Mar 23, 2018

5 Cara Makan Untuk Mengawal Kencing Manis Dengan Betul


5 Cara Makan Untuk Mengawal Kencing Manis Dengan Betul 

cara kawal kencing manis

Pemakanan yang betul sangat penting untuk pesakit kencing manis atau Diabetes. Makanan boleh mempengaruhi bacaan paras gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

Berikut merupakan 5 cara makan yang boleh diamalkan pesakit kencing manis untuk mengawal dan menurunkan bacaan gula dalam darah.

1. Makan lebih banyak sayuran
Sayur-sayuran adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan rendah kalori. Maka sayuran tidak akan menaikkan paras gula dalam darah anda dengan banyak dan hanya menambah seddikit kalori. Dengan memakan sayur-syuraan, anda akan kurang mengambila makanan kurang sihat.

2. Tambah sedikit lemak
Lemak sebenarnya penting untuk sel yang sihat. Bagi pesakit kencing manis, lemak akan membantu anda berasa puas apabila dapat memakannya. Tetapi anda perlu mengambil lemak dalam kuantiti yang betul dan tidak berlebihan.

3. Makan untuk sembuh
Dalam konteks ini anda perlu bijak memilih makanan yang sesuai. Makanan semulajadi mempunyai mikronutrien kimia organik dengan kuasa penyembuhan luar biasa yang penting untuk kesihatan tubuh badan.

Bagi peskait kencing manis, anda mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai kolesterol tinggi, sakit jantung, masalah buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Contohnya:
  • Bawang putih – mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
  • Oat - kaya dengan serat larut boleh membantu mengurangkan kolesterol
  • Fitokimia yang dipanggil lutein yang banyak terdapat pada bayam dan syur-syuran berdaun gelap membantu melawan macular degeneration (penyebab utama masalah penglihatan)

4. Rajin minum air
Air penting untuk mengawal suhu badan, mengangkut nutrien dan oksigen, membawa sisa buangan, membantu menyahtoksikkan buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral, dan melindungi badan daripada kecederaan.

Tetapi minuman beralkohol dan kafein tidak dikira kerana ia bertindak sebagai diuretik dan meningkatkan kehilangan ceccair dalam badan.

5. Makan lebih kerap
Biasanya anda makan dengan tiga makanan besar sehari, tetapi untuk pesakit kencing manis anda perlu makan secara lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang lebih kecil.

Kajian menunjukkan dengan mengatur makanan anda sepanjang hari, anda dapat membantu menstabilkan gula dalam darah dan menurunkan tahap kolesterol.



Paling utama bagi pesakit kencing manis adalag menjaga paras gula dalam darah dengan mengambil makanan semulajadi yang mempunyai campuran nutrien yang sihat. Rajinkan diri untuk memerhati apa yang anda makan dan berapa banyak yang perlu anda makan. Cuba makan dalam jumlah yang sama setiap hari, pada waktu yang lebih kurang sama setiap hari. Disiplinkan diri dengan matlamat untuk menambah baik kesihatan.