Showing posts with label vitamin C. Show all posts
Showing posts with label vitamin C. Show all posts

Jan 11, 2018

20 Jenis Buah Dan Sayur Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Bagaimana Ia Boleh Membantu?




Ramai yang inginkan kulit cantik berseri dan bersih tapi bab pemakanan masih kurang menjaga. Dalam entri kalini Gee kongsikan untuk anda apa buah dan sayur yang boleh anda makan untuk mendapatkan kulit cantik berseri.


20 Jenis Buah Dan Sayur Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Bagaimana Ia Boleh Membantu?

1. Beetroot


Beetroot kaya dengan antosianin, sejenis antioksidan yang kuat yang membantu menghalang kedutan pada kulit. Rajinlah makan Beetroot jika anda inginkan kulit berseri dan ‘pinkish’.


2. Epal


Epal mengandungi vitamin C yang akan membantu kulit anda kekal sihat dan cantik. Epal juga menghalang kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit.

Epal juga kaya dengan serat yang akan membantu membersihkan usus sekaligus membantu kulit anda bebas dari jerawat. Selain itu, epal juga mengandungi vitamin A, potassium, kalsium dan magnesium. Makanlah sebiji Epal sehari untuk mengekalkan kecantikan kulit anda.

Lihat artikel >> Punca dan Faktor Yang Menyebabkan Jerawat Naik

3. Lobak


Lobak kaya dengan beta karotena yang mana ia boleh ditiukar kepada Vitamin A. Ia dapat membantu kulit anda lebih berseri, menghalang kedutan dan memperbaiki strutur kulit agar lebih sihat. Rajin-rajinlah makan lobak setiap hari.


4. Lemon


Kulit akan kelihatan kusam apabila ada parut, jerawat dan blakcheads. Tapi lemon boleh membantu anda. Ia tinggi dengan vitamin C, yang mana vitamin C penting dalam penghasilan kolagen di dalam badan anda. apabila kulit cukup kolagen, maka kulit akan nampak lebih berseri dan cantik!


5. Anggur


Anggur, samada anggur merah atau hijau, mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan. Penyelidik telah mendapati bahawa resveratrol membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV dan kanser kulit. Anggur juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin C, K, dan folat dan mineral seperti kalsium, kalium, dan fosforus. Selain itu, ekstrak biji anggur mempunyai ciri-ciri untuk keremajaan kulit, melindungi, dan menyembuhkan.


6. Biji labu


Salah satu cara untuk mencerahkan kulit adalah dengan mengambil segemgam biji labu. Ini kerana labu kaya dengan zinc yang penting untuk menghasilan sel-sel kulit baru. Biji labu ini juga boleh mengawal pengeluaran minyak dalam kulit dan menyekatakan tona kulit anda.


7. Bayam


Kaya dengan antioksidan yang boleh membantu menghalang kedutan pada kulit anda. Ia juga menguatkan tisu kulit dan memiliki sifat anti-radang yang membantu menyingkirkan toksin agar kulit anda lebih bersih dan berseri.


8. Strawberi


Mengandungi ‘malic acid’,ini membuatkan strawberi terkenal sebagai agen pencerah semulajadi. ‘Malic acid’ juga menggalakkan kulit yang lebih sihat, lebih anjal dan kelihatan muda dengan memperbaharui sel-sel kulit tanpa merosakkan lapisan kulit anda. Ia juga kaya dengan antioksidan yang membantu kulit anda lebih sihat dari dalam. Jom makan strawberi jom!

9. Keledek


Mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi dan sifat anti-keradangan semulajadi sangat membantu melawan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga ada vitamin C bagi membantu menyembuhkan dan memperbaiki luka dan bekas jerawat serta menyekatakan tona kulit and.

10. Tomato


Tomato kaya dengan antioksidan jenis lycopene yang mempunyai ciri-ciri anti-penuaan. Ia juga bertindak sebagai pelindung matahari untuk melindung kulit anda dari dalam. Tomato juga bersifat asid, membolehkannya membantu mengetatkan liang dan menghalang jerawat. Tak suka tomato? Lepas ni kena rajin-rajin makan tomato.

