Sep 22, 2017

8 Tip Kekalkan Kulit Lembap





Apa dia kulit lembap?

Kulit lembap tanda kulit kita sihat dan cantik. Kulit yang sihat pula bila ia cukup kadar kelembapan. Jika kurang air dalam tubuh makan kulit menjadi kering, tak bermaya dan kusam.

 
Ok. Gee nak share beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kelembapan kulit. Tips ni semua biasa kita buat hari-hari. 


1- Rajin membersih kulit 

Untuk mendapat kadar kelembapan yang cukup, perlu rajin dan teliti membersih kulit wajah. Gunakan pencuci muka yang sesuai dan bilas dengan air suam supaya pori-pori terbuka. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali pori-pori.


2- Air yang cukup

Air sangat penting pada tubuh dan kulit. Pilihlah air yang bersih dan mempunyai mineral untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain air putih, jus buah-buahan juga membekal cairan pada tubuh. 

Jika kadar air cukup maka kulit akan tampak sihat dan segar. 


3- Cukup tidur

Tidur adalah kunci kecantikan bagi wanita. Jika tidur cukup dan berkualiti ia akan mempengaruhi kesihatan kulit. Tempoh tidur yang perlu untuk kulit yang sihat adalah antara 6 hingga 8 jam sehari. 


4- Topeng Wajah 

Juga boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Topeng wajah akan menyalur terus nutrisi kepada kulit dan secara tak langsung memberi kelembapan secara mendalam. 

Satu tip yang boleh dibuat ialah mengurut wajah dengan ketulan ais selepas memakai topeng wajah.


5- Serum atau Minyak 

Rutin sebelum tidur, menyapu serum atau minyak zaitun sebelum tidur untuk menjaga kelembapan kulit wajah. Bila bangun pagi kulit akan rasa segar dan lebih anjal. 

Boleh juga menyapu krim malam sebelum tidur.


6- Krim Pelindung UV 

Bila menggunakan krim pelindung UV, pilih jenis yang ada pelembap ekstra. Sangat penting untuk melindungi kulit dari cahaya matahari. Kesan sinaran uv boleh menghilangkan kelembapan kulit, kulit kusam, risiko jeragat dan timbul noda / bintik hitam. 


7- Losyen Tubuh

Ramai yang memilih losyen badan mengikut aroma berbanding fungsi. Tapi perlu ingat, losyen berfungsi untuk memberi kelembapan kulit. Jadi pastikan memilih losyen yang memberi kelembapan untuk tempoh yang lama. 


8- Penggelupasan 

Boleh membuat rawatan penggelupasan dengan lulur berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkir sel-sel kulit mati dan memelihara kulit agar berada dalam keadaan lembap.


 


Pastikan anda menjaga kelembapan kulit wajah. Kulit wajah yang lembap adalah kunci untuk wajah nampak lebih muda!




Semoga bermanfaat :))