait kayap. Dalam masa yang sama, Vivix juga membantu memberi tenaga dalam usaha mempercepatkan proses pemulihan kayap.

5.B-Complex

Vitamin B penting untuk menjaga kesihatan saraf pesakit kayap dan juga membantu mengurangkan stress dalam badan. Stress boleh menganggu sistem imun daalam tubuh dan menganggu proses pemulihan.


Sekarang mari lihat testimoni mereka yang mengamalkan suplemen Shaklee untuk rawatan kayap.

Testimoni Shaklee untuk Kayap












Moga ia bermanfaat untuk anda. Sekiranya anda ada mengalami penyakit kayap, segeralah berjumpa doktor terlebih dahulu dan dapatkan rawatan dengan cepat. Jangan dibiarkan lama-lama kerana ia boleh membawa risiko kesihatan anda.

Sekiranya ingin mendapatkan rpoduk Shaklee, anda boleh menghubungi Gee terus atau klik bawah ini untuk pautan Whatsapp.


 http://Www.wasap.my/60135707812


Continue Reading