11. Avokado


Avokado mengandugi Biotin atau vitamin B7. Biotin penting untuk pertumbuhan dan pembaharuan semula sel-sel. Ia juga turut mengandungi vitamin A, C dan E yang terkenal sebagai pelindung kulit. Asid lemak di dalam avokado juga penting untuk keanjalan kulit, mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka. Avokado juga kaya dengan lutein and zeaxanthin yang akan membantu melindungi kulit dari sinar UV.


12. Nanas


Nanas mengandungi ‘bromelain’ semula jadi. Ia adalah sejenis enzim yang mempunyai manfaat khas untuk kulit. Anda boleh menggunakan jus nenas pada kulit untuk membersihkan sel kulit mati. Nanas juga tinggi antioksidan, melembapkan dan melembutkan kulit dari dalam.

13. Betik


Ekstrak buah betik banyak digunakan secara meluas dalam industri penjagaan kulit seperti kulit muka, sabun, pembersih, dan losyen. Tetapi kenapa ramai yang memilih rawatan kimia daripada memakan betik yang lebih segar dan murah ini?

Betik mengandungi sejumlah besar Vitamin A , B, C, asid pantothenik, dan folat dan mineral seperti tembaga, potassium, dan magnesium. Betik juga mengandungi enzim seperti papain dan chymopapain yang membantu mencegah kerosakan kulit oleh radikal bebas dan mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikulat, dan antiviral.


14. Kiwi


Kiwi kaya dengan Vitamin C dan malah lebih banyak daripada vitamin C yang terdapat di dalam buah oren. Vitamin C tinggi dengan antioksidan yang akan membantu mengukuhkan sistem imun, mempercepatkan penyembuhan demam/selsema, membantu dalam sistesis kolagen dan mencegah kedutan.


15. Tembikai


Tembikai sangat bagus untuk kulit terutama untuk kulit berminyak dan berjerawat. Tembikai mengandungi serat (0.4%), air (92%), karbohidrat (7.55%), gula (0.4%), vitamin C, A, B1, dan B6, karotenoid, flavonoid dan lycopene. Ia tidak mempunyai lemak dan bebas kolesterol.

Lycopene pula membantu mencegah radikal bebas dan menghalang kerosakan kulit. Air membantu menghilangkan toksin dan meningkatkan pergerakan usus. Apabila usus bersih, kesannya kulit bebas dari jerawat dan lebih sihat.

16. Mangga


Mangga kaya dengan vitamin A, E, C, dan K, flavonoid, polifenolik, beta-karoten, dan xanthophylls. Kehadiran vitamin ini membuatkan mangga penting dalam melindungi kulit anda daripada kerosakan DNA dan keradangan. Mangga juga kaya dengan gula dan serat makanan, yang membantu merawat sembelit.


17. Delima


Buah delima kaya dengan vitamin C, K, dan folat, dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, dan kalium. Malah, kulit dan biji yang dimakan juga kaya dengan antioksidan (asid ellagic) yang membantu melindungi kulit dari kerosakan UV-A dan UV-B dan pigmentasi kulit . Para saintis juga berjaya menghasilkan regenerasi dermis dan epidermis manusia di makmal yang menggunakan delima.

18. Gooseberry


Gooseberry kaya dengan antoksidan vitamin C, mempunyai sifat anti-radang dan penyembuhan luka. Selain itu, gooseberry juga membantu dalam pengeluaran kolagen (antara sebab ia banyak digunakan dalam produk kosmetik).


19. Buah Pic


Buah pic kaya dengan vitamin A, C, E, dan K dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium, fosforus, dan serat. Ia antara sumber antioksidan hebat yang membantu menghalang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan DNA di dalam badan.

20. Ceri


Ceri bukan saja sedap, lazat, manis dan berwarna merah malah ia mempunyai keupayaan untuk membaiki dan melindungi kulit anda daripada kerosakan. Ceri mempunyai serat, vitamin A, C, K, dan folat, dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium, dan fosforus. Ceri juga mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti-radang yang boleh membantu mencegah kerosakan kulit.




