Showing posts with label Tip Sihat. Show all posts
Showing posts with label Tip Sihat. Show all posts

Apr 23, 2018

5 Tip Mengelak Garam Dan Gula Berlebihan Semasa Bulan Puasa


5 Tip Mengelak Garam Dan Gula Berlebihan Semasa Bulan Puasa

1.Gunakan rempah ratus dan herba untuk menggantikan gula dan garam apabila memasak.

2.Hadkan menggunakan perencah makanan seperti kicap, sos, atau makanan dalam tin. Contohnya gantikan sos tomato dengan tomato segar dalam masakan.

3.Tambah garam di akhir masakan dengan kuantiti yang paling sedikit terlebih dahulu. Contohnya kurang dari satu sudu teh.

4.Pilih air kosong berbanding minuman manis seperti air sirap, air berkarbonat dan kordial. Juga boleh mengisar jus buah-buahan segar tanpa menambah gula atau susu pekat.

5.Kurangkan menggunakan gula dan susu pekat ke dalam minuman seperti kopi atau teh. Jika ingin menambah juga, hadkan kepada satu sudu the sahaja. Atau pilih yang lebih sihat seperti susu segar ke dalam minuman anda.


Continue Reading

Apr 22, 2018

8 Tip Makan Secara Sihat Dalam Bulan Puasa





Tip makan secara sihat dalam bulan puasa. Memandangkan bulan puasa akan tiba tak lama lagi, anda boleh mengamalkan tip-tip ini nanti. Boleh buat persediaan awal sebelum bulan puasa tiba.




8 Tip Makan Secara Sihat Dalam Bulan Puasa 

1. Melewatkan waktu sahur sebelum masuk waktu imsak dan awalkan waktu berbuka.

2.Banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

3.Merancang makanan yang ingin dibeli bagi mengelakkan makan secara berlebihan dan membazir.

4.Memilih makanan yang dimasak tanpa menggunakan minyak, garam atau gula secara berlebihan.

5.Memilih kuih-muih yang sihat seperti popia basah, jagung bakar, atau apam balik tanpa gula.

6.Elakkan membeli minuman yang dijual tetapi jika teringin juga anda boleh memilih tanpa gula atau kurang manis.

7.Memilih menu makanan yang menggunakan teknik masakan yang lebih sihat seperti bakar, kukus atau panggang. Boleh juga asingkan kuah jika perlu seperti ayam percik yang diasingkan kuahnya.

8.Pilih gerai atau tempat makan yang bersih dan makanan yang bertutup.


Continue Reading

Apr 16, 2018

13 Info Masalah Pendengaran Yang Ramai Tidak Tahu!


1. Hilang pendengaran ialah tidak boleh mendengar atau hilang sebahagian keupayaan mendengar pada satu atau kedua-dua belah telinga anda.

2. Masalah pendengaran berlaku dalam nisbah lima daripada 1000 kelahiran.

3. 90 peratus kanak-kanak yang tidak mendengar mempunyai ibu bapa yang normal.

4. Hilang pendengaran bukan satu isu besar adalah MITOS! Ia boleh mendorong rasa kurang yakin pada diri, kemurungan, kurang peluang pekerjaan, sukar berkomunikasi dan enggan bersosial.

5. Masalah pendengaran sederhana boleh menyebabkan pelajar terlepas sehingga 50 peratus bahan yang diajar di dalam kelas.

6. Individu yang ada masalah pendengaran menunggu sehingga tujuh tahun sebelum berjumpa dengan doktor.

7. Pertubuhan kesihatan Sedunia menganggarkan 1 billion golongan muda berisiko kehilangan deria pendengaran.

8. Kerjaya yang berisiko tinggi untuk hilang pendengaran termasuk polis, bomba, pekerja kilang, petani, ahli muzik, pekerja pembinaan, pekerja industri berat dan tentera.

9. Kajian menunjukkan golongan dewasa yang menggunakan implan koklear secara purata mampu memahami percakapan 7x lebih baik (Cochlear Americas Recipient Survey, Jun 2008).

10. Masalah pendengaran dalam kalangan warga emas mendorong kepada kerap berulang ke hospital dan kesihatan fizikal dan mental yang rendah. Manakala, diabetes, demensia dan penyakit kardiovaskular dikaitkan dengan masalah pendengaran yang tidak dirawat.

