10 Cabaran Untuk Kurus di Hari Raya

Cabaran untuk kuruskan badan di hari raya.


Hari raya agak sukar untuk kawal nafsu makan. Jom ketahui 10 cabaran untuk menguruskan badan di hari raya.

1. Jumlah hidangan

Bila hari raya kita akan disaji dengan pelbagai makanan yang enak dan sedap. Lagi lagi bila ada rumah terbuka. Jadi korang perlu bijak mengatur jumlah makanan yang perlu diambil untuk jaga berat badan.

2. Makanan pedas

Makanan yang pedas juga boleh menganggu penghadaman dan membuatkan korang gemuk. Ini kerana makanan pedas boleh membuatkan korang ketagih dan ingin terus makan.

3. Buang kulit dan bahagian dalaman

Masa hari raya, kari atau rendang jadi pilihan utama. Jika korang tak mahu berat bertambah sebaiknya elak memakan dengan kulit. Malah korang juga boleh kawal kolesterol dengab mengelak mengambil bahagian dalaman.

4. Banyak makan sayur dan buah

Bila waktu siang korang pasti dah banyak makan makanan berlemak, tinggi gula dan karbohidrat. Sebaiknya waktu malam banyakkan makan sayur dan buah yang kaya dengan serat dan ia juga baik untuk penghadaman.

5. Minum banyak air

Pilihlah air putih daripada air sirap, teh atau bikarbonat. Air putih tiada kalori dan juga boleh mengurangkan keinginan makan lebih banyak.

6. Buat rutin baru

Bila hari raya pasti banyak jemputan rumah terbuka. Jadi sukar untuk mengelak makanan yang lazat. Sebaiknya buat rutin baru dengan biasakan diri untuk kawal pengambilan makanan.

7. Buat perancangan

Buat satu program untuk mencegah makan secara berlebihan selama beberapa waktu terutama di musim hari raya.

8. Elak makanan tidak sihat

Kawal atau kurangkan mengambil makanan yang kurang sihat seperti snek, kerepek atau biskut.

9. Makan secara perlahan

Kunyah makanan secara perlahan supaya korang cepat rasa kenyang. Secara tak langsung boleh kawal nafsu makan!

10. Berjalan

Banyak berjalan boleh bantu bakar kalori. Sebaiknya jangan makan terlalu kenyang kerana sudah tentu korang sukar untuk bergerak dan berjalan. Akhirnya banyak kalori terkumpul dalam badan.


Moga bermanfaat. Kawal makan minum di hari raya ini.


Post a Comment

0 Comments