Ini adalah senarai 20 jenis buah dan sayur yang boleh membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, bersih dan berseri. Pastikan anda mengurangkan atau mengelakkan makanan yang bergoreng atau berminyak. Banyakkan mengambil buah, sayuran, asid lemak omega 3, dan meminum banyak air putih untuk memastikan kulit anda sihat dan cantik. Selamat mencuba!



Continue Reading

Dec 27, 2017

Makanan terbaik untuk elak dan merawat kulit berminyak




Kulit berminyak boleh menyebabkan anda tidak selesa dan sukar untuk dirawat bagi sesetengah orang. Kulit berminyak berlaku disebabkan oleh kelenjar sebum terlebih aktif dan akhirnya mengeluarkan sebum yang berlebihan.

Ini menyebabkan kulit berminyak kelihatan berkilat dan melekit. Jika anda mempnunyai jenis kulit berminyak, maka kulit anda akan mudah terdedah kepada jerawat, blackheads, whitehead, dan bintik-bintik penuaan yang lain.

Kulit berminyak berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran seperti pemakanan dan gaya hidup. Paling penting, jika anda mengubah corak pemakanan yang sihat dan betul, ia boleh membantu masalah kulit anda termasuklah kulit berminyak.


Apakah makanan terbaik dan sesuai untuk anda yang ada masalah kulit berminyak?

Makanan terbaik untuk elak dan merawat kulit berminyak


1. Avocado


Apa yang menarik dengan avocado ini bukan hanya boleh dimakan, ia juga boleh disapu terus pada kulit untuk menghalang rembesan minyak. Ia bertindak sebagai pelembap yang berkesan untuk kulit anda.

2. Air


Meminum air adalah terbaik untuk anda. Air adalah agen pembersihan yang akan membawa keluar semua toksin dari badan. Jika anda minum banyak air sepanjang hari ia dapat membantu menghidratkan badan anda dan membuatkan kulit kelihatan segar. Yang terbaik adalah air putih berbanding minuman lain.

3. Air kelapa


Sangat bagus untuk kulit anda. Ia memastikan kulit anda bersih dan lembut dan menghalang masalah kulit berminyak.

4. Brokoli


Brokoli kaya dengan vitamin C yang mana ia sangat mudah diserap tubuh anda. Ia juga akan membantu mengawal kulit berminyak dan mengurangkan risiko jerawat.

5. Dark coklat


Bukan sekadar rasanya yang sedap, tapi kandungan antioksidan di dalamnya juga berkesan untuk menghalang jerawat, keradangan dan juga mengawal penghasilan minyak pada liang kulit anda.

6. Gandum


Tinggi dengan serat yang akan membantu melancarkan proses penghadaman dan melindungi kulit daripada berminyak dan berjerawat.

7. Ikan 


Terutama ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3. Ia membantu masalah keradangan pada kulit dan memperbaiki kulit berminyak dan mencegah pertumbuhan jerawat.

8. Kacang


Kandungan asid lemak omega 3 di dalam kacang ini dapat membantu memperbaiki masalah kulit berminyak.

9. Limau Gedang



Sangat berkesan untuk kulit berminyak. Limau gedang mengandungi vitamin C yang akan membantu menyingkir toksin keluar daripada badan anda. Ia juga mengandungi banyak air. Untuk kesan terbaik, makan limau gedang mentah atau buat jus limau gedang tanpa gula.

10. Buah Citrus


Buah-buahan citrus seperti oren dan lemon yang mengandungi vitamin C juga sangat membantu untuk detoksifikasi yang akan menyingkir lebihan minyak daripada kulit anda.Amalkan makan buah citrus setiap hari untuk kesihatan kulit dan badan anda sekali.

11. Pisang


Jika anda ada masalah kulit berminyak, makan pisang setiap hari sangat bermanfaat untuk anda. Pisang mengandungi potassium, vitamin E dan fosfat yang akan membantu menyerikan kulit anda.

Pisang juga antara agen detoksifikasi. Ia mengawal liang pori anda dengan menghalang kotoran dari memasuki kulit yang boleh menyebabkan kulit berminyak.