11. Terdedah kepada bunyi bising kereta api bawah tanah selama 15 minit setiap hari dalam jangka waktu panjang boleh menyebabkan masalah pendengaran kekal.

12. Mendengar mp3 pada volume tinggi untuk tempoh masa yang panjang boleh merosakkan pendengaran anda.

13. Duduk berdekatan dengan speaker semasa menghadiri konsert atau mana-mana majlis mendedahkan nada kepada 120dB yang boleh meroskkan pendengaran hanya dalam 7 setengah minit!


(Info: iSihat)

Continue Reading

Apr 12, 2018

10 Cara mudah menurunkan dan mengawal kolesterol dengan cepat


cara turunkan kolesterol

Cara menurunkan kolesterol dan mengawal koelsterol dengan cepat. Ada beberapa cara yang anda boleh amalkan dan praktikkan selalu agar menjadi rutin harian. Cara ini bukan saja baik untuk mengawal koelsterol anda tapi juga baik untuk kesihatan.


10 Cara mudah menurunkan dan mengawal kolesterol dengan cepat 

1. Diet seimbang
Amalkan pemakanan yang seimbang dalam makanan harian kita dari segi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan serat. Makanan yang tinggi dan rendah karbohidrat boleh mempengaruhi paras kolesterol jahat (LDL). Kawal juga penggunaan garam, gula dan lemak di dalam masakan dan makanan harian kita.

2. Ubah cara memasak
Cara menyediakan makanan juga penting untuk mengawal paras kolesterol tubuh. Jika selalu menggoreng, cuba ubah kepada cara lebih baik seperti merebus, stim dan memanggang. Cara ini boleh mengawal jumlah minyak masak yang digunakan dalam makanan. Pastikan juga masakan yang kita masak tidak terlebih masak kerana ia boleh membunuh kandungan nutrien dalam bahan-bahan masakan.

3. Perhati kandungan lemak dalam makanan
Kawal had pengambilan lemak tepu (saturated fat) dan elak mengambil lemak trans yang boleh membawa kepada pembentukan kolesterol jahat (LDL).

4. Ambil serat
Serat terbahagi kepada dua, serat larut air dan tidak larut air. Yang penting serat jenis larut air lebih banyak membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (jahat). Contohnya oat, buah-buahan, sayuran dan kekacang.

5. Jangan abaikan asid lemak
Asid lemak omega 3 EPA dan DHA tidak mempengaruhi kolesterol jahat (LDL). Tetapi ia mmeberi manfaat kepada kesihatan jantung, meningkatkan kolesterol baik (HDL), dan menurunkan trigliserida. Contoh, ikan tuna, sardin, salmon dan kekacang seperti walnut, badan dan biji rami.

6. Kawal pengambilan protein
Jumlah protein yang diperlukan dalam diet harian dalam 30 peratus. Sumber protein boleh diperolehi daripada sumber haiwan dan tumbuhan.

Tapi awas! Diet yang tinggi protein boleh menyumbang kepada pembentukan kolesterol tinggi jika tidak diambil dalam kuantiti yang betul. Terutama protein dari sumber haiwan mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi. Sebaliknya protein dari sumber tumbuhan kebanyakan tiada lemak.

7. Berhenti merokok
Mereka yang berhenti merokok boleh membantu memperbaiki tahap kolesterol baik, HDL di dalam darah. Dalam masa 1 tahun selepas berhenti merokok, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung separuh daripada orang yang merokok. Selepas 15 tahun, risiko penyakit jantung akan menurun dan menyamai mereka yang tidak pernah merokok.

8. Kawal stress
Stress atau marah boleh mempercepatkan aliran darah dan pergi lebih laju ke kepala kerana pada masa ini aktiviti jantung aktif secara mengejut. Pada masa ini juga, koelsterol jahat, LDL akan mengganggu aliran darah dan membawak kepada risiko strok atau serangan jantung. dan pergi lebih laju ke kepala kerana pada masa ini aktiviti jantung aktif secara mengejut. Pada masa ini juga, koelsterol jahat, LDL akan mengganggu aliran darah dan membawak kepada risiko strok atau serangan jantung.

