Kebaikan Omega 3 Untuk Kesihatan Jantung


Kebaikan Asid Lemak Omega 3 Untuk Kesihatan Jantung



Tahukah Anda? Jantung merupakan satu-satunya organ yang membekalkan darah ke seluruh tubuh badan, dan ia memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Salah satu daripadanya ialah Asid Lemak Omega 3 yang berperanan penting untuk menjaga kesihatan dan fungsi jantung.

Kebaikan Omega 3 untuk Kesihatan Jantung

1- Memeliharan salur darah daripada tersumbat
Saluran darah yang luas sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kerana jantung akan bertugas mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari, kemudian ia akan membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh.


Omega-3 penting untuk membantu:
- Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri bagi memastikan pengaliran darah berjalan dengan lancar.(1)
- Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah.(3)

2- Menyokong peredaran darah yang sihat



- Mengurangkan risiko darah jadi beku.(4)
- Meningkatkan pengaliran darah dengan cara menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan
saluran darah.(5)

3- Mengawal tekanan darah yang sihat
Apabila tahap tekanan darah makin tinggi, maka makin tinggilah risiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang ada berkaitan dengan jantung. Tekanan darah yang tinggi akan memberikan tekanan pada saluran darah dan ini akan meningkatkan beban kerja lebih pada jantung.


Terdapat kajian yang menunjukkan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah kepada paras yang lebih sihat.(1,3)

4- Mengekalkan profil lipid yang sihat
Apa dia Profil lipid? Profil lipid adalah bacaan termasuk jumlah keseluruhan kolesterol, Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. Profil lipid ini penting dalam membuat penilaian untuk menentukan risiko sekiranya ada penyakit jantung.


Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:
- Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik).(1)
- Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam darah).(2)
- Merendahkan risiko penyakit jantung.(1,2)

5- Memberi ritma degupan jantung yang sihat
Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung yang berdegup (biasanya setiap minit) dan ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jadi, jantung yang sihat biasanya mempunyai ritma jantung yang stabil.


Terdapat penyelidikan yang telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.(1)


Kesimpulannya, rajinlah makan makanan yang kaya degan asid lemak Omega 3 setiap hari. Sumber omega 3 yang paling femes ialah ikan. Pastikan anda makan ikan yang segar ya.

Untuk tambahan anda juga boleh mengambil suplemen minyak ikan iaitu Omega Guard Shaklee. 

Omega Guard Shaklee

Tinggi Omega 3 

Minyak ikan berkualiti



Cara Nak Order Shaklee?
Hubungi Gee terus ke 013-5707812 atau klik di sini untuk Whatsapp.






Sumber Rujukan:
1. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–2757
2. Dietary supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids and vitamin E after myocardial infarction: results of the GISSI-Prevenzione trial. Gruppo Italiano per lo Studio della Sopravvivenza nell’Infarto miocardico.
Lancet. 1999;354:447–455.
3. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175S.
4. Neil J. Stone. Fish Consumption, Fish Oil, Lipids, and Coronary Heart Disease. Journal of the American Heart Association. November 1, 1996, Volume 94, Issue 9
5. Mohebi-Nejad A, Bikdeli B. Omega-3 Supplements and Cardiovascular Diseases. Tanaffos. 2014;13(1):6-14.




Post a Comment

0 Comments