Jun 30, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018


Gee nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua yang menyambut. Moga bahagia selalu di samping keluarga yang tersayang.


Gambar di rumah jiran kawen hihi



 Buat semua pengunjung blog www.zianaeunos.com terima kasih sudi singgah di blog ini. 

Terima kasih juga buat customer2 dari blog ini juga. 

Moga kalian semua dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki.


 



Continue Reading

Jun 12, 2018

10 Cabaran Untuk Kurus di Hari Raya


Cabaran untuk kuruskan badan di hari raya.


Hari raya agak sukar untuk kawal nafsu makan. Jom ketahui 10 cabaran untuk menguruskan badan di hari raya.

1. Jumlah hidangan

Bila hari raya kita akan disaji dengan pelbagai makanan yang enak dan sedap. Lagi lagi bila ada rumah terbuka. Jadi korang perlu bijak mengatur jumlah makanan yang perlu diambil untuk jaga berat badan.

2. Makanan pedas

Makanan yang pedas juga boleh menganggu penghadaman dan membuatkan korang gemuk. Ini kerana makanan pedas boleh membuatkan korang ketagih dan ingin terus makan.

3. Buang kulit dan bahagian dalaman

Masa hari raya, kari atau rendang jadi pilihan utama. Jika korang tak mahu berat bertambah sebaiknya elak memakan dengan kulit. Malah korang juga boleh kawal kolesterol dengab mengelak mengambil bahagian dalaman.

4. Banyak makan sayur dan buah

Bila waktu siang korang pasti dah banyak makan makanan berlemak, tinggi gula dan karbohidrat. Sebaiknya waktu malam banyakkan makan sayur dan buah yang kaya dengan serat dan ia juga baik untuk penghadaman.

5. Minum banyak air

Pilihlah air putih daripada air sirap, teh atau bikarbonat. Air putih tiada kalori dan juga boleh mengurangkan keinginan makan lebih banyak.

6. Buat rutin baru

Bila hari raya pasti banyak jemputan rumah terbuka. Jadi sukar untuk mengelak makanan yang lazat. Sebaiknya buat rutin baru dengan biasakan diri untuk kawal pengambilan makanan.

7. Buat perancangan

Buat satu program untuk mencegah makan secara berlebihan selama beberapa waktu terutama di musim hari raya.

8. Elak makanan tidak sihat

Kawal atau kurangkan mengambil makanan yang kurang sihat seperti snek, kerepek atau biskut.

9. Makan secara perlahan

Kunyah makanan secara perlahan supaya korang cepat rasa kenyang. Secara tak langsung boleh kawal nafsu makan!

10. Berjalan

Banyak berjalan boleh bantu bakar kalori. Sebaiknya jangan makan terlalu kenyang kerana sudah tentu korang sukar untuk bergerak dan berjalan. Akhirnya banyak kalori terkumpul dalam badan.


Moga bermanfaat. Kawal makan minum di hari raya ini.


Continue Reading

Jun 6, 2018

10 TIP KEKAL KURUS DI HARI RAYA


10 Tip untuk kekal kurus walaupun di hari raya.


Ada beberapa tips menguruskan badan yang anda boleh ikut dan amalkan di hari raya nanti.

Tips untuk kuruskan badan di hari raya

1- Makan sikit sebelum keluar beraya
Sebaiknya pagi sarapan yang sihat dengan mengambil buah, sayur, protein telur dan kacang untuk kawal nafsu makan pada tengah hari dan petang.

2- Pilih makanan anda
Jika boleh pilih makanan yang tidak digoreng seperti direbus, kukus atau panggang. Elak makanan tinggi kalori, karbohidrat dan lemak.

3- Elak makan secara berlebihan
Bila hari raya kita memang akan dijamu dengan pelbagai jenis hidangan. Jadi elakkan makan secara berlebihan kerana ia boleh menambah risiko timbunan lemak dalam badan dan berat badan boleh naik!

4- Banyak minum air putih
Rajin minum air putih yang lebih sihat dan menyegarkan berbanding minum air yang tinggi gula dan berkalori tinggi.

5- Ambil menu sihat
Tambah menu yang sihat seperti sup yang ada sayur atau ayam bakar. Ambil juga buah buahan dan salad.

6- Makan sedikit tapi kerap
Elak mengambil makanan dalam hidangan yang besar kerana ia boleh menganggu sistem penghadaman dan berat makin bertambah!

7- Jarakkan diri dengan meja makan
Duduk jauh dari meja makan! Bila anda dekat dengan meja makan, anda sukar menahan dan menolak dari mengambil hidangan yang sedap.

8- Sibukkan diri
Bagi mengelak makan berlebihan, sibukkan diri dengan aktiviti lain seperti berbual dengan ahli keluarga.

9- Makan secara perlahan
Latih diri untuk makan secara perlahan sambil menikmati setiap makanan. Ini juga baik untuk sistem penghadaman anda.

10- Minum teh hijau
Teg hijau baik untuk kesihatan dan juga bantu menghalang makan secara berlebihan. Teh hijah juga tinggi antioksidan dan boleh naikkan metabolisme badan anda.


Moga bermanfaat untuk anda. Yang penting jaga makan minum dan amalkan gaya hidup sihat.


Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Gee๐Ÿ’š๐ŸŒธ


Continue Reading

Jun 5, 2018

Segmen 24 Jam Bloglist #30 Mialiana.com





Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 5 Jun 2018, iaitu tepat jam 9.00 pagi sehingga hari esok, 9.00 pagi 6 Jun 2018. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #30 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2018.


