Kebaikan Vitamin E untuk Kulit, Rambut dan Kesihatan | Makanan yang Mengandungi Vitamin E

Kebaikan Vitamin E untuk kulit, rambut dan kesihatan badan. Ada bnayak manfaat juga vitamin E pada kita semua.

kebaikan vitamin E Shaklee


Selain daripada Vitamin C yang terkenal untuk kecantikan kulit, Vitamin E juga memainkan peranan penting untuk kecantikan. Tapi kebaikan vitamin E bukan hanya untuk kecantikan kulit sahaja. Vitamin E juga penting untuk fungsi kesihatan yang lain.

Vitamin E ialah sejenis vitamin larut lemak dan ia juga penting sebagai vitamin antioksidan dalam badan seperti mana vitamin C.

Apakah kebaikan Vitamin E kepada anda?
Gee akan bahagikan kebaikan Vitamin E untuk kulit, rambut dan kesihatan supaya anda lebih faham dan jelas.
 
Kebaikan Vitamin E untuk Kulit

1.Memudarkan parut
Sifat vitamin E yang tinggi antioksidan membolehkan ia mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang rosak dan mencegah parut daripada kekal lama di kulit.
Selain itu, sifatnya boleh mengekalkan kelembapan kulit dapat membantu memperbaiki tisu yang rosak.


2.Mencegah kedutan
Vitamin E digunakan untuk mencegah kedutan, bintik penuaan dan tanda-tanda penuaan yang lain. Vitamin E juga boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dan ini boleh menambah keanjalan kulit sekaligus menghalang tanda-tanda penuaan seperti kedutan.


3.Memperbaiki kesan sunburn
Vitamin E mengandungi antioksidan yang boleh meneutralkan kesan radikal bebas yang disebabakan kesan uv cahaya matahari.


4.Membaiki hyperpigmentasi kulit 
Hyperpigmentasi kulit ialah kesan warna tidak sekata pada kulit dan patch gelap di mana-mana bahagian pada badan akibat sering terdedah kepada cahaya matahari.Sebagai vitamin antioksidan, vitamin E boleh memperbaiki kesan kerosakan yang disebabkan oleh sinaran ultraviolet (UV) cahaya matahari.

Hyperpigmentasi boleh membawa kepada jeragat. 


5.Melembutkan Tangan Kasar dan Kering
Vitamin E adalah pelembap hebat untukmembantu tangan yang kering dan kasar. Ia memastikan kulit anda sentiasa lembut dan lembap. Di samping itu, ia juga boleh menghalang kulit di tangan anda daripada kendur, yang boleh membuatkan tangan anda kelihatan tua.


6.Agen pembersih
Vitamin E juga membantu membersihkan kotoran pada kulit. Sifat Vitamin E yang memiliki ‘heavy emollient’ (memastikan kulit sentiasa lembap), menjadikannya mudah untuk menghilangkan kekotoran pada permukaan kulit dan dalam masa yang sama ia mengekalkan keseimbangan minyak dalam liang kulit.


7.Menghapuskan Stretch Marks
Stretch Marks biasanya berlaku disebabkan oleh kehamilan atau berat badan yang menurun secara mendadak. Vitamin E yang mempunyai sifat antioksidan yang tinggi boleh melindungi serat kolagen dalam kulit dari mengalami kerosakan akibat radikal bebas. Ini akan membantu mengekalkan keanjalan kulit sekaligus membantu menghapuskan kesan stretch merks pada kulit.


8.Memperbaiki Dermatitis
Dermatitis ialah kesan keradangan pada kulit. Vitamin E boleh melegakan gejala dermatitis seperti keradangan, bengkak, gatal-gatal, rasa seperti terbakar dan kemerahan. Sifat antioksidan yang ada pada vitamin E ini membantu menyembuhka kulit yang rosak.


9.Memperbaiki kesan terbakar
Vitamin E boleh memperbaiki kesan terbakar pada kulit kerana ia mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan luka seperti luka terbakar yang sedikit atau tidak teruk pada kulit.


10.Mencegah kanser kulit
Sifat antioksidan yang hebat dalam vitamin E membolehkan ia bertindak sebagai pelindung untuk melindungi kesan kerosakan akibat cahaya matahari yang boleh menyebabkan sel kanser.


11.Memperbaiki masalah kulit seperti Eczema dan Psoriasis
Untuk Eczema, Vitamin E boleh mengekalkan kulit yang lembap dan lembut sekaligus mengatasi masalah kulit kering yang dihidapi oleh pesakit eczema.

Untuk psoriasis, vitamin E boleh menggalak pertumbuhan semula kulit.


12.Membaiki bibir pecah
Vitamin E juga sangat berkesan untuk merawat bibir pecah dan kering. Minyak Vitamin E berfungsi sebagai pelembap bibir dan menjadikan kulit bibir licin dan lembut. Ia juga boleh membantu merawat bibir gelap.


Kebaikan Vitamin E untuk Rambut

13.Menyihatkan rambut
Vitamin E mempunyai sifat antioksidan yang boleh melancarkan peredaran darah ke seluruh badan termasuk kulit kepala. Maka ia dapat membantu memperbaiki folikel rambut yang rosak dan mencegah kakisan tisu. Ini akan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat.

