11 Jenis Makanan yang Terbaik untuk Menjaga Kesihatan Hati




Hati adalah organ kedua terbesar dalam badan. Dan hati juga ibarat " power house " untuk organ dalam badan. Hati menjalankan pelbagai fungsi seperti penting seperti menghasilkan protein, kolesterol dan hempedu untuk menyimpan vitamin, mineral dan juga karbohidrat.

Hati juga penting untuk proses detoksifikasi termasuk menyingkirkan toksin dan bahan kimia berbahaya dari dalam tubuh. Adalah sangat penting untuk anda menjaga kesihatan hati bagi memastikan badan kekal sihat.

Fungsi hati yang lain:



Dalam entri kali ini Gee akan berkongsi kepada anda apakah jenis-jenis makanan yang terbaik untuk menjaga kesihatan hati.


11 Jenis makanan terbaik untuk menjaga kesihatan hati 


1. Brokoli


Brokoli kaya dengan fiber yang akan membersihkan badan secara semulajadi daripada karsinogenik dan bahan toksin yang lain. Brokoli juga mengandungi glukosinolat yang akan membantu hati menghasilkan enzim untuk menyingkirkan toksin dan membantu melancarkan pencernaan.


2. Kekacang


Ia tinggi dengan lemak dan nutrien termasuk antioksidan vitamin E. Kekacang juga membantu meningkatkan tahap enzim di dalam hati.


3. Bawang putih


Tinggi dengan allicin dan selenium, dua nutrien yang sangat baik untuk kesihatan hati terutama darah. Bawang putih juga dapat mengaktifkan enzyme di dalam hati yang akan membantu sistem penghadaman mengeluarkan toksin.


4. Epal  


Kaya dengan pectin, serat larut yang membantu menghilangkan toksin dan kolesterol dari darah yang mana ia baik untuk hati!


5. Sayur berdaun hijau


Sayuran jenis ini banyak mengandungi klorofil yang akan membantu membersihkan darah, untuk membantu dalam fungsi hati. Ia juga meneutralkan logam berat, bahan kimia toksik, dan juga racun perosak yang membebankan hati.


6. Lemon

Lemon sangat penting untuk tubuh. Lemon membekalkan antoksidan yang banyak, iaitu kendungan vitamin C di dalamnya membantu hati menghasilkan lebih banyak enzim bagi membantu adan berasa lebih bertenaga dan juga membantu sistem penghadaman lebih baik.


7. Keledek


Keledek kaya dengan beta-karotena, anti-radang semulajadi yang penting untuk badan. Beta-kerotena akan menukarkan vitamin A di dalam badan terus ke hati.

Keledek juga kaya dengan serat dan vitamin C, yang akan membantu meningkatkan sistem imuniti dan membuang toksin sekaligus membantu meningkatkan fungsi hati.


8. Limau Gedang


Antioksidan yang terdapat di dalam limau gedangt iaitu 'Naringin' dan 'Naringenin' akan melindungi hati dengan mengurangkan keradangan dan melindungi sel.


9. Blueberri


Tinggi dengan antioksidan yang akan melindungi hati daripada rosak.


10. Jus Beetroot


Sumber nitrat dan antioksidan iaitu batalains. Ia berkhasiat untuk kesihatan hati dan mengurangkan kerosakan oksidatif dan keradangan. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan enzim semulajadi detoksifikasi.


11. Minyak Zaitun


Kajian menunjukkan minyak zaitun dapat membantu mengurangkan paras lemak di dalam hati, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan tahap enzim di dalam hati.


Untuk makanan tambahan, bagi anda yang ingin fokus untuk menjaga kesihatan hati anda boleh mencuba DTX Complex. Ia adalah suplemen khas untuk menjaga hati. 


Kebanyakan makanan ini memang kita ada dalam pemakanan harian anda. Semoga anda menjaga kesihatan hati dengan baik. 

SAYANGILAH HATI ANDA!




Post a Comment

0 Comments