** jom support Mia Liana....

Read more: http://www.mialiana.com/2018/06/segmen-24-jam-bloglist-30-mialianacom.html#ixzz5HWv0u843



Continue Reading

Jun 4, 2018

PROMOSI SHAKLEE JUN 2018


Promosi shaklee untuk bulan Jun 2018 juga menarik seperti bulan lepas.




Promosi Shaklee sepanjang bulan Jun 2018

1.Promosi Cinch Shake Mix

Minuman ink membantu korang kekal cergas dan aktif sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan.

Cinch Shake ni gee lebih rekomen pada yang ingin kurus! Sebab apa? Nanti gee jelaskan bawah ni ok.

Untuk setiap belian Cinch Shake ini, korang mendapat diskaun 10 peratus dengan setiap belian 2 kombo Cinch Shake.


Cinch Shake Mix 
  • Minuman yang mengandungi 16 jenis vitamin dan mienral untuk melengkapkan vitamin dan mineral dalambadan. 
  • Mengandungi 16 gram serat agar mudah lawas. 
  • Membekakan 16gram protein untuk setiap hidangan. 
  • Indeks glisemik rendah membantu rasa kenyang lebih lama dan memberi tenaga yang lama. 
  • Leucine membantu mengekalkan otot tanpa lemak. Boleh bantu shape atau jaga badan. 

Kenapa pilih Cinch Shake?
  • Cinch Shake Shaklee yang mengenyangkn dan menurunkan berat badan!
  • Cinch Shake Shaklee merupakan minuman formula proprietari yang dipertingkatkan dengan leucin. 
  • Shaklee menggunakan pengalaman penuh selama lebih 50 tahun dalam dunia nutrisi untuk membangunkan formula Cinch Shake dengan harapan penurunan berat badan menjadi lebih mudah dan selamat.

Apakah Leucine?
  • Leucine merupakan asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Ia merupakan satu-satunya asid amino yang boleh merangsang sintesis protein otot. 
  • Cinch Shake Shaklee yang diperkasa dengan leucin terbukti mampu mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak dan menghilangkan lemak, berat dan inci.


2.Cleanse & Burn Set 

Pembelian untuk satu set cleanse & burn ini korang bakal mendapat eco pack-n-go bag Shaklee secara Percuma!


Kebaikan set ini:
  • Melegakan dan menenangkan perut 
  • Melegakan sembelit ringan 
  • Membantu hati perbaharui, segar dan cergas semula 
  • Meningkatkan penghadaman 
  • Cara semulajadi untuk detox 

Eco pack-n-go Shaklee bag
Eco pack-n-go Shaklee bag

3. Revitalise Set 

Pembelian satu revitalise set ini juga korang akan mendapat eco pack-n-go bag Shaklee.


Revitalise set ini fokus untuk membantu memberi tenaga agar kekal cergas dan aktif semasa berpuasa.

Kebaikan set ini:
  • Polifenol membantu meningkatkan kuantiti kilang tenaga. 
  • Coenzyme Q10 meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam sel. 
  • Campuran teh meningkatkan stamina agar anda dapat melakukan apa yang anda perlu secara produktif dalam sehari tanpa rasa letih dan mengantuk. 

4. Set Kecantikan Kulit YOUTH 

Promosi ini dilanjutkan dari bulan Mac lepas. Yang best promosi YOUTH bulan Jun ini korang nanti akan mendapat PERCUMA YOUTH Wristlet yang LIMITED EDITION!

Boleh guna beg ni masa raya nanti! Cun sangat dah tu ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜

Lihat lebih lanjut di sini >> YOUTH Shaklee


5. Promosi Collagen Powder

Promosi Collagen ni gee perasan Shaklee memang buat tiap kali nak raya! Hihi

Mesti nak semua orang pakat dapat kulit cantik muda gebus kan?

Ada 2 pilihan promosi Collagen Powder:

๐Ÿ’šBeli 6 Collagen
  • Percuma 1 
  • Percuma pos
  • Percuma keahlian Shaklee
  • Cash bonus masuk akaun 

๐Ÿ’šBeli 2 Collagen
  • Dalat jimat 5% 




Berdasarkan kajian klinikal, bila guna 8 minggu Collagen Powder (dalam 3-4 kotak) secara berterusan akan dapat perbaiki tekstur kulit wajah & hilangkan kedutan.

Kebaikan Collagen Powder:

- Menyokong penghasilan kolagen dalam tubuh secara semulajadi
- Kulit lebih berseri dan licin
- Mengecilkan liang pori
- Mengurangkan garisan halus
- Mengurangkan kulit kering & menggelupas, kulit lebih lembap & halus
- Menjadikan kulit lebih anjal, lembut dan tegang (termasuk payudara & pinggul)
- Rambut & kuku lebih kuat, tebal dan bersinar
- Menghilangkan pigmentasi penyebab utama jeragat
- Mengurangkan tompokan bulat bawah mata
- Menjaga kesihatan sendi
- Melegakan ketidakselesaan mata
- Membekal nutrisi & penghidratan
- Meningkatkan prestasi tenaga
- Memulihkan saraf



Bermula 1 Jun, semua produk Shaklee GST 0%!



Berminat untuk mendapatkan mana-mana promosi Shaklee bulan Mei ini atau mana-mana produk Shaklee, anda boleh menghubungi Gee terus ke 013-5707812. Untuk pautan pantas anda boleh klik link di pautan whatsapp di blog ini.



Continue Reading