9. Kawal berat badan
Info baru! Tiap tambahan berat badan dalam kilogram boleh membawa kepada peningkatan paras kolesterol! Sebaiknya kawal berat badan anda dengan mengamalkan pemakanan dan diet yang sihat serta bersenam. Satu lagi kawal pengambilan gula juga.

10. Aktif secara fizikal
Bersenam boleh membantu memperbaiki paras kolesterol dan juga membantu menurunkan berat badan. Juga boleh melakukan aktiviti fizikal yang lain seperti berjalan kaki, berbasikal, berenang, berkebun dan sebagainya.

-info: iSihat-


Dah baca? 9 kepentingan kolesterol di dalam tubuh yang sangat penting untuk anda!

Dah baca? Cara kawal kolesterol secara semulajadi




Continue Reading

Apr 11, 2018

9 Kepentingan Kolesterol Di Dalam Tubuh Yang Sangat Penting Untuk Anda!


Kepentingan kolesterol di dalam tubuh. Apa manfaat kolesterol kepada tubuh badan kita?


Ramai yang ingat bila kolesterol terus tak elok untuk tubuh. Tapi sebenarnya kolesterol juga berperanan penting kepada tubuh badan kita. Apa kepentingan kolesterol di dalam tubuh kita?

9 Kepentingan Kolesterol Di Dalam Tubuh Yang Sangat Penting Untuk Anda!

1. Hormon
Hormon di dalam tubuh berfungsi untuk mempercepatkan tidakan kimia. Hormon seksual membantu mematangkan organ dan perkembangan seksual lelaki dan wanita. Tugas lain hormon termasuk membolehkan wanita mengalami menstruasi, melahirkan anak secara normal., mengeluarkan susu dan sebagainya.

2. Pembentukan vitamin D
Vitamin D penting untuk tubuh manusia. Ia berfungsi untuk membentuk tulang dan gigi serta mengukuhkannya. Dengan adanya kolesterol, tubuh boleh mendapatkan manfaat vitamin D sendiri (diproses dalam tubuh).

3. Sistem percernaan
Kolesterol juga membantu melancarkan proses pencernaan. Kolesterol mmebantu menghasilkan cairan hempedu yang akan membantu usus dalam melakukan pencernaan makanan. Cairan hempedu ini berguna untuk membantu proses penyerapan lemak serta nutrisi dalam badan.

4. Penyerapan kalsium
Mineral yang datang daru luar tidak boleh diserap apabila ia masuk ke dalam tubuh. Tapi, satu cara dengan bantuan kolesterol. Kolesterol akan memproses vitamin D yang digunakan di dalam tubuh. Vitamin D pula akan membantu tubuh menyerap kalsium.




5. Metabolisme tubuh
Kolesterol juga dapat meningkatkan proses metabolisme tubuh. Kolesterol akan menghasilkan hormon korteks adrenal yang akan digunakan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Apabila metabolisme tubuh meningkatk, kesihatan dan daya tahan badan akan bertambah.

6. Menjaga kebersihan pembuluh darah arteri
Kolesterol juga membantu menjaga keadaan dan kebersihan pembuluh darah arteri. Jika pembuluh darah arteri masih bersih, maka akan terhindar daripada risiko penyakit jantung dan stroke. Dua penyakit ini merupakan penyakit berbahaya yang boleh menyerang bila-bila masa dan sesiapa saja.

7. Mengurangi gejala aterosklerosis
Aterosklerosis atau penyumbatan pembuluh darah di tahap yang teruk akan menyebabkan bekalan oksidan terhenti. Otot jantung yang terlibat akan mati dan ini boleh membawa risiko serangan jantung yang teruk dan membawa kematian. Tapi ia boleh dicegah dengan cara menambah HDL atau kolesterol baik. HDL mempunyai sifat antioksidan yang mampu menjaga daripada sebarang penyakit berkaitan aterosklerosis.

8. Mengurangkan darah beku
Kesan daripada antioksidan tubuh daripada koelsterol baik dangat dierlukan tubuh dalam membantu mengurangkan pembekuan darah. Ia boleh mengurangkan gejala serangan jantung.

.9. Melindungi kulit dari sinar UV
Kolesterol juga berguna untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. Sinar UV A dan UV B boleh menyebabkan seseorang terkena radiasi seperti kanser kulit.