Ia juga menjaga rambut dari akar ke batang supaya rambut lebih sihat dan berkilau, dan menghalang rambut bertukar kekuningan atau kelabu seperti beruban.


14.Memperbaiki rambut pecah dan rosak
Rambut boleh pecah dan rosak apabila anda selalu mewarnakan rambut, meluruskan dan mengkerintingkan rambut.

Vitamin E boleh memperbaiki rambut kerana ia mempunyai sifat sebagai pelembap (conditioner) yang membuatkan rambut sihat, berkilau dan merawat rambut yang pecah pada hujung rambut.


Kebaikan Vitamin E untuk Kesihatan

15.Menguatkan kuku
Jika anda inginkan kuku yang kuat dan sihat anda boleh mengambil vitamin E. Disebabkan sifat vitamin E yang boleh melembapkan, ia dapat membantu menjaga kuku sentiasa sihat dan terhidrat. Ia juga membantu menyelesaikan masalah kuku retak, pecah dan kering.


16.Mengurangkan kesan buruk kolesterol
Pengumpulan kolesterol jahat (LDL) di dalam arteri menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk melancarkan peredaran darah. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Minyak vitamin E akan mengurangkan kesan kolesterol jahat dan menghalang ia daripada teroksida dan terkumpul di dalam arteri.


17.Kelestarian tenaga
Vitamin E meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen lebih.


18.Memperbaiki Arthritis
Vitamin E meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, urat varikos dan sakit sendi.


19.Menyeimbangkan hormon
Vitamin E memainkan peranan untuk mengimbangi sistem endokrin dan saraf, dan ini sekaligus menyeimbangkan fungsi hormon secara semulajadi.

Gejala ketidakseimbangan hormon termasuk PMS, penambahan berat badan, alergi, jangkitan pada saluran kencing, perubahan kulit, kebimbangan dan keletihan. Apabila hormon seimbang, lebih mudah untuk mengekalkan berat badan yang sihat, kitaran haid yang teratur dan badan lebih sihat dan bertenaga.


20.Membantu simptom PMS
Mengambil vitamin E dalam dua atau tiga hari sebelum dan selepas period, ia dapat membantu mengurangkan simptom PMS seperti kramp, rasa lapar dan marah.

Vitamin E juga akan mengurangkan rasa sakit dan kehilangan darah haid dengan mengimbangi hormon secara semulajadi sekaligus memastikan kitaran haid lebih teratur.


21.Meningkatkan penglihatan
Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko age-related macular degeneration, antara sebab buta berlaku. Tetapi vitamin E mesti diambil bersama vitamin C, beta kerotena dan zink.

Pengambilan vitamin E dan vitamin A dalam dos yang timggi setiap hari boleh meningkatkan proses penyembuhan mata untuk mereka yang ada menjalani pembedahan masa secara laser.


22.Membantu pesakit Alzheimer’s
Kajian menunjukkan aktiviti anti-keradangan boleh melindungi pesakit Alzheimer’s. vitamin E boleh memperlahankan kemerosotan kehilangan ingatan peskait Alzheimer’s.

Pengambilan Vitamin E bersama vitamin C juga boleh mengurangkan risiko demensia.


23.Memperbaiki Daya Tahan Fizikal dan Kekuatan Otot
Vitamin E boleh digunakan untuk meningkatkan ketahanan fizikal. Ia boleh meningkatkan tenaga dan mengurangkan tahap tekanan oksidatif pada otot selepas anda bersenam.

Vitamin E juga boleh meningkatkan kekuatan otot dengan cara mengurangkan keletihan dengan menggalakkan peredaran darah, menguatkan dinding kapilari dan menyuburkan sel-sel.


24.Penting Semasa Kehamilan 
Vitamin E adalah penting semasa kehamilan dan untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak kerana ia boleh melindungi asid lemak penting dan membantu mengawal keradangan di dalam badan.


Banyak kan kebaikan vitamin E samada untuk kulit, rambut dan kesihatan. Jom amalkan makanan yang ada mengandungi vitamin E setiap hari kerana ia banyak memberi manfaat untuk anda.


Tapi sebelum itu, anda kena tahu apakah makanan yang mengandungi vitamin E yang boleh anda ambil.

Makanan yang mengandungi Vitamin E
  1. Biji bunga matahari
  2. Kacang Almond
  3. Kacang Hazel
  4. Brokoli
  5. Bayam
  6. Buah Kiwi
  7. Buah Mangga
  8. Buah Avocado
  9. Labu
  10. Tomato

Jika anda ingin mencari sesuatu yang boleh menambah atau mencukupkan keperluan harian Vitamin E, anda boleh juga mengambil makanan tambahan Vitamin E.


Makanan tambahan atau suplemen vitamin E yang boleh Gee rekomen untuk anda ialah Vitamin E Complex Shaklee.

Lihat di sini untuk Kelebihan dan Kebaikan Vitamin E Complex 





www.wasap.my/6013-5707812




Post a Comment

0 Comments