8 Kebaikan Berjalan Kaki Yang Ramai Terlepas Pandang!


Berjalan kaki adalah salah satu aktiviti yang mudah dan senang untuk dilakukan setiap hari. Dengan berjalan kaki anda akan mendapat banyak kebaikan samada untuk kesihatan fizikal dan mental anda.


8 Kebaikan Berjalan Kaki Yang Ramai Terlepas Pandang!

1.Memori
Berjalan selama 30 minit dalam 3 kali seminggu boleh membantu melindungi kawasan dalam otak yang berkaitan dengan memori dan peranccangan.

2.Kesihatan
Berjalan sebanyak 3500 langkah setiap hari mampu mengurangkan risiko diabetes sebanyak 29 peratus.

3.Jantung
Berjalan selama 30-60 minit sehari setiap hari, secara drastik membantu mengurangkan risiko untuk mendapat masalah jantung.

4.Mood
Berjalan selama 30 minit sehari mampu mengurangkan simptom depresi sehingga 36 peratus.

5.Tulang
Dengan berjalan empat jam dalam seminggu boleh membantu mengurangkan risiko retak tulang peha sebanyak 43 peratus. Malah, dengan berjalan juga mampu merangsang dan menguatkan tulang sekaligus mengurangkan masalah osteoporosis dan artritis.

6.Vitamin D
Dengan berjalan di kawasan terbuka terutama pada waktu pagi dengan cahaya mentari pagi, ia secara tidak langsung meningkatkan penyerapan vitamin D ke dalam tubuh badan kita.

7.Hormon gembira
Dengan berjalan juga mampu membebaskan serotonin iaitu sejenis hormon gembira yang mampu membuatkan minda anda menjadi lebih tenang dan ceria.

8.Demensia
Warga tua yang berjalan dalam 6 batu atau lebih dalam seminggu mempunyai peluang lebih rendah untuk mengelakkan pengecutan otak. Ini akan memabntu mengelakkan mereka daripada kehilangan memori. Demensia menyerang 1 dalam 64 individu yang berusia lebih 65 tahun. Rajinlah berjalan untuk mengelak daripada masalah demensia!


Jom kita berjalan! Dengan hanya bergerak atau berjalan setiap hari amat penting untuk membantu badan sihat. Berjalan adalah latihan terbaik untuk tubuh!


kredit: iSihat

Post a Comment

0 Comments