~Info: iSihat~


Kolesterol sangat penting kepada tubuh kita. Anda boleh menilai sendiri tugas dan fungsi kolesterol di dalam tubuh. Yang penting anda bijak mengawal paras kolesterol di dalam tubuh anda.

Dah baca >> Cara kawal kolesterol secara semulajadi



Continue Reading

Apr 5, 2018

8 Kebaikan Berjalan Kaki Yang Ramai Terlepas Pandang!


Berjalan kaki adalah salah satu aktiviti yang mudah dan senang untuk dilakukan setiap hari. Dengan berjalan kaki anda akan mendapat banyak kebaikan samada untuk kesihatan fizikal dan mental anda.


8 Kebaikan Berjalan Kaki Yang Ramai Terlepas Pandang!

1.Memori
Berjalan selama 30 minit dalam 3 kali seminggu boleh membantu melindungi kawasan dalam otak yang berkaitan dengan memori dan peranccangan.

2.Kesihatan
Berjalan sebanyak 3500 langkah setiap hari mampu mengurangkan risiko diabetes sebanyak 29 peratus.

3.Jantung
Berjalan selama 30-60 minit sehari setiap hari, secara drastik membantu mengurangkan risiko untuk mendapat masalah jantung.

4.Mood
Berjalan selama 30 minit sehari mampu mengurangkan simptom depresi sehingga 36 peratus.

5.Tulang
Dengan berjalan empat jam dalam seminggu boleh membantu mengurangkan risiko retak tulang peha sebanyak 43 peratus. Malah, dengan berjalan juga mampu merangsang dan menguatkan tulang sekaligus mengurangkan masalah osteoporosis dan artritis.

6.Vitamin D
Dengan berjalan di kawasan terbuka terutama pada waktu pagi dengan cahaya mentari pagi, ia secara tidak langsung meningkatkan penyerapan vitamin D ke dalam tubuh badan kita.

7.Hormon gembira
Dengan berjalan juga mampu membebaskan serotonin iaitu sejenis hormon gembira yang mampu membuatkan minda anda menjadi lebih tenang dan ceria.

8.Demensia
Warga tua yang berjalan dalam 6 batu atau lebih dalam seminggu mempunyai peluang lebih rendah untuk mengelakkan pengecutan otak. Ini akan memabntu mengelakkan mereka daripada kehilangan memori. Demensia menyerang 1 dalam 64 individu yang berusia lebih 65 tahun. Rajinlah berjalan untuk mengelak daripada masalah demensia!


Jom kita berjalan! Dengan hanya bergerak atau berjalan setiap hari amat penting untuk membantu badan sihat. Berjalan adalah latihan terbaik untuk tubuh!


kredit: iSihat

Continue Reading

Apr 3, 2018

11 Amalan Menyediakan Pemakanan Yang Sihat Untuk Anda Sekeluarga


Proses penyediakan makanan sangat penting. Ada berbagai aspek yang perlu kita ambil kira semasa menyediakan makanan harian. Berikut merupakan amalan yang boleh kita semasa menyediakan makanan.


10 Amalan Menyediakan Pemakanan Yang Sihat Untuk Anda Sekeluarga
  1. Tidak memanaskan lebihan makanan yang sudah disejukkan.
  2. Apabila makanan itu dipanaskan, ia akan menghasilkan bahan kimia daripada makanan dan ia semakin bertambah apabila dipanaskan banyak kali. Paling baik habiskan setiap makanan yang anda masak setiap hari.
  3. Elak membeli makanan yang ada kandungan gula, garam dan minyak yang lebih tinggi berbanding yang kita masak sendiri di rumah.
  4. Berhenti makan sebelum kenyang . bahagikan perut kepada empat bahagian. Jika boleh dua bahagian makanan pejal, satu bahagian cecair dan satu lagi bahagian tinggalkan. Ini kerana perut kita hanya sebesar genggaman tangan.
  5. Semak dan periksa asal usul makanan yang kita makan. Contohnya, tauhu dan cedawan antara makanan yang biasa kita makan di Malaysia. Tapi bagi sesetengah negara ia mungkin agak sukar untuk dihadamkan.
  6. Elakkan makan berat pada waktu malam. Sebaiknya 3 jam sebelum tidur jangan makan yang berat. Ini bertujuan untuk mengelak organ kita memproses makanan pada waktu tidur.
  7. Pastikan emosi sentiasa tenang dan gembira semasa menyediakan makanan. Ia boleh mempengaruhi diri dan ‘mood’ kita. Elakkan juga bercakap perkara yang negatif semasa menyediakan makanan dan ketika makan.
  8. Makan dalam keadaan yang bersih.
  9. Elakkan makan selepas bersenam atau apabila tertekan, marah dan bosan.
  10. Bersyukur dengan setiap hidangan yang diberikan. Tumpukan pada makanan di meja makan dan bukan di hadapan televisyen atau laptop. Elakkan juga banyak berbual semasa makan.
  11. Selepas makan bersihkan tangan dan mulut dengan baik dan amalkan berjalan selepas habis makan dalam lima minit. 