12. Sayuran berdaun hijau


Sayuran jenis ini tidak mempunyai minyak atau lemak. Tapi kaya dengan fiber yang akan membantu membersihkan minyak pada kulit anda.

13. Serat


Makanan berserat tinggi seperti jagung, oat dan roti perang. Serat membantu menyerap nutrien penting dan menyingkirkan toksin keluar dari badan anda. Ia juga memberikan kulit anda anda kekal sihat dan bersih.

14. Timun 


Mengandungi banyak air sebanyak 95 peratus air. Ia juga mengandungi antioksidan dan membantu menghidratkan kulit . Jadi, ia sangat membantu kulit anda kelihatan lebih segar. Untuk kesan terbaik makan timun mentah-mentah.

.

Nutrisi untuk kulit yang sihat 

Bagaimana suplemen Shaklee membantu anda memperbaiki kulit berminyak dan mendapatkan kulit yang sihat?




1. Vitamin C Plus 
Tinggi kandungan antioksidan dan mempunyai fungsi detoksifikasi yang akan membantu menyingkir toksin dan lebihan minyak di kulit anda.

Vitamin C Plus Shaklee boleh dibuat masker muka untuk kesan terbaik pada kulit anda. Lihat di sini cara membuat masker Vitamin C Shaklee. 

2. Alfalfa Complex
Kaya dengan serat yang penting untuk melancarkan proses penghadaman dan membuang toksin keluar dari badan termasuklah membersihkan minyak pada kulit anda.

Menariknya Alfalfa Shaklee ini boleh dibuat masker untuk memperbaiki kulit berminyak dan jerawat.Lihat di sini cara membuat masker Alfalfa Shaklee.

3. ESP 
Mengandungi protein yang sihat dan berkualiti. Juga ada asid amino yang merupakan binaan penting untuk kulit, yang mana ia juga penting untuk mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Asid amino juga penting dalam penghasilan kolagen, membantu menegangkan kulit dan menghalang liang roma anda daripada tersumbat.

ESP Shaklee ini juga boleh dibuat masker muka!


Paling penting untuk merawat kulit berminyak, anda perlu konsisten dan disiplin mengambil suplemen selain menjaga pemakanan dan rutin harian anda.


Jangan biarkan kulit berminyak kerana minyak adalah umpama kolam untuk jerawat! Jom cegah segera! Katakan TIDAK pada kulit berminyak.


Berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee, anda boleh menghubungi Gee terus ke 013-5707812 atau klik link di bawah in.



www.wasap.my/6013-5707812



Continue Reading

Dec 26, 2017

Cara Mudah Menghilangkan Kulit Berminyak



Anda ada masalah kulit berminyk? Anda sering mengalami kulit berminyak yang banyak pada waktu tengah hari dan malam? Jika boleh anda mesti nak selalu mencuci dan mengelap muka yang berminyak kan? Bila pakai makeup pada muka anda pun rasa tak selesa! Walaupun berbagai cara yang anda buat, kulit anda tetap juga berminyak dan berkilat.

Kini anda tak perlu risau lagi, kerana Gee ada penyelesaian untuk membantu anda menghilangkan kulit berminyak. Ia sangat mudah kerana anda hanya perlu mengambil menelan vitamin C dan meminum ESP setiap hari, masalah kulit berminyak anda akan hillang! 

Mari lihat dulu testimoni dari customer Gee sendiri yang mengamalkan suplemen vitamin C dan ESP untuk membantu memperbaiki dan menghilangkan kulit berminyak.







Kenapa anda wajib mengambil Vitamin C dan protein ESP untuk kulit jenis berminyak?

1. Vitamin C Shaklee 

Ia direka dengan teknologi pelepasan masa atau sustained release di mana ia akan melepaskan 100 mg vitamin C ke dalam tubuh setiap sejam dalam tempoh 5 jam. Dan jika anda mengambil 2 biji Vitamin C Shaklee dalam kadar masa 5 jam, tubuh anda akan mendapat bekalan vitamin C selama 24 jam!

Vitamin C Shaklee membantu memperbaiki masalah kulit berminyak. Ia juga penting dalam menghasilkan kolagen dalam tubuh dan memperbaiki masalah kulit berjerawat.


