Sembelit | 3 vitamin bantu masalah sembelit


Apakah sembelit?

Sembelit berlaku apabila kurang membuang air besar atau sukar membuang air besar. Dari segi perubatan, mereka yang mengalami sembelit apabila membuang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu.




Apakah yang menyebabkan saya sembelit?
Sembelit berlaku biasanya disebabkan kurang minum air terutama air kosong/ mineral, kurang mengambil makanan berserat, kerap mengambil ubat seperti ubat gastrik & ubat darah tinggi. sikap suka menangguh untuk membuang air besar juga boleh menyebabkan sembelit.


Apakah tanda-tanda saya sembelit?

- Tanda yang paling jelas ialah tidak membaung air besar selama beberapa hari
- Najis keras, hitam dan berketul-ketul
- Sakit ketika membuang air besar dan terpaksa meneran
- Sakit perut
- Perut buncit
- Rasa tidak puas membuang air besar
- Badan dan mulut berbau
- Badan cepat letih & malas
- Hilang selera makan
- Masalah kulit

Apakah kesan sembelit?
  • Sembelit jika tidak diatasi boleh memberi kesan kepada tubuh dan kesihatan.
  • Badan banyak toksin. Keadaan ini boleh menyebabkan pengambilan nutrien kurang berkesan kerana ia tidak sampai kepada sel.
  • Bahan toksin yang banyak di dalam badan boleh meningkatkan paras radikal bebas.
  • Usus tersumbat kerana najis melekat pada dinding usus besar.
  • Sembelit juga boleh menyebabkan risiko kanser seperti kanser usus/kolon dan juga kanser lain. Apbila proses detoksifikasi kurang cekap akan menyebabkan sel berasid, sel kekurangan oksigen dan ini boleh menggalakkan petumbuhan sel-sel kanser.


Bagaimana saya nak mencegah & mengelak sembelit?

Sebenarnya untuk mencegah dan mengelak sembelit berlaku tidak susah. Amalkan beberapa rutin harian sudah cukup seperti kerap mengambil sayuran & buah-buahan dalam diet harian minum air yang cukup (air kosong/mineral dalam 2-3 liter sehari) dan pengambilan laksatif herba / moden.



Vitamin untuk sembelit

Satu lagi alternatif yang Gee boleh cadangkan ialah pengambilan vitamin / suppemen untuk sembelit. Ada 3 jenis supplemen yang dapat membantu memperbaik dan mencegah sembelit.




1- Alfalfa Complex
Tumbuhan alfalfa lebih dikenali sebagai raja segala tumbuhan kerana akar alfalfa boleh menjalar sehingga 20 kaki bawah tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Alfalfa Complex pilihan terbaik untuk sembelit kerana ia mengandungi serat. Alfalfa Complex juga boleh membantu membuang toksin dari badan termasuk membersih hati dan kolon. Sifat alfalfa yang beralkali sangat baik untuk meneutralkan badan yang banyak asid. Alfalfa Complex ini di datangkan dalam 2 pek iaitu satu pek 330 biji dan satu lagi 700 biji. Setiap biji / tablet alfalfa shaklee ni mudah ditelan dan boleh juga dilarutkan di dalam air suam.


2- Herblax
Ramai yang menggelar herblax sebagai julap. Tetapi ia bersifat ‘julap lembut’ dan terbukti secara klinikal baik untuk kegunaan jangka panjang. Herblax adalah hasil kombinasi 9 jenis herba semulajadi yang baik untuk masalah penghadaman termasuk sembelit. Ia membersih secara lembut dan mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus. Herblax juga membantu membersihkan usus dengan mengeluarkan semua najis lama dan yang tersekat di dalam tubuh.


3- Peppermint Ginger Plus
Daun pudina, halia, adas dan cekur manis. 4 tumbuhan herba ini yang digunakan untuk menghasilkan Peppermint Ginger Plus. 4 herba terbaik dari barat & timur ini sangat baik untuk membantu masalah pengahadaman termasuk gastrik, loya dan mabuk laut.

Pudina membantu masalah penghadaman, halia pula untuk melegakan jika ada masalah perut & usus yang tidak selesa, pokok adas membantu melegakan sakit perut dan cekur manis melegakan masalah pencernaan.

Dan peppermint ini boleh dicampur dengan alfalfa kemudian dilarutkan dalam air panas sebagai minuman herba sekaligus membantu mencuci usus dan perut.



Sembelit untuk ibu hamil, mengandung dan berpantang

Ostematrix terkenal sebagai supplemen kalsium. Bagaimana ia boleh membantu sembelit? 




Di dalam ostematrix ada Magnesium. 400mg magnesium di dalam Ostematrix bukan saja membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya tetapi ia juga sangat membantu masalah sembelit. Magnesium akan bertindak melegakan otot dalam usus supaya otot usus menjadi lembut dan menegelakkan sembelit. Magnesium juga akan menarik air ke dalam usus untuk menambahkan jumlah air ke dalam susu bagi membantu melembutkan najis.




Testimoni Sembelit 















Hubungi Gee untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee .




Nurzhiana Mohd Yunus 


Shaklee Independent Distributor - ID 1085116 


SMS / WHATSAPP : 013-570 7812



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh menghubungi saya untuk pendaftaran ahli Atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1085116 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.


Post a Comment

11 Comments

  1. Moga vitamin vitamin atau makanan tambahan yang ada dapat membantu sedikit sebanyak permasalan kesihatan yang dialami..

    ReplyDelete
  2. satu info yang berguna ni ziana :)

    ReplyDelete
  3. nasib bek la kite jns mudah je membunag...fuyoo takot gak bce artikel ni..heheheh..byk info

    ReplyDelete
  4. salams yana, info yg bermanaafat tq:)

    ReplyDelete
  5. artikel yang bagus untuk dikongsi bersama...
    ramai yang sembelit tapi buat tak tahu je..
    huhuhu

    BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AMDISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  6. nice sharing.. maaf baru hari nih sempat singgah kat sini..

    ReplyDelete
  7. Salam..jln2 blogwalking untuk hri ni kejap ;) dr blog emas putih....selamat Hari Raya Haji...sy follower ke132 di sini ..

    http://ilovebunga89.blogspot.my/

    ReplyDelete