Jom amalkan! Moga tips ini bermanfaat untuk anda sekeluarga. 

 kredit: iSihat


Continue Reading

Mar 27, 2018

10 jenis tumbuhan herba yang membantu merawat penyakit ringan


Apakah tumbuhan herba yang bagus untuk kesihatan? Apakah jenis tumbuhan herba yang boleh membantu merawat penyakit ringan?

Dan baca? 13 Fakta Menarik Tengtang Herba 

10 jenis tumbuhan herba yang membantu merawat penyakit ringan


1. Aloe vera (daun lidah buaya)

  • Merawat luka, kesan cakar, ruam dan masalah alahan kulit lain. Untuk sapuan pada kulit badan, anda boleh menggunakan aloe vera gel yang dijual di farmasi atau gel di dalam daun lidah buaya.
  • Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah pencernaan. Caranya dengan meminum jus aloe vera.
  • Untuk sunburn, anda boleh menggunakan gel dan disapu pada muka dan biarkan hingga kering. Ia boleh mengurangkan rasa pedih akibat sunburn.

2. Bawang putih

  • Bawang putih adalah agen pencegah terbaik untuk demam selsema. Makan bawang putih mentah apabila anda berasa badan kurang sihat. Cara lain, campurkan bawang putih mentah dengan madu.
  • Minyak bawang putih – merawat psoriasis, merendahkan paras kolesterol.
  • Bawang putih yang dihancurkan dan direndam dalam air suam – rawatan antifungal
Dah baca? Bawang Putih Shaklee


3. Halia 


  • Teh halia - membantu mengurangkan sakit kepala, rasa mual dan masalah ketidakhadaman.
  • Untuk lelaki ia membantu meningkatkan tahap kesihatan.
  • Menguruskan badan
  • Mengatasi perut buncit
  • Mengandungi zinc, kromium dan megnesium untuk membantu memperbaiki aliran darah dan membantu mengelakkan kesejukan, peluh berlebihan dan demam.

4. Kulit kayu manis


  • Kunyah kulit kayu manis – menghentikan selsema
  • Air rebusan kulit kayu manis dan halia – membantu senggugut
  • Berkumur dengan air kulit kayu manis – menghilangkan sakit gusi dan nafas berbau

5. Serai


  • Teh serai – mengurangkan gejala senggugut dan mual, mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin dan cirit-birit
  • Air rebusan serai – menyejukkan badan ketika hari panas

6. Jintan


  • Merawat usus, mengatasi masalah kembung perut dan insomnia.
  • Jintan tinggi dengat serat dapat mencegah buasir dan kanser usus. Jintah digunakan sebagai pelawas dan mencuci usus kecil dan besar.
  • Mengurangkan kadar kolesterol.
  • Merawat gejala kekejangan pra-haid, gejala pra-menopause dan rendah libido.

7. Lada hitam

  • Mengubati sakit kepala, cirit birit, melawaskan kencing. Cara, dua sudu lada hitam, direbus dan ditapis untuk diminum.
  • Daun pokok lada hitam boleh merawat demam panas. Cara, menumbuk lada hitam hingga hancur dan disapukan pada dahi.