2. ESP Shaklee

Supplement protein lengkap untuk anda. Rendah lemak dan tiada koleserol membuatkan ia sesuai untuk semua. Membekalkan asid amino penting yang mana ia penting untuk melambatk proses penuaan dan fungsi sistem tubuh anda.

Kandungan protein di dalam ESP membantu memperbaharui dan memperbaiki sel kulit yang rosak. Kulit juga menjadi lebih anjal dan tegang. Dan yang paling penting membantu mengawal dan memperbaiki kulit berminyak.


Dengan pengambilan vitamin C dan ESP yang konsisten anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kulit berminyak!


Berminat untuk mendapatkan supplement Shaklee anda boleh menghubungi saya.

Setiap pembelian dengan Gee, anda akan menerima:
  1. Konsultasi percuma
  2. Cara makan suplement yang betul dan berkesan
  3. Cara membuat masker dengan supplement Shaklee
  4. Tip Kecantikan



www.wasap.my/6013-5707812


Continue Reading

Dec 23, 2017

Makanan Terbaik untuk Parut dan Cara Menghilangkan Parut dengan Mudah dan Berkesan




Kehadiran parut pada kulit boleh mempengaruhi keyakinan diri sehingga ada yang mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan parut.

Di pasaran anda boleh melihat pelbagai jenis krim yang dijual untuk membantu menghilangkan parut dengan cepat. Tetapi, cara terbaik untuk memperbaiki dan menghilangkan parut anda adalah dengan mengambil pemakanan yang betul. Pemakanan boleh mempengaruhi terus fungsi dalam badan anda.

Dalam entri ini, Gee akan perkenalkan kepada anda apa makanan terbaik untuk parut dan cara menghilangkan parut dengan mudah. 

Makanan Terbaik untuk Parut 


1. Aloe Vera
Antara yang terbaik untuk kulit. Ia membantu memudarkan parut dan mengurangkan rasa sakit serta kemerahan pada kulit.


2. Minyak kelapa
Minyak kelapa kaya dengan antioksidan yang penting untuk melawan radikal bebas. Radikal bebas ini sebenarnya yang melambatkan proses penyembuhan. Ia juga dapat menghasilkan kolagen tambahan, yang berfungsi untuk membina sel baru dan membantu memperbaiki kerosakan kulit seperti jerawat dan parut.


3. Mentega koko (cocoa butter)
Banyak terdapat dalam krim kulit kerana ia berfungsi sebagai pelembap berkesan untuk kulit. Ia juga mengandungi vitamin E untuk memberikan kulit anda lebih sihat. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggosok ke kulit anda terutama yang ada parut setiap hari.


4. Teh hijau (Green Tea)
Tinggi dengan khasiat polifenol yang akan membantu mengurangkan parut dan pori-pori besar pada kulit.


5. Vitamin E
Vitamin E adalah salah satu vitamin yang paling berkesan untuk menghilangkan parut. Ia membantu meningkatkan tahap kolagen dan juga bertindak sebagai pelembap.

Sumber makanan: badam, kacang, oat, hazelnut, sayuran berdaun hijau


6. Vitamin C
Vitamin yang sangat penting dalam penghasilan kolagen di dalam badan anda. Kelogen penting untuk menguatkan dan memberi keanjalan pada kulit. Ia juga membantu membaiki kerosakan kulit seperti parut dan membina sel-sel baru .

Sumber makanan: limau, lemon, mangga, kiwi, strawberi,brokoli, kobis dan sebagainya.


7.Vitamin B
Kekurangan Vitamin B boleh membuatkan bekas parut dan luka di kulit sukar untuk hilang. vitamin B membantu dalam proses penyembuhan dan penting dalam pembangunan sel-sel kulit baru.

Kajian telah menunjukkan bahawa kulit yang sihat bergantung kepada kehadiran vitamin B. Vitamin B juga membantu kolagen untuk bertindak lebih berkesan dan membaiki sel dengan cepat.

Sumber makanan: kacang polong, brokoli, alpukat, ubi keledek, daging dan ikan tanpa lemak, bersama dengan bijirin dan produk tenusu.


