Sep 4, 2015

9 makanan terbaik untuk otak kanak-kanak

Pemakanan sebenarnya sangat penting dan ia sangat mempengaruhi proses perkembangan otak kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan terdapat hubungan positif antara jenis makanan dengan sikap, tingkah laku dan skor ujian.

Jom .. cik gee nak berkongsi makanan yang baik untuk otak dan boleh dijadikan panduan ibu bapa.

9 makanan terbaik untuk otak kanak-kanak



Ikan
Antara sumber makanan yang kaya dengan Omega 3 termasuk EPA & DHA. EPA & DHA sangat penting untuk pertumbuhan & perkembangan otak kanak-kanak. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil lebih banyak asid lemak Omega 3 ini mempunyai daya fikiran yang lebih baik dalam ujian kemahiran mental.





Telur
Sumber prtien terbaik. Kuning telur dikatakan bagus untuk otak kerana ia kaya dengan Choline yang sangat penting untuk pembangunan memori.




Sayur-sayuran
Sayur-sayuran juga penting untuk otak bagi memastikan sel-sel otak sentiasa sihat dan kuat. Contoh tomato, bayam, labu, lobak antara contoh sayuran terbaik kerana ia membekalkan antioksidan.



Mentega kacang
Sumber vitamin E, antioksidan yang kuat untuk melindungi otak dan membran saraf.




Makanan bijirin penuh
Pilihan makanan terbaik yang kaya dengan serat yang dapat membanti mengawal pembebasan glukosa ke dalam badan. Bijirin penuh juga mempunyai sumber vitamin B yang membantu menyihatkan sistem saraf.




Oat
Sangat popular bagi kanak-kanak dan ia terkenal sebagai bijirin untuk otak. Oat kaya dengan vitamin B, E, kalium dan zink. Ia juga menyediakan tenaga yang dipercayai sangat penting untuk otak. Oat juga membantu menjaga otak kanak-kanak yang makan pada waktu pagi.



Kacang
Ia dipercayai kaya dengan protien, karbohidrat kompleks dan serat serta vitamin & mineral. Dan semua ini merupakan makanan yang baik untuk oatak kerena ia membantu menyimpan tenaga yang diperlukan sel-sel otak.



Buah beri
Ini termasuk buah ceri, strawberi, ceri biru, beri hitam dan raspberi. Ia mempunya tahap antioksidan yang tinggi terutama vitamin C yang boleh membantu mencegah kanser. Kajian juga menunjukkan iangatan akan bertambah baik dengan memakan ekstrak beri biru dan strawberi.



Susu/produk tesusu
Makanan yang berasaskan tenusu ini biasnya kaya dengan protien dan vitamin B yang penting untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Contohnya susu dan yogurt. Penyelidikan menunjukkan kanak-kanak dan remaja memerlukan 10 kali ganda lebih banyak daripada yang disyorkan. Produk tenusu juga kaya dengan vitamin D, vitamin yang penting untuk sistem saraf dan kitaran kehidupan sel-sel manusia.





kredit: ebook mendidik anak genius