Sep 11, 2018

YOUTH Advanced Renewal Night Cream Light Review


Review dari Gee sendiri untuk YOUTH Advanced Renewal Night Cream Light. 

Jujurnya Gee TAK pernah lagi guna night cream sebelum ni. Bagi Gee sendiri dulu perlu sangat ke night cream ni kan?? Just pakai makeup remover, pencuci muka dan toner cukuplah kan?

Tapi lepas Gee berkenal dengan YOUTH skincare dan beli satu set terus YOUTH ni baru Gee mula amik tau pasal rutin penjagaan kulit muka.

Inilah night cream yang Gee guna sekarang. Baru pertama kali Gee pakai.

Advanced Renewal Night Cream - Light YOUTH

Apakah itu night cream?
Night cream secara asasnya adalah rutin yang juga penting dalam penjagaan kulit wajah. Ia akan membantu merawat semula kulit wajah yang banyak terdedah kepada kotoran dan pencemaran.


Kenapa perlu night cream?
Night cream penting untuk memperbaharui sel-sel kulit kita kerana pada waktu malam, antara jam 12 malam hingga 4 pagi adalah waktu penting kulit bekerja keras untuk memperbaiki sel kulit yang dah rosak dan memulih semula kolagen yang telah habis.


Info produk
Advanced Renewal Night Cream - Light
Brand: YOUTH (Shaklee)
Saiz: 50 ml
Harga Runcit: RM 250.00
Tahan lama: Ikut penggunaan Gee tahan dalam 8 - 11 bulan (ikut penggunaan masing2)


Fungsi YOUTH Advanced Renewal Night Cream
  • Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur. 
  • Campuran botanikal khas di dalamnya juga membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin semasa tidur.
  • Membantu kulit lebih muda, licin dan cerah berseri.
  • Boleh membantu merawat kulit jerawat dengan lebih cepat.
  • Membaiki kulit yang terkena sunburn dengan memberi rasa segar, sejuk pada kulit akibat sunburn.
  • Sesuai untuk kulit normal, jerawat dan berminyak termasuk kulit sensitif.
  • Membaiki kulit berparut jerawat dan berlubang.  


YOUTH Advanced Renewal Night Cream - Light


Tekstur / Bau 
Ia berwarna putih, tekstur krim yang ringan bagi Gee dan bau dia macam bau herba tapi bukan wangi tau. Bila sapu night cream Youth ni kat kulit muka dia tak melekit dan cepat sangat meresap pada kulit. Tak buat kulit berminyak juga.


Bahan-bahan Utama
  • Vital Repair+ Complex - nutrien anti oksida dan vitamin penting melindungi kulit dan meggalakkan tumbesaran sel sihat. 
  • Muscadine grape - mengandungi polifenol untuk melindungi dan membaiki DNA sambil menghalang kolagen & elastin dari rosak.
  • Alga hijau - melegakan, regenerasi dan memberi oksigen kepada sel kulit.
  • Licorice - bahan anti radang dan antioksidan, membantu mengawal pengeluaran minyak dan menenangkan kulit.
  • Schisandra Chinensis - menyokong struktur kulit muda dan menyuburkan kulit.
  • Lotus Japonicus - menjana semula sel kulit untuk menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. 
  • Semua produk YOUTH adalah non-comedogenic iaitu tak menyumbatkan pori.
  • Hypoallergenic, tidak menyebabkan alahan pada kulit.
  • Info 13 Kelebihan YOUTH baca di sini


Cara Menggunakan YOUTH Advanced Renewal Night Cream
Lepas mencuci muka, pakai toner, pakai serum dan radiance C+E, barulah korang boleh pakai / sapu night cream Youth ni kat wajah. Calit dulu sedikit di dahi, 2 belah pipi, hidung dan dagu. Sapu night cream ni ke seluruh wajah ikut arah hala ke atas dengan gerakan membulat ke seluruh wajah. Tapi elak sapu di sekitar kawasa mata ya. Boleh sapu skali night cream ini ke bahagian leher.


Apa perasan Gee guna night cream YOUTH?
Sangat best! Sangat berkesan! Macam over pulak kan? hihi. Sangat cepat meresap ke kulit. Rasa lembut jer muka. Gee suka sangat lah! I love this night cream! Bila bangun pagi tu kulit muka rasa lebih lembut, licin dan wajah nampak segar. Kulit muka tak berminyak dan rasa lembap jer.

Satu lagi bila ada jerawat naik 1-2 biji kan, Gee sapu sikit night cream terus kat jerawat, bangun pagi tu jerawat macam cepat kering.


Pros
Sangat berkesan! Tak mengeringkan kulit, tak berminyak, kulit jadi lebih lembut, licin dan berseri.


Cons
Harga mahal ya. Tapi nak harga lagi murah dan jimat tak? Boleh join ahli untuk makan sendiri macam Gee, dapat diskaun 15-25% lebih murah! Serius tau jauh beza harga runcit dan harga ahli ni, Berbaloi!


Recommend? 
YA! Gee rekomen korang semua untuk cuba YOUTH Advanced renewal night cream jenis light ni. Best sangat.


Bagaimana nak dapatkan?
Hubungi Gee terus ke 013-5707812 atau klik Di sini untuk whatsapp Gee.


Gee sendiri guna Youth