8. Vitamin A
Juga memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen. Vitamin A membantu menguatkan sel-sel di kawasan parut dan mempercepatkan proses pemulihan parut.

Sumber makanan: betik, lobak, tomato, telur, susu, minyak ikan kod


9. Zink
Zink memainkan peranan penting dalam pembangunan kolagen dan protein dalam badan. Sel-sel kulit baru memerlukan banyak protein dan kolagen untuk kekal kuat dan sihat. Jadi anda perlukan banyak zink untuk menyembuhkan parut.

Sumber makanan: tiram, hati, kacang


10. Kunyit
Ia sangat popular di negara-negara Timur dalam bidang masakan dan perubatan. Malah, orang-orang di Barat juga mula menggunakannya setelah menyedari keberkesanan rempah-rempah. Kunyit dapat meningkatkan proses pemulihan parut kerana ia adalah antioksidan yang kuat.


11. Zat besi
Zat besi akan membantu darah kita untuk membawa oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Luka dan parut memerlukan bekalan darah yang cukup untuk penyembuhan dengan cepat.

Sumber makanan: banyak di dalam sayur-sayuran dan daging tanpa lemak

.

Selain mengambil makanan yang betul, anda juga boleh mencuba suplemen untuk menghilangkan parut pada kulit dengan lebih mudah.

.

Cara Menghilangkan Parut dengan Mudah dan Berkesan


1. Vita C Plus

Vitamin C tinggi dengan antioksidan dan ia penting untuk melindungi kulit dari radikal bebas. Ia juga menguatkan sistem imun untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan menghasilkan kolagen yang baru sekaligus memudarkan kesan parut, jerawat pada kulit.

Kesitimewaan:
Setiap tabet membekalkan 500mg vitamin C dan adanya teknologi pelepasan masa akan membantu tubuh mendapat cukup bekalan vitamin C setiap hari.

2. Vitamin E Complex

Vitamin E berfungsi membaiki struktur kulit dan memelihara sel-sel yang selalu terdedah pada radikal bebas agar tidak mudah rosak. Ia juga membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata dan melambatkan proses penuaan.

Keistimewaan:
Tiap kapsul vitamin E Complex membekalkan 400 IU vitamin E, cukup untuk memenuhi keperluan harian dan tambahan 10 mg selenium untuk meningkatkan penyerapan vitamin E.

3. Vitalea

Multivitamin yang membekalkan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Ini termasuk vitamin A, B, C, zink dan zat besi yang semuanya sangat penting untuk kulit dan proses pemulihan kulit sepertimana yang Gee tuliskan di atas tadi.

Keistimewaan:
Dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, Explo-Tab menjadikan Vitalea, tablet yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

4. Protein ESP

ESP adalah suplemen protein. Protein penting untuk membaiki sel kulit rosak dan memperbaharui sel-sel kulit dengn yang lebih sihat. Parut adalah antara tanda sel kulit anda rosak. Pengambilan ESP setiap hari akan membantu memudarkan parut dan kesan tidak sekata pada kulit anda.

Keistimewaan:
Protein lengkap dengan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Dan asid amino ini kunci utama awet muda.

5. Collagen Powder

Jika anda inginkan kulit sihat adalah sangat penting untuk mendapat kolagen yang cukup. Apabila semakin berumur, paras kolagen dalam tubuh makin berkurang. Proses pemulihan kulit juga makin lambat berlaku. Masalah seperti parut, jerawat, jeragat dan kedutan makin sukar untuk hilang. Sebab itu perlunya kolagen! 

Keistimewaan:
Collagen Powder, suplemen kolagen yang sangat bagus untuk kulit. Ia mengandungi 4000 mg Kolagen Red Snipper Sccale, RSS, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kajian klinikal menunjukkan, pengambilan Collagen Powder secara berterusan selama 8 minggu menunjukkan peningkatan pada kulit sebanyak 71 peratus.