8. Kacip fatimah


  • Air rebusan akar dan daun kacip fatimah bagus untuk wanita sebelum bersalin untuk membantu menegangkan otot perut dan vagina.
  • Selepas bersalin, minum air rebusan daun kacip fatimah untuk mengimbangi hormon dan menghilangkan kemurungan, mendapatkan semula kekuatan dan keremajaan badan untuk penyembuhan lebih cepat.
  • Meningkatkan daya hidup, mengatasi keletihan dan menguatkan otot vagina.
  • Ubat digunakan untuk meningkatkan libido dan seksual wanita.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan, peredaran darah, merawat pelbagai jenis penyakit wanita dan membantu merawat demam.
Dah baca? Alfalfa Jamu Moden versi Shaklee


9. Lengkuas


  • Daun lengkus membantu menghilangkan panau. Caranya tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan di kawasan panau. Boleh ulang banyak kali.
  • Mencegah mabuk laut dan rasa mual. Kunyah beberapa hirisan halus lengkuas.
  • Lengkuas boleh menurunkan kandungan lipid, risiko reumatik, mempertahankan keremajaan kulit dan mencegah penuaan dan merawat rambut.

10. Daun pandan


  • Menghitamkan rambut. Cara: ambil beberapa helai daun pandan, rebus hingga airnya bertukar warna hijau dan biarkan semalaman. Kemudian campurkan dengan dua biji buah mengkudu masak dan ramas pada rambut.
  • Air rebusan daun pandan – mengurangkan tekanan darah tinggi, kegelisahan, masalah saraf, mencegah paras gula tinggi dalam darah, melancarkan haid, mencegah penuaa, melancarkan buang air besar, menambahkan nafsu makan.
  • Bauan pandan – ubat penenang, mengatsi insomnia dan tekanan.
  • Hirisan daun pandan bersama minyak kelapa boleh meringankan gejala reumatik. 


Jika berdasarkan herba-herba di atas, kebanykannya memang kita selalu guna dalam masakan harian kan? Jadi teruskan guna kerana ia banyak manfaat untuk kesihatan kita.


Sumber:iSihat



Continue Reading

Mar 14, 2018

Kenal Pasti 8 Tanda Badan Bila Tidak Makan Sayur Dan Buah!


Kenal Pasti Apakah 8 Tanda Badan Bila Tidak Makan Sayur Dan Buah. Apa yang terjadi?

tanda badan tidak makan sayur dan buah

Pola pemakanan harian kita sekarang kebanyakannya kurang makan sayur dan buah. Mungkin ramai yang tidak mengambil kira isu ini, tapi hakikatnya kurang makan sayur dan buah sebenarnya banyak mempengaruhi rutin harian kita dan memberi kesan kepada tubuh kita.

Apakah yang akan terjadi apabila kita kurang makan sayur dan buah?

1. Berat badan naik

Kurang badan makan sayur dan buah boleh menyebabkan kita lebih banyak mengambil makanan yang tinggi kalori dan lemak dan boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Masalah berlebihan berat badan juga boleh membawa kepada risiko untuk mendapat penyakit kronik.

2. Sembelit 


Kurang mengambil makanan yang banyak serat seperti sayur dan buah boleh menyebabkan masalah pencernaan. Jika sembelit dibiarkan dan menjadi kronik ia boleh menyebabkan buasir dan kerosakan tisu .

Sayur dan buah-buahan adalah sumber utama untuk mendapatkan serat dalam makanan kita. Contohnya brokoli dan avokado yang tinggi serat boleh membantu melegakan sembelit dan melancarkan proses pencernaan kita.

3. Badan mudah lebam

Antara faktor yang menyebakan badan kita mudah lebam dan rasa sakit juga disebabkan kurang mengambil sayur dan buah. Contohnya kekurangan mengambil vitamin C boleh menyebabkan badan kita mudah lebam daripada normal kerana salur darah lebih mudah terdedah dan belakunya lebam. Vitamin C juga penting untuk proses penyembuhan dan pengeluaran kolagen.

4. Naik jerawat!

Menurut pakar dermatologi, Dr Jessica Wu, beliau menyarankan memakan sayururan dan buah berwarna merah, kuning dan hijau kerana ia tinggi dengan antioksidan. Antioksidan yang tinggi boleh membantu melawan kerosakan kolagen dan juga penting untuk kulit sihat dan anjal.

5. Mudah rasa penat

Tahu tak? Sayuran dan buah-buahan membekalkan kesemua nutrien yang penting untuk badan kita agar kekal cergas dan sihat. Kurang mengambil sayur dna buah antara sebab badan anda cepat penat dan letih akibat kekurangan nutrisi.

