Showing posts with label Set Lelaki Sihat. Show all posts
Showing posts with label Set Lelaki Sihat. Show all posts

May 15, 2018

Tip Lelaki: 10 Cara Meningkatkan Kecergasan Dengan Mudah dan Berkesan


Tip untuk lelaki bagaimana cara untuk meningkatkan kecergasan dengan mudah dan berkesan.

tip lelaki sihat


Ada beberapa tip dan cara yang anda boleh amalkan dan praktikkan.

1. Tingkatkan pengambilan protein
Anda boleh mengambil protein yang sihat seperti produk tenusu yang rendah lemak, daging tanpa lemak, kacang dan protein soya yang berasakan tumbuhan (anda boleh memilih protein soya ESP atau Cinch Shake)

Protein penting untuk;

  • memberi tenaga dan stamina
  • membuatkan anda berasa kenyang lebih lama
  • membina dan mengekalakn jisim otot


2. Sentiasa mengambil Vitamin C
Vitamin C antioksidan yang hebat dan ia penting untuk:

  • meningkatkan kesihatan sistem imun badan
  • membantu pembaikan tisu
  • melindungi sel-sel daripada radikal bebas
  • meningkatkan kesihatan sperma dan peluang persenyawaan
  • membantu dalam pengahasilan kolagen

Lihat >> Kebaikan Vitamin C 500mg Shaklee


3. Mengambil multivitamin setiap hari
Gaya hidup yang sibuk dan kurang tabiat pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anda kurang mengambilan nutrisi / makanan yang seimbang.

Multivitamin penting untuk:

  • mengisi jurang pemakanan anda
  • meningkatkan penghasilan tenaga
  • meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan secara optimum


Lihat >> Kebaikan Multivitamin Vitalea 


4. Mengambil Omega 3 
Omega 3 sangat penting untuk anda kerana badan tidak boleh menghasilkan sendiri omega 3.

Kebaikan Omega 3 untuk kesihatan:

  • mengurangkan kolesterol jahat LDL
  • merendahkan risiko penyakit jantung
  • meningkatkan fungsi kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental
  • menjadi agen anti-keradangan 
  • menggalakkan sendi yang kuat dan sihat

Lihat >> Kebaikan Omega Guard Shaklee


5. Mengambil Polifenol
Polifenol sangat baik untuk kesihatan:

  • memastikan anda bertenaga dengan mengecas sel badan untuk prestasi yang hebat
  • antioksidan yang hebat dengan sifat anti-radang
  • menggalakkan peredaran darah yang sihat


Untuk polifenol, anda boleh mengambil Vivix , ia mengandungi polifenol dan resveratrol.


6. Kekal bertenaga dengan B-Kompleks
Vitamin B penting dan baik untuk:

  • menggalakkan pengeluaran tenaga badan
  • menambah prestasi dan ketahanan otot
  • memperbaiki memori dan tindak balas anda
  • meningkatkan mood dan kesihatan kognitif

Lihat >> Bagus ke B-COmplex Shaklee?


7. Mengambil Vitamin E

  • meningkatkan keanjalan saluran darah untuk menggalak peredaran yang sihat
  • membantu memusnahkan radikal bebas untuk memastikan sel-sel sihat
  • selenium membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma

Lihat >> Kelebihan dan kebaikan Vitamin E Complex 


8. Makan dan kekal cergas
Nutrien penting kerana ia sumber tenaga untuk otak dan berkait rapat dengan kesihatan mental serta emosi, Untuk kesihatan keseluruhan, anda boleh mengambil:

  • buah-buahan dan sayuran
  • karbohidrat yang tidak ditapis
  • lemak yang sihat
  • protein tanpa lemak
  • makanan rendah indeks glisemik
  • serat


9. Tinggalkan tabiat merokok!
Anda disarankan berhenti merokok kerana ia boleh membantu mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya dan meningkatkan prestasi kelakian anda. Anda juga akan kelihatan lebih muda, bau lebih menyenangkan dan pastinya juga dapat menjimatkan wang anda!


10. Teruskan bersenam
Bersenam penting untuk menggalakkan peredaran darah yang sihat sekaligus menjadikan anda lebih sihat dan kuat. Bersenam juga membantu merembeskan endorphin yang membuatkan anda lebih bertenaga.





