Oct 28, 2017

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee


Kebaikan set penyusuan Shaklee untuk ibu dan anak.



Apakah kebaikan set penyusuan Shaklee untuk si ibu dan bayi?

Susu ibu adalah yang terbaik untuk si baby. Tapi dalam usaha ibu untuk memberi penyusuan penuh buat di manja tentunya ada cabaran untuk mendapat susu yang cukup. Selain pemakanan harian, suplemen juga boleh membantu ibu-ibu meningkatlan susu.


Suplemen shaklee juga ada skali untuk ibu-ibu yang ingin meningkatkan dan menambah penghasilan susu ibu.

Apa yang ada dalam set penyusuan shaklee ini? 

Ok, jom gee nak cerita dengan ibu-ibu semua apa fungsi dan kebaikan setiap supelemen yang ada dala set ini. 


Set Penyusuan Shaklee


1. Vitalea (zat besi)

Vitalea adalah multivitamin lengkap dengan vitamin dan mineral penting untuk para ibu. Dalam diet harian hidangan multivitamin yang lengkap sukar diperoleh. Jadai jumlah vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat agar dapat memberi manfaat kesihatan ibu dan bayi. 

Menariknya Vitalea Shaklee lengkap dengan zat besi bagi mengelak ibu yang mudah pitam dan pening selepas menyusukan bayi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 

Tapi elakkan mengambil Vitalea dengan minuman bersusu kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan.


2.Vitamin C (500mg)

Selain untuk kulit ia juga penting untuk ibu dan bayi. Dalam satu kajian,ibu yang menyusu bayi dan dalam masa yang sama mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C amat bermanfaat kepada bayi. 

Penyusuan bayi secara ekskusif tanpa melupakan pengambilan vitamin C dapat melindungi bayi dari kekurangan vitamin C. 

Vitamin C penting untuk meningkatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat. Jika ibu ada masalah puting melecet, luka dan berdarah,insya allah akan mudah sembuh dengan mengambil vitamin C. 

Pengambilan 1 tablet Vitamin C Shaklee cukup menyediakan 500mg vitamin C dan ia amat sesuai dengan kadar pengambilan seharian ibu.


3. Energizing Soy Protein, ESP

Protien penting untuk pertumbuhan bayi. Sumber protein yang baik seperti protein soya amat penting untuk meningkatkan pengeluaran susu. Protein berperanan membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. 

Para ibu perlu mengambil paling kurang 3 hidangan protein berkhasiat dalam diet seharian. 

Protein ESP menyediakan 14g protein untuk setiap hidangan. ESP juga lengkap dengan semua asid amino yang diperlukan badan. Malah, ESP juga membekalkan tenaga kepada ibu dan mencantikkan kulit si ibu dan bayi. 


4. B Complex (Asid Folik)

Vitamin Bcomplex Shaklee lengkap dengan semua jenis vitamin B yang diperlukan termasuk asid folik.

Vitamin Bcomplex sangat penting kepada para ibu dan bayi. Ia berfungsi untuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. 

Vitamin Bcomplex juga merupakan vitamin antistress, penenang semulajadi. Ibu yang menyusukan bayi harus mendapatkan vitamin B kompleks yang cukup dalam diet harian untuk kebaikan dan kesihatan ibu juga bayi.


5. Ostematrix (kalsium)

Ostematrix lengkap dengan kalsium, vitamin D, magnesium untuk penyerapan maksimum. 1 tablet Ostematrix bersamaan 250mg kalsium, jadi ibu disaran untuk mengambil 4 hingga 5 biji Ostematrix sehari.

Tahukah anda 40% daripada susu ibu merupakan kalsium. Kalsium penting untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Para ibu yang menyusui bayi digalakkan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari. 


6. Alfalfa Complex

Alfalfa kaya dengan nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semuanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan ibu dan bayi yang sihat. 

Alfalfa juga telah digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Alfalfa juga melancarkan sistem perkumuhan dan membuang angin dalam badan.

* Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.


7. Omegaguard (Asid Lemak Omega 3) 

Ibu yang mengambil asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan akan memberi manfaat kepada pengembangan otak dan mata anak. Ia telah terbukti secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. 

Kanak-kanak yang diberi susu ibu kebanyakan tidak mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.


Tapi perlu ingat yer, set penyusuan shaklee ni bukan bila ambil terus banyak susu. Kena ikut jugak teknik yang betul dalam proses penyusuan.

Barulah proses penyusuan berjaya! inshaAllah

Satu lagi jangan lupa banyakkan berdoa dan berzikir.





Testimoni-testimoni Set Penyusuan Shaklee 



















Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!