Amalkan makanan yang berwarna hijau gelap kerana ia membekalkan magnesium yang bagus untuk menghasilkan tenaga dan juga membantu menenangkan otot apabila kita berasa letih atau stress.

6. Kerap / mudah jatuh sakit

Mereka yang kurang makan sayur dan buah juga boleh merendahkan sistem imun badan. Apabila sistem imun rendah, keupayaan badan melawan penyakit menjadi kurang. Sebaiknya tambah sayuran berwarna hijau untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

7. Mudah lupa!

Dalam artikel yang dikeluarkan oleh Universiti Tufts, lutein mampu membantu menguatkan daya ingatan dan memori serta menajamkan skil kognitif yang lain. Antara sumber terbaik lutein ialah sayuran yang berdau gelap dan hijau.

8. Mudah rasa lapar

Buah dan sayur selain membekalkan serat, ia juga membantu memenuhkan ruang perut kita. Menurut ahli pemakanan, Frances Langeman-Roth, jika seseorang berasa lapar selepas satu atau dua jam, ia mungkin disebabkan badan tidak mendapat serat yang cukup.

Makanan tinggi serat boeh membantu kita berasa kenyang lebih lama. Bagi yang ingin kuruskan badan, rajin-rajinlah mengambil sayur dan buah-buahan.


Lepas ni kita kena rajin makan sayur dan buah. Kadang-kadang badan kita rasa cepat letih, penat, kurang bermaya sebab kurang nutrisi dalam badan. Dan nutrisi ni kita boleh ambil daripada sayur dan buah. Senang kan?


Dan baca? Khasiat warna di sebalik buah dan sayur yang anda makan










Continue Reading

May 23, 2016

10 Buah Yang Mengandungi Banyak Air




Mempunyai kandungan vitamin A yang baik untuk mata. Ia juga boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan memberikan perlindungan daripada radikal bebas seperti asap kenderaan dan sebagainya.



Ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Manfaat lain yang ada pada buah strawberi termasuk meningkatkan imunisasi tubuh dan membantu melancarkan aliran darah. Ia juga mampu mengurangkan risiko darah tinggi.  


 
Mempunyai kandungan beta-keroten yang tinggi dan tidak dimiliki oleh buah lain. Kandungan beta-keroten memulihkan sel kulit mati dan juga tinggi kandungan vitamin C. Ia dikatakan dengan memakan beberapa potong buah tembikai susu setiap hari dapat menjadikan kita kelihatan lebih mudah.  



Kesan yang baik untuk kulit dengan mengurangkan kesan kulit mati, Jika diamalkan secara teratur, ia dapar membantu daya ingatan dan gerakan motorik.
 


Tinggi dengan antioksidan, ia membantu tubuh mencegah proses pertumbuhan sel-sel kanser serta membantu mereka yang ingin berdiet.



Terkenal dengan kandungan Vitamin C yang tinggi. Antara manfaat mengamalkan buah limau adalah menjadikan wajah semakin cerah dan segar. Selain itu, ia juga membantu tubuh membanteras jangkitan selain membantu melancarkan peredaran darah.
 


Mengandungi antioksidan yang tinggi dan ia bagus untuk kulit yang sihat dan cerah. Bauh pic ini juga membantu mencegah dibetes dan ekstrak daripada buah pic dikatakan mujarab untuk membunuh sel kanser.
 


Membantu melancarkan pencernaan tubuh, Ia juga terkenal dengan kandungan antioksidan yang tinggi. Dalam keadaan kering, buah plum tetap memiliki mineral dan vitamin yang penting pada tubuh badan. Ia juga mengandungi vitamin A yang baik untuk mata.



Membantu mencegah penuaan kerana kandungan nanas dapat mengurangkan risiko penuaan kulit disebabkan umur. Selain itu, nanas juga mempnuyai kandungan potasium yang tinggi di mana ia bagus untuk menurunkan tekanan darah.



Kandungan air yang sangat tinggi di dalam buah ini menjadikan meraka yang memakannya dapat kekal segar dan bertenaga. Buah ini juga membantu melancarkan metabolisme tubuh jika anda berasa letih atau tidak bermaya. Kandungan antioksidan yang tinggi juga bagus untuk jantung.








Continue Reading