Continue Reading

Jan 6, 2018

Tips Kesihatan Untuk Lelaki Yang Patut Anda Tahu




Tips Kesihatan Untuk Lelaki Yang Patut Anda Tahu

Apabila anda dapat memiliki kesihatan yang baik ia sangat membantu untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup anda. Jika tahap kesihatan anda baik, ia boleh membantu anda mendapatkan kehidupan yang lebih aktif dan berkualiti serta gembira bersama keluarga anda.


Apakah tip-tip kesihatan yang boleh anda buat untuk menjaga kesihatan anda (lelaki)?

Tips Kesihatan Untuk Lelaki Yang Patut Anda Tahu

  • Bersenam mengikut kemampuan dan keupayaan tubuh anda. Tidak perlu terlalu memaksa badan anda sendiri.
  • Tingkatkan keyakinan diri. Jika anda jenis yang tidak suka bersukan ataupun bersenam, katakan pada diri sendiri bahawa " anda mengelak untuk bersenam kerana anda lemah ".
  • Bina otot perut. Tidak perlu dilakukan setiap hari tapi anda boleh melakukannya dalam dua atau tiga kali seminggu.
  • Lentur otot. Untuk anda yang berumur di bawah 4o tahun, anda boleh melakukan regangan selama 3 saat. Tapi bagi yang berumur 40 tahun ke atas anda boleh melakukan regangan selama 60 saat.
  • Bina otot dan jimat masa. Sebaiknya anda bersenam kurang daripada sejam. Setelah sejam, tubuh anda mula mengeluarkan hormon kartisol yang boleh menyekat testosteron.
  • Buang segala alasan. Jika anda mahu berubah, anda mestilah berhenti untuk memberi alasan. Teruskan niat dan jangan menoleh ke belakang lagi!
  • Kerap melihat keputusan. Setiap empat minggu atau sebulan sekali, anda boleh uji diri sendiri. Cuba ukur saiz pinggang, lemak tubuh dan BMI anda.
  • Elak mengambil pil selepas bersenam. Ini kerana ubat-ubatan boleh menganggu dan menekan perkembangan otot tubuh.
  • Tambah kadar jalan. Anda boleh merangsang kelajuan semasa berlari. Kedudukan kaki sepatutnya berada di bawah bukan ke kiri atau ke kanan tubuh anda.
  • Regangan untuk kekuatan. Antara satu set senaman dengan set senaman yang lain, ia mengambil masa selama 20 hingga 30 saat untuk merehatkan otot.
  • Pakai pakaian yang sesuai. Pastikan baju yang anda gunakan mudah dipadangkan dengan apa saja iaitu hitam, putih dan kelabu.
  • Makan daging sebanyak 230 gram setiap hari untuk membina otot.
  • Jangan terburu-buru untuk melakukan set yang lain semasa anda bersenam di gim. Ambillah masa yang cukup dan pastikan tubuh benar-benar bersedia untuk melakukan aktiviti yang lain.
  • Berbasikal dengan selesa. Semasa anda berbasikal, pastikan anda menggunakan kelajuan 80 hingga 110 rpm. Kelajuan ini membantu anda untuk mengayuh lebih jauh dan tidak sakit lutut.
  • Meminum susu. Amalkan minum susu yang rendah lemak kerana lelaki yang mendapat 600 mg kalsium setiap hari mempunyai lemak yang rendah di dalam tubuh.
  • Otot lebih fleksibel. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan regangan agar otot anda lebih fleksibel. Bahagian badan yang pentng ialah lutut, bahu dan bahagian belakang.


Semoga bermanfaat buat anda. Amalkan gaya hidup yang sihat dan aktif untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.


Selain daripada tip-tip di atas, anda juga boleh mengambil suplemen tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan diri. Ada beberapa jenis suplemen yang baik untuk kesihatan lelaki yang boleh anda cuba.

Lihat artikel  >> Supleman untuk Lelaki: Vitaliti Set

Lihat juga >> Vivix Shaklee untuk Lelaki


Terima kasih  😃


Continue Reading