Antara cadangan suplemen untuk membantu menghilangkan parut anda,



Apa yang menarik dengan suplemen Shaklee ini, ia boleh dibuat masker muka. Gee akan kongsikan semua tip ini khas untuk anda yang buat belian dengan Gee.




www.wasap.my/6013-5707812




Continue Reading

Nov 13, 2017

KENAPA SAYA SETIA DENGAN SHAKLEE #1


Assalamualaikum dan hi semua :)

Entri kalini gee nak sahut challenge dari grup Shaklee. Masing masing buat KENAPA SAYA SETIA DENGAN SHAKLEE. 

Ok ni bahagian 1 gee buat.




Seronok sangat rasa bila waktu pagi takda dah bersin!

Korang pun mesti suka kan?

Gee ingat lagi dulu slalu fikir 

" sampai bila la nak baik bersin ni? Asal pagi je bersin, hidung berair & hidung sampai gatal2 tak tahan! " 

Sampaikan bila kena habuk, debu jer mesti non stop bersin, jadi selsema and demam terus!

Nampak sangat antibodi lemah😢

Nak tau tak

Tiap kali bersin nonstop tu kan

Tiap kali tu amik ubat selsema warna kuning 

Tiap kali tu gak rasa ngantuk lepas amik😒

Sampai bila nak camtu kan?

Then satu hari tu tergerak amik Vitamin C Shaklee

Mula beli dulu untuk kulit sebenarnya

Tapi tak sangka Ya Allah bersin pun ada berubah sama. Kesan tu gee rasa dalam 2-3 minggu macam tu gee perasan pagi pagi dah kurang bersin dan hidung tak berair. 
Alhamdulillah syukur sangat Allah temukan dengan Shaklee 

Sampai sekarang bersin tu dah ok. Tak teruk macam dulu dah
Sekarang tau kan apa sebab gee SETIA dengan Shaklee ni

Jika boleh memang taknak brand lain dah (diehard fan sungguh hihi)

SHAKEE THE BEST!!!

I💚SHAKLEE

#SetiaSelamanyaShaklee
#ETcampaign



Next entri dari gee untuk bahagian 2, Kenapa Saya Setia dengan Shaklee 2 



Continue Reading

Oct 9, 2017

My Shaklee Story: Vitamin C

Assalamualaikum dan hi semua :) 

Ok. Entri kalini kan gee nak share macam cerita sikit la macam mana gee boleh kenal Vitamin C.

Ok. Cerita dia tak panjang sangat. Just gee harap dia bermanfaat dapat bantu korang yang ada masalah macam gee jugak,

Alkisahnya bermula, ...





Asal pagi jer bersin jadi rimas!

Siap pakej skali dapat 

Hidung berair, mata merah rasa gatal, sukar bernafas dan paling teruk tu siap dapat pakej demam selsema

Korang pernah kena cam gini?

Ni zaman dulu memang slalu la gee dapat masalah macam ni lagi-lagi bila pagi. Rimas pun ada rasa. 

Sampai kan gee ingat benda ni tak boleh nak sembuh sampai bila2

Kisahnya satu hari zaman dulu tu sebab obses nak kulit cantik 

So carik punya carik dan jumpa la vitamin C ni bagus untuk skin. Dia tulis vitamin C bagus untuk masalah jerawat, kulit kusam, kulit berminyak, also bole bantu hasil kolagen (ni paling buat gee tertarik sebab body kita tak boleh hasil sendiri)

So gee google apa vitamin C yang bagus dan jumpa la Shaklee Vitamin C!



Macam ni la rupa vitamin C shaklee


Saat ni la pekenalan pertama gee dengan Shaklee😃 (dalam 3 tahun lepas rasanya laa hihi)

Dah order semua tu dan sampai so gee mula consume 

Tak sangka tak sampai 1 bulan consume gee perasan masalah pagi bersin tu dah berkurang

Ya Allah rupanya bole elok bersin ni dengan vitamin C 

Alhamdulillah syukur sangat ya Allah asbab amal vitamin C dah elok bersin tiap pagi ku. TQ Allah kerana pertemukan gee dengan Shaklee ni.

So gee teruskan je amik tak nak skip dah sampai la sekarang

Ni kisah benar bukan rekaan untuk jual semata yer (bole tanya famili gee sendiri).






Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!



Continue Reading